Ikuti Blog Ini

Friday, March 9, 2012

Syubhat terhadap Ilmuan Wahabi 1

Sambungan daripada artikel ini ( Syubhat terhadap Ilmuan Wahabi).


Kata Ilmuan Wahabi,

Cerita Imam Qurtubi lawan dengan hadis Nabi SAW

Rasulullah menjawab: “Janganlah mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/269, no. 4133)

Siapa yang mesti kita dahulukan?

Ada kaedah disini yang ulama dah ajar.

"Iza Ja'a An-Nassu, Batula al-Faslu."
Apabila telah datang nass, maka batal selainnya. 

Hal ini juga tanda kecelaruan pemikiran ilmuan wahabi sama dengan Ilmuan Wahabi yang lain yang menggunakan hadis ini untuk menafikan kasyaf.Hadis ini khusus untuk kahin/kuhhan,tetapi diterjemahkan dengan lafaz umum ‘orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.’ Barangkali mereka merasakan terjemahan umum begitu dapt menafikan apa saja bentuk mengkhabarkan perkara ghaib. 

Di sini dia menggunakan terjemahan umum untuk semua dakwaan mengetahui perkara ghaib, tetapi apabila saya gunakan ayat ‘orang yang zikir dengan banyak,dia kata tak boleh jadi dalil untuk setiap erti zikir pula. Sedangkan dia sendiri yang kata ayat itu umum.Namun keumuman tersebut tidak benar sama sekali. Kerana kalimah kuhhan ialah mereka yang MENGKHABARKAN PERKARA GHAIB MELAUI PERANTARAAN SYAITAN.Sedangkan wali Allah yang ada kasyaf mengetahui berita ghaib melalui rukya salihah,firasat dan nur ilahi.Maka dalil hadis tersebut tidak boleh sama sekali digunakan untuk membatalkan atau menafikan kasyaf. 

Bandingannya seperti orang yang menujukan ayat khusus untuk orang kafir kepada orang Islam.Ilmuan Wahabi keliru kerana ia membantah saya tidak menggunakan nas sebaliknya mengambil yang lainnya. Habis tu nas yang berderet-deret yang saya datangkan itu apa dia, bukan nas?

Kata  Ilmuan Wahabi  lagi:

"Penulis ini faham bahasa Melayu ke Gagal SRP dia.Cuba sebut kalimah tauhid 200 kali sekali nafas.?
Dia bantai 3 minit plak. 3 minit banyak kali daa boleh tarik nafas...."

Jawapan: 

Mengikut kitab terjemahan Fadhilat zikir terbitan Era Ilmu cetakan keenam dinyatakan dengan satu nafas dan bukannya satu lafaz. Satu nafas adalah yang betul setelah disemak oleh penterjemah yang lebih mahir.

Ilmuan Wahabi ini mungkin dia tidak mengetahui kaedah zikir berkenaan.Cara yang pernah saya lihat ialah dengan menarik nafas pertama dan menahan nafas kemudian berzikir beberapa kali barulah menarik nafas kali kedua. Jadi cara yang dinyatakan oleh Shah Waliyullah ialah bapanya menarik nafas pertama dan menahannya, kemudian ia menyebut la ilaha illallah sebanyak 200 kali. Selepas habis 200 kali barulah dia menarik nafasnya yang kedua.Saya sebut 3 minit sebagai contoh bahawa memang manusia boleh menahan nafas selama tempoh mngucapkan la ila illallah sebanyak 200 kali yang masanya adalah selama 3 minit.Saya datangkan rekod menahan nafas dalam air kerana ia sama saja dengan menahan nafas ketika berzikir. Perkara ini adalah dalam kemampuan manusia. Kenapa perkara ini nak dipertikaikan sangat sedangkan ia tidak berlawanan dengan mana-mana nas. Ada ke nas yang melarangnya?

Kata  Ilmuan Wahabi :

Para Nabi mengetahui sebahagian perkara ghaib sebagaimana yg Allah perlihatkan dan khabarkan. Ini sebagaimana dalil dalam Surah al-Jiin. Maka, perkara ghaib atau khabar ghaib hanya dapat ditetapkan melalui wahyu yg diwahyukan kpd nabi.Bukan kepada para masyaikh Tablighi yg mendakwa mengetahui khabar dari syurga dan neraka!

Jawapan:

Syaikh Abu Yazid bukan masyaikh tabligh.Siapakah masyaikh tabligh yang mendakwa tahu khabar dari syurga atau neraka? Tidak ada satu riwayat pun yang mengatakan masyaikh tabligh mengetahui khabar dari syurga atau neraka. Ini adalah tuduhan palsu sama sekali.

Ilmuan Wahabi berkata kasyaf tidak boleh mengetahui perkara ghaib. 
Tapi Ibnu Atoillah berkata: "pengetahuan sesetengah wali-wali Allah mengenai perkara ghaib adalah harus dan benar-benar berlaku. Kerana ia melihat dengan nur Allah". (Faidhul Qadir, 1/143)

Kata Ibnu Taimiyyah dalam "Mamu’atul Rasail Kubra": (1/51-52): adapun hujjah ahli zauq, wujd, dan mukasyafah, maka ahli hak dari kalangan mereka mempunyai ilham-ilham yang sahih dan tepat. Seperti dalam Sahihain, Nabi (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: sesungguhnya ada di dalam umat sebelum kamu orang-orang yang diberi ilham, sekiranya ada dalam umat ini Umarlah orangnya.Umar berkata: "hampirilah mulut orang-orang taat dan dengarlah apa yang mereka katakan, kerana datang kepada mereka perkara-perkara yang benar."

Di dalam sahih Tarmizi, dari Abu Said Al Khudri, Nabi (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda, ertinya: "takutilah firasat orang beriman, kerana mereka melihat dengan nur Allah. Kemudian baginda membaca ayat al Quran: sesungguhnya di dalamnya terdapat tanda-tanda bagi ‘mutawassimin’. Kata sebahagian sahabat, aku percaya, demi Allah itulah haq yang Allah letakkan pada hati dan pendengaran mereka."

Dalam sahih al Bukhari, dari Abu Hurairah sabda baginda (selawat dan salam ke atasnya) ertinya: "sentiasa hambaku menghampiri diri kepadaku dengan ibadat-ibadat sunat sehingga aku mencintainya. Apabila aku mencintainya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan aku penglihatanya yang ia melihat dengannya, dan aku tangannya yang ia memegang dengannya, dan aku kakinya yang ia berjalan dengannya." 

Dan mereka berkata adalah sakinah berbicara di atas lidah Umar radiyallahu anhu.
Dan Nabi (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda, "ertinya: sesiapa yang meminta untuk menjadi qadhi dan ia meminta orang lain menolong untuk mendapatkanya, ia akan diserahkan kepada dirinya (tidak ditolong); dan barangsiapa yang tidak memintanya dan tidak minta bantuan untuk mendapatkannya, Allah akan menurunkan malaikat uutuk menolongnya…" 

Hal ini adalah pendapat sebahagian ulama yang menerima kasyaf. Kalau  Ilmuan Wahabi  tak nak terima biarlah dia terus begitu.

Kata  Ilmuan Wahabi :

Perkara ghaib atau khabar ghaib hanya dapat ditetapkan melalui wahyu yg diwahyukan kpd nabi.

Jawapan:
Apakah yang dimaksudkan dengqn kalimah ‘ghaibihi’ dalam surah jin itu.Dan apakah maksud ‘al ghaib yang tertera dalam seluruh al Quran?

Dalam surah jin dinyatakan:

“Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak mengetahui apakah dekat azab yang dijanjikan kepada kamu, atau tuhanku telah menjadikannya lambat lagi. Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib (turunnya azab), maka Dia tidak menjelaskan perkara ghaib (turun azab tersebut) yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (Surah al-Jin 26-27)

Maksud ghaib dalam surah jin itu salah satunya sudah tentu azab yang dijanjikan, kerana dimulai dengan “aku tidak mengetahui apakah dekat azab yang dijanjikan kepada kamu”. Ertinya antara yang dinamakan ghaib ialah berita mengenai masa hadapan. Maka apabila  Ilmuan Wahabi  menggunakan ayat ini untuk menafikan pengetahuan ghaib oleh wali Allah maka ini adalah tidak tepat,kerana selain nabi-nabi juga mengetahui masa depan dengan rukya salihah.Ini dibuktikan oleh banyak dalil:

Pertama: 

Ayat 36, surah Yusuf.

Ayat ini mengisahkan dua pemuda yang dipenjarakan bersama Nabi Yusuf alihis salam, seorang dari mereka bermimpi memerah anggur, dan seorang lagi bermimpi membawa roti di atas kepalanya, dan kemudian datang seekor burung memakan sebahgaian roti itu.

Dalam ayat 41, diterangkan tafsiran mimpi mereka berdua oleh Nabi Yusuf, alaihissalam, ertinya: “wahai sahabatku berdua yang sepenjara, salah seorang dari kamu akan memberi minum arak kepada tuannya. Dan yang seorang lagi akan disalib dan burung akan memakan sebahgaian kepalanya.”

Ini jelas menyatakan peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jika perkara pada masa hadapan dianggap perkara ghaib, maka ertinya buka nabi juga boleh mengetahuinya melalui mimpi. 

Dalam surah Jin, ayat 26 tersebut dinyakan “fala yuzhiru” ertinya maka ‘Ia tidak menjelaskan’. Ia tidak dinyatakan dengan “fala yukhbiru”’ dengan erti ‘ia tidak memberitahu’. Ini tepat dengan keadaan mimpi bukan para nabi yang tidak jelas dan perlu kepada takbiran orang ahli mengenai mimpi. 

Ayat itu menyatakan tidak menjelaskan perkara ghaib, bukan tidak memberitahu langsung. Banyak bezanya antara menerang dan memberitahu.Hal ini lagi satu kegagalan  Ilmuan Wahabi  memahami bahasa Arab dengan tepat.Kata As Sowi, pengarang Hasyiah Jalalain, “maksud ‘fala dzhiru’ ialah Allah tidak menzahirkan/menjelaskan perkara-perkara ghaib sejelas-jelasnya (izhar tamm) kepada selain daripada nabi. “

“Maka oleh kerana itu tidak ada dalil dalam ayat ini yang menunjukkan kepada penafian karamah para wali Allah yang berkaitan dengan kasyaf. Tetapi pengetahuan mengenai perkara ghaib dari para nabi adalah lebih kuat daripada pengetahuan para wali, kerana pengetahuan para nabi dengan wahyu dan ia maksum (terpelihara) dari segala kekurangan. Maksum para nabi adalah wajib, dan maksum para wali adalah harus.” (Sawi Alal jalain, 4/336)

Dari sini boleh dibuat kesimpulan bahawa nabi mengetahui perkara ghaib dengan jelas dan sempurna tetapi oleh para wali tidak jelas dan tidak sempurna seperti itu.

Dalil Ketiga:

Dari surah Yusuf juga, ayat 43, iaitu mimpi 


Dalil Kedua:

Kata Ibnu Umar, “sesungguhnya orang ramai telah diperlihatkan dalam mimpi Lailatul Qadr ialah pada tujuh malam yang terakhir, dan ada sebahagian manusia diperlihatkan bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir. Maka bersabda Nabi (selawat dan salam ke atasnya) carilah Lailatul Qadr pada tujuh malam yang terakhir.” (Riwayat Al Bukhari, dalam bab Takbir, Umdatul Qari, 24/205)

Kata Al Hafiz Ibnu hajar, ertinya diberitahu kepda mereka di dalam mimpi bahawa Lailatul Qadr ialah pada tujuh malam terakhir Ramadhan.

Hal ini menunjukkan mimpi juga boleh dijadikan alasan dan sandaran untuk syariat selagi ia tidak bercanggah dengan kaedah syar’iyyah . (Fathul bari, 4/302)

Tulisan ini adalah tulisan guru saya,iaitu salah seorang tenaga pengajar di Pondok Penanti.Tulisan ini berkaitan kesalahfahaman ilmuan Wahabi terhadap kitab "Fadhilat Amal"karangan Syiekh Zakaria al-Kandhalawi rah.Maka  pencerahan berkaitannya di jawab di dalam artikel ini.

Tulisan ini di sediakan oleh guru saya : Al-Fadhil Ust Ahmad Kamal Taib

Monday, March 5, 2012

Syubhat terhadap ilmuan wahabi

Tulisan ini adalah tulisan guru saya,iaitu salah seorang tenaga pengajar di Pondok Penanti.Tulisan ini berkaitan kesalahfahaman ilmuan Wahabi terhadap kitab "Fadhilat Amal"karangan Syiekh Zakaria al-Kandhalawi rah.Maka  pencerahan berkaitannya di jawab di dalam artikel ini.


                                                                 Kitab Fadhilat Amal
Dalil Pertama:

“... Dan orang-orang lelaki yang berzikir menyebut nama Allah dengan banyak dan perempuan yang berzikir, Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, 33: 35)

Kata Ilmuan Wahabi berkata :

Tidak dihadkan atau dibataskan hanya semata-mata dengan zikir lisan. Tetapi ia merujuk kpd maksud zikir secara umum, iaitu "mengingati Allah." Ibnu Katsir menyebutkan antaranya dengan solat di malam hari.Bahkan termasuk juga dengan ibadah2 lain yg umum. Kalau hendak dimaksudkannya sbg zikir umum dengan bilangan2 yangg banyak sehingga melepasi apa yg dianjurkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya, maka jelas itu tidak tepat.

Sedangkan Rasulullah adalah org yg paling bertaqwa, dan. beliau sendiri tidak mengamalkan zikir tahlil sebanyak itu? Kalau ada, silalah kongsikan riwayatnya yg sahihDalil yg bersifat umum, maka kita biarkan ia dgn keumumannya, knp kita pandai2 mengkhususkannya, malah meletakkan fadhilat2 tertentu yg tidak pernah ditetapkan oleh beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam?

[Kata Ilmuan Wahabi lagi ] 

Fadhilat Zikir/ibadah hanya dapat ditentukan dengan nash. Bukan dengan mimpi, kasyaf, mahupun andaian. Maka, cukupkanlah amalan kamu dengan as-sunnah. Jgn ditokok tambah dgn kasyaf, mimpi, dan wahyu baru yg entah dari mana datangnya.

Aku tidak akan merasa hairan dengan hebatnya org yg mampu berjalan di atas air mahupun yang terbang melayang di udara. Yang penting bukan itu semua, tp lihatlah aqidah dan amalannya, sama ada bertepatan dgn as-sunnah atau sebaliknya.Kerana ahli sihir dan wali syaitan juga boleh-boleh saja berlaku demikian.

Syaikh Abu Yazid al-Qurthubi ni kalau benar meriwayatkan dari Nabi, maka buktikanlah dengan sanadnya yg sahih marfu' kpd nabi dgn methologi para ulama hadis yg absah.Jangan berprasangka itu dan ini. Kerana agama ini tidaklah didirikan dgn prasangka!

Kata ilmuan Wahabi yang lain.

Cerita Imam Qurtubi lawan dengan hadis Nabi SAW

Rasulullah menjawab: “Janganlah mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/269, no. 4133)

Siapa yang mesti kita dahulukan?


"Iza Ja'a An-Nassu, Batula al-Faslu".

(Apabila telah datang nash,maka batal selainnya).

Jawapan:

Memang betul ayat itu bermakna umum. Apa maksud umum? Umum bermaksud semua bentuk ibadat yang mengandungi zikir adalah termasuk dalam umum ini. Ertinya solat boleh dimasukkan dalam ayat ini sebab ia mengandungi erti zikir. Tahajjud boleh termasuk dalam ayat ini kerana ada erti zikir dan kerana hadis mengenainya. Maka zikir lisan yang beribu kali pun termasuk dalam di bawah ayat ini.

Apabila zikir beribu kali termasuk dalam ayat ini maka boleh dan sah ayat ini dijadikan dalil zikir lisan dengan jumlah yang banyak. Kata Ilmuan Wahabi: dalil ini bersifat umum, maka biarkannya dengan keumumannya. Saya sokong pandangan ini, saya dan juga orang lain tidak berhak mentakhsis ayat ni tanpa ada dalil. Tapi apabila ilmuan wahabi tidak membenarkan saya istidlal dengan ayat ini sebagai dalil berzikir dengan banyak, saya mulai merasa hairan. Kenapa tadi dia suruh kekalkan ayat ini dengan keumumannya, tetapi pada masa yang sama tidak membenarkan saya istidlal bagi makna zikir banyak. Kalau begitu bermakna Abu Numair menghadkan istidlal pada yang selain zikir lisan. Itu bererti dia telah menyempitkan umum ayat ini. Maka ini bererti ayat ini bukan lagi umum, tetapi telah menjadi khusus. Siapa yang mentaksis-kannya? Orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah ilmuan wahabi sendiri. 

Pada mulanya dia kata ayat ini hendaklah dikekalkan dalam keumumannya. Kemudian dia juga berkata ayat ini khusus pula.Ini adalah terang-terang berlawan dengan kaedah umum. Sebagai contoh apabila ayat Al Quran menyatakan, ertinya:

“telah berjaya orang-orang beriman , (iaitu) yang khusyuk dalam solat mereka.” (Surah al Mu’minun)

Kalimah ‘al mu’minun’ adalah umum kerana ia adalah lafaz jama’ yang mempunyai alif dan lam. Jadi ayat ini bererti: telah berjaya semua orang mukmin, (iaitu) yang khusyuk dalam solat mereka.”

Maka termasuk ke adalam ayat ini semua orang yang beriman tak kira di mana ia berada dan tak kira bangsa apa pun.Apabila seorang tabligh (sebagi contoh) mengatakan telah: berjaya orang Islam Malaysia yang khusyuk dalam solatnya. Tetapi kalau Abu Numair berkata: tak betul kau cakap, sebab ayat itu umum untuk semua umat Islam. Maka bererti pemikirannya telah bercelaru. Dengan kata-kata itu juga bererti Abu Numair telah secara tidak langsung telah mentahksiskan ayat Al Mukminun ini.

Tidak ada siapa yang berhak mentkhasiskan ayat tanpa ada dalil.Tapi inilah yang dilakukan oleh salaf/wahabi ini.Mungkin dia banyak ilmu hadis tetapi ia terlalu lemah dalam kaedah usul.Mungkin dia tidak belajar langsung Usul Fiqh,a tau hanya belajar kitab kecil-kecil sahaja. Dan kalau dia mempelajari kitab Usul Tafsir juga,saya percaya pemikirannya tidak akan celaru seperti ini. 

Apakah ilmu Usul Fiqh? Usul Fiqh ialah ilmu untuk berfikir secara tepat dalam dalil syariat berdasarkan kaedah Bahasa Arab. Apabila Ilmuan Wahabi sendiri telah gagal menterjemah dengan tepat takhrij hadis kitab Fadhilat Zikir itu, maka itu bukti ia tidak faham Usul Fiqh, sebab ilmu ini berdasarkan bahasa Arab.Apabila dia mengatakan ayat ini umum untuk semua bentuk zikir, tetapi selepas itu menolak ayat sebagai dalil ‘zikir yang banyak’ , bererti dia telah menerima sebahagaian ayat ini dan menolak sebahagainnya.

Apabila terdapat ayat umum seperti surah Al Mu’minun tadi, maka jumhur ulama telah menetapkan bahawa masuk ke dalamnya semua orang beriman tanpa ada tertinggal seorang pun, secara zonniy. Erti zonni ialah ayat ini meyeluruh kepada semua umat Islam tetapi ada juga sedikit kebarangkalian pengecualian.Tetapi Mazhab Hanafiiyah berpendapat menyeluruh secara qati’iyy, tanpa ada sedikit pun kebarangkalian pengecualian.

Kata Ilmuan Wahabi:Sedangkan Rasulullah adalah org yg paling bertaqwa,dan beliau sendiri tidak mengamalkan zikir tahlil sebanyak itu? Kalau ada, silalah kongsikan riwayatnya yg sahih.

Jawapan:

Kata-kata yang paling tepat ialah: saya belum menemui bahawa Nabi selawat dan salam ke atas baginda) berzikir sebanyak itu .Sebenarnya Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan para sahabat berzikir lebih daripadan 25 ribu kali kerana mereka sentiasa dalam keadaan berzikir dengan hati mereka.

Ini dijelaskan oleh sebuah hadis, ertinya: “hendaklah lidahmu sentiasa basah mengingati Allah.” (Tarmizi, hasan. Hakim mensahihkannya dan Zahabi mengakuinya. Maulana Zakariyya, Fadhilat Zikir, 28, hadith 2)

Mengingati Allah dengan hati adalah lebih utama. Ingatan kepada dengan Allah cara berterusan akan berlaku apabila seseorang itu mempunyai kecintaan dan kerinduan yang mendalam kepada Allah. Kerana Rasulullah dan para sahabat mempunyai sifat seperti itu maka mereka tidak perlu kepada jumlah-jumlah yang tertentu. Sebaliknya manusia yang lemah seperti kita sekarang perlukan kepada zikir yang banyak supaya termasuk di dalam ‘orang yang lidahnya sentiasa basah dengan menyebut nama Allah,’

[Kata Ilmuan Wahabi lagi ] 

Fadhilat Zikir/ibadah hanya dapat ditentukan dengan nash. Bukan dengan mimpi, kasyaf, mahupun andaian. Maka, cukupkanlah amalan kamu dengan as-sunnah. Jgn ditokok tambah dgn kasyaf, mimpi, dan wahyu baru yg entah dari mana datangnya.Syiekh abu yazid al-qurthubi ni nabi ke? mampu mengambil alih tugas nabi dan rasul menetapkan fadhilat tahlil sekian dan sekian? contohnya sebagaimana disebutkan dalam kitab fadhail zikir di atas, iaitu 70 ribu tahlil akan menyelamatkan dari api neraka?

Kalaulah demikian keadaannya, nescaya akan ada pula nanti kelompok2 lain selain sufi/tablighi menetapkan dengan angka sekian bagi zikir sekian, maka fadhilatnya sekian...

Jawapan:

Antara fadhilat zikir ialah menyelamatkan dari azab neraka da mengharamkan dari apa neraka. Ini jelas mengikut nas-nas yang telah saya nyatakan. Sekiranya dalam hadis dinyatakan bahawa zikir dapat menyelamatkan dari azab neraka tetapi ada orang yang tidak percaya 70 ribu boleh menyelamatkan dari azab neraka bererti dia telah menolak madlul nas yang sama. Untuk mentakhsiskan sesuatu nas, mesti ada dalil. Sila bawakan dalil untuk mentakhsiskan dalil-dalil tersebut.

Kalau seseorang berkata zikir sebanyak seribu kali boleh menyelamatkan dari neraka maka itu betul kerana ada nas umum mengenainya. Apabila ada orang mengatakan zikir sebanyak 10 ribu boleh menyelamatkan daripada azab neraka maka itu juga betul kerana nas umum tadi . Maka kalau orang berkata 70 ribu boleh menyelamatkan dari azab neraka atau berapa jumlah sekalipun maka itu adalah betul dengan nas umumnya. 
Tetapi apabila ada orang berkata dalil itu umum tetapi fadhilat 70 ribu tidak termasuk di dalamnya, bererti ia telah mentakhsiskan keumumannya. Mula-mula dia kata nas zikir umum, tapi lepas itu kata khusus untuk yang bukan berjumlah 70 ribu pula.Ini juga menunjukkan kecelaruan pemikirannya.

Dia hanya boleh kata 70 ribu tidak termasuk dalam keumuman itu sekiranya ada dalil menafikannya. Kalau tak ada dalil maka keumumannya masih kekal.Saya sendiri tidak akan merima kata-kata bahawa 70 ribu akan menyelamatkan dari azab sekiranya tidak ada dalil dari al Quran atau hadis.Apabila ada dalil umum maka itu sudah cukup untuk menerima kata-katanya.

Saya terima kerana berpegang dengan nas yang umum, bukan berpegang dengan semata-mata kata-kata Qurtubi atau siapa pun. Maka apabila ada orang yang berkata zikir sebanyak 10 ribu boleh menyelamatkan dari azab Allah maka saya masih percaya. Bukan berpegang dengan kata-katanya, tetapi berpegang dalil umum Al Quran dan hadis.Sebagaimana di bawah:


“dan orang-orang lelaki yang berzikir menyebut nama Allah dengan banyak dan perempuan yang berzikir, Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al Ahzab, 35)

Sabda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda), ertinya:

“tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan ‘la ilaha illallah’ kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka.”Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat.

Apabila Ilmuan Wahabi berkata tidak boleh diterima,maka bererti dia telah mentakhsiskan keumuman ayat dan hadis di atas.Takhsis tanpa dalil adalah adalah perbuatan yang salah sama sekali.Lebih celaru lagi kalau ada manusia yang berkata zikir yang banyak boleh meyelamatkan dari azab neraka, tetapi zikir 70 ribu tu bukan zikir banyak. Dan penolakan fadhilat zikir 70 ribu oleh sesetengah salafi-wahabi menunjukkan begitu. Kanak-kanak betullah dia orang ini.

Akan bersambung....Inshallah

Tulisan ini di sediakan oleh guru saya : Al-Fadhil Ust Ahmad Kamal Taib

Wednesday, February 29, 2012

Menjawab tuduhan ilmuan wahabi



Kitab Fadhilat Amal,versi baru,hasil pencerahan oleh ulama hadith Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.

Menjawab Tuduhan  Ilmuan Wahabi  ke atas Kitab Fadhilat Amal Maulana Muhammad Zakariyya (rahmatullah alaih)
Saya telah diminta oleh seorang rakan untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Salafi-Wahhabi kepada Maulana Ilyas rah  yang dikata sebagai pengasas firqah sesat Jemaah Tabligh dan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan ke atas kitab tersebut.

[Tuduhan Pertama dari  Ilmuan Wahabi  ]

Nukilan ini dalam (kitab Fadhilat Zikir) menjelaskan amalan wirid kaum sufi dengan zikir/wirid kalimat “Laa ilaaha illallah” sebanyak 25 ribu kali setiap hari sekurang-kurangnya?!

Wallahu a'lam, penetapan “25 ribu kali” ini wujudkah sandarannya dari sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam?

Siapakah yang mampu mengamalkannya atau bagaimanakah cara mengamalkannya sehingga sebanyak 25 ribu kali ini?

Jawapan:

Penetapan 25 ribu kali ke atas adalah berdasarkan ayat Al Quran, ertinya:
“dan orang-orang lelaki yang berzikir menyebut nama Allah dengan banyak dan perempuan yang berzikir, Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al Ahzab, 35)

“dan -orang yang ingatlah Allah dengan banyak, dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. (Al Ahzab, 41-42)

Bilangan 25 kali adalah termasuk dalam perintah berzikir dengan banyak. Di dalam al Quran tidak dijelaskan makna banyak tersebut dan tidak ada pun had yang ditetapkan, maka berzikir serbanyak 25 ribu kali tidak dilarang sama sekali.

Soalan dari pengkritik: Siapakah yg mampu mengamalkannya atau bagaimanakah cara mengamalkannya sehingga sebanyak 25 ribu kali ini? Ini menunjukkan kejahilannya dalam bidang tasawwuf dan kesufian. Mungkin dia merasakan dia tidak mampu,namun ramai orang lain yang mampu melakukannya. Kerana ia telah menjadi amalan biasa pada tokoh-tokoh sufi.

Soalan sebelumnya juga menunjukkan ketidakfahamannya cara istinbat dari ayat Al Quran. Apabila tidak dihadkan bilangan banyak, maka sejuta kalipun dibenarkan dan lebih baik. Penetapan 25 ribu adalah panduan yang dibuat oleh ulama yang pakar dalam bidang tasawwuf, bukannya oleh orang jahil. Dan ini berdasarkan kepada keadaan tertentu.

[Tuduhan Kedua]

Dinukilkan juga dari kitab ini berkaitan seseorang yang mampu menyebut “Laa ilaaha illallah” sebanyak 200 kali dalam sekali lafaz. Sejauh manakah kesahihan kisah ini dan sandarannya?

Jawapan:

Ini adalah kisah bapa Syah waliyullah Ad Dahlawi yang bernama Shah Abdur rahim yang wafat pada tahun 1145 h (1722 m), kisah ini diceritakan oleh Shah Waliyullah di dalam Kitabnya Al Qaulul Jamil. Kisah ini menjadi sahih kerana ia diriwayatkan oleh seorang yang soleh iaitu Shah waliyullah Ad Dahlawi di dalam kitanya. Khabar seorang yang adil adalah boleh diterima pakai. Kenapa harus kita reka-reka keraguan yang tidak munasabah.

Apabila telah ada rekod menahan nafas dalam air melbihi 10 minit maka perkara ini adalah tidak mustahil. Seorang manusia mampu menyebut la ilaha illallah sebanyak 60 kali dalam seminit. Ertinya selama lebih kurang tiga minit dia boleh menyebut sebanyak 200 kali.

Kalau kata-kata Albani boleh diterima oleh pengkritik sedangkan ia seorang penulis yang dipertikai oleh ramai ulama lain. Kenapa seorang ulama yang muktabar seperti Shah Waliyullah Ad Dahlawi perlu dipertikaikan. Sepatutnya kata-kata Albani yang perlu diragui kerana ia bukan pakar hadis kerana terlalu ramai ulama yang telah menolak pendapatnya.

Shah Waliyullah ad Dahlawi adalah sanad bagi sunan sittah di benua India. Albani pula dapat sanad dari siapa?

[Tuduhan Ketiga]

Penulis menyebutkan nukilan Syeikh Abu Yazid Qurthubi melalui muka surat ini bahawa “Sesiapa yang membaca “Laa ilaaha illallah” sebanyak 70 ribu kali nescaya ia akan terselamat dari neraka Jahannam.”

Sepatutnya, untuk menetapkan fadhilat sebegini ia perlu didatangkan dengan dalil-dalil yang sahih. Tanpa dalil ataupun hadis-hadis yang sahih, mana mungkin kita dapat mengetahui perkhabaran-perkhabaran ghaib seperti ini?

Jawapan:

Ini perlu diperbetulkan kerana ayat sebenar ialah Syeikh Abu Yazid Qurtubi berkata: aku mendengar bahawa barangsiapa membaca ‘la ilaha illah’ sebanyak 70 ribu kali nescaya ia akan terselamat dari neraka Jahannam.

Kata-kata Abu Yazid Qurtubi ‘aku mendengar’ mungkin bermaksud mendengar daripada hadis yang diajarkan kepadanya, dan barangkali dari kata-kata ulama yang juga berasal dari hadis. Ini ihtimal (anggapan) yang sopan terhadap orang soleh.

Perkara tersebut mempunyai dalil yang sahih dan banyak, cuma pengkritik yang tidak menemuinya kerana dihijab oleh niatnya untuk mempertikaikan setiap yang datang dari selain Albani dan Ibnu Taimiah dan kaum yang sebangsa dengan mereka.

Dalilnya ialah:

Pertama:

Firman Allah taala, ertinya:

“dan orang-orang lelaki yang berzikir menyebut nama Allah dengan banyak dan perempuan yang berzikir, Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al Ahzab, 35)

Firman Allah taala, ertinya:

“wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memeperbaiki amalan-amalan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu..”

Kata Ibnu abbas: perkataan yang tepat ialah ucapan ‘la ilaha illallah’

Kedua:

Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya:
“tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan ‘la ilah illallah’ kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka.”
Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat.

Ketiga:

Sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, ertinya:
“tidaklah berkumpul suatu kaum berzikir kepada Allah, yang mereka tidak mengkehendaki selain wajah Allah, melainkan mereka diseru oleh penyeru dari langit, bagunlah dalam keadaan kamu diampunkan sesungguhnya keburukan kamu telah ditukar menjadi kebaikan.”

Hadis riwayat Ahmad, Bazzar, abu Ya’la, dan Tabrani dari Anas bin Malik. Tabrani juga meriwayatkannya dari Sahl bin Hanzaliah. Baihaqi meriwatkannya dari Abdullah bin Mughaffal, seperti dinyatakan dalam Durrul Manthur, Suyuti. Disahihkan oleh Hakim.

Keempat:

Sabda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda), ertinya:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang tidak seorang pun mengucapkannya dengan hati yang ihklas kemudian ia mati dalam keadaan demikian, melainkan dia diharamkan daripada api neraka.”

Hadis riwayat Al hakim, dan ia mengatakannya sahih di atas syarat Bukhari dan Muslim. Dan mereka berdua telah meriwayatkan makna hadis ini.

Dalam nas-nas di atas dinyatakan keampunan dan pengharaman dari api neraka tanpa menyebut bilangan zikir. Ertinya zikir yang kurang daripada 70 ribu pun masih berpeluang mendapat keampunan. Maka zikir sebanyak 70 ribu kali lebih-lebih berpeluang mendapat keampunan.

Dalil diatas semuanya sahih, itu menunjukkan kebenaran kata-kata Al Qurtubi.

[Tuduhan Kelima]

Melalui muka surat ini, penulis menukilkan kisah seorang pemuda yang memiliki ilmu “kasyaf.” Untuk memudahkan kefahaman dan rujukan, perkataan “kasyaf” di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s. 683) bermaksud, “Penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.”

Dalam muka surat ini, penulis menyatakan bahawa seorang pemuda melalui ilmu kasyafnya telah mampu mengetahui bahawa ibunya sedang terbakar di dalam neraka jahannam!

Subhanallah, ada manusia yang mampu melihat (atau mengetahui) perkhabaran dari Syurga dan Neraka?!Siapakah yang mampu mensahihkan bahawa apa yang dilihatnya (atau perkhabaran yang diterimanya) tersebut memang Syurga ataupun Neraka???!

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):

"Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengetahui kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: Adakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?" (Surah al-An'am, 6: 50)

"Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa): "Aku memiliki gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui yang ghaib", dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahawa sesungguhnya aku adalah malaikat", dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu: "Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka." Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka; sesungguhnya aku, kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Hud, 11: 31)

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). (Surah al-Jin 72:26-27)

Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta. Lebih dari itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi Allah dengan meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Seorang sahabat, Muawiyah B. al-Hakam radhiallahu 'anhu pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

“Wahai Rasulullah! Ada perkara yang kami lakukan semasa zaman Jahiliyyah (seperti) mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.”

Rasulullah saw menjawab: “Janganlah mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/269, no. 4133)

Jawapan:

Kisah pemuda itu disebut oleh Al Qurtubi dan kebenarannya adalah dibawah tanggungjawab beliau. Kita boleh anggap (ihtimalkan) bahawa itu adalah gambaran yang bakal terjadi kepada ibu pemuda tersebut dan bukannya ibunya telah berada di dalam neraka, kerana tidak ada siapa pun yang berada di dalam syurga atau neraka sekarang, melainkan setelah berlaku kiamat.

Mengenai ayat:

"Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengetahui kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. (terjemahan yang betul ialah: dan aku tidak mengikuti melainkan apa yang diwahyukan kepadaku). Katakanlah: Adakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?" (Surah al-An'am, 6: 50)

Juga ayat:

"Dan aku (Nuh) tidak mengatakan kepada kamu (bahawa): "Aku memiliki gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui yang ghaib", dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahawa sesungguhnya aku adalah malaikat", dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu: "Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka." Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka; sesungguhnya aku, kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Hud, 11: 31)

Dan ayat:

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). (Surah al-Jin 72:26-27)

Ayat ini sepatutnya dimulakan dengan ayat sebelumnya iaitu (terjemahannya): “katakanlah aku tidak mengetahui apakah dekat azab yang dijanjikan kepada kamu, atau tuhanku telah menjadikannya lambat lagi.” Maka ia akan jadi seperti ini:

“Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak mengetahui apakah dekat azab yang dijanjikan kepada kamu, atau tuhanku telah menjadikannya lambat lagi. Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib (turunnya azab), maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib (turun azab tersebut) yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (Surah al-Jin 26-27)

Dijawab dengan bahawa perkara ghaib boleh juga diketahui oleh para rasul sekiranya Allah membe-ritahu mereka melalui wahyu. Nas-nas di atas tidak menafikan perkara tersebut.Apabila para nabi boleh mengetahui perkara ghaib setelah mendapat wahyu, maka bukan nabi juga berpeluang dan tidak terhalang daripada mengetahui perkara ghaib tetapi dengan mimpi benar yang dipanggil rukyah salihah di dalam hadis-hadis. Rukyah salihah itu dinyatakan sebagai 1 per empat puluh enam daripada kenabian. Ini berdasarkan riwayat al Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain. Hadis Mutawatir.

Dalam riwayat lain dinyatakan sebagai satu per tujuh puluh dari kenabian. (Ahmad, Ibnu Majah,) kata Haithami, perawi sahih.

Dalam riwayat lain dinyatakan sebagai satu perdua puluh lima daripada kenabian. (Ibnu Najjar dari Ibnu Umar.

Erti kenabian ialah satu juzuk daripada ilmu kenabian. Kerana kenabian telah tamat dan yang kekal ialah ilmu kenabian. Rukyah salihah ialah pemberitahuan dan peringatan dari Allah dengan perantaraan malaikat. (Faidul Qadir, 4/48)

Salah satu ilmu kenabiah ialah ilmu ghaib yang disampaikan oleh Allah melalui perantaran wahyu, maka bermakna seorang wali yang mempunyai rukya salihah juga tidak mustahil mendapat berita ghaib.Di dalam hadis riwayat Al Bukhari dinyatakan: sesungguhnya ada dalam kalangan umat sebelum kamu orang diberi ilham. Sekiranya ada di dalam umat aku Umarlah orangnya. (Irsyaduss Sari, 6/456)

Perkataan ‘sekiranya’ bukan untuk ragu-ragu kerana umatnya adalah umat yang terbaik. Apabila telah dalam dalam umat dahulu orang yang seperti itu, maka lebih utama ada dalam umat ini.

Firman Allah taala, ertinya:

“dan orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan-jalan Kami.” Ankabut, 69

Kata Assuddi dan lain-lain, ayat ini turun sebelum kewajipan jihad dengan kuffar. Kata Ibnu Atiyyah, jihad dalam ayat ini adalah sebelum jihad memerangi orang kafir, maka ia umum untuk semua jihad dalam agama dan mencari keredaan Allah. (Tafsir Qurtubi, 16/390)

Kata Ibnu Abbas dan Ibrahim bin Adham, ayat ini turun mengenai orang-orang yang beramal dengan apa yang mereka telah mengetahuinya. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda, telah bersabda, ertinya: “sesiapa yang beramal dengan apa yang ia telah ketahui Allah akan mengajarnya apa yang ia belum ketahui.” (Abu Nuaim dari Anas bin Malik)

Ini diperkuatkan ayat 282 surah al Baqarah, ertinya: “bertaqwalah kepada Allah, dan Ia yang mengajar kamu.”

Kata al Qurtubi: (4/428) ini adalah janji daripada Allah bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada-Nya Ia akan mengajarnya. Iaitu Ia akan memasukkan nur ke dalam hatinya yang dengannya ia akan memahami apa yang disampaikan kepadanya. Dan kadang-kadang Ia menjadikan di dalam hatinya pada mula-mula pemisah antara haq dan batil. Ini dinyatakan oleh firman Allah di dalam ayat 29 Surah al Anfal, ertinya:

“dan bertaqwalah kepada Allah nescaya ia akan jadikan pemisah untuk kamu dan Ia hapuskan dosa-dosa kamu dan mengampunkan kamu.”

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas beliau) telah bersabda, ertinya: takutilah firasat seorang mukmin, kerana ia melihat dengan nur Allah.
Riwayat Tarmizi, Hakim Termizi, Tabrani dan lain-lain. Kata haithami isnad Tabrani hasan. (Faidhul Qadir, Syarah Jamius Soghir, 1, 144) tapi muhdith wahabi al Albani telah mendoifkannya.

Ertinya ia melihat dengan mata hatinya yang disinari nur Allah. Kata Ibnu ‘Atoillah: pengetahuan sesetengah wali-wali Allah mengenai perkara ghaib adalah harus dan benar-benar berlaku. Kerana ia melihat dengan nur Allah. Tetapi disyaratkan untukmencapai nur tersbut seseorang itu hendaklah menahan daripada melihat perkara yang diharamkan. (Faidhul Qadir, 1/143)

Sabdanya lagi: takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat dengan nur Allah dan bertutur dengan taufiq Allah. (Ibnu Jarir dari Thauban)

Mengenai hadis “Janganlah mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/269, no. 4133)

Orang yang dimaksudkan di dalam hadis ialah kahin/kuhhan. Kuhhan adalah orang yang memberitahu perkara akan datang selepas diberitahu oleh jin kemudian mereka mencampur adukkan dengan pembohongan di dalamnya. (Bukhari, Muslim, Ahmad. Mirqah, 8/407) tetapi kihanah (perbuatan kuhhan ini terhenti selepas pengutusan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda) (Mulla Ali al Qari, Mirqah, 8/406)

Hadis ini tidak ada kena mengena dengan orang yang mempunyai kasyaf. Kerana kasyaf melihat dengan nur Allah, rukya salihah dan hidayat dari Allah bertutur dengan taufiq Allah. Perbezaan kahin dengan kasyif adalah seperti langit dan bumi.

Jadi kesimpulannya manusia selain nabi tidak mustahil mendapat berita ghaib sekiranya ia mendapat rukya salihah dan bermujadah di dalam membantu agama Allah.Pengkritik mempertikaikan, Siapakah yang mampu mensahihkan bahawa apa yang dilihatnya (atau perkhabaran yang diterimanya) tersebut memang Syurga ataupun Neraka???!

Dijawab siapakah yang boleh mensahihkan bahawa kasyaf itu adalah palsu. Perkara ini sepatutnya diserahkan kepada Abu Yazid al Qurtubi kerana dia yang meriwayatkannya. Dan kerana ia seorang yang soleh maka kabarnya boleh diterima. Kesahihan kasyaf pula tidak seorang ulama pun yang mengatakan ianya betul seratus peratus. Maulana Zakariya sendiri telah menyatakan bahawa kasyaf bukanya perkara penting dalam tasawwuf.

Saya hanya ingin tekankan bahawa kasyaf tidak mustahil dalam syarak.

Pengkritik berkata : Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta. Lebih dari itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi Allah dengan meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Ini adalah tuduhan dari pengkritik sebagai kesimpulan daripada ayat-ayat Al Quran tersebut. Apabila ternyata bahawa berita ghaib juga boleh dicapai melalui rukya salihah dan firasat maka tuduhan ini menjadi tanda biadapnya pengkritik kepada ulama-ulama dahulu. Apakah para nabi menjadi sekutu bagi Allah sebab mereka juga mengetahui ilmu ghaib melalui perantaraan wahyu?

[Tuduhan Kelima]

Pada muka surat ini penulis menukilkan bahawa dengan bacaan/wirid “Laa ilaaha illallah” sebanyak 70 ribu kali yang dihadiahkan kepada orang yang sedang terbakar dalam Neraka telah menyelamatkan orang tersebut.

Lalu dengan kisah ini, dinukilkan pula pembenaran fadhilat amalan wirid dengan nisab 70 ribu kali tersebut.

Lalu kemudian penulis membenarkan fadhilat amalan tersebut sambil menegaskan adanya teknik untuk melatihkan setiap tarikan dan hembusan nafas tidak berlaku melainkan padanya disertai dengan zikrullah. Kata penulis, “Ratusan juta manusia di kalangan umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melatihkan diri dengan amalan tersebut.”

Persoalan seterusnya, adakah ia termasuk teknik yang dianjurkan atau ditunjukkan oleh as-Sunnah dalam mengamalkan zikrullah?!

Sampai begitu sekali...

Jawapan: 

Perkara ini telah dijawab dahulu berkenaan dengan zikir yang banyak.

[Tuduhan Keenam] 

Pada halaman ini, penulis (Maulana Zakariya al-Kandahlawi) menyebutkan pula tentang ilmu Kasyaf yang dimiliki oleh Syeikh Abdul Aziz Dabbagh mampu membezakan di antara ayat al-Qur'an, hadis qudsi, hadis nabawi, dan hadis palsu!

Nampaknya kehebatan yg dimiliki oleh beliau ini (Syeikh Abdul Aziz Dabbagh) melangkaui keilmuan para muhadditsin dan methode ahli hadits!Kerana mampu memilih hadis-hadis dan menilik perkataan manusia hanya dgn kasyaf (penyingkapan ghaib)...

Perkara ini telah dijawab dahulu berkenaan dengan kasyaf.

[Tuduhan Ketujuh]

Halaman ini menunjukkan nukilan penulis terhadap kisah-kisah "kasyaf" ahli sufi sehingga mampu mendengar tasbihnya para haiwan dan makhluk2 lainnya. Serta mampu melihat dosa-dosa berguguran dari air wudhu' seseorang, malah mampu menilainya sama ada dosa kecil atau besar.Perkara ini telah dijawab dahulu berkenaan dengan kasyaf.

[Tuduhan Kelapan]

Melalui nukilan ini, sekali lagi penulis membawakan kisah-kisah kasyaf dan pelik yang menyanggahi sunnah dan fitrah manusia normal.Melalui kitab ini, penulis telah menukilkan kuasa kasyaf seseorang mampu merungkai dan melihat kenajisan air mustakmal semudah itu? Sedangkan melalui kaedah atau methodhodlogi fiqh yg betul, perbahasan tentang air mustakmal ini membawa kpd hukum suci.

Seterusnya, penulis sekali lagi membawakan kisah yg jauh lebih pelik. Juga kisah yang menyanggahi sunnah dan fitrah, bahkan bertentangan dengan tabi'at seorang manusia normal, bahkan para nabi sekalipun. Iaitu seseorang yang penulis katakan tidak dapat buang air dan beristinja' walau di mana pun jua kerana beliau melihat (secara kasyaf) pada setiap tempat wujudnya nur ilahi.Bukankah ini suatu bentuk penghinaan kepada Allah? Adakah sehingga dalam tandas pun memiliki nur ketuhanan?Tidakkah pernah kita membaca dan belajar dari sunnah tentang adab-adab buang air dan adab-adab istinja'?

Jawapan:

Perkara ini telah dijawab dahulu berkenaan dengan kasyaf.

Satu perkara yang perlu diperingatkan bahawa Maulana Zakariyya hanya menukil sahaja daripada kitab-kitab lain kisah-kisah mengenai kasyaf tersebut. Jadi pengkritik sepatutnya menuju kritikan tersebut langsung kepada pengarang kitab asal bukan kepada Maulana Zakariyya.

Maulana Zakariya dan juga ulama-ulama pengarang kitab yang berkenaaan dengan kasyaf adalah golongan yang menerima dan mempercayai kasyaf. Dan perkara ini telah saya jelaskan. Jadi sesiapa yang tidak menerima dan tidak percaya kepada kasyaf itu terserah kepada mereka. Mereka juga tidak boleh memaksa orang lain menerima pendapat mereka.

[Tuduhan Kesembilan]

Contoh hadis dhaif yang digunakan berhujjah oleh penulis (Maulana Zakariya).Juga turut dibacakan sebahagian besar pendukung jama'ah Tabligh di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara pada hari ini.

“Ketika Adam telah berbuat dosa, ia pun mengangkat kepalanya ke atas langit kemudian berdoa, “Aku meminta kepada-Mu berkat wasilah Muhammad, ampunilah dosaku.” Maka Allah berfirman kepadanya: “Siapakah Muhammad (yang engkau maksud)?” Maka Adam menjawab, “Maha berkah nama-Mu ketika engkau menciptakan aku, akupun mengangkat kepalaku melihat 'Arsy-Mu, dan ternyata di situ tertulis: Laa ilaaha illallah Muhammadun Rasulullah. Maka akupun mengetahui bahwa tidak seorang pun yang lebih agung kedudukannya di sisi-Mu dari orang yang telah engkau jadikan namanya bersama dengan nama-Mu.” Maka Allah berfirman kepadanya: “Wahai Adam, sesungguhnya dia adalah Nabi terakhir dari keturunanmu, kalaulah bukan karena dia, niscaya Aku tidak akan menciptakanmu.” (Fadhilat ziikir, 154)

Penulis (al-Kandahlawi) menyatakan: “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam ash-Shaghir, al-Hakim, Abu Nu’aim, al-Baihaqi yang keduanya dalam kitab Ad-Dala`il, Ibnu ‘Asakir dalam Ad-Durr, dan dalam Majma’ az-Zawa`id (disebutkan): Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan ash-Shaghir, dan dalam (sanad)-nya ada yang tidak aku kenal. Aku berkata: Dan dikuatkan yang lainnya berupa hadits yang masyhur: “Kalau bukan karena engkau, aku tidak menciptakan jagad raya ini”, al-Qari berkata dalam al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.” (Rujuk matan arab yg tidak diterjemahkan oleh penerbit)

Penulis sendiri telah menyebutkan bahawa hadis ini bermasalah. Tetapi kebanyakan pengikut jama'ah tabligh yang menyampaikan atau membacakan hadis ini jarang sekali mempedulikannya. Mungkin kerana penjelasan tentang kelemahan hadis ini tidak diterjemahkan sekali.Ia dibaca dan disampaikan sebagaimana hadis-hadis sahih kebiasaannya,tanpa menitik-beratkan methodologi dan disiplin menyampaikan riwayat/hadis dhaif.

Disiplin dalam menyampaikan sesuatu hadis yang tidak sahih, ia perlu dijelaskan sekali dengan kelemahan (kedhaifan) hadis tersebut. Supaya orang ramai tidak akan menganggap hadis yang sedang disampaikan tersebut adalah sahih dan pasti datangnya dari Nabi Saw. W/A.

Ini adalah di antara contoh nukilan hadis maudhu' dari kitab Fadhail Amal karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahlawi.Oleh itu berhati-hatilah dalam menyampaikan hadis. Jangan menyandarkan apa yang tidak pasti kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Apatah lagi jelas ianya lemah atau palsu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa yang dia dengar.” (Hadis Riwayat Muslim, Mukaqaddimah Shahih Muslim,

Jawapan:

Sebenarnya pengkritik telah melakukan kesalahan/kesilapan dalam terjemahannya. Terjemahan tepatnya adalah seperti di bawah:

“Aku (Maulana Zakariyya) berkata: bahagaian akhir hadis ini diperkuat oleh sebuah hadis masyhur : “Kalau bukan karena engkau, aku tidak menciptakan jagat raya ini”, al-Qari berkata dalam al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.”

Selepas itu Maulana zakariyya meneruskan kata-kata yang tidak dinyatakan oleh pengkritik, iaitu: “tetapi makna hadis ini sahih, dan dalam kitab At Tasyarruf maknanya tsabit.

Bahagian pertama hadis ini diperkuatkan oleh riwayat yang banyak bahawa: ditulis di Arasy dan daun-daun syurga: la ilaha illallah taala Muhammadur Rasulullah, seperti yang dibentangkan tariq-tariq hadis ini oleh As Suyuti dalam kitab Manaqib Al laie pada banyak tempat, dan ia (Suyuti) juga membentangkan banyak syahid (penyokong) hadis ini dalam kitab tafsirnya pada surah Alam Nasyrah. “ (intaha kalam Maulana Zakariyya)

Bahagian akhirnya ialah: “kalaulah bukan karena dia, niscaya Aku tidak akan menciptakanmu.” Bahagian pertama ialah: “akupun mengangkat kepalaku melihat 'Arsy-Mu, dan ternyata di situ tertulis: Laa ilaaha illallah Muhammadun Rasulullah.” (Fadhilat zikir, 155, hadis no 28)

Macam mana nak pertikai Maulana Zakariyya,baca matan Arab pun salah.Pengkritik nampaknya keliru kalimah Al akhar denghan al Akhir.Kalimah Al Hadis Al Masyhur ialah fail bagi fiil ‘yuaiiyidu’. Kalimah al akhira adalah maful bih.Terjemahan ‘berupa’ tu pengkritik ambil dari mana?Lepas ini elok pengkritik sambung belajar lagi, jangan buang masa nak kritik orang yang lebih alim daripada pengkritik,dan jangan buang masa buat dosa mencaci orang-orang soleh.

Sebenarnya al Hakim berkata bahawa hadis ini sahih isnad. Hadis no 4224. (Syifaul Saqam, Subki, 358.) Perawi-perawi yang tidak diketahui oleh al Haithami pengarang kitab Zawaid ialah yang di dalam riwayat Tabrani, bukan dalam riwayat al Hakim.

Hadis yang dikata palsu oleh Mulla Ali Qari ialah hadis: “Kalau bukan kerana engkau, aku tidak menciptakan jagat raya ini”, bukannya hadis riwayat Hakim ini.

Kata pengkritik: Ibnu Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa, 254-255 menyebutkan di dalamnya (riwayat Halim dan lain-lain) ada perawi 'Abdurrahman B. Zaid B. Aslam yg banyak meriwayatkan hadis-hadith palsu. 'Abdurrahman ini lemah menurut kesepakatan ulama hadis dan sering sekali salah. al-Albani rahimahullah mengatakan hadis tersebut maudhu' dalam kitab at-Tawassul, m/s. 105-106

Namun kata Subki: Abdurrahman bin Zaid bin Aslam tidak doif seperti yang didakwa oleh Ibnu Taimiyah. (361). Kata Imam Al Mizzi di dalam Tahzibul Kamal (4/404): Ahmad telah mendaifkannya sedikit. Dan Ibnu Abi Hatim mengatakan ia tidak kuat di dalam hadis. Ia seorang yang baik tetapi lemah dalam hadis. Kata Ibnu Adi di dalam Al Kamil: (4/1585): dia antara orang yang boleh diteima oleh manusia dan dia dianggap benar oleh sebahgaian manusia. Dari itu bermakna Abdurrahman ini bukan perawi yang ditinggalkan.(matruk)

Ini menunjukkan bahawa tidak ada kesepakatan di atas kelemahannya.Al Hakim juga meriwayatkan hadis lain yang hampir sama dengan hadis ini yang menjadi penyokong kedua-kedua bahagian hadis tadi . Ertinya:

“Allah telah mewahyukan kepada Nabi Isa (alaihissalam), wahai Isa berimanlah dengan Muhammad, dan suruhlah umatmu yang menemuinya supaya beriman dengannya. Jika tidak kerana Muhammad tidaklah aku menciptakan Adam, jika tidak kerana Muhammad tidaklah aku ciptakan syurga dan neraka. Sesungguhnya aku telah menciptakan Arasy di atas air lalu ia bergoncang, maka aku tuliskan ‘LA ILAHA ILLALLAH, maka ia tenang.Kata Al Hakim: hadis ini hasan sahih isnad, tetapi Al Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya.(Imam As Subki, Syifaul Saqam, 360)

Kesimpulannya hadis Hakim di atas bukan hadis maudhu’ (palsu) kerana Hakim salah seorang perawinya mengatakannya sahih. Dan sekiranya ia lemah berdasarkan pandangan Ibnu Taimiya, ia masih mepunyai penyokong/syahid yang juga menyebabkab hadis ini tidak boleh dihukum maudhu’.


Tulisan ini di sediakan oleh guru saya : Al-Fadhil Ust Ahmad Kamal Taib

Wednesday, February 22, 2012

Pencerahan kisah Syiekh Ahmad ar-Rifa`ie rah



Sebelum,ini heboh diperkatakan mengenai kisah ini di dalam kisah Fadilat Amal,karangan Syiekh Zakaria al-Kandhalawi rah,bahkan ada yang mengatakan kisah ini adalah maudhuk/palsu atas rekaan para ahli tasawuf dan sufi.Inshallah,apabila kita melihat video ini ,pengkritik melontarkan kritik secara ilmiah,so di sini juga,kita membalas kritikan beliau secara ilmiah,tanpa di pengaruhi emosi.

Kira-kira tahun 555H telah berlaku satu peristiwa yang menggemparkan Madinah al-Munawwarah. Peristiwanya berlaku apabila Syiekh Ahmad ar-Rifa`ie rah iaitu seorang ulama dan waliAllah datang ke sana untuk menziarahi maqam Junjungan Nabi s.a.w.Setibanya beliau di kota Madinah, beliau terus menziarahi maqam Junjungan s.a.w. Dengan perasaan takzim, penuh haibah, khusyuk, 'asyiq dan mahabbah,beliau mengucapkan salam buat Junjungan s.a.w.Terjadi peristiwa karamah buat beliau apabila salam tersebut dijawab oleh Junjungan Nabi s.a.w. dan ianya didengar oleh orang yang berada di sekeliling maqam Junjungan s.a.w. Syiekh Ahmad dengan penuh takzim terus mengucapkan dua bait syair yang berbunyi 

فـي حالـة البعـد روحي كنت أرسلها
تقبـــل الأرض عنــي وهــي نــائبتي

وهـــذه دولــة الأشــباح قــد حــضرت
فامدد يمينك كي تحظى بها شفتي


"fi haalatil bu'di ruuhiy kuntu ursiluha; tuqabbilul ardha 'anniy wa hiya naa-ibatiy
wa hadzihi dawlatul asybaahi qad hadharat; faamdud yamiinaka kay tahdhza biha syafatiy"

Dari kejauhan kukirimkan ruhku, untuk mengucup bumi ini (maqam Junjungan s.a.w)sebagai ganti diriku;
Dan sekarang giliran jasad telah pun tiba, maka hulurkanlah tangan kananmu supaya dapat dikucup oleh bibirku.

Diriwayatkan bahawa keluar tangan Junjungan s.a.w. dari maqam baginda yang mulia dan diciumnya oleh Syiekh Ahmad ar-Rifa`ie rah dengan disaksikan oleh ribuan manusia yang berada di situ termasuklah Syeikh'Abdul Qadir al-Jilani rah.

Kisah ini  dinukil dari kitab-kitab yang dipegang oleh ulama kita,antaranya kitab "Tanwirul Qulub" karangan Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi al-Irbili asy-Syafi`i an-Naqsyabandi rah.Pada mukasurat 79, Syaikh Amin al-Kurdi menyatakan bahawa kisah ini adalah mutawatir dengan disaksikan ramai orang dan 'arifin.

Wednesday, February 1, 2012

Asbab kemenangan para sahabat r.hum





Saidina Umar r.hu telah melantik Atbah bin Ghazwan r.hu sebagai panglima perang pasukan Muslimin di dalam peperangan melawan Parsi. Pada ketika itu beliau telah memberikan perintah.
"Senantiasalah menjaga ketaqwaan sedapat-dapatnya. Berhati-hatilah menjalankan keadilan apabila memberi keputusan. Kerjakan sholat pada waktu yang ditentukan dan berzikirlah memuji Allah sebanyak-banyaknya dan selalu".
Satu ketika terdapat seorang tawanan Romawi di dalam penjagaan orang-orang Islam.Terjadi satu keadaan dimana dia telah dapat meloloskan diri dan lari.Raja Heraklius bertanya kepadanya mengenai keadaan orang-orang Islam dengan mendalamnya supaya seluruh kehidupan mereka nampak jelas dihadapannya.Maka tawanan itu memberitahu perkara yang sama dan menerangkan bahwa mereka-mereka itu adalah ahli ibadat diwaktu malam dan kesatria (da'ei) disiang harinya.Orang-orang Islam itu juga tidak mengambil sesuatu walaupun daripada Zhimmi (orang-orang kafir yang dibawah lindungan mereka) tanpa membayar harganya dan apabila mereka berjumpa,mereka memberi dan menjawab salam.Raja Heraklius menjawab dengan cepat dan tajam bahwasanya jikalau laporan itu benar dan tepat,maka mereka akan menjadi raja-raja bagi kerajaan Heraklius.
Heraklius mempunyai jumlah tentera yang sangat banyak sedangkan jumlah orang-orang Islam sangat terbatas. Amr bin al-'As r.hu memberitahu Abu Bakar Siddiq ra. mengenai keadaan tersebut.Sebagai jawapan kepada persoalan itu,maka Abu Bakar r.hu menulis:
"Kamu orang-orang Islam tidak akan dapat dikalahkan karena jumlah yang kecil. Kamu pasti dapat dikalahkan walaupun mempunyai jumlah yang banyak melebihi jumlah musuh jikalau kamu terlibat didalam dosa-dosa". 
Al-Imam Al-Baihaqy mentakhrijkan dari jalan Al-Waqidy, dari Abu-Hurairah ra., dia berkata, "Aku ikut dalam perang Mu'tah.Ketika jarak antara kami dan orang-orang musyrik semakin dekat,kami boleh melihat jumlah pasukan mereka yang banyak,membawa kelengkapan persenjataan lengkap,mengenakan pakaian sutra dan perhiasan emas.
Tsabit bin Arqam r.hu berkata saat ketikakunya dan berkata, "Wahai Abu Hurairah, sepertinya engkau sedang melihat pasukan yang besar."
"Benar", jawabku.Dia berkata, "Engkau tidak bergabung bersama kami di Badar.Kami menang ketika disaat itu bukan kerana jumlah kami yang banyak".(Al-Bidayah 4:244, Al-Ishabah 1:190)
Ahmad bin Marwan bin Maliky di dalam Al-Mujalasah, dari Abu Ishaq, dia berkata, "Tidak ada musuh yang bertahan lama jika berperang melawan para sahabat r.hum.
Ketika Heraklius tiba di Antholia setelah pasukan Romawi dikalahkan pasukan para Sahabat r.hum,dia bertanya,"Beritahukan kepadaku tentang orang-orang yang menjadi lawan kalian dalam peperangan,bukankah mereka manusia seperti kalian?"
Mereka menjawab, "Ya".
"Apakah kalian yang lebih banyak jumlahnya ataupun mereka?"
"Kamilah yang lebih banyak jumlahnya dimanapun kami saling berhadapan".
"Lalu mengapa kalian boleh dikalahkan?"
Seseorang yang dianggap paling tua menjawab, "Kerana mereka biasa shalat di malam hari, berpuasa di siang hari,menepati janji,menyuruh kepada kebajikan,mencegah dari kemungkaran dan saling berbuat adil di antara satu yang lain.Sementara itu,kita pula suka minum arak,berzina, melakukan hal-hal yang haram, melanggar janji,suka marah,berbuat sesuka hati dengan bebasnya,menyuruh kepada kebencian,melarang hal-hal yang diredhakan Allah dan berbuat kerosakan di bumi".
Heraklius berkata, "Engkau telah berkata benar dan membuatku mempercayainya".(Al-Bidayah 7:15, Ibnu Asakir 1:143)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini