Ikuti Blog Ini

Saturday, February 22, 2014

Hebahan dan Iklan

Assalamualaikum wrt 

Saya Fuad Akmal bin Mohamad Zahir di amanahkan oleh Maulana Razif Mazahiri dari Lujnah Penerbitan Maktabah Ilmiah,Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling untuk menulis satu makalah yang berjudul "Kematian Insan-Insan di Jemaah Tabligh ". Usaha makalah ini adalah usaha inisiatif individu saya yang mana tidak melibatkan perlanggaran usul di dalam Jemaah Tabligh.

Jadi saya memerlukan bantuan tuan-tuan dan puan-puan semua untuk berkongsi cerita dengan saya mengenai kisah-kisah kematian insan-insan di dalam Jemaah Tabligh supaya saya dapat paparkan kisah-kisah mereka ini dalam satu bentuk makalah kemudian akan di sunting oleh Maulana Razif Mazahiri sendiri dan akan di terbitkan.Insyallah

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sudi untuk berkongsi kisah-kisah mereka ini,saya sangat mengalu-alukannya.Kisah-kisah tersebut boleh di kirimkan kepada saya di alamat e-mail saya iaitu fuadpendang@gmail.com. Apa yang saya perlukan ialah rujukan kisah ini,keluarga mangsa terdekat (isteri/suami,anak,adik dsbnya),rakan-rakan,saksi dan bukti-bukti untuk menguatkan lagi kisah-kisah mereka ini.

Semoga Jasa baik tuan-tuan dan puan-puan semua diberikan ganjaran oleh Allah swt.



Monday, February 17, 2014

Adab Muhadith As’r Maulana Anwar Shah Kashmiri terhadap Syeikhul Hind (Gurunya).


Antara guru-guruku,Syeikh Husni Ginting dan TG Syeikh Nuruddin Marbu Banjari.Saling hormat menghormati antara satu sama lain

Mufti Mahmud Hasan Gangohi rah menceritakan dalam satu majlis bahawa :

“Menjadi kebiasaan Maulana Anwar Shah Kashmiri rah (juga di kenali sebagai Shah Sahib) untuk duduk berdamping dengan gurunya iaitu Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi rah (1851-1920 M) selepas Solat Subuh dan akan berehat sementara menunggu hidangan teh (sarapan pagi) akan di sediakan oleh khadimnya.

Ulamak-ulamak yang saling menghormati antara satu sama lain

Semua muridnya bercakap antara satu sama yang lain.Walau bagaimanapun,‘Maulana Anwar Shah Kashmiri telah menundukan mukanya ke bawah.Beliau tidak mengambil bahagian dalam perbualan bersama dengan rakan-rakannya yang lain.Kebiasaannya,apabila selesai minum,semua murid Syeikhul Hind akan beredar meninggalkan beliau.Kemudiannya Syeikhul Hind telah telah bertanya kepada Maulana Anwar Shah Kashmiri,“Shah Sahib, adakah kamu ingin bercakap dengan aku tentang sesuatu perkara?“Kemudian Maulana Anwar Shah Kashmiri telah mengangkat kepalanya dan menjawab,‘Ya, saya ada satu persoalan dalam satu permasalahan hadith.” Syeikhul Hind rah telah menjawab soalannya itu dengan panjang lebar sehinggalah Maulana Anwar Shah Kashmiri berpuas hati dan kemudiannya beliau beredar dari situ.[1]

Masyallah,tabarakallah,lihatlah adab Muhadith As’r Syeikhul Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri rah terhadap gurunya.Untuk mengangkat muka di hadapan guru pun beliau tidak merasakan kurang beradapnya apatah lagi meninggikan suara di hadapan gurunya.Semoga kita semua mempelajari sifat adab memuliakan guru yang di tunjuk ajar oleh Maulana Anwar Shah Kashmiri ini.

Rujukan:
[1].Malfuzat Faqihul Ummah,halaman  231, Vol 2 di susun oleh Mufti Muhammad Faruq Mirathi.

Sunday, February 9, 2014

Wanita-wanita di Kandhala

Peta benua Hindustan sebelum pemisahan pada tahun 1947.

Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah menceritakan mengenai wanita-wanita di Kandhala :

“Kebanyakan wanita-wanita di pekan Kandhala telah mempelajari kitab-kitab seperti Mishkat dan Durr Al-Mukhtar.Di sana ada beberapa wanita sahaja yang tidak menghafal al-quran dan sangat sedikit wanita di sana menghabiskan masa dalam tidur tetapi kebanyakan wanita sana menghabiskan seluruh malam khusus sepanjang Ramadhan dengan solat tahajud”.[Rujukan Majalis Hakim Ummah ,Halaman 147,di susun oleh Mufti Muhammad Shafi’ Uthmani.]

Benarlah bahawasanya kaum wanita adalah golongan terpenting dalam membentuk golongan lelaki.Kandhala ialah satu kawasan dalam negeri UP,kedudukannya di antara Delhi dan Saharanpur.Tempat yang banyak melahirkan ulamak-ulamak hebat seperti Mufti Ilahi Bakhsh Kandhalawi ,Maulana Muzaffar Husayn Kandhalawi,Maulana Nur Hasan Kandhalawi,Maulana Muhammad Yahya Kandhalawi,Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi,Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi dan ramai lagi.Semoga Allah swt melimpahi rahmat ke atas mereka semua.Amin.

Selain daripada satu,satu negeri yang terkenal sebagai tempat lahirnya ribuan ulama yang memberi sumbangan besar kepada dunia Islam.


Di dalam negeri Uttar Pradesh (UP) terletaknya tempat-tempat yang di kaitkan dengan lahirnya
para ulamak yang hebat-hebat di benua hind.Di dalamnya terdapat daerah-daerah seperti Deoband,Saharanpur, Nanauta,Gangoh.


Ianya membentuk segi tiga dengan Saharanpur membentuk sudut utara, Deoband di tenggara dan Gangoh sebelah barat.Boleh tengok dalam gambar. 

Nanauta terletak di antara Deoband dan Gangoh.Dalam daerah ini juga terdapatnya bandar-bandar seperti Jhinjhana, Thana Bhawan dan Kandhla.

Nota :

1.Deoband (Darul Uloom Deoband)
2.(Saharanpur) Maulana Ahmad Khalil Saharanpuri 
3.Nanauta (Maulana Qasim Nanotwi)
4.Gangoh (Maulana Rasyid Ahmad Gangohi)
5.Jhinjhana (Maulana Hakim Muhammad Ashraf Jhanjhanawi)
6.Thana (Bhawan (Maulana Asyraf Ali Thanwi)
7.Kandhla (Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi)

Friday, January 31, 2014

Syeikhul Hadith Maulana Wajid Ali Husain rah Dalam Kenangan

Kehilangan beliau pasti di tangisi dan di rasai oleh murid-muridnya.Di bawah ini saya sertakan satu komentar daripada muridnya sendiri iaitu dari Mufti Aasim Rashid

Saya mendengar berita kematian Syeikhul Hadith Maulana Wajid Ali Husain daripada Mufti Yaser Nadeem (Presiden Darul Uloom Online) melalui e-mailnya yang di kirimkan kepada saya baru-baru ini.Maulana Wajid Ali Husain adalah antara murid-murid terakhir Syeikhul Islam Maulana Sayyid Ahmad Madani rah (1879 -1957 M) dan juga merupakan khalifahnya.

Sedih mendengar berita pemergian guru saya Syeikhul Hadith Maulana Wajid Ali rah, guru hadith dan tafsir di Jamia Talim Ul Din,Dabhel,Gujarat India.Semoga Allah meninggikan darjat yang tinggi dalam Jannah.Mukanya selalu tersenyum penuh dengan "nur", sikapnya yang lemah-lembut terhadap kami.

Beliau mempunyai sifat yang luar biasa dan beradab apabila beliau mengajar. Apabila beliau duduk untuk mengajar, beliau tidak akan beralih atau menukar kedudukannya. Beliau akan duduk dalam keadaan sangat senyap-senyap tetapi bibirnya masih bergerak kelihatan menuturkan sesuatu sebagai untuk menghormati hadith-hadith Nabi saw.

Beliau yang selalu tenang itu akan berubah sekali dalam setahun apabila mengajar tafsir Surah An-Nur kepada kami.Ketika menjelaskan kisah 'ifk (fitnah) kepada Saidatina Aishah r.ha daripada orang-orang Munafik.Apabila beliau  bercakap mengenai kesusahan dan penderitaan yang di tanggung oleh Saidatina Aishah r.ha pasti beliau akan hiba dan menangis seperti seorang kanak-kanak menangis di sebabkan kelaparan susu dari ibunya.Semoga Allah merahmatinya dan memberinya pahala yang besar bagi pihak beliau yang mendapat manfaat daripadanya.

Yang mengharapkan maghfirah dariMu
Mufti Aasim Rashid

Beliau mengajar Hadith selama 40 tahun.Semoga Allah swt merahmati beliau

Menurut Mufti Yasir Nadeem mengenai mimpinya

Kematian Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Wajid Husain rah baru beberapa hari.Tetapi menurut cucunya Mufti Yasir Nadeem (Presiden Darul Uloom Online) bahawanya beliau telah bermimpi melihat datuknya dalam keadaan usia wajah usia muda kira-kira 20-an.Kata beliau,semasa hayat datuknya,datuknya kuat mempertahankan para Sahabat r.hum ajmain.


P/s:Jika kita mati,adakah orang akan bermimpikan kita dalam keadaan mimpi "mubasyarah" sebegini.

Friday, January 24, 2014

Akhak Para Akabir Deoband

Pusara Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah (1863-1943 M) dan isterinya di Thana Bhawan,UP,India.

