Ikuti Blog Ini

Wednesday, April 1, 2009

Dosa syirik tidak diampun


Foto sekadar hiasan je...

Firman Allah yang bermaksud,Nabi Isa a.s. berkata,Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong.(Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud,Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.(Surah an-Nisa: 116)

Manusia yang mempunyai keyakinan selain daripada Allah swt,ini pun termasuk dalam kalangan manusia yang telah syirik pada Allah.Orang Islam hari ini tidak sedar bahawa mereka jugak tidak dapat lari dari melakukan kesyirikan kepada Allah.Dalam hati orang Islam ada selain daripada Allah..

Orang Islam hari ini telah menganggap bahawa mereka yang sujud kepada patung,itulah yang dikatakan syirik,sebab itulah mereka tidak ada kerisauan tentang iman mereka.Saya pernah berkesempatan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh seorang ulama yang begitu arif tentang ilmu tauhid,kata ulama tersebut,makan ubat pun,kita boleh syirik,jika kita makan ubat,dalam hati kita yakin,bahawa penyakit saya akan sembuh setelah memakan ubat ini,percakapan macam nie,boleh merosakkan iman kita,makan ubat boleh,tetapi perbu isbabkan Allah dalam percakapan kita.

Satu lagi contoh,petani yang ingin membeli racun,telah berkata kepada seorang tauke yang bukan muslim,tauke mana racun yang paling bagus sekali,lalu tauke itu pun berkata,ini racun baik punya,kalau you guna di tanaman you,mesti subur punya,lalu petani ini pun mengakui percakapan tauke ini,tengok percakapan orang bukan Islam dengan orang Islam,tak berbeza pun,tidak melibatkan pengisbatan Allah dalam percakapan mereka.Tidak ada bezanya dengan percakapan orang bukan Islam.

Orang yang membunuh manusia dan berzina beribu kali, jika benar-benar bertaubat nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. Begitu juga pemakan riba dengan jumlah berjuta-juta ringgit, jika benar-benar bertaubat diampunkan dosanya. Begitu juga dengan dosa-dosa yang lain melainkan dosa orang yang syirik dengan Allah SWT.

Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan melantik Tuhan yang lain daripada Allah, yang berdoa kepada yang lain daripada Allah, yang mengada-ngdakan hukum yang lain daripada hukum Allah dan menganggapnya serupa dengan hukum Allah atau lebih daripada hukum Allah, mereka berkenaan telah melakukan syirik. Allah Taala tidak mengampun dosa mereka.

Disebut di dalam ayat yang banyak termasuk ayat yang ditafsirkan ini termasuk juga di dalam hadis yang banyak antara lain sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,Jauhlah kamu daripada tujuh dosa besar. Dikatakan, apa yang dikatakan tujuh dosa besar itu? Rasulullah bersabda, yang pertama ialah syirik dengan Allah.

Syirik dengan Allah tidak diampun dosanya melainkan dengan mengucap dua kalimah syahadah, berhenti daripada perbuatan dan perkataan syirik bagi menghilangkannya. Istighfar dengan bertaubat sahaja tidak boleh.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, Orang yang syirik dengan Allah, tidak ada peluang masuk syurga.

Dan mengikut satu riwayat lain dirinya yang beriman bukan dirinya yang syirik. Yang syirik dan kafir tidak masuk syurga.

Dan Allah Taala menghukum orang-orang Kristian kafir walaupun mereka mengaku bahawa Allah itu Tuhan, walaupun mereka membuat kebajikan tetapi apabila mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka mereka telah melakukan syirik.

Firman Allah yang bermaksud, Dan orang-orang yang zalim itu tidak mendapat pertolongan dari Allah. (Surah al-Maidah: 72)

Kita melihat mereka berkeadaan baik dengan tubuh badan yang sihat serta gagah perkasa di atas dunia kerana Allah memberi peluang kepada mereka untuk berbuat sesuatu sama ada baik ataupun jahat.

Allah Taala tidak menolong mereka, mudah-mudahan mereka bertaubat dari segala perbuatan jahat yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud, Sesungguhnya telah kafirlah orang yang mengatakan bahawa Allah itu tiga daripada yang tiga. (Surah al-Maidah: 73)

Iaitulah orang Kristian yang mendakwa Allah itu satu daripada tiga unsur ataupun satu daripada tiga Tuhan.

Firman Allah yang bermaksud, Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka ucap daripada Maha Tinggi dan Maha Besar. (Surah al-Israa': 43)

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka ucapkan kerana Allah Taala itu Maha Esa.

Firman Allah yang bermaksud,Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan Yang Satu. (Surah al-Maidah: 73)

Tuhan hanya satu sahaja itulah Allah SWT Yang Maha Esa, yang tunggal pada zat dan sifat-Nya dan pada segala-gala yang dimiliki-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, Dan jika sekiranya mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka cakap,(terus mengatakan Allah Taala satu daripada tiga, Isa al-Masih juga sebagai Tuhan), nescaya mesti akan mengenai orang-orang yang kafir di kalangan mereka azab yang pedih. (Surah al-Maidah: 73)

Oleh yang demikianlah,ulama-ulama suruh kita keluar jalan Allah untuk bawa iman kita,orang Islam ini sudah ada iman,tetapi iman tidak ada nur,tidak ada keyakinan,sebab itu,kita kena keluar jalan Allah,untuk berikan nur kembali kepada iman kita.

Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan.

4 comments:

  1. alhamdulillah mmg bagus karya ni..

    tapi selalu org salah faham atas hal ni(seperti saya dulu), yg dikatakan dosa syirik tidak akan diampunkan apabila mati dalam keadaan syirik. Tapi kalaumesih hidup, peluang keampuanan drpd Allah cukup luas. Kasih sayang Alah lebih luas daripada kemurkaanNya.

    WallahuA'lam

    ReplyDelete
  2. Anonymous ,,btoi tu,,,..doa hidayat pd semua umat..

    ReplyDelete
  3. Perlembagaan kita meninggalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber undang-undang utama dan mengambil undang-undang Inggeris sebagai kitab kita. SYIRIK JUGA KAN.....http://muslimvillage.wordpress.com

    ReplyDelete
  4. saya pun belajar2 allah maha kuasa mahluk tiada apa apa

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini