Ikuti Blog Ini

Sunday, June 3, 2012

Majlis Zikir yang syarie

                                  Ingati Allah swt dalam keadaan menangis sangat di tuntut

Tidak diragukan bahwa zikrullah (mengingat Allah) merupakan salah satu ibadah yang agung. Dengan zikrullah seorang hamba mendekatkan diri kepada Rabb-nya, mengisi waktunya dan memanfaatkan nafas-nafasnya.Keutamaan majlis zikir,Demikian juga majlis zikir, merupakan majlis yang sangat mulia di sisi Allah Ta’ala dan memiliki berbagai keutamaan yang agung. 

Diantaranya:

Majlis zikir  ini adalah taman surga di dunia ini.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
Dari Anas bin Malik R.hu, bahawa Rasulullah Saw bersabda,”Jika kamu melewati taman-taman surga, maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya,”Apakah taman-taman surga itu?” Baginda saw menjawab,”Halaqah-halaqah (kelompok-kelompok) zikir.” HR Tirmidzi, no. 3510 dan lainnya.

Majlis zikir merupakan majlis malaikat.Juga menjadi asbab turunnya ketenangan dan rahmat Allah swt. Allah swt membanggakannya kepada majlis malaikat. Rasulullah Saw bersabda:

لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَه        
Tidaklah sekelompok orang duduk berzikir kepada Allah swt, kecuali para malaikat mengelilingi mereka, rahmat (Allah) meliputi mereka, ketenteraman turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan (para malaikat) yang ada di sisiNya.HR Muslim, no. 2700

Begitu juga duduk bersama-sama untuk membaca dan mempelajari Al Qur’an. Yaitu dengan cara salah seorang membaca dan yang lainnya mendengarkan. Hal ini ditunjukkan oleh dalil-dalil berikut.Rasulullah saw bersabda:

لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Tidaklah sekelompok orang yang berzikir kepada Allah swt, kecuali malaikat mengelilingi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan (para malaikat) di hadapanNya. [HR Muslim, no. 2700].

8 comments:

  1. Allahuakbar,terima kasih penulis...

    ReplyDelete
  2. satu orang yg mengajak orang lain kepada kebaikan semata2 kerana Allah, andaikata dia tidak berjaya mengajak orang tersebut, namun perbuatan tersebut yg berpaksikan kepada Allah swt menyebabkan dia dikira sbg orang yg berjaya..

    kelihatan, apa sahaja perkara yg berpaksi kepada Allah swt, ia mendatangkan kebaikan yg banyak..

    lebih2 lagi majlis zikir, pasti kebanyakan yg hadir, hadir dengan niat semata2 kerana Allah swt.. kan.. (",)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. "Hari ini orang sibuk menangis hiba,tetapi kita masih gelak ketawa...."

    Tiada zikrullah, orang menangis hiba :)

    ReplyDelete
  5. Hari tu, ada seoran penceramah perempuan kata, selalu orang sebut "Lailahaillahlah" laju2 lps solat tu, rasanya dia sebut ikhlas x? lebih baik ianya dilakukan secara perseorangan lebih afdhal.
    Mard senyap je:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 pun boleh ,secara ijtamai/jemaah pun boleh sorg2 pun...janji berzikir....yang masalahnya org yg x berzikir lgsung..

      Delete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini