Warna hijau menunjukan negara umat Islam di dunia ini
Pentafsiran
para fukaha tentang negara Islam boleh ditinjau dari sudut pembahagian negara
yang dikemukakan oleh mereka.Umumnya mereka membahagikan negara(dar) kepada dua jenis ¡aitu dar al-islam dan dar al-harb. Sebahagian mereka membahagikannya kepada tiga iaitu dar al-Islam,dar al -harb dan
dar al-’ahd.Saya memilih untuk menukilkan dahulu pandangan para fuqaha muktabar mengenai "Dar al-Islam"(Negara Islam)".
Dar al-Islam
Al-Qadi
Abu Yusuf rah (W182H) berkata,sesebuah negara itu dianggap sebagai dar al-Islam dengan menyatanya
hukum-hukum Islam dalam meskipun kebanyakan penduduknya terdìri daripada
kalangan bukan Islam( non-Muslim).
Sesebuah negara itu dianggap sebagai negara kafir (dar al-harb) dengan nyata hukum-hukum kafir di dalamnya meskipun kebanyakan penduduknya
adalah terdiri daripada orang Islam.(aI-Sarakhsiy
1344H, 10:144).
Al-Imam
Yusof Kandhalawi rah (1383 H),pernah berkata,bahawa Negara Islam itu adalah negara yang mana dalam negara tersebut,wujudnya amalan agama dalam masyarakatnya,walaupun negara tersebut di perintah oleh pemerintah kafir,tetapi walaupun negara
itu diperintah oleh pemerintah
Islam,tetapi kehidupan beragama masyarakatnya tidak wujud,maka negara tersebut
bukanlah di namakan negara Islam.(Petikan bayan/Ceramah beliau di Raiwind,Pakistan).
Imam
Abu Hanifah rah (W150H) pula berpandangan membawa sandaran dar kepada Islam atau kafir
bukanlah berdasarkan kepada Islam atau kafir ini sendiri,tetapi sebaliknya berdasarkan kepada keamanan atau ketakutan (ketenteraman).Maknanya jika terdapat keamanan secara mutlak buat orang Islam,
sementara ketakutan secara mutlak terhadap orang kafr,sesebuah negara itu
dikira negara Islam.Jika keadaan itu sebaliknya,maka ianya dikira sebagai
negara kafir (al-Kasani 1977, 9: 519; lbn Abidin I 386H. 4:174).
Muhammad
ibn aI-Hasan al-Shaybari (W189H) meletakan syarat sesebuah negara Islam mestilah kekuasaan negara tersebut berada di tangan orang
Islam (aI-Sarakhsi 1971, 3:8’).
Al-Rafit menyatakan tidak menjadi syarat sesebuah
negara Islam itu didiami oleh umat Islam sebaliknya memadai jika ia berada di
bawah kuasa Imam serta keIslamannya (al-Rafi’i. t.th 8: 14).
lbn
Qayyim (W75IH) berkata, “Jumhur ulama berkata negara Islam adalah negara yang
didiami oleh umat Islam dan dilaksanakan dalamnya hukum-hukum Islam’ (Ibn Qayyim,
1: 266).Melihatkan
paparan pandangan para fukaha dan pada pelbagai generasi dan mazhab ini,kita boleh mendapati bahawa syarat yang utama untuk menentukan bahawa sesebuah negara
itu Islam atau kafir ialah perlaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya.Jika
hukum-hukum dilaksanakan di dalamnya dan ia berada di bawah kekuasaan orang
Islam,Negara tersebut
diiktiraf sebagai negara Islam.Kesan daripada kedua-dua perkara tersebut,umat
Islam
akan berada dalam keadaan aman.
akan berada dalam keadaan aman.
Tetapi
jika tidak dilaksanakan hukum Islam sementara kekuasaannya berada di tangan
orang bukan Islam maka ia dikira sebagai negara harbiyy,sekalipun terdapat orang Islam daripada kalangan
penduduknya.Sementara pandangan Imam Abu Hanifah (W204H) yang kelihatan
menjadikan keamanan dan ketakutan sebagai asas penentuan sesebuah negara itu
Islam atau kafir tidak bertentangan
dengan pandangan para fukaha lain kerana keamanan akan terhasil melaluí
perundangan dan kekuasaan Islam.Keamanan adalah bukti kepada kekuasaan sebagaimana
yang dìtegaskan oleh al-Sarakhsi (1971, 4 1253).Atas dasar inilah kita dapati
al-Kasani (584H) ,telah mentafsirkan kata-kata Imam Ahu Hanifah(W204H) dengan ungkapannya
yang berikut: Maksud kata-katanya (Imam Abu Hanìfah) keamanan secara mutlak
ialah tidak perlu akad perdamaian dan permohonan perlindungan daripada
keamanan” (al-Kasani 1977,9: 519).
Seolah-olah, Imam Abu Hanifah bermaksud daripada kata-katanya itu, negara Islam adalah
negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam dan buktinya umat Islam aman
dan bebas melaksanakan hukum-hukum Islam tanpa sebarang perasaan takut.Oleh
sebab itulah kita mendapati bahawa Imam Abu Hanifah pernah menyatakan:Perkara
yang diambil
kira dalam penentuan sesebuah negara adalah kekuasaan dan mun’ah pada sesuatu
pemerintahan” (aI-Sarakhsi 1971,4: 1253).
Seperkara
lagi yang perlu diberi perhatian di sini ialah pelaksanaan hukum Islam.Sesebuah
negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam tidak memadai untuk dikira
sebagai negara Islam jika tidak berlakunya pelaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya
ini terbukti melalui kata-kata al-Sarakhsi:Semata-mata pembukaan sesebuah
tempat (al-Jath) tidak menjadikan tempat tersebut sebagai negara Islam sebelum
dilaksanakan hukum-hukum Islam (al-Sarakhsi 1344K, 10: 23).
Hal ini adalah disebabkan terdapat ramai pemerintah daripada kalangan orang Islam yang tidak
mampu melakukan sernua perkara yang wajib dilakukan olehnya sebagai seorang
pemerintah Islam. Muhammad Rashid Rida(W1354H) menyatakan negara seperti ini diklasifikasikan
sebagai negara harbiyy oleh sebahagian ulama (Salah al-Din al-Munjid 1970, 1:337).



