Ikuti Blog Ini

Thursday, February 28, 2013

Memerlukan Bantuan Masyarakat


Kebakaran Rumah Tuan Guru Wan Izuddin Gajah Mati Pendang .

RUMAH PUSAKA ALLAHYARHAM PAK CHU HIM
GAJAH MATI PENDANG HANGUS KEBAKARAN
Semalam jam 3 pagi , Isnin 24 Feb 2013

BANTUAN MASYARAKAT DIPERLUKAN !!!


Rumah Allahyarham Pak Chu Him Gajah Mati kini 
milik Tuan Guru Hj Wan Izuddin hangus dijilat api dalam kebakaran pada jam 3 pagi semalam . 
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semasa Tuan Guru Wan Izuddin dan isteri beliau baru pulang dari ceramah yang dianjurkan oleh pihak kawasan Pendang . 
Rumah Tuan Guru Hj Wan Izuddin habis hangus dijilat api.

Kitab pusaka peninggalan Allahyarham Pak Chu Him juga turut dijilat api . 
Tuan Guru Hj Izuddin tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana pada masa itu beliau hanya bersama isteri sahaja dirumah , kereta beliau juga hangus .
Beliau bersama isteri dan anak-anak dalam keadaan sehelai sepinggang , kini mereka tinggal di surau . 

Masyarakat yang ingin menghulurkan bantuan sangat sangat dialu alukan .
Sumbangan dalam bentuk wang boleh disalurkan terus kepada Tuan Guru Wan Izuddin di Pondok Gajah Mati Pendang atau 

melalui Akaun Bank
BANK ISLAM
diatas nama
WAN MD  IZUDDIN B HJ WAN IBRAHIM
NO AKAUN : 2011020710577
AKAUN BSN TERBARU TN GURU HJ IZUDDIN
BARU DIBUKA HARI INI 25.2.2013
diatas nama
WAN MD  IZUDDIN B HJ WAN IBRAHIM
no akaun BSN
0211229000071887

atau hubungi pembantu beliau
MAULANA ditalian 019 4315721
atau anak beliau ABU.



 Laporan lengkap : http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/02/kebakaran-ruamah-tuan-guru-wan-izuddin.html


Friday, February 22, 2013

Dari Dimensi Yang Berbeza


Tuan Guru Abdul Hadi,Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) berbual dengan barisan Majlis Syura Jemaah  Tabligh dalam kunjungannya ke Masjid Jamek,Bandar Baru,Sri Petaling,petang semalam.

Sebenar,hubungan Tuan Guru,Mursyidul Am,dan beberapa pimpinan PAS adalah sangat mesra dengan Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia.Saya yang tinggal di satu negeri yang agak terkenal dengan gelaran sebagai kubu kuat PAS turut merasai akan perihal tentang perkara ini.
Tuan Guru ada ceritakan bahawa kita hari ini berceramah berjam-jam,tapi mengikutnya adalah sedikit,tapi para sahabat r.hum ajmain berkhutbah pendek saja,yang mengikut mereka adalah ramai.Tuan GuruAbdul Hadi kata lagi,sepanjang Jalan Sutera,apabila sahabat dan tabi'in bergerak ke China,maka sepanjang perjalanan,orang akan mengikuti mereka dan masuk Islam.Kemudian,Maulana Abdul Hamid menambah bahawa para sahabat r.hum ajmain hanya berkata "kuunuu mithlana tuflihu"(jadilah mcm kami,kamu berjaya) di sebabkan mereka ada hakikat iman dan amal,kata Maulana Abdul Hamid lagi sambil Tuan Guru Abdul Hadi mengangguk kepala tanda bersetuju dengan perkataan Maulana Abdul Hamid.


Ketika,Jemaah Tabligh mulai memasuki negeri Kelantan,Jemaah Tabligh daripada India,Pakistan akan membuat kunjungan ke Pejabat Mufti Kelantan,sementara itu,yang membantu dalam menterjemah kepada Jemaah ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Walaupun,kebanyakan aktivis/rakan seusaha/para karkun mempunyai pengalaman pahit,pernah di halau,di caci dan di perli oleh ahli bawahan PAS,namun ketahuilah wahai saudaraku tindakan dan perbuatan mereka ini tidak di restui oleh pimpinan PAS itu sendiri.


Kebanyakan aktivis/rakan seusaha/para karkun di halau,di caci dan di perli dek kerana di tuduh bersikap nuetral dalam kerangka politik kepartian di tanah air.Ada pihak yang mendakwa bahawa aktivis/rakan seusaha/para karkun kebanyakan menyokong parti lawan mereka.Sebenarnya,Jemaah Tabligh adalah satu gerakan dakwah dan islah,namun ianya agak mustahil terjadi kesatuan dalam satu-satu kesamaan politik kepartian ini.

Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom serta pimpinan JAWI ketika beramah mesra dengan barisan Majlis Syura Jemaah Tabligh dalam rangka lawatan ke Masjid Jamek,Bandar Baru,Sri Petaling.

Sebenarnya,satu perkara yang menarik untuk kita semua ketahui bahawa Jemaah Tabligh ini adalah satu manhaj dakwah yang mengkehendaki penyertaan bagi setiap lapisan sosial umat,tidak kira mereka itu dari golongan Salafi/Wahabi,Sufi,PAS,PKR atau UMNO.Semua kita ini mempunyai tanggungjawab di antara satu sama lain.

Satu perkara yang menarik apabila golongan-golongan yang berbeza firqah ini,mereka duduk di dalam Jemaah Tabligh,mereka akan meraikan satu sama lain kerana di dalam Jemaah Tabligh sendiri di antara aspek yang di berikan penekanan penting ialah sifat “Ikramul Muslimin” dan setiap aktivis/rakan seusaha/para karkun di tekankan sifat mengutamakan saudara mereka dari diri mereka sendiri.

Usaha Dakwah ini seperti air yang sungai yang mengalir dengan tenang,walaupun lambat,ianya tetap mengalir dan akan sampai ke hilir sungai.(Kata-kata al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki).

                                                            Pierre Andre segak berserban

P/s laporan Harakah Daily : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16916-presiden-pas-kunjungi-jamaah-tabligh

Sunday, January 27, 2013

Kisah Al-Musnid Syeikh Dengan Dua Orang VVIP Malaysia


                  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Semoga Allah terangi pusara beliau dengan cahaya


Respon kepada mereka yang menghantar e-mail.Oleh kerana terlalu banyak e-mail yang di hantar kepada saya untuk mengetahui cerita selanjutnya.Maka saya membuat keputusan untuk menuliskan satu artikel baru sebagai lanjutan kepada artikel sebelum ini.

Al-Musnid Syeikh pernah menziarahi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang ketika itu ialah bekas Perdana Menteri,saya rasa lewat tahun 1980-an.

Maka soalan pertama yang di tanya oleh Tunku Abdul Rahman ialah apakah tujuan sebenar Jemaah Tabligh ini.Maka dengan hikmah dan bijak,Al-Musnid Syeikh menjawab bahawa tujuan Jemaah Tabligh adalah untuk mengembalikan penghayatan agama seperti mana keadaan Islam di zaman terdahulu (Nabi Saw dan para Sahabat r.hum ajmain).

                                    Dengan agama,Allah Swt akan menyatukan pepaduan bangsa



Al-Musnid Syeikh juga telah memberitahu bahawa Jemaah Tabligh menyeru orang Islam supaya kembali ke masjid,mengimarahkan masjid dan kembali menghayati sunnah-sunnah Baginda Nabi Saw.

Tuanku Abdul Rahman bertanya lagi,apakah kerja Jemaah Tabligh ini merupakan kerja semua orang Islam,maka Al-Musnid Syeikh menjawab ye,memang benar,hal ini merupakan kewajipan semua Umat Islam,kerana zaman sekarang (zaman 1980-an),keadaan Umat Islam adalah di tahap yang membimbangkan,maka apabila keadaan ini berlarutan,maka menjadi kewajipan atas setiap orang Islam untuk bangkit melakukan dakwah.

Selepas daripada itu,Tuanku Abdul Rahman berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh Al-Musnid Syeikh.Maka Tuanku mohon doa dari Al-Musnid Syeikh supaya sembuh dari penyakit dan menyertai Al-Musnid Syeikh dalam melakukan kerja Tabligh.Ketika itu Tuanku Abdul Rahman merupakan Presiden Perkim.

Al-Musnid Syeikh Dengan  Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Berkaitan dengan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim,jika tidak salah saya, beliau adalah anak murid kepada Al-Musnid Syeikh ,masa beliau belajar dulu,dan ketika Presiden Abim dan ketika menjawat jawatan di dalam kabinet kerajaan,beliau selalu menziarahi Al-Musnid Syeikh,dan selalu meminta nasihat daripada Al-Musnid Syeikh.Saya tidak pasti sama ada beliau pernah menadah/bertalaqqi kitab dengan Al-Musnid Syeikh ataupun tidak.

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim ketika pelihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008,sejurus selepas beliau di bebaskan daripada penjara,beliau telah datang menziarahi Al-Musnid Syeikh,Jika tidak salah saya,tujuan beliau datang adalah untuk meminta restu daripada Al-Musnid Syeikh.ketika itu,Al-Musnid Syeikh baru sahaja selesai program Himpunan (Jhor) wilayah Utara yang bertempat di Masjid Bandar Baru Perda.2008.

Al-Musnid Syeikh ada menceritakan bahawa beliau mengangap Dato' Seri Anwar bin Ibrahim seperti anak beliau sendiri,Kata Al-Musnid Syeikh beliau memberitahu Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bahawa jika majlis yang kamu buat ini baik,majlis kamu ini akan menjadi wangi/harum (mendatangkan rahmat Allah-pent) dan jika majlis yang kamu buat tidak baik,maka majlis kamu ini  akan menjadi busuk (mengundang kemurkaan Allah-pent) di sisi Allah Swt.Kemudian kata Al-Musnid Syeikh berkata lagi bahawa.Jika kamu bertaqwa dan beramal soleh,Allah Swt akan memuliakan kamu dan jika kamu mengingkari perintah Allah Swt dan Sunnah Rasulnya,maka Allah Swt akan menghinakan kamu.

                              Al-Musnid Syeikh,Semoga Allah terangi pusara beliau dengan cahaya



Penulis beranggapan ini satu bentuk nasihat yang ikhlas daripada seorang Guru kepda anak muridnya.Ketika berlangsungnya Ijtimak Malaysia di Nilai,Negeri Sembilan pada 2009,Dato' Seri Anwar bin Ibrahim kelihatan datang ke pentas utama sambil memapah Al-Musnid Syeikh yang kelihatan sedikit uzur.Ketika mereka duduk,Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sentiasa memegang tangan Al-Musnid Syeikh menampak begitu kemesraan antara keduanya.Begitulah kasih sayang seorang murid kepada gurunya.Peristiwa ini di lihat oleh saya sendiri yang berada tidak jauh dari pentas utama.

Al-Musnid Syeikh hanya menceritakan sampai di sini sahaja kisah-kisah dan pengalaman beliau beramah mesra dengan beberapa individu penting dalam negara kita kepada saya.Rasanya,banyak kali nasihat dan pengalaman Al-Musnid Syeikh yang tidak di kongsikan bersama saya.Pengalaman bertemu dengan Al-Musnid Syeikh merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat saya.Semoga Allah Swt menerangi pusara Al-Musnid Syeikh dan Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan cahaya.Al-fatihah.

Tuesday, January 22, 2013

Nasihat Al-Musnid Syeikh Kepada Beberapa Pemimpin Negara


                          Gambar Perdana Menteri Dan Isteri Ketika Melakukan Tawaf

Al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaludin al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki pernah menceritakan bahawa beliau telah menasihati Isteri Perdana Menteri ,iaitu Datin Seri Rosmah Mansur ketika mereka berdua (Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor) menunaikan haji sekitar tahun 2008.

Telah berkata Al-Musnid Syeikh ,ketika menjawab soalan daripada isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor.(Perbualan ini berlangsung di rumah Al-Musnid Syeikh di Mekah,ketika Perdana Menteri dan Isteri menziarahi Al-Musnid Syeikh).

Soalan daripada Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor : Tuan Guru (Di kenali sebagai Tok Guru di Malaysia) adakah boleh saya bersama dengan suami saya di dalam syurga kelak.
Maka Tuan Guru menjawab,inshallah,boleh jika Datin Paduka Seri mentaati perintah Allah Swt dan Rasulnya,dan juga mentaati perintah suami,membuatkan suami rasa gembira dan bahagia.Dengan rahmat daripada Allah Swt,Allah Swt akan masukan Dato Sri dan Datin Paduka Seri ke dalam Syurga.

Tambahan lagi,Tuan Guru menghadiah beberapa amalan khusus kepada pasangan suami-isteri ini (Dato Sri dan Datin Paduka Seri – penulis merasakan ,amalan-amalan seperti zikir dan amalan sunnat tertentu w/a).

Penulis merasakan bahawa ada lagi nasihat daripada Al-Musnid Syeikh,tetapi hanya nasihat dan kata-kata ini yang telah Al-Musnid Syeikh ceritakan kepada penulis.

Al-Musnid Syeikh Ketika Solat Asar bersama Dato' Sri Haji Mohammad Najib di Medan Ijtimak Malaysia,di Nilai 2009.Turut hadir di medam Ijtimak ini ialah Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang juga anak murid kepada al-Musnid Syeikh.


Kisah ini di ceritakan sendiri kepada penulis ketika penulis menziarahi Al-Musnid Syeikh di rumah beliau,di Penanti sekitar tahun 2009,ketika Al-Musnid Syeikh pulang daripada menghadiri program Ijtimak Malaysia di Nilai ,Negeri Sembilan.

Komen daripada penulis : Sepatutnya diantara adab kita bermuamalah dengan pemimpin kita ,adalah dengan memberikan nasihat-nasihat yang baik.Hal yang demikian adalah di suruh oleh syarak.Bukan kita hanya melemparkan tuduhan dan kejian sedang beliau juga mempunyai iltizam dan sifat kemanusian seperti kita iaitu menginginkan redha daripada Allah Swt.

Walaupun sesiapa sahaja melakukan kesalahan atau kesilapan,hendaklah kita menegurnya dengan cara yang berhemah sesuai dengan garis panduan yang di garis oleh syarak.Bukan kita melemparkan cacian dan kata-kata nista yang hanya akan membahayakan kehidupan akhirat kita.
                                        Al-Musnid Syeikh bersama Syeikh Husni Ginting

                                          
(Kata-kata al-Musnid Syeikh Muhammad Soleh bin Usman Jalaluddin al-Fulfilani al-Malayuwi al-Makki,ketika menceritakan kisah beliau dengan Perdana Menteri Malaysia kepada saya sekitar 2009,di kediaman beliau,Penanti,Pulau Pinang).

P/S : Sebenarnya penulis ada menyimpan beberapa lagi kisah-kisah Al-Musnid Syeikh iaitu nasihat Al-Musnid Syeikh bekas Perdana Menteri Malaysia,Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan kepada Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (juga anak murid kepada Al-Musnid Syeikh).Sesiapa yang berminat mengetahuinya,sila hubungi penulis (fuadpendang@gmail.com).

Sunday, January 20, 2013

Pencerahan Lafaz Perkataan Ini

Salam
Soalan
Adakah perkataan ini hadith.

“Fadhilat membawa orang Islam kepada kepada agama Islam adalah lebih baik dari mengislamkan 10 orang kafir.”.

Waalaikumusalam Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Hadith bilafzihi (dengan lafaz seperti yang dihebohkan) belum pernah saya jumpa,cuma Mufti Syafi Usmani [1]ada menjelaskan di dalam tafsir surah " Abasa" Beliau telah mengeluarkan satu noktah iaitu keluarnya usul Dakwah dan Tabligh dari Syan nuzul surah ini.Kemudian di bawah mazmun ini Mufti Sahab ada menyebut bahawa melibatkan diri dengan memikirkan untuk mengislahkan orang Islam itu adalah lebih "Ahmiat" (penting) dan lebih "muqaddam" dari melibatkan diri untuk mengajak orang kafir kepada Islam.(Maariful Quran)

Rasulullah Saw bersabda :

لأَنْ ﻳَﻬْﺪِﻱَ ﺍﻟﻠﻪ ﺑِﻚَ ﺭَﺟُﻼً ﻭﺍﺣِﺪًﺍ ﺧَﻴﺮٌ ﻟَﻚَ ﻣِﻦْ 
ﺣُﻤُﺮِ ﺍﻟﻨﻌﻢ
''Dengan asbab kamu, Allah bagi hidayat kepada seorang lelaki lebih baik daripada kamu memiliki unta-unta yang merah'' (Hadith riwayat Bukhari).
Jadi sekiranya kita nak nisbahkan dengan Hadith,kita nisbahkanlah dengan hadith unta merah itu dan ungkapan ini kita hanya nisbahkan kepada Ulamak Muktabar dan lebih ihtiatnya gunakan lafaz" lebih Muqaddam" dengan bukan menggunakan "lebih baik" seperti mana dinuqilkan dari Mufti Syafi tadi dan tanpa kita menghadkan sebarang angka 10,20,50 atau 100 orang kafir.

Wallahu A'lamu Bissawab


Oleh
Al-fadhil Ustaz Wan Abu Laibah
Tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum,Hulu Langat.




[1] Beliau adalah ulama Sunnah keluaran Darul Ulum Deoband yang berasal daripada Pakistan.Sepanjang hidup beliau,beliau telah berkhidmat sebagai Mufti Agung di Darul Ulum Deoband dan setelah permisahan Pakistan daripada India.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini