Dulu di awal-awal penubuhan Dār al-‘Ulūm, Deoband dulu, anak-anak masyarakat Hindu akan mempelajari ilmu kesusasteraan Parsi, Matematik
dan sebagainya di Dār al-‘Ulūm, Deoband, Tetapi selepas penjajah British mulai melaksanakan sistem sijil kelayakan bagi sesiapa yang ingin bekerja dengan
kerajaan, maka masyarakat tempatan yang ingin bekerja dengan kerajaan ini perlu mempunyai sijil kelayakan dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh
penjajah British. Maka disebabkan itu, ramailah anak
masyarakat Hindu yang telah berhijrah ke instutusi pengajian yang diiktiraf oleh penjajah British
dan tidak kurang juga yang bertindak sedemikian ialah anak-anak masyarakat orang Islām. Walau bagaimanapun masyarakat Hindu masih lagi membantu dari segi perkembangan Dār al-Ulūm, Deoband walaupun mereka tidak lagi
menghantar anak-anak mereka ke institusi pengajian tersebut.
Di Lucknow ada sebuah syarikat pencetakan Nawal Kishore Press yang telah menyediakan perkhidmatan cetakan untuk kegunaan Dār al-‘Ulūm, Deoband, walaupun pemilik syarikat pencetakan
tersebut beragama Hindu, namun menurut Maulānā Sayyid Mahbub Rizwī sejak dari awal
penubuhan Dār al-‘Ulūm, Deoband iaitu sekitar tahun 1867M
sehingga sekarang iaitu sekitar tahun 1980M, syarikat percetakan tersebut masih
lagi kekal membantu menyediakan cetakan kepada Dār al-‘Ulūm, Deoband.
Pada tahun 1881M telah menyaksikan seorang staf bernama Dr. G.W Lieter dari Universiti Punjab telah menderma lebih 2 dozen buku yang mengandungi pelbagai jenis disiplin ilmu kepada perpustakaan Dār al-‘Ulūm, Deoband.
Rujukan
Sayyid Mahbood al-Rizvī, History of The Dar al-Ulum Deoband, terjemahan daripada Urdu oleh Murtaz Husain F. Quraishi, Deoband : Idara-E Ihtemam, 1980, jilid 1, hlm 150-151.