Ahmad Reza Khan Brelwi (1856-1921 M) di kenali di benua hind sebagai pengasas firqah Brelwi dan antara yang paling mencuri tumpuan mengenai dirinya adalah satu fatwa daripada beliau mengenai kafirnya para akabir Deoband seperti Maulana Muhammad Qasim Nanotwi rah (1833-1880 M),Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah (1829-1905 M),Maulana Asyraf Ali Thanwi rah dan ramai lagi.Tetapi apakah sikap dan akhak para Akabir Deobandi ini terhadap Ahmad Reza Khan.Di bawah ini saya letakan beberapa contoh tauladan  daripada para Akabir Deoband kepada orang pernah mentakfirkan mereka.

Ahmad Reza Khan di dapati tersilap mengeluar fatwa kafir atas para Akabir Deoband kerana kecintaan yang berlebihan terhadap Rasulullah Saw.Maulana Qari Muhammad Tayyib Qasmi rah (1897-1983 M),cucu kepada pengasas Darul Uloom Deoband juga merupakan bekas Mohtamim Darul Uloom Deoband lebih seabad menceritakan bahawa sekali seseorang telah menyebut  nama Ahmad Reza Khan dalam keadaan tidak hormat di hadapan Hakimul Ummah Maulana Asyraf Ali Thanwi rah dan beliau berkata bahawa “Ahmad Reza Khan telah berkata itu dan ini kepada tuan “Hakimul Ummah dengan tegas dan marah telah memarahi orang tersebut lalu berkata “Walaupun ada perbezaan pandangan di antara kami berdua ,tetapi beliau (Ahmad Reza Khan) tetap orang yang kamu perlu hormati dan dia adalah seorang yang alim (ulamak),kamu sepatutnya memanggilnya sebagai “Maulana” sebelum namanya. [Malfuzat Hakimul Islam,Maulana Qari Muhammad Tayyib,Jilid 7].

Di sini selalu Hakimul Ummah menyampaikan syarahanya

Mufti A’zam Mufti Shafi’ Uthmani rah (1897-1976 M) seorang daripada murid Hakimul Ummah menceritakan bahawa “Apabila Ahmad Reza Khan meninggal dunia,seseorang telah datang kepada Hakimul Ummah  dan memberitahunya.Hakimul Ummah ketika dalam majlisnya telah memendekan syarahanya lalu mengangkat tangan seraya berdoa untuk keampunan Ahmad Reza Khan.Setelah selesai berdoa,seorang telah bertanya kepada beliau,si mati dalam kehidupannya telah mentakfirkan tuan tetapi tuan telah mendoakan keampunan untuknya”.Lalu Hakimul Ummah menjawab “Ahmad Reza Khan mendakwa dalam Fatwa Kafirnya menentang kami kerana beliau tersilap memahami daripada segala penulisan-penulisan kami dan kepercayaan kami bahawa kami telah menghina kemulian Rasulullah saw.Jika beliau memahami dengan baik segala penulisan-penulisan dan kepercayaan kami,kami pasti bahawa beliau tidak akan mentakfirkan kami bahkan beliau akan bersama dengan kami.Insyallah beliau akan di ampunkan dan Allah swt akan mengampuninya.[Maslak Aitedal,halaman 87].

Hakimul Ummah juga telah berkata bahawa “ Dalam hati aku,aku sangat menghormati Ahmad Reza Khan.Beliau telah memanggil kami sebagai kafir,tetapi beliau berkata demikian kerana tidak lain dan tidak bukan kerana kecintaannya kepada Rasulullah saw dan tidak sanggup untuk melihat Rasulullah saw di hina.[Maslak Aitedal,halaman 88].

Mufti Muhammad Hasan rah (1880-1961 M) menceritakan bahawa beliau mendengar bahawa Hakimul Ummah berkata “Jika aku di beri peluang untuk solat di belakang Ahmad Reza Khan ,aku pasti akan solat di belakangnya. [Hayaat Imdad,Halaman 38].

Syeikhul Islam Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah (1886-1949 M) pengarang kitab Fathul Mulhim Syarh Sahih Muslim juga seorang ulamak yang memainkan peranan penting ketika kemerdekaan Pakistan.Bahkan bendera Pakistan pertama di naikan oleh beliau.

Syeikhul Islam Maulana Shabir Ahmad Uthmani rah mengatakan  bahawa “ Untuk menghakimi Ahmad Reza Khan atas fatwanya ke atas para akabir Deoband adalah sesuatu yang tidak adil,kerana beliau adalah seorang yang sangat alim.Kematian beliau adalah satu kehilangan kepada dunia Islam.[Safaid O Siyah,halaman 116].

Demikianlah bentuk-bentuk akhlak para Akabir Deoband di mana seluruh kehidupan mereka di wakafkan untuk agama Allah swt.Perasaan kasih sayang mengalir dalam tubuh mereka sehingga perasaan itu wujud dan bersemi sesama saudara mereka yang lain melebihi daripada kecintaan terhadap diri mereka sendiri.Mereka telah memenuhi kehidupan mereka dengan sunah Nabi saw sehinggakan Allah swt telah mengambil khidmat mereka dalam memperkukuh dan menyebarkan agamanya.Ya Allah luas dan terangkan pusara  mereka dengan cahaya yang sempurna,tingkat darjat mereka di sisimu.Amin ya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini