Ikuti Blog Ini

Thursday, April 2, 2009

Carilah ketenangan di masjid, surau

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Wednesday, April 1, 2009

Dosa syirik tidak diampun


Foto sekadar hiasan je...

Firman Allah yang bermaksud,Nabi Isa a.s. berkata,Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong.(Surah al-Maidah: 72)

Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.

Firman Allah yang bermaksud,Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.(Surah an-Nisa: 116)

Manusia yang mempunyai keyakinan selain daripada Allah swt,ini pun termasuk dalam kalangan manusia yang telah syirik pada Allah.Orang Islam hari ini tidak sedar bahawa mereka jugak tidak dapat lari dari melakukan kesyirikan kepada Allah.Dalam hati orang Islam ada selain daripada Allah..

Orang Islam hari ini telah menganggap bahawa mereka yang sujud kepada patung,itulah yang dikatakan syirik,sebab itulah mereka tidak ada kerisauan tentang iman mereka.Saya pernah berkesempatan mengikuti kuliah yang disampaikan oleh seorang ulama yang begitu arif tentang ilmu tauhid,kata ulama tersebut,makan ubat pun,kita boleh syirik,jika kita makan ubat,dalam hati kita yakin,bahawa penyakit saya akan sembuh setelah memakan ubat ini,percakapan macam nie,boleh merosakkan iman kita,makan ubat boleh,tetapi perbu isbabkan Allah dalam percakapan kita.

Satu lagi contoh,petani yang ingin membeli racun,telah berkata kepada seorang tauke yang bukan muslim,tauke mana racun yang paling bagus sekali,lalu tauke itu pun berkata,ini racun baik punya,kalau you guna di tanaman you,mesti subur punya,lalu petani ini pun mengakui percakapan tauke ini,tengok percakapan orang bukan Islam dengan orang Islam,tak berbeza pun,tidak melibatkan pengisbatan Allah dalam percakapan mereka.Tidak ada bezanya dengan percakapan orang bukan Islam.

Orang yang membunuh manusia dan berzina beribu kali, jika benar-benar bertaubat nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. Begitu juga pemakan riba dengan jumlah berjuta-juta ringgit, jika benar-benar bertaubat diampunkan dosanya. Begitu juga dengan dosa-dosa yang lain melainkan dosa orang yang syirik dengan Allah SWT.

Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan melantik Tuhan yang lain daripada Allah, yang berdoa kepada yang lain daripada Allah, yang mengada-ngdakan hukum yang lain daripada hukum Allah dan menganggapnya serupa dengan hukum Allah atau lebih daripada hukum Allah, mereka berkenaan telah melakukan syirik. Allah Taala tidak mengampun dosa mereka.

Disebut di dalam ayat yang banyak termasuk ayat yang ditafsirkan ini termasuk juga di dalam hadis yang banyak antara lain sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud,Jauhlah kamu daripada tujuh dosa besar. Dikatakan, apa yang dikatakan tujuh dosa besar itu? Rasulullah bersabda, yang pertama ialah syirik dengan Allah.

Syirik dengan Allah tidak diampun dosanya melainkan dengan mengucap dua kalimah syahadah, berhenti daripada perbuatan dan perkataan syirik bagi menghilangkannya. Istighfar dengan bertaubat sahaja tidak boleh.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, Orang yang syirik dengan Allah, tidak ada peluang masuk syurga.

Dan mengikut satu riwayat lain dirinya yang beriman bukan dirinya yang syirik. Yang syirik dan kafir tidak masuk syurga.

Dan Allah Taala menghukum orang-orang Kristian kafir walaupun mereka mengaku bahawa Allah itu Tuhan, walaupun mereka membuat kebajikan tetapi apabila mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka mereka telah melakukan syirik.

Firman Allah yang bermaksud, Dan orang-orang yang zalim itu tidak mendapat pertolongan dari Allah. (Surah al-Maidah: 72)

Kita melihat mereka berkeadaan baik dengan tubuh badan yang sihat serta gagah perkasa di atas dunia kerana Allah memberi peluang kepada mereka untuk berbuat sesuatu sama ada baik ataupun jahat.

Allah Taala tidak menolong mereka, mudah-mudahan mereka bertaubat dari segala perbuatan jahat yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud, Sesungguhnya telah kafirlah orang yang mengatakan bahawa Allah itu tiga daripada yang tiga. (Surah al-Maidah: 73)

Iaitulah orang Kristian yang mendakwa Allah itu satu daripada tiga unsur ataupun satu daripada tiga Tuhan.

Firman Allah yang bermaksud, Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka ucap daripada Maha Tinggi dan Maha Besar. (Surah al-Israa': 43)

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka ucapkan kerana Allah Taala itu Maha Esa.

Firman Allah yang bermaksud,Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan Yang Satu. (Surah al-Maidah: 73)

Tuhan hanya satu sahaja itulah Allah SWT Yang Maha Esa, yang tunggal pada zat dan sifat-Nya dan pada segala-gala yang dimiliki-Nya.

Firman Allah yang bermaksud, Dan jika sekiranya mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka cakap,(terus mengatakan Allah Taala satu daripada tiga, Isa al-Masih juga sebagai Tuhan), nescaya mesti akan mengenai orang-orang yang kafir di kalangan mereka azab yang pedih. (Surah al-Maidah: 73)

Oleh yang demikianlah,ulama-ulama suruh kita keluar jalan Allah untuk bawa iman kita,orang Islam ini sudah ada iman,tetapi iman tidak ada nur,tidak ada keyakinan,sebab itu,kita kena keluar jalan Allah,untuk berikan nur kembali kepada iman kita.

Semoga Allah swt beri taufik untuk kita amal dan sampaikan.

Thursday, March 26, 2009

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keislaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas
semasa
marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat
dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :


Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Semulia-mulia insan di dunia...

untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur
Fatimah
lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.
Kemudian
dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia
menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa
hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat
lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.
Semua
surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata
tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau
tidak
senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku
bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar
Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin
dekat,
saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak
seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah
yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar
kemudian
terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali
segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat
aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat
saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah
kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi
wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih
banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah
kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak

Wednesday, March 25, 2009

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Thursday, March 19, 2009

Dari kubur hingga di himpunkan




Foto sekadar hiasan je!!

Firman Allah s.w.t : al-Baqarah : 168

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”.

Dari Kubur hingga dihimpun

Rasulullah saw bersabda:Bagaimana aku merasa nikmat jika tanduk sangka kala telah berada di mulut Israfil.Dia mengerutkan keningnya dan menutup telinga,menanti,lalu dia meniup”.

Baginda saw bersabda:
“Manakala sekali dia meniup sangkakala itu,matilah seluruh makhluk langit dan bumi,kecuali yang dikehendaki Allah.Iaitu Jibril,Mikail,Israfil dan Izrail.Kemudian Allah memerintahkan Israil agar mencabut nyawa Jibril,kemudian mencabut nyawa Mikail,nyawa Israil dan akhir sekali nyawanya sendiri.Setelah tiupan pertama itu,semua mati dan di alam barzakh selama empat puluh ribu tahun.Kemudian,Allah menhidupkan Israil kembali.Dia perintahkan meniup tiupan kedua.”

Inilah yang di maksudkan firman Allah swt.
“…Kemudian ditiupkan sekali lagi,lalu mereka berdiri(bangkit dari dalam kuburnya) sambil menanti(hukuman Allah)”. (Az-Zumar:68)

Dan Rasulullah saw bersabda:
“Ketika dibangkitkan datanglah Israil kembali membenarkan tanduk sangkala ke mulutnya.Sebelah kakinya melangkah ke depan dan sebelah lagi ke kiri,menantikan perintah meniup.Takutlah akan tiupan itu.Fikirkanlah wahai manusia,betapa kehinaan dan kepedihannya ketika dibangkitkan,kerana takut akan tiupan itu,bahagia atau celaka dan kau adalah di antara mereka,juga akan merasa sedih dan bingung sebagaimana kesedihan serta kebingungan mereka.Bahkan jika di dunia di hari itu adalah orang yang paling hina,kakinya melangkah longlai dan ketika itu pula berdepan dengan binatang liar dimana gunung akan hancur dan tidak boleh menghindari dari itu semua”.

Demikianlah firman Allah:
“Dan apabila binatang-binatang liar telah dihimpunkan”.
(Al-Takwir:5)

Kemudian mereka berjumpa pula dengan syaitan-syaitan dan orang-orang murtad dalam ketakutan kerana haibah Allah dan membenarkan firman-Nya:

“Demi Tuhanmu,sesungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka bersama-sama syaitan,kemudian kami hadirkan mereka di keliling nereka dengan berlutut".
(Mariam:68)

Allah swt berfirman:
“Pada hari (kiamat) ditukar bumi dengan bumi yang lain,begitupun langit…”.(Ibrahim:48)

Rasulullah saw bersabda:
“Manusia dibangkitkan telanjang tidak bersunat dan tenggelam dalam air keringat sampai ke telinga”.

Allah swt berfirman:
“Bagi tiap-tiap orang di antara mereka pada hari itu,ada urusan yang mencukupinya”.(Abasa:37)

Telah berkata Abu Hurairah ra:Rasulullah saw bersabda:
“Pada hari Kiamat manusia dikumpulkan jadi tiga golongan.Ada yang menunggang ,ada yang berjalan dan ada yang berjalan dengan mukanya”.
Seorang lelaki berkata,”Bagaimana boleh berjalan dengan mukanya??”Rasulullah menjawab,”Zat yang menjalankan mereka dengan kakainya berkuasa pula untuk menjalankan mereka dengan mukanya”.


Kemudian tubuh mereka diangkat sesuai dengan darjatnya dan di hadapan Allah swt.Ada yang mengalir keringat hingga sampai paras lutut,ada yang separas dada,ada yang separas telinga dan ada pula yang hampir tenggelam.

Ibnu Umar ra berkata.”Telah berkata bersabda Rasulullah saw:
“Di hari manusia mengadap Tuhannya ada setengah mereka yang tenggelam sampai ke paras telinganya,”

Dari Abu Hurairah,Rasulullah saw bersabda:
“Di hari Kiamat nanti peluh manusia akan meleleh hingga sampai ke paras telinga”.

Dalam hadis lain:
“Sambil berdiri,mata mereka memandang ke langit selama empat puluh tahun dan mereka sangat sedih,peluh menggenangi mereka”

Dari Uqbah bin Amir ra,Rasulullah saw bersabda:,”Pada hari Kiamat,matahari berada sejengkal di atas kepala,Tahulah manusia,ada orang yang peluhnya sampai ke tumit,ada yang sampai ke betis,ada yang sampai ke lutut,ada yang sampai ke peha,ada yang sampai ke lambungan,ada yang sampai ke mulut”,sambil nabi saw mengisyaratkan tangan ke mulutnya.”Ada pula yang tenggelam dalam peluhnya”sambil nabi saw memukulkan tangan ke kepalanya demikian”.

Oleh yang demikian,sampai setengah mereka berkata,”Ya Allah,hindarkan aku dari kepedihan dan penanti ini,biarlah cepat ke Nereka saja.”


*Nota penting,doa pada penulis yang ingin pergi belajar agama di India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan awal bulan Jun(InsyaAllah) selepas tamat belajar ilmu kedunian”Ya Allah.englau pilihlah penulis ini untuk pergi ke India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan.Amin

Semoga Allah ,memberikan taufik pada kita untuk amal dan sampaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini