Ikuti Blog Ini

Sunday, December 11, 2011

Komentar kepada politik

 
Sekiranya kita melihat apa yang banyak berlaku di sekitar kita hari ini,perebutan jawatan kepimpinan sesama umat Islam bukanlah suatu yang asing.Apabila ini berlaku, maka banyaklah perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku.Hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama Islam banyak yang menjadi renggang dan tegang.

Hal inilah antara senario semasa yang agak menyedihkan.Hanya kerana jawatan kepimpinan tertentu, kita sesama umat Islam malah satu bangsa bertelagah tidak henti-henti. Pelbagai adegan yang begitu buruk dan mencemarkan imej umat Islam sentiasa mengiringi perbalahan rebut jawatan.Perbuatan melondeh aib sudah menjadi perkara biasa.Kata-kata cacian, kesat dan keji dihambur sesama sendiri.Apa yang tidak ada dan tidak pasti, sengaja ditimbulkan dan diada-adakan. Sehingga hal-hal dalam kain dan selimut pun habis diselongkar dan dicanang. Harta dan wang jadi pertaruhan.Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengeluarkan larangan dengan firman-Nya,

وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

“Janganlah mencari-cari keburukan orang dan jangan pula saling memburuk-burukkan (memfitnah) di antara satu sama lain. Adakah sesiapa di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, 49: 12)

Rasulullah Saw juga telah memberi amaran,

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

“Mencaci orang muslim adalah perbuatan fasiq dan membunuhnya (tanpa haq) adalah perbuatan kufur.” (Muttafaq ‘alaih)

Jika kita perhatikan dengan baik, sekiranya bukan kerana urusan merebut jawatan dan kerusi politik,nescaya mereka tidak akan bertindak sebegitu rupa dengan saling mencaci sesama sendiri.

Sebenarnya secara syar’i, meminta-minta jawatan kepimpinan itu sendiri sahaja sudah ditegah. Inikan pula mahu berebut-rebutan sehingga bergasak sesama sendiri. Sungguh buruk rupa keadaannya. Dalam beberapa hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihatkan dan mengingatkan supaya tidak memberikan sebarang jawatan kepimpinan kepada sesiapa sahaja yang memintanya.

Dalam sebuah riwayat yang sahih, Abu Musa al-Asy’ari r.hu bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah Ta’ala telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah Saw bersabda,

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

“Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/344, no. 3402)

Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H) meletakkan hadis ini dalam kitabnya, Riyadhus Shalihin dan Syarah Shahih Muslim pada bab, “Larangan Meminta Kerusi Kepimpinan dan Berusaha Mendapatkannya.”

Dalam hadis yang lain, beliau Saw juga bersabda,

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/59, no. 6615)

Kalau kita lihat dari sejarah para nabi sendiri, nabi manakah yang bertindak mencari-cari atau meminta-minta jawatan kepimpinan bagi tujuan dakwah dan alasan tertentu? Sudah tentu tiada. Sekiranya ada pun, mereka akan memintanya kepada Allah dan bukan kepada manusia sehingga saling berebut sesama sendiri. Sekiranya untuk tujuan dakwah pun tiada contohnya dari para Nabi supaya meminta-minta jawatan, bagaimana pula untuk selainnya yang tidaklah lebih penting dari urusan menegakkan agama Allah?

Jika kita melihat dari apa yang berlaku hari ini, kebanyakan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang berusaha untuk mendapatkan kerusi-kerusi kepimpinan, kebanyakan dan kebiasaan dari mereka akan berusaha gigih meraihnya dengan apa cara sekalipun walau sehingga melanggar batas-batas agama, saling menindas, memutuskan tali persaudaraan, dan akhirnya sehingga mengundang perpecahan yang melemahkan umat.

Dalam hadis yang lain Nabi Saw telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah rah,

لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

“Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan.Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)

والحكمة في أنه لا يولى من سأل الولاية أنه يوكل إليها ولا تكون معه إعانة كما صرح به في حديث عبد الرحمن بن سمرة السابق وإذا لم تكن معه إعانة لم يكن كفئا ولا يولى غير الكفء ولأن فيه تهمة للطالب والحريص

Imam an-Nawawi menyatakan, “Di antara hikmah supaya tidak dilantik para pemimpin itu dari mereka yang memintanya adalah kerana dia akan menanggung beban dan tidak ada yang membantunya sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan ‘Abdurrahman B. Samurah tadi. Apabila tiada orang yang membantu bersamanya, bermakna jawatan tersebut akan menjadi beban. Juga tidak boleh melantik orang yang tidak layak kerana akan menimbulkan dakwaan (kebencian) bagi yang memintanya dan orang-orang yang berusaha mendapatkannya.” (Syarah Shahih Muslim, 12/207)

Perkara ini adalah sebagaimana yang dapat kita lihat berlaku di sekitar kita hari ini di mana ketika masing-masing berebut jawatan kepimpinan (sebagaimana dalam pilihan raya), pelbagai janji dan rancangan kebaikan ditabur sehingga mereka sendiri tidak sedar bahawa janji-janji manis tersebut bakal menjadi beban kepada mereka di masa hadapan. Setelah janji ditabur, banyak pula tidak mampu ditunaikan. Pelbagai alasan pun mula direka. Akhirnya jadilah mereka sebagai orang-orang yang cakap tidak serupa bikin, mula berbohong, bersumpah palsu dan akhirnya menjadi pendusta. Bentuk-bentuk sikap seperti ini adalah di antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ. كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan perkara-perkara yang tidak kamu laksanakan.” (Surah ash-Shaff, 61: 2-3)


Sebagai menutup tulisan ini, penulis akhiri dengan mutiara nasihat daripada Sufyan ats-Tsauri rah.

Beliau berkata:

قال الأحنف قال لنا عمر بن الخطاب تفقهوا قبل أن تسودوا قال سفيان لأن الرجل إذا أفقه لم يطلب السؤدد

al-Ahnaf pernah berkata, “‘Umar B. al-Khaththab mengatakan kepada kami:

“Fahamilah agama sebelum memegang kekuasaan.”

Sufyan menjelaskan perkataan ‘Umar tersebut, “Kerana jika seseorang telah memahami agama, dia tidak akan berhasrat terhadap kekuasaan.” (Ibnul Jauzi, Shifah ash-Shafwah, 2/236)

Tuesday, November 29, 2011

Bayan nasihat Khalifah Abu Bakar r.hu

                                             Di bawah kubah hijau inilah,bersemadinya mereka

Baihaqi dan Ibnu Asakir telah meriwayatkan dari Said bin Al-Musaiyib rah,bahwa Khalifah Abu Bakar r.hu. pernah mengutus pasukan Islam ke Syam,dan menyerahkan kepemimpinan pasukan itu di tangan Yazid bin Abu Sufyan r.hu, Amru bin Al-Ash r.hu dan Syurahbil bin Hasanah r.hu.Mereka pun menunggang kuda masing-masing untuk berangkat,namun Abu Bakar r.hu tetap berjalan kaki untuk melepas pasukan itu hingga ke Tsaniyatil-Wadak. Maka para panglima Islam itu berkata kepada Khalifah Abu Bakar r.hu,: "Wahai Khalifah Rasulullah! Tidak elok rasanya,engkau berjalan kaki sedangkan kami menunggangi kuda?" "Jangan turun dari atas tunggangan kalian", jawab Khalifah Abu Bakar r.hu."Aku menganggap langkah-langkah ini dari berjuang di jalan  Allah Swt juga!".

Sambil berjalan kaki,Khalifah mengingatkan pasukan itu katanya:Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada AllahSwt. Berjuanglah pada jalan Allah, dan perangilah siapa yang mengkufuri Allah,kerana Allah Swt senantiasa akan memenangkan agamaNya!Jangan membuat aniaya,jangan berkhianat,jangan melarikan diri, jangan membuat kerosakan di muka bumi,jangan menderhakai perintah ketua.Jika kamu berhadapan dengan musuh dari kaum musyrik itu, inhyaAllah nanti, maka serulah mereka kepada tiga perkara. Jika mereka setuju, terimalah dari mereka dan jangan memerangi mereka lagi!
Mula-mula serulah mereka kepada Islam! jika mereka setuju memeluk Islam, terimalah mereka dan berhenti memerangi mereka!

Kemudian ajaklah mereka berpindah dari tempat mereka itu ke negeri Islam, tempat orang yang berhijrah. jika mereka mau datang, beritahulah mereka bahwa mereka akan mendapat hak sesuai dengan hak yang didapati oleh kaum Muhajirin, dan atas mereka hak sesuai dengan hak yang ditanggung oleh kaum Muhajirin. Tetapi jika mereka menerima Islam, lalu mereka memilih hendak menetap di negeri mereka sendiri, tidak sanggup untuk berhijrah ke negeri tempat menetapnya kaum Muhajirin, maka hendaklah kamu memberitahu mereka bahawa mereka akan dikenakan syarat seperti yang dikenakan ke atas kaum Arab yang lain yang mendiami negeri mereka. Mereka wajib menerima hukum-hukum Allah yang difardhukan ke atas semua kaum Mukminin, mereka tidak akan diberikan hasil ufti dan harta hasil rampasan perang,sehingga mereka mahu berjuang bersama-sama kaum Muslimin.

Jika mereka enggan memeluk lslam, maka beritahukanlah kepada mereka bahwa mereka wajib membayar ufti (jizyah).Jika mereka setuju inembayar ufti, terimalah dari mereka dan berhentikan memerangi mereka.

Jika itu juga mereka enggan menerima, maka mohonlah bantuan Allah untuk memerangi mereka, dan teruskanlah perjuangan kamu inshaAllah!.
Tetapi janganlah memotong pepohonan korma, jangan membakamya,jangan membunuh binatang-binatang, jangan menebas pepohonan buah, jangan robohkan rumah kediaman,jangan membunuh anak-anak kecil, orang tua dan wanita. Dan jika kamu dapati orang yang menyembunyikan dirinya di dalam gereja atau rumah agama, maka jangan kamu mengganggu mereka, dan biarkanlah mereka dalam keadaan mereka itu. Dan kamu akan mendapati dari kumpulan ini yang bertopengkan agama,yang menyediakan tempat untuk syaitan bersarang di kepalanya, maka jika kamu menjumpai orang serupa ini,maka hendaklah kamu penggal  kepala mereka, inshaAllah!
(Kanzul Ummal 2:295-296)
Baihaqi meriwayatkan dari Urwah r.hu,bahwa Abu Bakar As-Shiddiq r.hu pernah menyerahkan kepemimpinan pasukan kepada Khalid bin Al-Walid r.hu,dan ketika diutus kepada kaum yang murtad dari orang-orang Arab, supaya dia mula-mula mengajak mereka kembali kepada Islam serta menerangkan kembali apa yang diwajib kepada mereka,dan meneguhkan keyakinan mereka kepada Islam.Maka barangsiapa yang menerima seruan itu di antara mereka,tidak kira yang merahnya ataupun yang hitamnya,mestilah dia menerima darinya.Sebab dia hanya disuruh untuk memerangi siapa yang mengkufuri Allah Swt dan menolak keimanan kepadanya saja.Maka apabila orang yang diseru itu sudah menerima Islam,dan benar keimanannya,tidak ada jalan baginya untuk memeranginya lagi,dan Allah Swt sajalah yang bakal membuat perhitungan dengannya!Tetapi,barangsiapa yang enggan menerima seruan Islam ini,dan tidak mahu kembali kepada Islam dari orang yang murtad darinya, maka hendaklah dia memerangi dan membunuhnya.
(Kanzul Ummal 3:143)

Saturday, November 12, 2011

Cerita sahabat Nabi Dihya Al-Kalbi r.hu

Bandar raya Rome,Itali,menjadi saksi kedatangan para Sahabat r.hum

Imam Bazzar telah meriwayatkan dari Dihyah Al-Kalbi r.hu katanya:Aku telah diutus oleh Rasulullah SAW dengan membawa sepucuk surat kepada Raja Kaisar,iaitu Pembesar Romawi. Bila aku tiba di negerinya,aku terus mendatanginya,lalu aku serahkan surat itu kepadanya,sedang di sampingnya anak saudara lelakinya yang berkulit merah,dan berambut lurus.Dia pun membaca surat itu yang berbunyi (Bukti surat menyurat itu tersebut di dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:83)

"Dari Muhammad Utusan Allah, kepada Heraklius,Pembesar Romawi.Mendengar bunyi surat itu,anak saudara Pembesar Romawi mula marah,lalu menyanggah:
"Surat ini tidak boleh dibaca sekarang!"dia mengeluh."Kenapa?"tanya Kaisar."Dia memulakan dengan namanya dulu sebelum nama engkau.Kemudian dia memanggilmu dengan pembesar Rom,bukan dengan Maharaja Rom!"."Tidak",sambut Kaisar,"biarkan surat ini dibaca untuk diketahui isinya dulu".Surat Nabi SAW yang mulia itu terus dibacakan hingga selesai,dan setelah semua pengiring-pengiring Kaisar keluar dari Istananya,aku(Dihya r.hu) pun dipanggil untuk masuk.Bersamaan dengan itu juga dipanggilkan Paderi-paderi yang mengetahui selok-belok kepercayaan mereka.Kaisar lalu memberitahu Paderi itu,dan dibacakan sekali lagi surat itu kepadanya."Perkara inilah yang selalu kita tunggu-tunggu,dan Nabi kita Isa sendiri telah memberitahu kita lama dulu!"jawab Paderi itu kepada Kaisar."Pada  pendapatmu,apakah harus aku buat?"tanya Kaisar kepada Paderi itu."Kalau engkau tanya pendapatku,aku tentu akan mempercayainya dan akan mengikut ajarannya",jawab Paderi itu dengan jujur."Tetapi aku jadi serba salah", kata Kaisar,"jika aku ikut nasihatmu,aku akan kehilangan kerajaanku ini!".

Kami pun keluar meninggalkan tempat itu,dan dengan takdir Allah Swt,pada ketika itu,Abu Sufyan bin Harb sedang berada di Rom.Abu Sufyan dipanggil oleh Kaisar ke istananya dan ditanyakan tentang diri Muhammad SAW itu. "Cuba engkau beritahu kami tentang orang yang mengaku dirinya sebagai Nabi di negerimu itu?"tanya Kaisar."Dia seorang anak muda", jawab Abu Sufyan."Bagaimana kedudukannya dalam pandangan masyarakat kamu,dia mulia?"."Tentang kedudukannya dan keturunannya,memang tiada siapa yang melebihi kedudukan dan keturunannya!"jawab Abu Sufyan jujur."Hal ini tentulah tanda-tandanya kenabian",Kaisar berbisik-bisik kepada orang-orang yang berada di sisinya."Bagaimana percakapannya,adakah dia selalu berkata benar?""Benar",jawab Abu Sufyan,"dia memang tidak pemah berkata dusta"."Hal ini merupakan satu lagi tanda-tanda kenabiannya!"Kaisar terus berbisik-bisik kepada orang-orang yang mengiringnya itu."Baiklah", kata Kaisar lagi. "Orang yang mengikutnya dari rakyatmu itu,adakah dia meninggalkan agamanya, lalu kembali semula kepadamu?""Tidak", jawab Abu Sufyan. "Hal ini merupakan satu lagi tanda-tandanya kenabiannya!"kata Kaisar pula."Adakah tercetusnya peperangan di antara kamu dengannya?""Ada!" jawab Abu Sufyan."Siapa yang
selalu menang?""Kadang-kadang dia mengalahkan kami,dan kadang-kadang kami mengalahkannya",jelas Abu Sufyan."Hal ini merupakan satu lagi tanda-tanda kenabiannya!"kata Kaisar,pembesar Romawi itu.

Berkata Dihyah Al-Kalbi r.hu seterusnya: Maka aku pun dipanggil oleh Kaisar Romawi itu,seraya dia berkata kepadaku:"Sampaikanlah berita kepada pembesarmu itu,bahawa aku tahu dia memang benar Nabi",dia menunjukkan muka yang sungguh benar dalam kata-katanya."Tetapi apa dayaku", katanya lagi,"aku tidak dapat melakukan apa-apa, kerana aku tidak bersedia untuk kehilangan kerajaanku ini!"

Kata Dihyah Al-Kalbi r.hu yang menghayati semua peristiwa ini:Adapun si Paderi itu pula,maka ramailah orang yang datang ke gerejanya setiap hari Ahad.Dia terus menemui mereka dan menyampaikan semua ajaran Nasrani itu.Memang itulah kerjanya setiap hari Ahad.Tetapi apabila tiba hari Ahad sesudah pertemuan itu,dia terus berdiam di rumahnya,tidak mahu lagi keluar seperti biasanya,sesudah perkenalan pada hari pertamanya,memang aku sering datang kepadanya untuk berbicara mengenai agama Islam,dan dia terus-menerus bertanyakan kepadaku tentang Nabi SAW.Pada hari Ahad berikutnya,si Paderi itu terus berdiam diri,dan orang ramai merasa kecewa kerana terpaksa menunggunya,namun dia tidak datang juga.Maka datanglah seorang ke rumahnya dan bertanya akan khabarnya,maka dia meminta dikecualikan kerana disebabkan tidak sihat.Hal ini berterusan lamanya sehingga orang mencurigainya.Maka,mereka telah mengirim utusan kepada Paderi itu,dan memberikannya peringatan,jika dia tidak mahu datang juga ke gereja untuk menyampaikan ajarannya,maka mereka akan datang beramai-ramai ke rumahnya dan akan membunuhnya,kerana mereka telah menyangka,bahawa sejak datangnya si orang Arab itu ke Rum,sikap Paderi itu telah banyak berubah.Paderi Romawi itu pun memanggilku datang ke rumahnya."Ini suratku,ambillah dan serahkan kepada pembesarmu itu", pesan Paderi itu dengan hati yang tidak tenang."Sampaikan salamku kepadanya,dan beritahulah bahawa aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu adalah Utusan Allah.Katakan juga,bahwa aku beriman dengannya, mempercayainya, dan menjadi pengikutnya.Dan kaumku telah mengingkari semua kata-kata dan nasihatku, kemudian engkau ceritakanlah pula apa yang engkau saksikan ini",pesan Paderi itu kepadaku.Apabila Paderi itu enggan datang ke gerejanya lagi,mereka menjadi marah,lalu mereka membunuhnya.
(Al-Haitsami: Majma'uz-Zawa'id 8:236-237. Abu Nu'Alm pula meriwayatkan cerita yang sama, tetapi ringkas, dalam Dalaa'ilun-Nubuwah, hal. 121.)

Abdan meriwayatkan daripada Ibnu Ishak rah yang menukilkan dari beberapa orang yang mengetahui peristiwa ini, katanya bahwa Heraklius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi r.hu "Celakalah engkau,memang demi Allah,aku tahu bahawa pembesarmu itu adalah Nabi yang diutus,dan dialah orang yang kita tunggu selama ini,dan sifatnya dan perwatakannya itu di sebut di dalam kitab kami,akan tetapi,apa daya,kerana aku bimbang, aku akan kehilangan kerajaanku ini.Kalau tidak kerana itu,tentu aku akan mengikutnya.Cuba engkau pergi kepada Paderi kami,dan kami dan jelaskan tentang perkara yang melibatkan pembesarmu itu,kerana Paderi itu lebih dihormati orang dari hal agama dan bicaranya tentu ia akan menerimanya!".Maka Dihyah r.hu pun bergerak dan mendapatkan Paderi itu dan menceritakan berita yang dibawanya itu,maka setelah mendengar semua berita itu,Paderi itu berkata: "Pembesarmu itu,demi Allah,adalah seorang Nabi yang diutus,kami mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya!Paderi itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan menukarnya dengan pakaian serba putih.Dia pun keluar di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuninya dan membunuhnya.
(Al-Ishabah 2:216)

Wednesday, November 9, 2011

Mimpi Maulana Zakaria Rah

                   Perkuburan Baqi,disinilah Maulana Zakaria rah di kebumikan

Suatu ketika,Maulana Zakaria rah telah bermimpi yang mana beliau telah melihat satu timbunan kitab-kitab yang membentuk satu kubah masjid.Mimpi itu telah diberitahu kepada ayahnya dan ayahnya kemudian mentafsirkan mimpi tersebut dengan katanya;"Inshallah,Allah swt akan memberikan kepadamu kefahaman yang luar biasa".Maulana Zakaria kemudiannya menulisnya dalam bukunya "Aap Beti" bahawa itulah yang berlaku.Beliau telah membaca beribu-beribu kitab dan dapat memahami setiap satunya dengan baik.Kisah-kisah ini diceritakan di dalam bab "nikmat-nikmat Allah swt"

Dan berikut adalah mimpi yang di alami oleh Maulana Zakaria yang melihat Rasulullah Saw dan penerimaan dan kemahsyuran kitab-kitab karyanya.Penyair terkenal India,Allamah Muhamad Iqbal rah, menceritakan:
" Pada 11 Rejab 1401 Hijrah,apabila aku pergi untuk berkhidmat kepada Maulana Zakaria,dan aku dapati beliau sangat gembira.Beliau memberitahu aku suatu mimpi yang baik yang di alami olehnya dan aku menyalinkannya daripada buku catatan hariannya".

