Ikuti Blog Ini

Saturday, March 19, 2011

Mereka rasa tenang???

Gambar sekadar hiasan
Artikel ini berkaitan dengan jawapan balas aku kepada seorang pak chik yang aku ziarah(khususi) di rumahnya (bukan di kampung aku).Dalam ziarah tersebut,aku mengajaknya untuk mengikuti aku untuk keluar tyge hari,tetapi,dia membalas ajakan aku dengan kata-kata berikut”pak chik rasa tenang dah,dapat belajar agama di masjid,dapat solat berjemaah 5 waktu di masjid,pak chik rasa tenang dah,tak payah la kita keluar-keluar ini”.Aku hanya mampu tersenyum…hahaha

Gambar sekadar hiasan
Syiekh Ilyas Al-Kandhalavi Rah berkata: “ Bagaimana aku ingin berhenti dari melakukan dakwah ini,sedangkan,kekasih aku,Nabi Saw sendiri terpaksa mengalami kesusahan dan kepayahan untuk agama ini,walaupun baginda SAW sendiri telah di janji dengan segala kebaikan oleh Allah SWT,namum baginda SAW telah memilih untuk terjun dalam lautan kesusahan dan kepayahan dalam menghidup dan mengamalkan agama ini.” (Bayan Hidayat Ijtimak Bhopal)

Orang yang memperhatikan sirah (peri-kehidupan/contoh tauladan) para golongan Salafush Soleh dari perkataan dan perbuatan mereka, dia akan melihat bahawa mereka berada dalam rasa takut (khauf) dan sangat berharap (raja’).

Allah SWT berfirman, mengenai sifat sebaik-baik makhluk (Muhammad s.a.w.): “Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan (azab) Tuhan mereka, Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu apapun), Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka” (al-Mukminun, 23: 57-60)

Dari ‘Aisyah r.anha, dia berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini, “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut...”. Aisyah r.anha berkata: “Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?” Beliau menjawab: “Tidak wahai puteri ash-Shiddiq, tapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, dan bersedeqah, sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka itu adalah orang yang bersegera dalam kebaikan.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, no. 3175.

Allah menyebutkan kaum mukminin yang bersegera dalam kebaikan dengan sifat yang paling baik, walaupun mereka telah melaksanakan ibadah dengan sebaik-baiknya, tapi mereka sentiasa merasa takut amalan mereka tidak diterima.

Allah SWT berfirman: (Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.)(Al-Ankabut 29)


Rahsianya bukan kerana khuwatir Allah tidak memberikan pahala kepada mereka, sekali-kali tidak!! Tapi Kerana Allah tidak akan pernah mengingkari janji-Nya. Allah SWT berfirman:
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (Ali Imran 3: 57)

Allah SWT berfirman: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka.” (Surah al-Anfal, 8: 2)

Bahkan, Allah SWT menambahkan untuk mereka kurnia, kebaikan dan nikmat-Nya:
“agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Fathir 35: 30)

Pernah satu masa, Saiyidina Umar r.hu masuk dalam satu majlis, dan ada Saiyidina Uthman r.hu di situ. Lalu Saiyidina Umar r.hu berkata, dalam majlis ini ada seorang yang imannya begitu kuat dan jika imannya dibahagikan-bahagikan kepada sepasukan tentera sekalipun,nescaya akan memadai untuk mereka.

Allah SWT berfirman : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Di surah lain,Allah SWT menyuruh setiap orang beriman supaya beriman lagi.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya... “ (An-Nisaa’ 4: 136)

Ahli mufassirin menyatakan makna ayat ini seolah-olah menyatakan, ”Wahai orang-orang yang beriman, hiduplah kamu dengan kehidupan yang beriman". Iman yang sempurna dan amalan yang sempurna.” Iman yang ada di dalam hati, mazharnya ada dalam kehidupan dan amalan kita.”

Walaupun mereka(para sahabat r.hum) telah di janjikan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan dan iman mereka juga telah diikhtiraf oleh Allah SWT,tetapi mereka (para sahabat r.hum) masih lagi meragui status keimanan mereka kepada Allah SWT.

Iman para Sahabat adalah contoh kepada manusia seluruhnya. Allah SWT berfirman: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman..” (Al-Baqarah 2: 13)

Perkataan “orang-orang itu” di sini maknanya ialah “para Sahabat r.hum”. Namun begitu, para sahabat r.hum ini masih lagi diminta untuk memperbaharui (tajdid) dan memperkuatkan iman mereka. sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w. kepada mereka(para sahabat), ”Perbaharuilah sentiasa iman kamu!” Lalu ditanyakan, macamanakah cara untuk memperbaharui iman itu? Jawab Rasulullah s.a.w., ”Perbanyakkanlah berkenaan qaul (percakapan atau perkataan) Laa ilaaha illalLah!”(Hadis Riwayat Ahmad)

Tetapi, kerana mereka merasa takut belum melaksanakan perintahnya selaras dengan apa yang di kehendaki oleh Allah SWT,maka mereka tidak boleh memastikan bahawa mereka telah melaksanakannya bertepatan dengan keinginan Allah SWT, tetapi mereka mengira telah melakukan kekurangan dalam hal tersebut. Oleh kerana itu mereka merasa takut amalan mereka tidak diterima, maka mereka pun berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan amalan soleh.

Para Sahabat Rasulullah S.A.W. merasa khuwatir amalan-amalan mereka batal tanpa disedari, hal ini termasuk sebahagian dari kesempurnaan iman mereka. Firman Allah SWT:

“Tidaklah yang merasa aman dan azab Allah,kecuali orang-orang yang merugi.” (al-A’raaf 7: 99)

Seorang Tabien ‘Abdullah bin ‘Ubaidillah bin Abi Mulaikah, seorang yang tsiqah lagi faqih berkata: “Aku mendapati 30 orang Sahabat Nabi s.a.w., semuanya merasa takut kemunafikan menimpa diri mereka, tidak ada seorang pun dari mereka berkata bahawa imannya seperti keimanan Malaikat Jibril dan Mika’il”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari )

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata dalam Fathul Baari (1/110-111): “Para Sahabat yang didapati oleh Ibnu Abi Mulaikah yang paling utama adalah ‘Aisyah, saudaranya iaitu Asma’, Ummu Salamah, ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin Mas’ud dan ‘Abdullah bin az-Zubair r.’anhum, Abu Hurairah, ‘Uqbah bin al-Harits dan al-Musawwar bin Makhramah, mereka adalah para Sahabat yang ia dengar hadisnya. Ia juga mendapati Sahabat lain yang lebih utama dari mereka, seperti ‘Ali bin Abi Thalib dan Sa’ad bin Abi Waqqash r.’anhum. Ia memastikan bahawa mereka merasa takut (munculnya kemunafikan dalam amalan-amalan mereka. Dan tidak ada nukilan dari selain mereka yang menyalahi hal itu, seakan-akan ini adalah ijma’. Yang demikian itu kerana seorang mukmin terkadang ditimpa rintangan yang mengotori amalnya, sehingga menjadikannya tidak ikhlas, namun rasa takut mereka tidak mengandungi kesan terhadap jatuhnya mereka ke dalam perbuatan tersebut, tapi hanya menunjukkan kelebihan mereka dalam contoh hal kewarakan dan ketakwaan para Sahabat.hum.

Maka, barangsiapa yang selalu melihat hak Penciptanya yang wajib dilakukannya, ia akan tahu secara yakin bahawa ia belum dapat melaksanakannya sebagaimana sewajarnya. Tidak ada yang dapat menyelamatkannya kecuali ampunan-Nya, ia merasa akan celaka bila hanya bersandar kepada amalannya saja.

Wednesday, March 2, 2011

Perjumpaan Ulama Pattani.

Masjid Sultanah Haminah

Alhamdulillah,satu jemaah Ulama ikram telah datang ke kawasan Pendang,Jemaah ini merupakan jemaah khas dari Markaz Yala,yang di putuskan oleh ahli majlis syura-syura Markaz Yala,selama 10 hari,dan atas permintaan dari Ustaz-ustaz di Markaz Jitra.Mereka bergerak di Pulau Langkawi,Alor Star dan di kawasan Pendang sendiri.Paling istimewa yang terdapat dalam Jemaah ini ialah kesemua ahli jemaah ini baba-baba atau tok guru-tok guru pondok besar di tiga wilayah di Selatan negara Thailand.

Buat pengetahuan pembaca semua,Pak Ndak Ngail atau Tok Guru Haji Ismail dari Pondok Kerasak juga ikut serta ,beliau merupakan seorang ahli majlis fatwa di wilayah Patani,bahkan beliau juga merupakan seorang yang alim di dalam ilmu Tauhid,Fekah ,Tasawuf dan lain-lain lagi.Di pondok beliau juga terdapat lebih kurang 1200 pelajar yang belajar dengan beliau,dan beliau juga mempunyai anak murid ramai yang bertebaran di sekitar negeri Kedah,Perlis,Pulau Pinang dan Kelantan.
Masjid Sultanah Haminah.
Maka,masjid yang dipilih untuk jemaah Alim Ulama ini membuat usaha ialah di Masjid Daerah Pendang,Tangjung Radin,Pendang,Kedah,dengan segala prasarana dan infrastruktur yang lengkap,maka amat bersesuaian masjid ini di jadikan route mereka,dan juga di jadikan tempat untuk membuat Jhor Ulama di sini.

Pada malam yang pertama,program perjumpaan bersama dengan alim ulama yang datang dari seluruh negeri Kedah,bahkan ada juga alim ulama yang sanggup datang dari Daerah Sik,dari Pondok Tok Guru Haji Salleh Musa,Sik,semoga Allah ambil pengorbanan mereka ini.Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Timbalan Mufti Negeri Kedah,Syeikh Marwazi,alim ulama sekitar Negeri kedah,bloggers terkenal ziarah76 dan ramai lagi terutamanya bekas anak-anak murid Pak Ndak Ngail,kehadiran lebih kurang 300 orang,walaupun tidak ada satu poster atau banner di pasang bagi mengiklankan program ini.

Ucapan ataupun bayan di sampaikan oleh Pak Ndak Ngail,mashaAllah,Allah bagi dia faham,hebat,ini lah kebaikan dan kelebihan alim ulama di dalam usaha dakwah ini,kefahaman beliau dan syarahan beliau mengenai ilmu usuluddin,beliau juga telah membuktikan lagi bahawa kealiman ulama-ulama dari selatan Thailand di dalam ilmu Usuluddin.Program berlangsung sekitar 1jam setengah,dan solat Isyak,telah di imami oleh Timbalan Mufti Besar Negeri Kedah,dan majlis diakhiri dengan jamuan …hahahha

P/s:cerita di belakang tabir,perhimpunan atau Jhor bagi pekerja /touke kedai makan Tom Yam dan masakan Patani,telah di buat pada pukul 3.00 pagi..mashaAllah,buat kerja sungguh mereka..

Thursday, February 10, 2011

Doa vs orang zalim(wajid di baca daie)

Tempat Nabi saw berhenti bermunajat di dirikan sebuah masjid. Ia diberi nama Masjid Kuu', bermaksud masjid siku. Ia mengambil sempena dengan keadaan Nabi berteleku dengan sikunya dalam keadaan luka-luka ketika dizalimi oleh penduduk Taif

Rasulullah saw:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang ditimpa kepada orang yang di zalimi. Sebenarnya segala kesakitan,kesusahan,kepayahan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Jika benar kita semua dizalimi, kita tidak perlu rasa bimbang kerana kita tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si penzalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan kebaikannya kita perolehi, jika tidak si penzalim akan menanggung dosa kita. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).

Bukit ini menjadi saksi peritnya Nabi berdakwah di bumi ini. Malaikat pernah meminta izin untuk mengambil salah satu bukit ini untuk dihempapkan kepada penduduk Taif.

Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan adalah memaafkan atau memohon hidayah kepada si penzalim tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).

Alim ulama berpendapat bahawa jika kita mahu berdoa supaya Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah menjadi satu kesalahan,tetapi pastikan dulu memang kita betul-betul dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim.Di bawah ini saya serta hadith-hadith saheh bagi membenarkan perbuatan ini.

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal dunia.

Doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka..” atau mungkin kita akan sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui,tetapi,
Kebanyakan ulama berpendapat memberi kemaafan adalah satu perbuatan yang di tuntut,kerana berpegang kepada tindakan nabi saw yang mengambil tindakan memaafkan penduduk Taif dan berharap mereka(penduduk Taif) diberikan hidayah oleh Allah.(klik sini ).

Diriwayat,ada seorang ahlullah telah di zalimi,maka ia datang mengadu kepada Saidina Fatimah r.ha,dan ianya telah di nasihat oleh Saidina Fatimah r.ha,katanya”orang yang baik itu bukanlah orang yang boleh memasukan orang yang menzalimkannya ke dalam syurga tetapi sebenarnya orang yang hebatt itu ialah orang yang boleh memasukan orang-orang yang berbuat zalim kepadanya kedalam syurga”.

Di ceritakan juga ada seorang wali Allah yang telah dizalimi oleh sesorang,maka dia telah sedih dan menangis,lantas di tanya oleh pelajarnya,adakah tuan telah di zalimi,dan saya lihat tuan menangis,sebenarnya "saya berdoa kepada Allah supaya orang yang berbuat zalim kepada saya,agar ianya di masukkan Allah kedalam syurga,biar nanti di syurga apabila ianya bertemu dengan saya di syurga dia akan merasa malu kepada saya".

Syeikh Abdul Wahab Hafizullah(Bhai Wahab) semoga Allah lanjutkan usianya berkata”selagi mana hati kamu,ada perasaan benci kepada umat Islam di dunia ini,maka peringkat dakwah kamu tidak akan naik”.


Cuba lihat perilaku junjungan besar kita Rasul saw dalam perkara ini:

Di antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA berkata:
“Tatkala aku melihat Nabi SAW dalam keadaan baik, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.” Maka Baginda SAW bersabda, “Ya Allah! Ampunilah ‘Aisyah dari dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, yang dilakukan secara sembunyi dan terang-terangan.” Mendengarnya, ‘Aisyah ketawa hingga kepalanya jatuh ke pangkuannya akibat terlalu gembira. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doaku menggembirakanmu?” Maka jawabnya, “Kenapa tidak, doamu itu begitu menggembirakanku.” Sabda Baginda SAW, “Demi Allah! Sesungguhnya ia adalah doaku untuk umatku yang aku panjatkan dalam setiap solat.”(Hadith riwayat al Bazzar)

Hadith yang kedua,
Daripada Jabir r.hu,”berkata bahawa para sahabat telah berkata,ya rasulullah,anak-anak panah Khabilah Thaqif telah memusnahkan kita,tuan doakanlah keburukan mereka,baginda saw yg mulia telah bersabda:Ya Allah,berilah hidayah kepada KabilahThaqif”.(Hadith Riwayat Tirmizi)

Hadith yang ketiga,
Daripada Abdullah r.hu berkata ,”seolah-olah aku sedang melihat rasulullah menceritakan peristiwa seorag nabi yang dipukul oleh kaumnya,hingga berlumuran darah,belia(nabi tersebut) menyapu darah dari mukanya dan berkata:Wahai Allah,Ampunilah kaumku ,kerana mereka tidak tahu,(peristiwa ini berlaku sendiri kepada Nabi saw ketika peperangan Uhud”.(Hadith riwayat Bukhari).

Sekarang,sama-samalah kita bermuhasabah,adakah kita mempunya akhlak seperti baginda saw,para sahabat r.hum serta orang-orang yang hampir dengan Allah swt dalam menghadapi . perkara seperti ini. Semoga Allah beri hidayah dan taufik kepada kita dan umat agar kita dapat memaafkan kesalahan,kezaliman orang zalim.Semoga Allah terima kita dan jadikan kita sebagai pembantu agamaNya.Amin

Saturday, January 29, 2011

Satu teori atau kebetulan??

Gambar sekadar hiasan
Baru-baru ini kami di daerah Pendang,Kedah telah di kejutkan dengan satu siri kuliah yang di sampai oleh seorang ustaz yang juga bergelarkan doctor iaitu Dr Danial Zainal Abidin.Dalam kuliah yang bertajuk berapakah usia sebenar bumi ini dari perseptif al-quran dan hadith.Pembongkaran yang amat mengejutkan oleh Dr Danial ini telah mengejutkan pelbagai pihak termasuk diri saya sendiri.

Teori yang di kemukan oleh Dr Danial telah menyedarkan kita bahawa sejarah dunia telah di manipulasi oleh para Orientalis Barat.Menurutnya lagi,sejarah usia sebenar bumi ini dan kewujudan makhluk-makhluk pra sejarah seperti Dinasour dan yang lainnya seperti yang di dakwa oleh ahli Sejarah Barat adalah satu penipuan yang nyata.Mereka (ahli sejarah Barat mendakwa usia bumi ini telah melebihi jutaan tahun,bahkan menurut Dr Danial ada juga yang berpendapat usia bumi ini telah melebihi berbilion tahun.Hal ini menurut Dr Danial dan alim ulama kita adalah satu bentuk pendustaan yang nyata dan dengan tujuan untuk memanipulasi pemikiran orang Islam.

Hujah yang pertama yang di kemukakan oleh Dr Danial ialah,menurutnya,seorang ulama iaitu Imam Sayuti Rah,di dalam kitabnya telah menyebut,bahawa usia sebenar bumi ini tidak akan melebihi 7000 tahun.Beliau (Imam Sayuti Rah wafat 911 H) berpendapat sedemikian setelah membuat kajian yang mendalam terhadap Al-Quran dan Hadith,maka dengan itu beliau(Imam Sayuti Rah) telah telah berpendapat sedemikian.

Gambar di amek ketika dalam safar ke India
Dr Danial Zainal telah menerangkan kajian oleh Imam Sayuti Rah,katanya (Dr Danial ) usia bumi ini di kira sejak kewujudan makhluk yang pertama di dunia ini iaitu bapa kepada semua manusia iaitu Nabi Adam As.Sejak daripada kewujudan Nabi Adam As,tarikh umur bumi bermula dan pada telah mencukupi genapnya umur bumi 7000 tahun seperti kajian yang dibuat oleh Imam Sayuti Rah ialah pada tahun 1986 iaitu mencukupi tarikh usia bumi untuk di tamatkan riwayatnya.Namun,dengan ehsan Allah,Allah swt telah izin usia bumi ini di lanjutkan sehingga sekarang iaitu pada tahun 2011.Hal ini bermakna,kita semua telah menerima subsidi umur bumi ini daripada Allah swt iaitu sehingga sekarang,subsidi yang diberikan oleh Allah swt sebanyak 25 tahun.Maka,usia bumi sekarang ialah 7025 tahun,usianya telah lebih dari usianya yang sebenar.

Pendapat yang kedua pula ialah menerut beliau ( Dr Danial ) hasil kajian seorang ulama telah menghasilkan pendapat iaitu usia bumi ini tidak akan melebihi tahun 1500 hijrah.Kajian ini juga di hasilkan berpandukan al-quran dan hadith.Maka,sekarang usianya baru mencecah 1432 hijrah.Maka kita masih punyai tempoh iaitu 68 tahun lagi untuk mengcukupi genapnya usianya yang sebenar iaitu 1500.
Pendapat yang ketiga,menurut beliau (Dr Danial) bahawa seorang saintis Islam,telah melakukan penyelidikan iaitu berkaiatan penggunaan number digit iaitu (0,1),(1,0,)(1,1),(0,0),yang merupakan angka penting untuk computer berkomunikasi,dan number itu juga apa bila di kaitkan dengan tahun 2011,ianya amat signifikasi sekali.iaitu sebagai contohnya (01.01.11)iaitu tarikh permulan tahun ini iaitu 1 Januari 2011.Maka disini,menurut Dr Danial,beliau membuat kesimpulan iaitu pada tahun 2011 merupakan tahun yang mencabar dan penuh dengan misteri,(dan,bagi karkun-karkun,pernah di buat tashkil agar pergi ke IPB or India sebelum berakhirnya 2011.) wahu,a’alam.

Gambar sekadar hiasan
Pendapat yang keempat,menurut seorang ulama( bukan dari Dr Danial sendiri) menyatakan bahawa,Adakah Allah swt akan menyelamatkan Tanah Arab dari menganjur pertandingan Piala Dunia yang di jadual berlangsung pada tahun 2022,iaitu kira-kira 11 tahun dari sekarang.Semua kita sedia maklum bahawa apabila berlangsungnya sesuatu pertandinagn yang bertaraf antarabangsa,terutamanya Pertandingan Bola sepak Piala Dunia,maka jutaan peminat dan pelancong akan membanjiri sesuatu tempat untuk menyaksi dan meraikannya,maka,apabila Qatar iaitu sebuah negara Arab di pilih untuk menjadi tuan rumah piala dunia ini,maka terdapat tanda tanya daripada cendekiawan Islam.Untuk persiapan kali ini,maka tuan rumah perlu menaikan infrastruktur bagi memenuhi standard antarabangsa,maka tidak terkecuali iaitu,penambahan hotel ,pub dan disko juga akan di wujudkan untuk menampung permintaan peminat bola sepak dari seluruh dunia.Maka yang lebih merisaukan alim ulama Islam ialah,tuan rumah juga akan membuka pusat-pusat pelacuran dan pusat perjudian bagi menampung peminat yang datang untuk menyaksi dan berpesta sepanjang berlangsungnya pertandingan ini.

Pembangunan sedang giat di laksanakan di Mekah
Ironisnya,Qatar merupakan negara Arab yang pertama yang akan menganjurkan pertandingan ini,seterusnya meletak Tanah Arab selaku tuan rumah pertandingan tersebut.Maka yang menjadi persoalannyanya sekarang ialah,semua kita sedia maklum bahawa Tanah Arab ini begitu signifikasinya terhadap perkembangan Islam,dan tempat ini juga telah menyaksikan pengorbanan para anbiya a.s dan para sahabat r.hum dalam mensyiarkan Islam,tetapi tidak lama lagi ianya bakal di cemari dengan berlangsungnya pertandingan bola sepak ini dan di dunia arab sekarang ini juga,mereka berlumba-lumba membangunkan negara mereka.Adakah Allah swt akan menghalang perkara aib ini daripada berlaku.??? Adakah Allah swt akan membiarkan mereka-mereka mencemari Tanah Arab yang mana tersemadinya jasab para anbiya a.s n para sahabat r.hum yang mulia.

Kesimpulan,sama ada kita percaya ataupun tidak,maka ianya terpulang pada diri masing-masing.Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah.Kata alim ulama,”sesungguhnya orang yang paling bijak ialah ianya menggunakan keduniaannya untuk perkara akhirat”.

P/s: jangan sesekali kita meninggalkan asbab kedunian kita,kerana mahu mengejar akhirat sebalik perlulah di seimbangkan.
p/s:Hanya Allah swt yang mengetahui berita-berita ghaib.
Firman Allah swt di dalam surah al-Naml ayat 65 : Ertinya :
Ertinya :" Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

Saya inginkan pandangan dan komentar dari artikel yang saya tulis ini.

Wednesday, January 5, 2011

Kematian?? Bangla-wali????

Gambar arwah.Klik pada gambar untuk zoom

Sejak akhir-akhir ini,penulis agak sibuk bangat melayan karenah dunia yang tidak jemu-jemu menganggu penulis dan mereka yang bergelar insan.Sebelum ini ,penulis ada menceritakaan sedikit cerita mengenai laporan kematian rakan penulis dan juga merupakan rakan seusaha yang mana saat kematiannya di saksikan sendiri oleh penulis ketika penulis baru balik dari tashkil selama 30 hari Shaharanpur,Uttar Pradesh.Ketika di tempat tashkil,rakan penulis ini,telah mengalami kelesuan ,kepenatan dan sebagainya lagi.Penulis mendapat laporan,tahap kesihatan beliau yang agak uzur itu tidak menghalang beliau daripada keluar tashkil di IPB selama 4 bulan.Agak menghairan penulis kerana,syura-syura di Malaysia membenarkan beliau untuk datang ke India,memandangkan tahap kesihatan beliau yang tidak memuaskan,yang sekiranya,terdapat mereka yang ingin datang ke India ini,perlu mempunyai tahap kesihatan yang bagus kerana,kita telah dimaklumkan bahawa tahap mujahadahnya di sana amat berbeza dengan tahap mujahadah di negara kita.

Ketika dalam tashkil pertama,beliau mengadu kepada amer sab jemaah,bahawa beliau mengalami kepenatan dek kerana cuaca di tempat tashkil ketika itu sangat panas kira-kira 48 degree.Penulis juga sendiri tidak tahan dek kerana panas cuaca di situ.Setelah diberikan ubat,namun,penyakit beliau semakin teruk,dimana semakin meruncingkan,dan akhirnya,penulis telah diarahkan oleh amersab untuk berkhidmat untuk membawa pulang Allahyarham ke Markaz Masjid Banggala-wali bersama dengan seorang lagi rakan penulis.Penulis terkenang jasa orang tempatan kerana,bersusah payah mengendol Allahyarham di belakang untuk bergerak,kerana Allahyarham menagadu kepenatan setelah mengalami tempoh perjalanan yang agak lama.

Setelah sampai di Markaz ,kami telah di sambut oleh istiqbal Foreign dan penulis telah membuat aduan kepada pihak istiqbal mengatakan bahawa ahli jemaah kami sakit dan perlu mendapatkan kerehatan di markaz.Setelah beberapa hari berehat di markaz,kesihatan Allahyarham beransur pulih dan pernah sekali penulis bertanya kepada beliau,bagaimana keadaan kesihatannya,lantas beliau denagn tersenyum memberitahu penulis,”Alhamdulillah,dh ok dah”.Senyuman beliau penulis akan ingat kerana ada sesuatu yang penting yang telah menyentak hati sanubari penulis dan insyaAllah,penulis akan ingat kenangan ini sehingga ke akhir hayat penulis.
Pada hari yang kelima setelah,berehat di markaz,pada malam sebelum kejadian,penulis,telah dikejutkan denagn satu suara dengan mengajak penulis untuk ke dewan utama solat untuk program musafaha bersama Hadrat Syeikh Allamah Maulana Saad Al-Kandhalavi .Maka penulis bersama dengan Allahyarham turun sambil tangan beliau dibimbing oleh penulis,ketika melalui kesesakan akibat ratusan manusia yang mahu memasuki bilik Hadrat Syeikh untuk bermusafaha dengan beliau.Alhamdulillah,hajat Allahyarham telah dipermudahkan oleh Allah,dengan mudah penulis bersama Allahyarham diberi peluang untuk memasuki bilik Hadrat Syeikh,dan akhir Allahyarham bersama penulis,ketika samapi giliran Allahyarham bermusafaha dengan hadrat Syeikh,maka Allahyarham dengan perasaan gembira berada di hadapan menghulurkan tangan dan diikuti hadrat syeikh menghulurkan tangan seraya menyahut salam dari Allahyarham,tiba-tiba Allahyarham ingin mencium tangan hadrat syeikh,dan terkejut dengan perbuatan tersebut,lantas hadrat syeikh menarik tangannya untuk mengelak dari dicium oleh Allahayarham.Ketika berbual dengan penulis,Allahyarham memberitahu,mungkin kerana Hadrat Syeikh tidak mahu beliau di sanjungi secara berlebihan.

Pada keesokan harinya,penulis telah dikejutkan dengan berita bahawa,Allahyarham,telah nazak,dengan penulis,melihat keadaan Allahyarham sangat menyedihkan,hampir setiap batuk Allahyarham mengeluarkan darah yang banyak,ketika diberi air zam-zam oleh seorang lelaki arab,maka batuk Allahyarham berkurangan sedikit,namun,nafas Allahyarham tersekat-sekat,mungkin kerana kesukaran bernafas dan akhir setelah mendapat pemeriksaan dari seorang doctor yang sedang khidmat di markaz ini dan seteah di nasihat oleh doctor tersebut,maka Allahyarham telah dibawa ke hospital dengan menggunakan teksi awam yang sering berlegar di perkarangan markaz.

Kira-kira jam 5 ptg,Allahyarham telah dibawa ke hospital,mengharungi jalan raya yang sibuk,terperangkap dlam kesesakan lalu lintas,kesakitan yang di alami oleh Allahyarham semakin bertambah teruk dengan nafasnya yang tercungap-cungap,penulis agak gementar,lalu seraya menyuruh Allahyarham mewiridkan kalimah tauhid.Selepas bertarung dengan kesakitan yang agak mencemaskan,akhirnya sekali,Allahyarham pergi mengadap ilahi,penulis langsung tidak perasaan,kerana hanya sedikit sentuhan yang di alami oleh penulis,Janji Allah pada orang beriman,nyawa di cabut seperti menarik rambut dalam tepung,bila sampai di hospital,setelah pemeriksaan,di sahkan,telah meningggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Setelah,menghubungi orang tanggungjawab markaz,maka jenazah di benar di bawa pulang ke markaz untuk tujuan pengafanan dan pengebumian kerana telah mendapat persetujuan keluarga,penulis juga mendengar cerita bahawa,beliau telah mewasiatkan kepada isteri beliau,kebumikan beliau dimana beliau meninggal.Ketika jenazah sampai di perkarangan Markaz,suasana penuh dengan rakan seusaha yang sedang menanti ketibaan jenazah.Rakan-rakan seusaha yang dari pelbagai bangsa itu terus mengangkat jenazah untuk dibawa ke tempat mandi.Alhamdulillah,penulis dan rakan-rakan seusaha dari Malaysia dan rakan seusaha tempatan di beri peluang untuk memandi dan mengafankan jenazah,dan dibantu oleh beberapa orang Ustaz dari Malaysia yang berada disini.Pada ketika itu jam lewat 11 pm.MasyaAllah,tiada seekor lalat pun datang menghinggapi jenazah,peristiwa luar biasa ini berlaku sampai ke hari besoknya.

Keesokan harinya,penulis di panggil oleh orang khidmat dari Indonesia untuk hadir dalam mesyuarat Markaz Bangla-wali dan dikendaki memberikan karkhuzari .Dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh semua elders termasuk Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad dan Hazrat Syeikh Maulana Zubair.Karkhuzari penulis diterjemahkan oleh seorang Ustaz dari Malaysia.Akhirnya keputusan di buat,jenazah akan di kebumikan di perkuburan Nizhammudin,kira-kira 1KM dari markaz dan akan di solatkan sendiri oleh Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad bertempat di Ghorib Academy,iaitu berhadapan Markaz ini. Ketika upacara solat jenazah di hendak di jalankan,kedatangan Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad untuk mengimami solat ini,sebelum,jenazah di solatkan,permintaan dari Hazrat Syeikh Maulana Muhammad Saad untuk melihat buat terakhir kalinya jenazah tersebut,maka seseorang telah membuka kain yang menutupi jenazah,tiba-tiba,terserlah wajah si jenazah dalam keadaan wajah yang nur dan dalam keadaan kesenyuman,Penulis cuba mengamati betul-betul jenazah tersebut,Waallahi,penulis berani bersumpah,memang wajah allahyarham dalam keadaan kesemyuman,Penulis dapat mengingati bait-bait senyuman beliau,kerana sebelum kematian allahyarham,sering bergurau dengannya,dan setiap gurauannya,menyebabkan beliau sering tersenyum.Ketika itu juga penulis melihat reaksi muka Hadrat Syeikh Maulana Muhammad Saad dalam keseyuman dan telah mengeluarkan beberapa patah perkataan dan diantaranya Allahuakbar,dan lainnya yang mana amat sukar bagi penulis untuk ceritakan di sini.

Setelah,solat jenazah tamat,jenazah telah di usung secara beratur,dalam keadaan serah-menyerah diantara rakan seusaha dari pelbagai bangsa dan keturunan sampailah ke tanah perkeburan.

Allahamdulillah,disini,(tanah perkuburan Nizhamuddin),penulis dapat menziarahi pusara Hazrat Maulana Muhammad Umar Palampuri Rah,Hazrat Maulana Muhammad Daud Rah,Hazrat Munsyi Aala Datar Rah,Hazrat Munsyi Bashir Rah dan ramai lagi elders dalam usaha dakwah ini yang di kebumikan disini.Pusara Allahyarham,telah dikebumikan tidak jauh dari pusara Hazrat Maulana Muhammad Umar Palampuri Rah.

p/s: Asbab kenakalan saya dan rakan,selepas selesai proses pengebumian jenazah,kami telah singgah ke satu tempat iaitu Nizhamuddin Aulian Derga.Tahu pada orang tanggungjawab Malaysia,jenuh la…haha

Tidak lupa ucapan Takziah di atas kematian mereka-mereka di bawah,yang meninggal dalam tashkil jemaah.Semoga Allah jadikan pengorbanan mereka asbab hidayat umat,amin.

p/s: al-fatihah kepada arwah Pak Mat Amin dari kawasan Dungun,Terangganu
p/s:al-fatihah kepada Haji Azhar KL,meninggal pada bulan puasa di Nizhamuddin 2010
p/s:Al-Fatihah kepada Haji Roslan,Jemaah Tashkil Sri Petaling,meninggal di Yaman 2010
p/s:Al-Fatihah kepada Bahaman,dari Besut,lemas di Pantai Dungun,2010
p/s:Al-Fatihah kepada Huzaifah,meninggal di Sabah,2010
dan kepada rakan seusaha yang lain,Seharusnya kematian mereka wajar di cemburui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini