Ikuti Blog Ini

Saturday, February 3, 2018

Akhlak Maulānā Salman al-Husainī al-Nadwī dalam menyingkapi ikhtilaf dalam Jemāʿah Tablīgh (JT)

Ketika Maulānā dijadualkan menyampaikan khutbah Juma’at di masjid UIAM, beliau telah dihampiri oleh seorang lelaki warga Bangladesh yang pada pengamatan saya mungkin pelajar di universiti ini. Saya pada mulanya tidak mengambil endah sangat perbincangan mereka kerana saya sedang bersembang dengan seorang alumni Nadwa dari Gombak yang juga datang menyambut kedatangan Maulānā di universiti ini.
Maulānā Sayyid Salman al-Husainī al-Nadwī ketika menyantuni Ketua Wefaq al-Madaris seluruh Pakīstān Maulānā Dr Abd Razaq al-Iskandar di majlis makan malam sempenan seminar MyAqsa, di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside baru-baru ini


Tapi saya telah diberitahu oleh Farith yang mana lelaki Bangladesh ini mulai membuat provokasi dengan bertanya kepada Maulānā tentang ikhtilaf yang sedang berlaku dalam JT. Saya mula memberikan perhatian terhadap perbincangan mereka.
Lelaki Bangladesh ini mula bertanya kepada Maulānā kemelut yang dihadapi oleh barisan kepimpinan JT. Maulānā Salman kelihatan tidak senang dengan soalan tersebut kerana dihadapan beliau ada beberapa orang alumni Nadwa dan beberapa pelajar orang Pākistān & India. Tapi lelaki Bangladesh ini terus menyoal Maulānā dan memberitahu bahawa isu yang berlaku di Tongi baru-baru ini. Lelaki itu juga bertanya, “apa pandangan tuan terhadap “Sa’ād” (beliau tidak lagi memanggil dengan laqab “Maulānā”)”. Pada mulanya Maulānā hanya diam & senyum, tetapi disoalnya berkali-kali, saya dan Farith pun pelik apa hal mamat Bangladesh ini. Kemudian Maulānā yang mungkin tidak senang dengan persoalan tersebut terus menjawab, “beliau (Maulānā Sa’ād) sudah ruju’ (menarik balik) segala kenyataan-kenyataan beliau”.
Kemudian lelaki Bangladesh terus berkata, “ada sekumpulan ‘ulamā di Bangladesh yang telah mengkritik kenyataan Sa’ād”, maka dijawab oleh Maulānā Salman, “beliau (Maulānā Sa’ād) sudah ruju’ (menarik balik kenyataan). Dalam hati saya bermonolog, “ apa hal mamat ni, orang yang sudah bertaubat kenapa mahu diceritakan lagi kesilapannya”.
Lalu, Maulānā Salman berkata, “mereka adalah Siddiqī (keturunan Sayyidina Abū Bakr al-Siddiq rhu)”, “beradablah dengan sebaiknya”.
Tanbih dari kisah ini
1. Maulānā Salman al-Husainī al-Nadwī yang merupakan ‘ulamā besar di India pun tahu beradab dalam menghadapi ikhtilaf ini.
2. Ikhtilaf tidak sedikit pun menghalalkan kita dari mencarik adab sesama ‘ulamā
3. Sebarkan kebaikan saudara-saudara kita
4. Gambar tiada kaitan dengan kisah di atas.

Sunday, January 28, 2018

Pujian terhadap Maulānā Salman al-Husainī al-Nadwī

Ketika saya menulis ini, barangkali Maulānā sudah selamat sampai ke negeri Kedah meneruskan misi dakwah beliau di bumi jelapang padi ini. Kedah negeri terakhir menjadi tempat persinggahan beliau sebelum terbang ke Thailand dan seterusnya berangkat pulang ke India.

Sepanjang 2-3 hari saya mengikuti safar Maulānā sekitar KL/ Putrajaya. 2 kali saya menyaksikan beberapa orang arab datang berjumpa dengan Maulānā dan menyatakan kekaguman mereka terhadap kefasihan bahasa arab Maulānā.

1. Ketika selepas berkhutbah di masjid UIAM, satu orang lelaki arab telah datang dan berjumpa dengan Maulānā lalu berkata, “ Tuan (Maulānā) telah mengingatkan aku kepada Syaikh Mustafa al-Siba’ī rah (dari kefasihan bertutur).

2. Selepas selesai menyampaikan pidato di dataran Putrajaya, satu orang lelaki arab telah datang kepada Maulānā lalu berkata, “ Tuan telah dikurniakan dengan kefasihan lisan”.

Alhamdulillāh atas peluang berdamping dengan fadhilatus Syaikh Maulānā hafidzahullāh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini