Tulisan ini merupakan sambungan daripada tulisan sebelum ini yang telah saya tulis pada pautan tersebut http://wirapendang.blogspot.com/2015/01/tokoh-tokoh-ulama-kelahiran-darul-uloom.html . Bahagian ini merupakan bahagian akhir di mana secara keseluruhannya diambil dari buku yang dihasilkan oleh Syeikhul Islam Mufti Muhammad Taqi Uthmani حفظه الله iaitu Akabir Deoband Kya Thay.
As-Syahid Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى Antara murid Muhaddith terkenal iaitu Maulana Sayyid Muhammad Yusuf Banuri رحمه الله تعالى. Sangat kuat memperjuangan aqidah umat Islam dari fahaman-fahaman sesat seperti Qadiani, Syiah dan lain-lain.
21. Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه الله تعالى.
Maulana Yusuf Ludhyanwi رحمه
الله تعالى. adalah khalifah kepada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى.. Pada tahun 1974 M, beliau telah dilantik
sebagai Ketua Majlis-i-Tahaffuz-i-Khatm-i Nubuwwat (sebuah organisasi yang telah
dikhususkan untuk mempertahankan Penutup Kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم). Beliau telah menjadi mangsa pembunuhan
pada tahun 2000.
22. Maulana
Murtaza Hasan Chandpuri رحمه الله تعالى.
Maulana Murtaza Hasan Chandpuri رحمه الله تعالى adalah merupakan Mujaz-i Suhbat atau
pengikut yang senantiasa berdamping dengan Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali
Thanwi رحمه الله تعالى.. Beliau
menamatkan pendidikannya di Darul Uloom Deoband. Beliau juga dikenali sebagai
seorang pendebat yang hebat dan telah menulis sejumlah besar kitab-kitab dalam
pelbagai disiplin ilmu. Beliau meninggal dunia pada tahun 1371 H / 1951 M dan
ketika beliau meninggal dunia, beliau telah meninggalkan lebih 8000 koleksi
manuskrip di perpustakaan peribadinya di mana beliau telah mendermakan kesemua
8000 koleksi manuskrip milik beliau ke Darul Uloom Deoband.
23. Maulana
Muhammad Ashraf Khan رحمه الله تعالى.
Maulana Muhammad Ashraf Khan رحمه
الله تعالى adalah merupakan Pengerusi Jabatan Arab di Peshawar
Universiti, Pakistan. Beliau merupakan khalifah kepada Maulana Sayyid Sulaiman
Nadwi. Beliau juga telah menghasilkan sebuah kitab yang diberikan nama sebagai
Suluk-i-Sulaymani yang telah diterbitkan sebanyak 3 jilid. Maulana Muhammad
Ashraf Khan رحمه الله تعالى. juga
seorang yang aktif dalam kerja-kerja Jemaah Tabligh ketika zaman Maulana
Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله تعالى dan
Maulana Muhammad Inam Ul Hasan Kandhalawi رحمه الله تعالى.
Buku Sawanih Maulana Sayyid Asghar Husain رحمه الله تعالى lengkap dalam menceritakan riwayat hidup beliau.
25. Maulana
Sayyid Asghar Husain رحمه الله تعالى.
Maulana Sayyid Asghar Husain رحمه
الله تعالى adalah seorang guru yang mengajar Sunan Abu Daud di Darul
Uloom Deoband. Beliau merupakan lepasan dari institusi pengajian yang sama yang
telah menamatkan pengajiannya pada tahun 1320 H /1902 M, selepas belajar
dibawah ulama hebat seperti Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى, Mufti Aziz Ar-Rahman Uthmani رحمه الله تعالى , Maulana Hafiz Muhammad Ahmad Qasmi رحمه الله تعالى dan Maulana Habib Ar-Rahman Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau juga merupakan khalifah kepada
Miyanji Munna Shah رحمه الله تعالى dan Haji
Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1364 H / 1944 M.
25. Maulana
Zaki Kayfi رحمه الله تعالى.
Maulana Zaki Kayfi adalah seorang penerbit, usahawan
yang berjaya, penyair dan aktivitis politik. Beliau merupakan khalifah kepada
Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله
تعالى. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1395 H / 1975 M.
26. Mufti
Azizur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan abang kepada Maulana Shabbir Ahmad
Uthmani dan Maulana Habibur Rahman Uthmani رحمه الله
تعالى. Beliau telah belajar dibawah bimbingan Maulana Muhammad Qasim
Nanotwi رحمه الله تعالى dan Maulana
Muhammad Yaqub Nanotwi رحمه الله تعالى. Beliau
telah dilantik oleh Maulana Rashid Gangohi رحمه الله
تعالى menjadi Ketua Mufti pertama di Darul Uloom Deoband. Fatwa
beliau telah diterbitkan lebih daripada 10 jilid. Beliau juga merupakan
pengikut kepada Mohtamim kedua Darul Uloom Deoband iaitu Maulana Shah Rafiud
Din رحمه الله تعالى yang
merupakan pengikut Naqshabandi. Antara murid beliau ialah Maulana Idris
Kandhalawi رحمه الله تعالى, Maulana
Manazir Ahsan Gilani رحمه الله تعالى dan Maulana
Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى . Beliau
meninggal dunia pada tahun 1347 H / 1928 M.
27. Maulana
Fadl Ul Rahman Ganj Muradabadi رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan Syaikh kepada pengikut tariqat
Naqshandi . Beliau mempelajari hadith dibawah bimbingan Shah Abdul Aziz
Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى . Hakimul
Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله
تعالى juga mengambil manfaat nasihat dan tunjuk ajar daripada beliau.
Beliau meningga dunia pada tahun 1334 H / .
28. Maulana
Habibur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan Mohtamim keenam di dalam sejarah
Darul Uloom Deoband. Sebelum itu, beliau merupakan timbalan kepada Maulana
Hafiz Muhammad Ahmad Qasmi رحمه الله تعالى. Beliau
dikenali sebagai seorang yang dapat membezakan antara cara pengurusan ketika
berada di saat-saat getir. Beliau juga merupakan murid kepada Syeikhul Hind
Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Antara murid beliau termasuklah Maulana
Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى dan Maulana
Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى. Beliau
juga merupakan khalifah kepada Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. Pada tahun 1348 H/ 1929 M , beliau telah
meninggal dunia.
Salah satu dari karya milik Maulana I'zaz Ali Amrohi رحمه الله تعالى iaitu Nafhatul 'Arab. Kitab ini merupakan satu kitab yang begitu unik kerana mengandungi nota-nota seperti ta'liqat pengarang kitab sendiri. Pengarang kitab ini cuba menerangkan istilah-istilah yang digunakan untuk mendidik para pelajar mengenai adab dan nilai-nilai murni yang mendorong mereka mencontohi generasi Salaf. Pengarang kitab juga menceritakan setiap biografi milik tokoh-tokoh di dalam kitab ini.
29. Maulana I’zaz Ali Amrohi رحمه الله تعالى.
Dikenali sebagai Syeikhul Adab ketika mengajar di
Darul Uloom Deoband. Beliau merupakan murid kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud
Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Selepas
Mufti Aziz Ur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى meninggal
dunia, beliau telah dilantik menjadi Ketua Mufti di Darul Uloom Deoband. Beliau
juga menerima ijazah tariqat daripada Maulana Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى dan kemudiannya dilantik menjadi khalifah
tariqat kepada Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه
الله تعالى. Antara murid-muridnya ialah Maulana Qari Muhammad Tayyib رحمه الله تعالى, Maulana Hifz Ar-Rahman Siyuharwi رحمه الله تعالى dan Maulana Manzur Nu’mani رحمه الله تعالى. Beliau telah meninggal dunia pada tahun
1374 H/ 1954 M setelah berkhidmat selama lebih 50 tahun di Darul Uloom Deoband.
Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى ketika menghadiri pengkebumian pemimpin kemerdekaan Pakistan iaitu Muhammad Ali Jinnah رحمه الله تعالى.
30. Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى.
Beliau telah diberikan gelaran
sebagai Syeikhul Islam , seorang ketua pelajar ketika belajar dengan Syeikhul
Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله
تعالى. Seorang tokoh aktivis politik sebelum dan selepas kemerdekaan
India. Maulana Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله
تعالى juga seorang yang berjasa besar kepada dunia Islam kerana telah
berjaya mempertahankan warisan Islam setelah memberikan penerangan panjang
lebar di hadapan Sultan Ibnu Sa’ud (pemerintah Arab Saudi pada ketika itu).
Beliau telah mengajar hadith dan tafsir di Jami’ah Islamiyyah Dhabbel, Gujerat
bersama-sama dengan Maulana Muhammad Anwar Shah Kashmiri رحمه الله تعالى. Sepanjang beliau tinggal di sana, beliau
telah menyelesaikan penulisan tafsir Al-quran (Tafsir Uthmani ) dan menulis
separuh syarah Sahih Muslim (Fathul Mulhim)
(kemudiannya telah dilengkapkan
oleh Mufti Muhammad Taqi Uthmani رحمه الله
تعالى yang diberi nama Takmilah Fathul Mulhim). Beliau juga pernah
dilantik menjadi Sadr Mohtamim atau Ketua Mudir di Darul Uloom Deoband. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1369 H / 1949 M.
Salah satu lorong yang biasa menjadi laluan Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى berulang alik dari Nanota ke Deoband.
31. Maulana
Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى.
Beliau digelar sebagai Al-Hujjatul Al-Islam adalah
pengasas kepada institusi pengajian terulung di benua Hindustan iaitu Darul
Uloom Deoband yang diasaskan pada tahun 1867 M. Seorang pemikir Islam dan
dikenali sebagai seorang yang pakar tentang Ilmu Kalam. Beliau merupakan
khalifah kepada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله
تعالى. Murid utama beliau ialah Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan
Ad-Deobandi رحمه الله تعالى yang boleh
diklasifikasikan sebagai seorang yang berjaya di dalam akademik dan pemikiran
politik. Beliau meninggal dunia pada tahun 1297 H / 1880 M ketika berumur 49
tahun.
Gambar Maulana Syed Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى diabadikan di dalam setem negara India bagi mengenang jasa beliau dalam memperjuangankan kemerdekaan negara India.
32. Maulana
Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى.
Dikenali sebagai Syeikhul Islam . Merupakan murid
kesayangan kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالىdan dikenali sebagai seorang guru hadith yang hebat
pernah dilahirkan oleh Darul Uloom Deoband. Apabila beliau berpindah ke
Madinah, beliau telah mempelajari hadith di bawah bimbingan Maulana Khalil
Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى , Syaikh Hasbi Allah As-Syaf’i al-Maliki رحمه الله تعالى, dan Shaikh Ahmad Barzanji رحمه الله تعالى. Selepas itu, beliau telah diberikan
peluang mengajar di Masjid Nabawi selama belasan tahun. Kemudian, setelah
kembali ke India, beliau mengajar di Calcutta dan Sylhet sebelum dilantik
menjadi Sadr Mudaris (Guru Besar) kelima Darul Uloom Deoband. Sebagai seorang
yang berkhidmat sebagai ketua Jamiat Ulama Hind, beliau memainkan peranan
penting dalam menerajui kemerdekaan India dengan bekerjasama dengan Parti
Kongres (Congress Party). Beliau juga merupakan khalifah tua kepada Maulana
Rashid Ahmad Gangohi رحمه الله تعالى. Ada di
antara murid dan khalifahnya masih lagi hidup, Antara murid-murid beliau yang
tinggal di Britian ialah Maulana Ya’qub Kawi Qasmi رحمه
الله تعالى dan Maulana Muhammad Batha رحمه الله
تعالى. Murid beliau di Pakistan yang masih hidup ialah Maulana
Salemullah Khan رحمه الله تعالى. Murid
beliau di Malaysia yang masih hidup ialah Tg Nik Abdul Aziz Nik Mat حفظه الله. (Tambah penterjemahan). Maulana Sayyid
Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى meninggal
pada tahun 1957 M dan dikebumikan di Perkuburan Qasmi di Darul Uloom Deoband.
33. Maulana
Muhammad Ya’qub Nanotwi رحمه الله تعالى.
Beliau dikenali sebagai Ustaz Al-Kul (Guru kepada
semua guru) dan dilantik menjadi Sadr Mudarris ( Guru Besar) di Darul Uloom
Deoband dan boleh dikatakan sebagai salah seorang daripada 6 orang pengasas
institusi pengajian ini. Beliau yang menamatkan pembelajaran dibawah bimbingan
ayahnya iaitu Maulana Mamluk Ali Nanotwi رحمه الله
تعالى dan menamatkan pengajian hadith dibawah bimbingan Shah Abdul
Ghani Mujaddidi رحمه الله تعالى. Antara
murid-muridnya termasuklah Maulana Ahsan Amrohawi رحمه
الله تعالى,Mufti Azizur Rahman Rahman Uthmani رحمه
الله تعالى, Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى, Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى, Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri رحمه الله تعالى, Maulana Hafiz Muhammad Ahmad رحمه الله تعالى, Maulana Habib Ar-Rahman Uthmani رحمه الله تعالى, . Di dalam jalan kerohanian, beliau
merupakan khalifah kepada Haji Imdad Ullah Muhajir Makki رحمه الله تعالى. Pengajaran dan nasihat beliau boleh
didapati di dalam pengajaran dan nasihat Hakimul Ummah Maulana Ashraf Ali
Thanwi رحمه الله تعالى. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1302 H / 1884 M.
34. Maulana
Abdul Latif Saharanpuri رحمه الله تعالى.
Maulana Abdul Latif Saharanpuri رحمه الله تعالى adalah bekas Nazim A’la (Ketua Pentadbir)
Mazahirul Uloom, Saharanpur. Beliau dilantik memegang jawatan tersebut pada
tahun 1344 M / 1925 M. Beliau mempelajari ilmu hadith dibawah bimbingan Maulana
Khalil Ahmad Saharanpuri dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1322 H / 1904
M. Beliau telah menghabiskan masa hidup di dalam bidang pengajaran di institusi
pengajian Mazahirul Uloom , Saharanpur. Antara murid-murid beliau ialah Maulana
Zafar Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى , Maulana
Idris Kandhalawi رحمه الله تعالى, Maulana
Badr Alam Mirathi رحمه الله تعالى, Maulana
Abdur Rahman Kamilpuri رحمه الله تعالى, Maulana
As’ad Allah Saharanpuri رحمه الله تعالى, Maulana
Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى dan Maulana
Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله تعالى. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1373 H / 1953 M.
Maulana Muhammad Manzur Nu'mani ~ adalah seorang pemikir, pendebat dan penulis yang hebat pernah dilahirkan dari bumi Hindustan.
Maulana Muhammad Manzur Nu’mani رحمه الله تعالى dikenali sebagai seorang pemikir Islam dan
telah mengambil bahagian dalam pelbagai organisasi kerja-kerja Islam seperti
Jemaah Tabligh. Beliau merupakan khalifah kepada Maulana Abdul Qadir Raipuri رحمه الله تعالى dan telah mempelajari ilmu kepentingan
tasawuf daripadanya. Beliau telah menghasilkan syarah kepada ilmu hadith yang
dikenali sebagai Ma’ariful Hadith . Beliau meninggal dunia pada tahun 1417 H /
1996 M.
36. Maulana Muzaffar Husain Kandhalawi رحمه الله تعالى.
Beliau
ialah merupakan murid kepada Shah Abdul Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى yang turut mempelajari ilmu hadith
daripadanya. Beliau juga merupakan khalifah di dalam Tariqat Naqshabandiah
kepada Shah Muhammad Ya’qub Dehlawi رحمه الله
تعالى. Beliaulah yang telah mempengaruhi dan membentuk pemikiran
Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله
تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1238 H / 1866 M.
37. Shah Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى .
Shah
Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى atau
nama sebenarnya ialah Shah Ishaq Bin Muhammad Afdal Dehlawi رحمه الله تعالى adalah murid utama kepada Shah Abdul Aziz
Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى . Antara
murid-murid beliau Maulana Muzaffar Husain Kandhalawi رحمه
الله تعالى, Shah Abdul Ghani رحمه الله
تعالى, Nawab Qutb Ad-Din Khan رحمه الله
تعالى, Shah Abdur Rahman Panipati رحمه الله
تعالى dan Maulana Abdul Qayyum Burhanawi رحمه
الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun 1262 H / 1846 M.
38. Shah Abdul Ghani Mujaddidi رحمه الله تعالى.
Shah
Abdul Ghani Mujaddidi رحمه الله تعالى mempunyai
perkaitan dengan Mujaddid Alf-Thani Imam Ahmad Sirhindi. Beliau merupakan guru
hadith utama kepada pengasas Darul Uloom Deoband. Beliau juga seorang syaikh di
dalam Tariqat Naqshabandiah dan antara khalifahnya ialah Maulana Shah Rafi’
Ad-Din رحمه الله تعالى . Beliau
meninggal dunia pada tahun 1296 H / 1875 M.
39. Maulana
Rafi Ad-Din رحمه الله تعالى.
Beliau
ialah bekas Mohtamim kedua di dalam sejarah penubuhan Darul Uloom Deoband.
Beliau dilantik bagi membantu Maulana Muhammad Qasim Nanotwi رحمه الله تعالى di dalam urusan perjalanan
pentadbiran Darul Uloom Deoband. Perlantikan beliau disifatkan oleh
Maulana Muhammad Qasim Nanotwi sebagai pilihan dari Allah رحمه الله تعالى. Beliau merupakan khalifah kepada
Shah Abdul Ghani Mujaddidi رحمه الله
تعالى dan antara khalifah beliau ialah
Ketua Mufti pertama Darul Uloom Deoband iaitu Mufti Azizur Rahman Uthmani رحمه الله تعالى. Beliau meninggal dunia pada tahun
1308 H / 1890 M dan dikebumikan di perkuburan Baqi’, Madinah Al-Munawarah.
Mufti Kifayat Ullah Dehlawi رحمه الله تعالى adalah seorang Mufti yang hebat . Fatwa-fatwa beliau pernah dijilidkan sehingga mendapatkan pujian dari ulamak tanah arab.
40. Mufti
Kifayat Ullah Dehlawi رحمه الله تعالى.
Beliau adalah
salah seorang murid kepada Syeikhul Hind Maulana Mahmud Hasan Ad-Deobandi رحمه الله تعالى. Beliau juga terlibat di dalam kerja-kerja
politik dan turut bekerjasama dengan Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى.
Beliau merupakan ketua Jamiat Ulama Hind pertama. Seorang yang sangat mahir
di dalam bidang fiqh dan dikenali sebagai Mufti A’zam (Mufti Terulung) di dalam
sejarah Negara India. Fatwa-fatwa beliau telah diterbitkan berjilid-jilid dan
dinamakan sebagai Kifayat Mufti. Antara kitab karangan beliau ialah Ta’lim
Islam di mana telah diajar di institusi-institusi pengajian Islam. Beliau
meninggal dunia pada tahun 1372 H / 1952 M.
42.Haji Amir
Shah Khan رحمه الله تعالى.
Beliau ialah
khadim khusus kepada Maulana Muhammad Nanotwi رحمه الله
تعالى. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang mahir dengan Ilmu
Kalam di mana Maulana Muhammad Qasim Nanotwi sendiri merupakan pakarnya. Beliau
sendiri telah dijadikan rujukan di dalam Ilmu Kalam oleh Maulana Muhammad Anwar
Shah Kashmiri رحمه الله تعالى dan Maulana
Shabbir Ahmad Uthmani رحمه الله تعالى.
43. Maulana
Fadl Rasul Badayuni رحمه الله تعالى.
Beliau ialah
tokoh ulama India pada kurun ke 13 . Beliau berkelulusan dari Lucknow
dan mempelajari ilmu hadith di semenanjung arab dan Baghdad. Beliau telah
menulis pelbagai jenis kitab dan selalu mengambil bahagian dalam majlis
munazarah ilmiah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1289 H / 1872 M.
44. Shah
Ismail Bin Abdul Ghani Dehlawi رحمه الله
تعالى
Beliau
ialah ketua pelajar ketika belajar
dibawah bimbingan Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى. Beliau juga dikenali sebagai
Hujjatul Islam. Beliau menulis kitab untuk membahaskan kepentingan Tauhid
dan kepentingan berpegang kepada aqidah yang jelas dan lain-lain lagi di
dalam permasalahan ibadah. Beliau merupakan pengikut kepada kumpulan Sufi
yang dipimpin oleh Syaikh Sayyid Ahmad Syahid رحمه
الله تعالى. Pada tahun 1246 H /1830 M , ketika
pertempuran di Balakot, beliau telah terbunuh.