Pada petang 17 September 2014, saya mendapat satu kiriman whatsapp dari seorang sahabat saya yang berada di Markaz Masjid Banglawali, Nizamuddin, Delhi,India yang memberitahu saya bahawa seorang buzruq (orang lama) dalam Dakwah/Tabligh di India telah pergi menemui Allah سبحانه وتعالى . Buzruq (orang lama) yang dimaksudkan ialah Syeikh Miyanji Abdur Rahman رحمه الله تعالى . Beliau meninggal dunia ketika berumur 95 tahun.
Kematian beliau merupakan kehilangan besar kepada umat Islam di India dan juga merupakan kehilangan besar kepada pergerakan Dakwah/Tabligh apatah lagi seorang masyaikh dalam pergerakan Dakwah/Tabligh iaitu Maulana Zubair Ul Hasan Kandhalawi رحمه الله تعالى baru sahaja meninggal dunia kira-kira 6 bulan lepas. Baca kisah kematian Maulana Zubair Ul Hasan Kandhalawi رحمه الله تعالى di sini.
Sebelum kewafatannya, khadim khas beliau (Hafiz Alimuddin حفظه الله) ada menceritakan beberapa kisah mengenai beliau kepada sahabat saya, antaranya ialah : [1]
1. Hafiz Alimuddin حفظه الله
Hafiz Alimuddin حفظه الله memberitahu saya bahawa keadaannya tidak baik sejak beberapa hari yang lepas, tetapi keuzuran beliau meningkatkan sedikit sejak dua hari yang lepas. Kemudian pada malam ke-17, beliau tidak sedarkan diri, namun bibirnya masih lagi kelihatan bergerak seperti biasa dalam keadaan berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى . Kemudian Allah سبحانه وتعالى mengambil nyawa beliau pada jam 10:30 malam (waktu India) إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ .
Menurut Hafiz Alimuddin حفظه الله muka beliau seperti keadaan orang yang berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى .Pada pukul 3 petang (waktu India) jenazah beliau telah disolatkan oleh Maulana Yaakub Saharanpuri حفظه الله (iaitu masyaikh utama di Markaz Banglawali Masjid.
Siapakah Syeikh Miyanji Abdur Rahman رحمه الله تعالى
Beliau berasal dari perkampungan Mewat,berumur 95 tahun. Beliau telah diberikan kebenaran untuk berkhidmat di Markaz Banglawali Masjid sejak dari zaman Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi رحمه الله تعالى lagi di mana beliau turut berbi'at ditangan Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi رحمه الله تعالى sendiri. Kemudian beliau berbi'at pula kepada Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi رحمه الله تعالى dan kemudian berbi'at kepada Maulana Muhammad Inam Ul Hasan Kandhalawi رحمه الله تعالى. Beliau kemudiannya mula menerima bi'at daripada pelbagai ulamak sehingga jumlahnya mencapai 27 orang masyaikh. Antara daripada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى, Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله تعالى, Maulana Ahmad Ali Lahori رحمه الله تعالى dan Maulana Ahamd Partapgarhi رحمه الله تعالى. Syeikh Miyanji Abdur Rahman رحمه الله تعالى telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan (Jemaah Tasykil) urusan pengurusan dan penghantaran jemaah dakwah ke seluruh India. Sesiapa yang mengenali beliau akan terasa seolah-olah peta negara India berada otaknya kerana beliau mengetahui selok-belok ehwal keadaan sesuatu tempat di India.
Alhamdulillah, walaupun hanya beberapa kali saya mengunjungi markaz Banglawali masjid sepanjang hayat saya ini, tetapi antara pengalaman saya ialah saya sempat duduk dalam majlis beliau.
Syeikh Miyanji Abdur Rahman رحمه الله تعالى sangat kurang bercakap, tetapi beliau sangat dihormati oleh para masyaikh lain di Markaz Banglawali Masjid. Khabarnya sejak beberapa bulan lepas, kesihatan beliau sedikit merosot disebab keuzuran kerana usia beliau.
Beliau secara lazimnya akan memberikan rawangi ki adab (adab perjalanan) di Markaz Banglawali Masjid kepada jemaah-jemaah yang akan khuruj di sekitar India. Beliau juga akan memberikan bayan/syarahan beliau selepas ta'lim zuhur. Kebiasaannya beliau akan datang ke tempat jemaah luar negara. Beliau sangat sedikit bercakap. Kebiasaanya beliau bercakap dengan menekan kepentingan dakwah, amalan rohani kepada jemaah. Beliau juga akan memberikan amalan beliau kepada jemaah di mana beliau berkata bahawa amalan ini beliau mengambilnya daripada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi رحمه الله تعالى. [2]
Pengamatan saya
Daripada pengamatan saya, saya melihat bahawa sejak kebelakangan ini, banyak para masyaikh yang telah pergi meniggalkan kita semua. Pemergian mereka merupakan satu kehilangan yang besar buat umat. Mereka sangat penting buat kita. Mereka merupakan kekuatan rohani kita. Mereka merupakan sumber inspirasi kita dalam melakukan kebaikan. Kehilangan mereka tidak mampu ditampung sampai ke hari kiamat.
Dari Sayyidina Abu Darda رضي الله عنه berkata aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. bersabda: Kematian seorang ulamak adalah merupakan satu musibah (bencana bagi umat), ia tidak dapat diganti dan boleh memecahbelahkan umat (selisih pendapat dalam berbagai macam amalan) yang susah untuk diluruskan dan ia adalah bagai bintang yang dihapuskan cahayanya. [3]
Saya juga mempelajari satu doa daripada guru saya supaya selalu melazimi mendoakan keafiatan para ulamak agar para ulamak ini dapat lagi memimpin kita ke arah kebaikan ataupun setidak-tidaknya agar Allah سبحانه وتعالى mengantikan ulamak yang benar yang mampu memimpin umat ke arah kebaikan yang diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى.
Semoga Allah سبحانه وتعالى mengantikan ulamak seperti mana dalam doa di atas.
Apabila saya berada di Markaz Banglawali masjid, saya telah berkesempatan menziarahi beliau di bilik beliau. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى. Sewaktu bercakap dengan saya, mulut beliau masih lagi terkumat-kamit berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى. Sebelum pulang ke Malaysia, saya sempat meminta beliau untuk mendoakan saya al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala ini, kami berpelukan dan saya sempat mengucup dahi beliau.
Nota Kaki
__________________
1. Kisah ini diceritakan oleh khadim khas beliau kepada sahabat saya, lalu sahabat saya menceritakan kepada saya.
2. Hal ini berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya.
3. Hadith Riwayat Imam Baihaqi juga dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, Bab Ilmu dan Zikir, ms 306,keluaran Maktabah Ilmiah Musp 2014.

Binaan asal sebuah masjid di kawasan Mewat. Di masjid inilah, pengeluaran jemaah 3 hari pertama yang dilakukan oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi رحمه الله تعالى. Dalam jemaah tersebut ada Syeikh Miyanji Abdur Rahman رحمه الله تعالى.
Pengamatan saya
Daripada pengamatan saya, saya melihat bahawa sejak kebelakangan ini, banyak para masyaikh yang telah pergi meniggalkan kita semua. Pemergian mereka merupakan satu kehilangan yang besar buat umat. Mereka sangat penting buat kita. Mereka merupakan kekuatan rohani kita. Mereka merupakan sumber inspirasi kita dalam melakukan kebaikan. Kehilangan mereka tidak mampu ditampung sampai ke hari kiamat.
Dari Sayyidina Abu Darda رضي الله عنه berkata aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. bersabda: Kematian seorang ulamak adalah merupakan satu musibah (bencana bagi umat), ia tidak dapat diganti dan boleh memecahbelahkan umat (selisih pendapat dalam berbagai macam amalan) yang susah untuk diluruskan dan ia adalah bagai bintang yang dihapuskan cahayanya. [3]
Saya juga mempelajari satu doa daripada guru saya supaya selalu melazimi mendoakan keafiatan para ulamak agar para ulamak ini dapat lagi memimpin kita ke arah kebaikan ataupun setidak-tidaknya agar Allah سبحانه وتعالى mengantikan ulamak yang benar yang mampu memimpin umat ke arah kebaikan yang diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى.
"oh Allah ummat ko hadhrath ka nemul Badal ataa farmaa".
Yaa Allah, berkatilah umat ini dengan penggantian ulamak.