"Aku (Maulana Zakria) telah melihat dalam mimpiku bahawa draf daripada kitab-kitabku seperti "aujaz Musalik"telah disusun dan aku akan serahkan kepada Rasulullah Saw.Di sebelah kanan Rasulullah Saw diduduki oleh Allamah Zarkani dan di sebelah kanan pula adlah Allamah Baaji.Apbila aku menghampiri Rasulullah Saw,aku melihat kitab "Aujuz Masalik Ila " yang lengkap berada di tangan baginda,yang serupa dengan kitab yang aku bawa bersama untuk ditunjukan  kepada Baginda Saw.Baginda Saw sangat gembira dan telah berdoa dengan satu doa yang tidak dapat aku ingati.Aku tersangat gembira dengan mimpi tersebut dan aku berharap usaha aku untuk menyusaun kitab "Aujuz Masalik "ini diterima oleh Allah Swt.

Wafatnya seorang alim besar.

Maulana Zakaria rah  selalu berharap untuk bertemu dengan Allah Swt sementara beliau tinggal di bandar Rasulullah Saw iaitu madinatul-Munawarah,akhirnya Allah Swt mengabulkan keinginan dan impian beliau,beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sana pada hari Isnin,1 Syaban 1402 bersamaan  24 Mei 1982 M dan di kebeumikan di Perkuburan Baqi dalam kalangan para Sahabat Baginda Saw dan ahli keluarga Baginda Saw.Majlis pengebumiannya diikuti oleh sejumlah besar orang dan jenazah beliau telah diimamkan oleh Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi,iaitu Syeikh Ibn Baaz rah,beliau juga dikebumikan disebelah pusara gurunya iaitu Maulana Khalil Ahmad Shaharapuri rah.

Friday, November 4, 2011

Memahami manhaj Sahabat r.hum

Para sahabat adalah golongan manusia terbaik. Hidup pada zaman terbaik bersama-sama Nabi. Mereka adalah golongan manusia yang diredhai dan dijamin Syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/133, no. 2458)
 
Para sahabat adalah golongan yang sentiasa bersama-sama Nabi dalam apa jua keadaan, sama ada senang atau sukar. Teguh beraqidah sebagaimana yang diperintahkan, hidup di dalam suasana yang mendapat perhatian Nabi, dan mati di atas jalan yang benar.Di masa hidupnya sentiasa bersama-sama Nabi mengutip kebenaran yang disampaikan. Mereka bermusafir dan berperang bersama-sama Nabi. Berjuang dan berdakwah menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi.

Setelah kewafatan Nabi, merekalah kelompok manusia yang meneruskan perjuangan dan kesinambungan dakwah Rasulullah. Merekalah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memelihara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah dari pelbagai bentuk penyelewengan, pendustaan dan penyembunyian. Mereka menyampaikan, mengajarkan, dan menyebarkannya kepada generasi manusia seterusnya.

Daripada ‘Abdullah B. ‘Amru r.hu, Rasulullah Saw bersabda,

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيل تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّة , وَتَفْتَرِق أُمَّتِي عَلَى ثَلَاث وَسَبْعِينَ مِلَّة , كُلّهمْ فِي النَّار إِلَّا مِلَّة وَاحِدَة , قَالُوا : مَنْ هِيَ يَا رَسُول اللَّه ؟ قَالَ : مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

“Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka melainkan satu golongan.” Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka yang selamat itu?” Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/235, no. 2565. Beliau berkata: “Hadis ini adalah hadis yang hasan gharib yang telah ditafsirkan, kami tidak mengetahui melainkan daripada periwayatan ini.” Hadis iftiraqul ummah ini diriwayatkan dengan beberapa jalur periwayatan. Para ulama berhujjah dengannya)
 
Melalui hadis ini, Rasulullah Saw telah menjelaskan bahawa mereka yang selamat dan berada di atas landasan agama yang benar adalah sesiapa sahaja yang berada di atas jalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya. Iaitu mereka yang memahami agama sebagaimana para sahabat memahaminya.
 
Sebagai penutup, saya tinggalkan pesanan imam Ahmad bin Hanbal rah (Wafat: 241H) sebagai panduan sekaligus merupakan prinsip:

أصول السنة عندنا التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم والاقتداء بهم

“Dasar Ahlus Sunnah menurut kami adalah tetap teguh di atas jalan hidup para sahabat Rasulullah Saw dan menjadikan mereka sebagai contoh ikutan (qudwah) dalam beragama.” (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, no. 1-2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini