Ikuti Blog Ini

Wednesday, April 20, 2011

Krisis lapangan ilmu

Kitab agung Syarah Saheh Al-Bukhari


Sebelum ini(awal tahun 2009),satu persolan telah bermain di fikiran saya,persoalan yang di maksudkan ialah apakah maksud di sebalik hakikat ilmu.Persoalan ini telah bersarang di fikiran saya kerana saya telah mendengar satu ucapan daripada seseorang yang baru pulang dari I,P,B dan beliau dalam ucapannya menerangkan dan menyatakan bahawa ilmu ini ialah yang berkaitan dengan agama sahaja,dan selain daripada itu,ianya bukan dinamakan ilmu tetapi lebih kepada maklumat dan informasi sahaja.Apabila mendengar ucapan begini,maka saya mula meragui,apakah ini benar-benar kata dari Hazrat Syeikh Muhamad Saad sendiri,atau tambahan daripada penceramah ini,kerana beliau mendakwa ini adalah kata-kata dari Hazrat Syiekh Muhamad Saad sendiri.


Kekeliruan inilah,yang saya tanamkan dalam hati saya,bahawa saya akan pergi tanya sendiri dengan Hazrat Syeikh untuk meminta kepastian daripada beliau sendiri,apatah lagi,saya akan ke I,P,B tidak lama lagi(impian ini telah di kabul Allah SWT pada 18 Jun 2010),sehinggalah,Allah SWT telah memilih saya untuk menjejak kaki di Masjid Banglawali(markaz Utama Usaha Dakwah dan Tabligh) dan bertambah kuat keazaman saya untuk bermuzakarah bersama Hazrat Syeikh sendiri.Maka impian dan harapan saya telah di kabulkan oleh Allah SWT,saya berpeluang bertanya sendiri kepada Hazrat Syeikh sambil dibantu oleh seorang Ustaz dari Malaysia,yang sedang khidmat 2 bulan di sana.Dua persoalan yang saya ajukan kepada Hazrat Syeikh,dan saya akan ceritakan satu sahaja di bawah ini.Hal yang berkaitan dengan kekusutan yang bermain di fikiran saya.


Soalan saya kepada beliau,apakah maksud kata-kata Hazrat Syeikh yang mengatakan bahawa ilmu kedoktoran,kejuruteraan dan sebagainya bukanlah ilmu yang sebenar tetapi lebih kepada maklumat dan informasi,bahkan Hazrat Syeikh berulang-ulang lagi dalam ucapan Hazrat Syeikh iaitu ini bukanlah ilmu,maka mereka yang mempelajarinya tidak akan dapat ganjaran dan kelebihan seperti mana yang di janjikan oleh Rasulullah Saw dalam Hadith beliau seperti kelebihan-kelebuhan menuntut ilmu,seperti satu hadith di bawah ini.
Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga”. (H.R Muslim, 13/212, no. 4867)


Maka yang menjadi kemusykilan saya,apakah kami ini (pelajar-pelajar bukan jurusan agama tidak mendapat apa-apa habuan daripada janji-janji yang telah disebutkan di dalam hadith di atas).


Jawapan Hazrat Syeikh dalam maksudnya untuk merungkai kekusutan yang bermain di fikiran saya,beliau telah menyebut satu hadith berkaitan tindakan Saidina Umar r.hu yang bertindak mempelajari satu ayat dari kitab Taurat,apabila di beritahu kepada Rasulullah SAW,betapa marahnya baginda SAW di atas tindakan Saidina Umar R.hu.Lihat lihat Hadith di bawah.


Daripada Abdullah Bin Thabit r.hu,meriwayatkan bahawa Umar Ibnu Al-Khatab R.hu telah datang menemui Nabi Saw dan berkata,Ya Rasulullah,saya telah menziarahi saudara saya dari Bani Quraidzah,lalu beliau telah menuliskan beberapa potong ayat (yang berfaedah untuk diri saya) daripada “kitab Taurat”,kalau tidak menjadi keberatan tuan,boleh saya tunjukan kepada tuan?Perawi berkata,berubah wajah Rasulullah SAW apabila mendengar perkataan itu,berkata Abdullah Bin Thabit R.hu,wahai umar tidakkah kamu melihat wajah Nabi Saw yang berubah kerana kemarahannya….hingga akhir hadith…” (H.R.Musnad Ahmad)


Kata Hazrat Syeikh,cuba kita bayangkan,tindakan Saidina Umar r.hu mempelajari satu ayat daripada kitab Taurat (kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S) pun telah menyebabkan kemurkaan Nabi SAW,cuba kita bayangkan,apakah perasaan Nabi Saw,apatah lagi kita hari ini yang mempelajari ilmu yang bukan-bukan sehingga kita mendakwa ilmu agama juga ilmu,dan ilmu kedoktoran,kejuruteraan juga merupakan ilmu,bahkan kita sanggup mengenepikan ilmu agama kerana ilmu yang dikatakan ilmu kedunian ini(sanggup belajar sampai PHD dalam bidang kejuruteraan tetapi ilmu dalam bab mandi wajid pun tidak tahu).


Kata ahli Sains,gempa bumi terjadi disebabkan adanya pergerakan plat-plat di dasar bumi.Langsung tak kait dengan kekuasaan Allah SWT.
Hazrat Syeikh menambah,asbab kejahilan dan kelemahan iman orang Islam,mereka (yakni orang Islam) telah mengikut telunjuk orang kafir dalam perkara ini.Kata hazrat Syeikh,adalah yang di maksudkan dengan ilmu ialah,apa yang telah diturunkan daripada Allah kepada Nabi Saw dan menyebabkan kita yang mempelajarinya semakin kita mengetahui apakah kehendak Allah kepada kita dan kita ingin tunaikan mengikut cara Nabi SAW tunaikannya.Kata Hazrat Syeikh lagi,kalaulah ada orang yang mempelajari Ilmu Sains,dan tidak menafikannya (ilmu Sains tersebut) maka dia (yakni orang yang pelajarinya) tidak akan dapat melihat kudrat Allah SWT.(Ahli-ahli Sains dalam bahaya,kalau mereka tidak menafikan ilmu Sains mereka.(contoh mengakui bahawa kejadian alam ini tidak ada hubungkait dengan Allah SWT).


Hazrat Syeikh juga menambah lagi,kalaulah kita anggap,ilmu Sains,kejuruteraan sebagai ilmu dan akan mendapat habuan yang sama daripada hadith Nabi SAW,kenapa ada orang yang mempelajari ilmu tersebut,ada yang semakin jauh dengan Allah SWT bahkan ada yang berani melawan Allah SWT.(tambahan daripada saya,Seorang Saintis British ,Dr Stephen Hawking,mendakwa bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya)lihat betapa bodoh dan jahilnya beliau walaupun beliau merupakan seorang Saintis(ilmu yang tinggi) ,tetapi maklumat yang ada padanya,menyebabkan dia berani mengeluarkan kenyataan yang menghina Allah SWT.Tengok,kalau kita dakwa ilmu Sains juga ilmu,kenapa ada orang yang berani keluarkan kenyataan seperti ini,bukankah dakwaan kita selama ini ilmu sains juga adalah ilmu,kenapa tidak dapat membawa seseorang kepada Allah SWt,mcm mana nie bro???sapa mau jawab??


Allah SWT berfirman:
“... Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang yang berilmu) ...” (Surah Faathir, 35: 28)
“...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah al-Baqarah, 2: 255)


Kata-kata Hazrat Syiekh yang terakhir,kalaulah ilmu yang seperti mana yang kita dakwa adalah ilmu,maka segala kelebihan-kelebiahn yang di khabrkan oleh Nabi SAW,maka orang kafir pun akan jadikannya sebagai satu targhib(galakan dalam mencari ilmu yang bathil ini).


Hari ini orang Islam terperangkap dengan kejahilan,ilmu dunia mereka jadikan ilmu,semua perkara di katakan ilmu.Selain daripada itu kita letakannya sebagai maklumat.Bila ilmu-ilmu lain iaitu ilmu dunia dikepitkan dengan hadith-hadith Nabi saw dan kelebihan-kelebihan,maka ianya akan menjadi “dalalah” kesesatan.Maka tidak menjadi fardhu ain keatas kita untuk menjadi seorang “Muhadditshin”,”Ulama”,” Ustaz”,tetapi menjadi fardhu ain ke atas kita semua untuk mengetahui ilmu setiap amalan yang hendak dilaksanakan.Oleh kerana itu,kita semua kena minta ampun pada Allah SWT kerana kita telah mencuaikan ilmu agama yang sebenar sehingga kita agung-agungkan ilmu-ilmu lain dalam kehidupan kita.


Nabi SAW bersabda:“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari semalam lebib tujuh puluh kali”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Wednesday, April 13, 2011

Dakwaan ada kubur sahabat Nabi di Malaysia

Anak panah merah mewakili pergerakan para sahabat r.hum ke China bermula Madinah,Yaman,Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka.

Wilayah nusantara ini didiami oleh rumpun bangsa Melayu(Jawi).Saat ini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini.Dengan penduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranya beragama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslim terbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsa Arab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianya merupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.

Tentang dakwaan yang mengatakan terdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapi tidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinan wujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantara tetap ada.

Para Sahabat Rasulullah SAW jumlahnya melebihi 100,000 orang.Hal ini adalah berdasarkan kepada umat Islam yang pada ketika itu,berkumpul di Padang Arafah untuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW (hajatul Wida).Ribuan dari mereka telah tersebar ke seluruh dunia.Syeikh Yusof Al-Kandhalawi rah (pengarang kitab Hayatus Sahabah) berkata bahawa,para sahabat r.hum bergerak mengikut arah di mana kuda dan unta mereka bergerak.Hal ini terbukti apabila sahabat seperti Saidina Bilal r.hu,maqamnya di Syria,manakala Saidina Abu Ayub al-Ansari r.hu yang lahirnya di Madinah tetapi maqamnya di Istanbul,Turki.Para ulama berkata bahawa maqam para sahabat Nabi SAW berjumlah 70 orang,dan 35 orang sahabat maqam mereka di Kota Istanbul,Turki.Maqam para sahabat r.hu juga terdapat di China,India dan di benua Afrika.Bahkan ada juga pendapat menyatakan bahawa para sahabat Nabi saw pernah menjejak kaki sampai ke selatan benua Afrika.

1. Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi saw untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu dan rakannya Saidina Yusof r.hu serta sahabat yang lain telah berlayar dari Habsyah ke China dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (sekarang Guangzhou). Beliau bersama sahabatnya yang lain telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se di daerah Guangzhou.China juga telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti masyarakat Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton(Guangzhou).Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu telah berdakwah di sana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar China maka tidak mustahil ada para sahabat r.hum yang singgah di Tanah Melayu dan kepulauan Melayu. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan r.hu telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.(Sila rujuk buku yang di tulia oleh Hj Ibrahim Tien Y.M yang berjudul 'Perkembangan Islam di Tiongkok (China)'.

Makam yang di dakwa milik sahabat nabi Saidina Saad bin Abi Waqas r.hu

2. Ada sebilangan ahli sejarah Islam berpendapat,salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW turut serta dalam ekspedisi itu adalah Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu,dan makamnya terletak di Guang Zhou (dulu Canton)di Negara China.Hal ini bermakna Masjid yang dibina di Guong Zhou (dulu Canton) adalah yang paling tua di Asia dan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.Untuk maklumat pembaca,Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu telah masuk Islam di hari pertamanya keislaman Saidina Abu Bakar r.hu.(Sila rujuk kitab Al Bidayah Wal Nihayah)

3, Menurut Monuskrip kuno Tiongkok ,pada tahun 625 M (hanya selepas 15 tahun Rasulullah SAW menerima) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Utara. Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAW mempraktikan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapat sebuah perkampungan Islam,besar kemungkinan sebahagian mereka adalah sahabat-sahabat r.hum (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW). Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan, pada sekitar tahun 625M di pesisir pantai Sumatera, yang berada di dalam naungan Kerajaan Sriwijaya, telah berdiri sebuah perkampungan Arab.

Tahun 676M (48H)
Ditemukan beberapa makam Sahabat Nabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalah orang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.) di Barus (Fansur) dekat Acheh, Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H. Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikh kewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa dengan beliau. Maka,hal ini membenarkan lagi dakwaan bahawa ada para sahabat r.hu dan tabiin telah memulai gelombang awal sejarah pengislam di Bumi Nusantara.Kajian mengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya “Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapat beliau dapat di nukilkan seperti berikut.

1. Surat dakwah yang disebarkan Rasulullah ke seluruh pelosok wilayah,dan boleh jadi ada yang ditujukan kepada Raja Sriwijaya,dan besar kemungkinan,surat ini dibawa oleh para sahabat r.hum di atas.Hal ini adalah kerana telah adanya hubungan perdagangan antara kerajaan Sriwijaya dengan bangsa Arab, yang ditandai dengan keberadaan perkampungan Arab di Sriwijaya, tahun 625M.

2. Misi dakwah ke Nusantara, semakin intensif dilakukan pada masa Khalifah Muawiyah r.hu ,dan ianya tidak menutup kemungkinan bahawa Syeikh Rukunuddin r.hu (atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.), adalah salah seorang sahabat Rasulullah, yang dikirim kerajaan Bani Umayyah, untuk menjadi salah seorang juru dakwah di Nusantara.Kebiasanya,mereka(para sahabat berjemaah dalam melakukan sesuatu ekspedisi dakwah) dan kemungkinan Syeikh Rukunuddin r.hu atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu merupakan amir kepada jemaah ini.


Ahli sejarah Islam Indonesia,Sulaiman Wiranto dalam buku karangan beliau "Islam di Bengal dan kesannya kepada Nusantara" menyebut di tahun 620 M bahawa bebarapa orang sahabat Nabi saw seperti Saad bin Abu Waqqas r.hu,Saad bin Lubaid r.hu,Yusof r.hu,Malik ibn Wahaib r.hu, Qays bin Huzayfah r.hu, ‘Urwa ibn Athathah r.hu, Abu Qays ibn al-Hārith r.hu dan sahabat yang lain (kemungkinan mereka ini dalam satu jemaah Dakwah ) di tahun ke tujuh kerasulan Nabi saw telah berlayar dari Madinah ke China melalui Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka dan seterusnya ke China.Ekspedisi dakwah mereka mengambil masa 9 tahun untuk sampai ke China.

Jelas, Islam di Nusantara termasuk generasi Islam pertama. Hal inilah para sejarawan memanggilkannya sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnya bukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari pendapat ahli orientalis Barat Snouck Hurgronje, kerana para pedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari Jazirah Arab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Bandar Aceh sekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang hampir ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.

Berdasarkan peta Asia Selatan, kita boleh memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikan India(Gujerat) sebagai tempat transit yang sangat strategik sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Canton di China. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Bandar Aceh, Barus, terus menyusuri pesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malaka lalu mereka meneruskan ekspedisi dakwah mereka ke China.

Tahun 726M (100H)
Ibn Abd Al Rabbih rah di dalam karyanya "Al Iqd al Farid", yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII’ menyebutkan adanya perhubungan antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz rah. Pada sekitar tahun 100 H (726 M), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah seperti berikut:

Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya

Tuesday, March 29, 2011

Yang seksi Itu Menawan???

Anak buah yang sempoi???
Suasana di tempat kerja aku macam biasa la,maka, penuhlah sekitar Pekan K@#im ini terutamanya di sekitar kawasan perumahanya.Aku adalah salah seorang yang menetap di kawasan ini bersama-sama kawanku,dan penduduk yang lain.

Hampir setiap waktu, dari pagi,tengah hari, petang dan sehinggalah ke tengah malam, kawasan ini dipenuhi dengan kebanyakannya/majoritinya adalah pelajar-pelajar dari IPTA dan pekerja kilang berhampiran. Namun,itu sudah menjadi perkara yang normal dan biasa di mana-mana pun tempat yang membangun yang bernama pekan/bandar/urban/kotaraya. Sebenarnya ada lagi perkara yang lebih “menarik” perhatian. Tetapi, adalah identiti, penampilan dan gaya yang mereka tunjukkan dan peragakan ketika menyibukkan diri di sekitar kawasan ini. Maka, sekali lagilah aku ingin menyentuh tentang perempuan (golongan yang bakal menjadi isteri aku nanti,Inshallah), terutamanya dari golongan pelajar dan pekerja kilang ini.

Adalah suatu yang normal, apabila aku berjalan samada di tempat aku bekerja atau pun di luar sana,pasti aku akan di sajikan dengan “wayang free” dari pelakon yang tidak berbakat ini.Maka terpaksalah aku merendahkan anak mataku walaupun nafsu aku ingin sangat melihat “free show” ini.
Biasanya seseorang anak kecil itu meningkat remaja, lalu mendapat kelonggaran untuk meninggalkan ibu-bapa mereka lantaran tawaran masuk ke IPTA or sebarang pekerjaan, perasaan sedikit kebebasan itu amat dirasai. Lalu, lama kelamaan andainya perasaan dan naluri jiwa itu tidak dikawal, ia mengakibatkan manusia lupa akan batas kebebasan yang sewajarnya. Lalu, tanggungjawab asas masing-masing pun mula terabai.Hal ini merangkumilah tanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa dan juga Robnya.

Mana tidaknya, kalau wanita-wanita yang berjalan ke sana dan ke mari ini berpenampilan hampir seperti seseorang dari team skuad renang dunia tetapi bukan untuk berenang. Ini dibuktikan!, pakaian mereka memang habis ketat, dari hujung kaki sampailah ke hujung mana entah. Kepalanya sudah tentu juga bertelanjang kebanyakkannya. Al-hamdulillah, walaupun ada di antara mereka yang masih berpakaian ketat dan sendat seumpama baju selam laut dalam dan renang, masih ramai yang tidak meninggalkan tudung atau tidak menelanjangkan kepala serta rambutnya.

Ada pula sebahagiannya memotong/memendekkan habis kain-kain mereka lalu menelanjangkan betis-betis mereka sehinggalah ke peha-peha mereka. Bukan sekadar itu, sebahagiannya yang lain pula, memakai seluar agak panjang, namun, di atas nya pula sengaja ditelanjangkan, lalu dengan megah dan sengaja membanggakan barangan milik bakal anak-anak mereka untuk menghilangkan dahaga itu ditonjolkan keluar sebahagiannya.

Mana tidak menyesakkan hati, mata dan jiwa raga manusia bernama lelaki memandang atau terpandang akannya. Pasti mereka tertawan dan tidak senang duduk jadinya. Biji mata pun jadi tidak tenteram gerakannya.Peragaan mereka ini memang cukup menawan hati-hati lelaki yang gusar dan mudah luntur imannya. Orang-orang yang kuat imannya sebelum ini pun mungkin hangus imannya sekelip mata lantaran panahan dan silauan tubuh-tubuh mereka itu. Apatah lagi yang tidak mementingkan iman dan agama.


Allah s.w.t. berfirman:
"Hendaklah mereka (wanita) menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)

Dari sini Allah sudah menggariskan batas-batas peragaan/pemakaian yang perlu anda patuhi sebagai seorang wanita yang beriman dan baik-baik.Hal ini antaranya adalah kerana anda memang kumpulan yang mampu memukau dan menawan naluri lelaki-lelaki di luar sana. Lalu Allah s.w.t. atas sifat kasih sayangnya dan Maha Mengetahui, Dia menjaga anda dengan perintah seperti itu.

Harga ayam sekarang???wei taubat la...!!
Allah s.w.t. berfirman:
“...Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24: 31)
Allah s.w.t. juga memerintahkan kaum lelaki supaya menjaga pendangannya terhadap para wanita:

Allah s.w.t. berfirman:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lalukan." (an-Nuur 24: 30)

Allah s.w.t. berfirman:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab 33: 59)

Allah s.w.t. berfirman:
“...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
.” (an-Nuur 24: 5)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri yang solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Pengalaman mereka dalam hal ini.

Diceritakan kepada aku oleh seorang ustaz,katanya ada satu jemaah dakwah dari Negara India telah berkunjung ke Hat Yai,Thailand dengan tujuan untuk membuat usaha dakwah di sana,maka apabila dibentuk jemaah untuk membuat ziarah ke rumah orang Islam,maka ketika mereka keluar berziarah,suasana di luar masjid penuh dengan wanita-wanita yang tidak berpakaian,lantas telah menganggu tumpuan ahli jemaah ziarah ini,maka amir jemaah ziarah ini telah membuat keputusan untuk berhenti melakukan ziarah kerana disebabkan ganggu dari wanita ini,ketika mereka pulang dari masjid,telah di tanya oleh seorang syeikh,kenapa kamu semua pulang,mereka (ahli jemaah ziarah) memberitahu,kerana wanita ramai di luar sana,mereka telah menganggu tumpuan kami,maka syiekh tersebut berkata,sejak saya mula melakukan usaha dakwah disini,selama 20 tahun ini,saya tidak pernah melihat mereka (wanita-wanita )itu.Maka kata syeikh itu lagi,orang yang bertakwa kepada Robnya,pasti dan pasti akan di bukakan jalan-jalan kesempitannya.
Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendakiNya)
.
(Al-Talaq 2-3)

Saturday, March 19, 2011

Mereka rasa tenang???

Gambar sekadar hiasan
Artikel ini berkaitan dengan jawapan balas aku kepada seorang pak chik yang aku ziarah(khususi) di rumahnya (bukan di kampung aku).Dalam ziarah tersebut,aku mengajaknya untuk mengikuti aku untuk keluar tyge hari,tetapi,dia membalas ajakan aku dengan kata-kata berikut”pak chik rasa tenang dah,dapat belajar agama di masjid,dapat solat berjemaah 5 waktu di masjid,pak chik rasa tenang dah,tak payah la kita keluar-keluar ini”.Aku hanya mampu tersenyum…hahaha

Gambar sekadar hiasan
Syiekh Ilyas Al-Kandhalavi Rah berkata: “ Bagaimana aku ingin berhenti dari melakukan dakwah ini,sedangkan,kekasih aku,Nabi Saw sendiri terpaksa mengalami kesusahan dan kepayahan untuk agama ini,walaupun baginda SAW sendiri telah di janji dengan segala kebaikan oleh Allah SWT,namum baginda SAW telah memilih untuk terjun dalam lautan kesusahan dan kepayahan dalam menghidup dan mengamalkan agama ini.” (Bayan Hidayat Ijtimak Bhopal)

Orang yang memperhatikan sirah (peri-kehidupan/contoh tauladan) para golongan Salafush Soleh dari perkataan dan perbuatan mereka, dia akan melihat bahawa mereka berada dalam rasa takut (khauf) dan sangat berharap (raja’).

Allah SWT berfirman, mengenai sifat sebaik-baik makhluk (Muhammad s.a.w.): “Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan (azab) Tuhan mereka, Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu apapun), Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka” (al-Mukminun, 23: 57-60)

Dari ‘Aisyah r.anha, dia berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini, “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut...”. Aisyah r.anha berkata: “Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?” Beliau menjawab: “Tidak wahai puteri ash-Shiddiq, tapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, dan bersedeqah, sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka itu adalah orang yang bersegera dalam kebaikan.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, no. 3175.

Allah menyebutkan kaum mukminin yang bersegera dalam kebaikan dengan sifat yang paling baik, walaupun mereka telah melaksanakan ibadah dengan sebaik-baiknya, tapi mereka sentiasa merasa takut amalan mereka tidak diterima.

Allah SWT berfirman: (Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.)(Al-Ankabut 29)


Rahsianya bukan kerana khuwatir Allah tidak memberikan pahala kepada mereka, sekali-kali tidak!! Tapi Kerana Allah tidak akan pernah mengingkari janji-Nya. Allah SWT berfirman:
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (Ali Imran 3: 57)

Allah SWT berfirman: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka.” (Surah al-Anfal, 8: 2)

Bahkan, Allah SWT menambahkan untuk mereka kurnia, kebaikan dan nikmat-Nya:
“agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Fathir 35: 30)

Pernah satu masa, Saiyidina Umar r.hu masuk dalam satu majlis, dan ada Saiyidina Uthman r.hu di situ. Lalu Saiyidina Umar r.hu berkata, dalam majlis ini ada seorang yang imannya begitu kuat dan jika imannya dibahagikan-bahagikan kepada sepasukan tentera sekalipun,nescaya akan memadai untuk mereka.

Allah SWT berfirman : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Di surah lain,Allah SWT menyuruh setiap orang beriman supaya beriman lagi.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya... “ (An-Nisaa’ 4: 136)

Ahli mufassirin menyatakan makna ayat ini seolah-olah menyatakan, ”Wahai orang-orang yang beriman, hiduplah kamu dengan kehidupan yang beriman". Iman yang sempurna dan amalan yang sempurna.” Iman yang ada di dalam hati, mazharnya ada dalam kehidupan dan amalan kita.”

Walaupun mereka(para sahabat r.hum) telah di janjikan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan dan iman mereka juga telah diikhtiraf oleh Allah SWT,tetapi mereka (para sahabat r.hum) masih lagi meragui status keimanan mereka kepada Allah SWT.

Iman para Sahabat adalah contoh kepada manusia seluruhnya. Allah SWT berfirman: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman..” (Al-Baqarah 2: 13)

Perkataan “orang-orang itu” di sini maknanya ialah “para Sahabat r.hum”. Namun begitu, para sahabat r.hum ini masih lagi diminta untuk memperbaharui (tajdid) dan memperkuatkan iman mereka. sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w. kepada mereka(para sahabat), ”Perbaharuilah sentiasa iman kamu!” Lalu ditanyakan, macamanakah cara untuk memperbaharui iman itu? Jawab Rasulullah s.a.w., ”Perbanyakkanlah berkenaan qaul (percakapan atau perkataan) Laa ilaaha illalLah!”(Hadis Riwayat Ahmad)

Tetapi, kerana mereka merasa takut belum melaksanakan perintahnya selaras dengan apa yang di kehendaki oleh Allah SWT,maka mereka tidak boleh memastikan bahawa mereka telah melaksanakannya bertepatan dengan keinginan Allah SWT, tetapi mereka mengira telah melakukan kekurangan dalam hal tersebut. Oleh kerana itu mereka merasa takut amalan mereka tidak diterima, maka mereka pun berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan amalan soleh.

Para Sahabat Rasulullah S.A.W. merasa khuwatir amalan-amalan mereka batal tanpa disedari, hal ini termasuk sebahagian dari kesempurnaan iman mereka. Firman Allah SWT:

“Tidaklah yang merasa aman dan azab Allah,kecuali orang-orang yang merugi.” (al-A’raaf 7: 99)

Seorang Tabien ‘Abdullah bin ‘Ubaidillah bin Abi Mulaikah, seorang yang tsiqah lagi faqih berkata: “Aku mendapati 30 orang Sahabat Nabi s.a.w., semuanya merasa takut kemunafikan menimpa diri mereka, tidak ada seorang pun dari mereka berkata bahawa imannya seperti keimanan Malaikat Jibril dan Mika’il”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari )

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata dalam Fathul Baari (1/110-111): “Para Sahabat yang didapati oleh Ibnu Abi Mulaikah yang paling utama adalah ‘Aisyah, saudaranya iaitu Asma’, Ummu Salamah, ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin Mas’ud dan ‘Abdullah bin az-Zubair r.’anhum, Abu Hurairah, ‘Uqbah bin al-Harits dan al-Musawwar bin Makhramah, mereka adalah para Sahabat yang ia dengar hadisnya. Ia juga mendapati Sahabat lain yang lebih utama dari mereka, seperti ‘Ali bin Abi Thalib dan Sa’ad bin Abi Waqqash r.’anhum. Ia memastikan bahawa mereka merasa takut (munculnya kemunafikan dalam amalan-amalan mereka. Dan tidak ada nukilan dari selain mereka yang menyalahi hal itu, seakan-akan ini adalah ijma’. Yang demikian itu kerana seorang mukmin terkadang ditimpa rintangan yang mengotori amalnya, sehingga menjadikannya tidak ikhlas, namun rasa takut mereka tidak mengandungi kesan terhadap jatuhnya mereka ke dalam perbuatan tersebut, tapi hanya menunjukkan kelebihan mereka dalam contoh hal kewarakan dan ketakwaan para Sahabat.hum.

Maka, barangsiapa yang selalu melihat hak Penciptanya yang wajib dilakukannya, ia akan tahu secara yakin bahawa ia belum dapat melaksanakannya sebagaimana sewajarnya. Tidak ada yang dapat menyelamatkannya kecuali ampunan-Nya, ia merasa akan celaka bila hanya bersandar kepada amalannya saja.

Wednesday, March 2, 2011

Perjumpaan Ulama Pattani.

Masjid Sultanah Haminah

Alhamdulillah,satu jemaah Ulama ikram telah datang ke kawasan Pendang,Jemaah ini merupakan jemaah khas dari Markaz Yala,yang di putuskan oleh ahli majlis syura-syura Markaz Yala,selama 10 hari,dan atas permintaan dari Ustaz-ustaz di Markaz Jitra.Mereka bergerak di Pulau Langkawi,Alor Star dan di kawasan Pendang sendiri.Paling istimewa yang terdapat dalam Jemaah ini ialah kesemua ahli jemaah ini baba-baba atau tok guru-tok guru pondok besar di tiga wilayah di Selatan negara Thailand.

Buat pengetahuan pembaca semua,Pak Ndak Ngail atau Tok Guru Haji Ismail dari Pondok Kerasak juga ikut serta ,beliau merupakan seorang ahli majlis fatwa di wilayah Patani,bahkan beliau juga merupakan seorang yang alim di dalam ilmu Tauhid,Fekah ,Tasawuf dan lain-lain lagi.Di pondok beliau juga terdapat lebih kurang 1200 pelajar yang belajar dengan beliau,dan beliau juga mempunyai anak murid ramai yang bertebaran di sekitar negeri Kedah,Perlis,Pulau Pinang dan Kelantan.
Masjid Sultanah Haminah.
Maka,masjid yang dipilih untuk jemaah Alim Ulama ini membuat usaha ialah di Masjid Daerah Pendang,Tangjung Radin,Pendang,Kedah,dengan segala prasarana dan infrastruktur yang lengkap,maka amat bersesuaian masjid ini di jadikan route mereka,dan juga di jadikan tempat untuk membuat Jhor Ulama di sini.

Pada malam yang pertama,program perjumpaan bersama dengan alim ulama yang datang dari seluruh negeri Kedah,bahkan ada juga alim ulama yang sanggup datang dari Daerah Sik,dari Pondok Tok Guru Haji Salleh Musa,Sik,semoga Allah ambil pengorbanan mereka ini.Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Timbalan Mufti Negeri Kedah,Syeikh Marwazi,alim ulama sekitar Negeri kedah,bloggers terkenal ziarah76 dan ramai lagi terutamanya bekas anak-anak murid Pak Ndak Ngail,kehadiran lebih kurang 300 orang,walaupun tidak ada satu poster atau banner di pasang bagi mengiklankan program ini.

Ucapan ataupun bayan di sampaikan oleh Pak Ndak Ngail,mashaAllah,Allah bagi dia faham,hebat,ini lah kebaikan dan kelebihan alim ulama di dalam usaha dakwah ini,kefahaman beliau dan syarahan beliau mengenai ilmu usuluddin,beliau juga telah membuktikan lagi bahawa kealiman ulama-ulama dari selatan Thailand di dalam ilmu Usuluddin.Program berlangsung sekitar 1jam setengah,dan solat Isyak,telah di imami oleh Timbalan Mufti Besar Negeri Kedah,dan majlis diakhiri dengan jamuan …hahahha

P/s:cerita di belakang tabir,perhimpunan atau Jhor bagi pekerja /touke kedai makan Tom Yam dan masakan Patani,telah di buat pada pukul 3.00 pagi..mashaAllah,buat kerja sungguh mereka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini