Ikuti Blog Ini

Sunday, June 24, 2012

Penulis Enam Ratus Ribu Hadith




Imam az-Zahabi dalam kitabnya "Siyar A'lamun Nubala" menyatakan: "beliau ialah al-Imam al-Hafiz al-Jihbiz (pakar hadis), Sayyidul Huffaz, Malikul Huffaz, Syeikhul Muhaddisin, Abu Zakariyya, Yahya bin Ma'in bin Aun bin Ziad bin Bistom. Beliau bukanlah berketurunan arab, cumanya beliau menjadi wala' (dan dianggap sebahagian daripada) Bani Mur (satu kabilah arab).Kerana inlah beliau digelar al-Murri.
Dilahirkan dan dibesarkan di Baghdad. Dan beliau merupakan salah satu tokoh muhaddisin yang agong. Dilahirkan di Baghdad pada 158H, dan membesar di situ. Mula menulis ilmu-ilmu ketika usianya belum mencecah sepuluh tahun. Ayahnya merupakan salah seorang pegawai yang hebat kepada Abdullah bin Malik, pembesar ar-Ray (nama kawasan). Ayahnya meninggalkan pusaka untuknya sebanyak satu juta darham, dan kesemuanya itu habis dibelanjakannya untuk mencari dan mempelajari hadis sehinggalah sampai kepada tahap yang mana beliau tidak mempunyai selipar untuk dipakai.
Beliau pernah mengambil hadis daripada Abdullah bin al-Mubarak, Husyaim bin Basyir, Ismail bin Iyash, Sufyan bin Uyainah, Abdul Razaq as-Son'ani di Yaman, Waki' bin al-Jarrah, Yahya bin Said al-Qattan, Abdul Rahman bin Mahdi dan ramai lagi, samada di Iraq, Syam, Semenanjung Arab, Mesir dan Hijaz. Antara yang mengambil hadis daripada beliau pula ialah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawuud, Abbas ad-Duriy al-Baghdadi yang merupakan periwayat ilmunya, Abu Zur'ah ar-Rozi, Abu Hatim ar-Rozi, Usman bin Said ad-Darimi, Abu Ya'la al-Mausili dan ramai lagi yang tidak terhitung ramainya.

Ada seorang kawan Imam Ahmad bin Hanbal bernama Yahya bin Ma'in. Beliau di antara ulama hadith terkenal sehingga sekarang. Ali bin al-Madini pernah berkata, "Aku belum pernah berjumpa orang yang mampu menulis sebanyak apa yang ditulis oleh Yahya bin Ma'in." Beliau menambah, "Sejak zaman Nabi Adam, aku belum pernah berjumpa orang yang mampu menulis hadith sebanyak tulisan Yahya."
                                            
Seseorang bertanya kepada Yahya, "Berapakah hadith yang tuan telah tulis?" Yahya bin Ma'in menjawab, "Aku menulis dengan tanganku ini sebanyak enam ratus ribu hadith."

Sebagai mana kita maklum, Musnad Ahmad bin Hanbal antara karya hadith terbesar. Di dalamnya ada lebih kurang 40 ribu hadith. Itupun sudah mencecah lebih lima jilid cetakan sekarang. Bagaimana pula dengan tulisan Yahya bin Ma'in ini. Karya ini tidak pernah dicetak sehingga sekarang. Sama ada manuskripnya masih wujud atau tidak, hanya Allah s.w.t. yang Tahu.


4 comments:

  1. jauhnya kita dr mereka...

    ReplyDelete
  2. MasyaALLAH, dia telah mencapai keinginannya. Bagaimana dengan kita? Bila lagi?

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini