Di perkampungan Temboro, Magetan ini terdapat sebuah Pondok Pesantren al-Fatah. Pondok Pesantren al-Fatah berdiri tahun 1950M dan dirikan oleh Kiyaī Mahmūd رحمه الله bersama dengan adiknya yang bernama Kiyaī Ahmad Shodīq رحمه الله. Jemaah dakwah pertama yang membuat usaha di sekitar Magetan ialah jemaah jalan kaki daripada Pakistan yang diketuai oleh seorang alīm bernama Maulānā Abdul Sobar رحمه الله . Markaz Dakwah Nizam ad-Dīn melalui Markaz dakwah Raiwīnd, Pakistan telah menghantar jemaah Jalan Kaki setahun untuk negara Indonesia. Route yang diputuskan oleh masyaikh Markaz Nizam ad-Dīn ialah Jakarta, dari Jakarta (Jawa Barat), jemaah ini dikehendaki membuat usaha sampai Banyuwangi (kawasan Jawa Timur). Mereka akan berjalan kaki dari Jakarta untuk pergi ke route seterusnya di Banyuwangi. Ketika dalam perjalanan ke Banyuwangi, Jemaah ini berhenti transit di Magetan. Lihat gambar - - - saya telah membuat sedikit kajian melalui bantuan Google Maps, jumlah jarak jemaah ini berjalan kaki dari Jakarta ke Banyuwangi adalah sejauh 1031 KM. Tempoh masa yang telah diambil adalah sebanyak 208 jam @ 8 hari untuk sampai ke Banyuwangi. Masyallah. Wallāhi ajib kerja dakwah iIallāh ini. :
Apabila mereka berada di Magetan, jemaah ini diberitahu bahawa ada seorang ulama terkenal di kawasan tersebut yang bernama Kiyaī Mahmūd رحمه الله yang telah mengusahakan sebuah pondok pesantren di perkampungan bernama Tomboro. Jemaah ini berhajat menziarahi Kiyaī Mahmūd رحمه الله , maka jemaah ini telah berjalan kaki menuju ke pondok pesantren beliau. Setelah tiba di pesantren Kiyai Mahmūd رحمه الله , telah kedengaran azan solat zohor, maka jemaah ini telah bersiap-sedia untuk menunaikan solat di masjid pondok pesantren tersebut. Kiyai Mahmūd رحمه الله sedang solat Zohor dimana Kiyaī Mahmūd sendiri menjadi Imām kepada solat berjemaah tersebut,jemaah ini kemudian turut bersolat bersama di belakang Kiyaī Mahmūd رحمه الله .
Kemudian,setelah tamat solat Zohor, Kiyaī Mahmūd رحمه الله yang juga merupakan mursyīd Tarīqat Naqshabandīyah al Kholidīyah di Indonesia,merasakan sesuatu yg luar biasa dari makmumnya ketika sebelum bersolat tadi,(dirasakan satu rohaniat yang luar biasa dari arah makmumnya). Kemudian kiyaī Mahmūd رحمه الله memanggil pelajarnya dan bertanya siapakah lagi yang menjadi makmum kepadanya tadi, kemudian pelajar beliau menjawab bahawa yang menjadi makmum kepada kiyaī Mahmūd رحمه الله tadi ialah satu jemaah dakwah dari Pakistan yang datang singgah di pondok pesantren mereka.
Kiyaī Mahmūd رحمه الله begitu teruja dengan perkhabaran ini, lantas bersilaturrahim dengan dengan mereka, kemudian jemaah ini dijadikan tetamu di pondok pesantren Kiyaī Mahmūd رحمه الله. Setelah lama berbicara, Kiyaī Mahmūd رحمه الله pun bertanya apakah amalan kamu (Jemaah dakwah) sehingga saya merasakan sesuatu yg luar biasa ketika saya ingin mendirikan solat Zohor tadi. (sebenarnya perkara ini merupakan perkara biasa yang mana kepada ahli zikir dapat merasai rohaniat orang lain).
Kemudian,jemaah ini memberitahu mungkin ini merupakan asbab amalan dakwah. Jemaah tersebut juga memberitahu bahawa mereka mempunyai maksud besar di mana mereka (Jemaah dakwah) ini diutuskan oleh Hadrat Jī Maulana Inam al-Hasan al-Kāndhalawī رحمه الله supaya datang ke Indonesia untuk mengajak orang Islam di Indonesia melibatkan diri dalam usaha dakwah. Kiyaī Mahmūd رحمه الله menyambut ajakan jemaah ini dan bermula pada hari itu dan kemudiannya diteruskan oleh guru saya Kiyaī Uzairon رحمه الله , pondok Pesantren al-Fatah, Tomboro berkembang menjadi salah satu daripada pusat kegiatan Dakwah & Tabligh yang mengeluarkan para alim ulama dan jemaah dakwah untuk dihantar seluruh dunia. Semoga Allāh Ta’ala meninggikan darajat mereka, Allāhumma Amīn.
P/s : Jika hendak tahu bagaimana kisah Kiyaī Mahmūd رحمه الله datang ke Markaz Dakwah Nizam ad-Dīn, Delhi. Boleh baca di sini https://wirapendang.blogspot.com/2017/03/kisah-dari-kh-uzairon-thoifur-abdillah.html
Rujukan
[1]. Sejarah Masuk dan Perkembangan Jemaah Tablīgh di Tomboro, Magetan, Hlm 41-44.
[2]. Sumber lisan daripada guru saya Kiyaī Uzairon رحمه الله sendiri.
[1]. Sejarah Masuk dan Perkembangan Jemaah Tablīgh di Tomboro, Magetan, Hlm 41-44.
[2]. Sumber lisan daripada guru saya Kiyaī Uzairon رحمه الله sendiri.