Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه . Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.
Syeikhul Hadith wal Tafsir Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه sememangnya seorang ulama Islam yang terkemuka yang pernah dilahirkan oleh negara Pakistan. Beliau dilahirkan pada tahun 1935 M. Beliau menjadi yatim setelah ayahnya meninggal dunia ketika berumur 5 tahun. Ibunya, seorang wanita yang solehah dan mulia, menyediakan anak kecil ini untuk belajar, mengajar dan menyebarkan agama Islam mengikut kehendak bapanya Maulana Sher Mohammad رحمة الله عليه. Beliau bersafar ke beberapa tempat untuk mempelajari ilmu agama, antaranya ialah di daerah Quetta, Akora Khattak dan Multan. Rakan-rakan sepengajian beliau memberitahu bahawa sewaktu belajar, beliau tidak pernah berehat atau tidur sebentar.
Karya-karya Ilmiah beliau
Beliau sememangnya dikenali di lapangan ilmu. Beliau mengarang beberapa kitab, jumlah kitab-kitab karangan beliau dalam pelbagai disiplin ilmu antaranya hadith,tafsir,fiqh dan sebagainya lagi. Antara kitab syarah hadith terkenal karangan beliau ialah Riyad al-Sunan iaitu syarah kepada Sunan Tirmizi sebanyak 40 jilid. Dalam bidang tafsir pulak, beliau mengarang syarah kepada Tafsir Baidawi sebanyak 55 jilid.
1. Antara kitab beliau yang lain ialah Al-Qasidah al-Husna fi Asma al-Nabi al-‘Uzma ( Satu kitab yang menghimpunkan 500 Nabi صلی اللہ علیہ وسلم ).
2. Beliau juga telah mensyarahkan kalimah أما بعد " Amma ba'd" menjadi lebih 1.3 juta penjelasan. Boleh lihat dalam kitab karangan beliau iaitu Al-Najm as-Sa’d fi Mabahith Amma Ba’d.
3. Beliau juga telah mensyarahkan lebih daripada 190 keunggulan Sayyiduna Ibrahim عليه السلام dalam selawat Ibrahim. Boleh lihat dalam Fath al-‘Alim fi Halli Ishkali al-Tashbih al-‘Azim fi Hadith ‘Kama Sallayta ‘ala Ibrahim.
Beliau mengajar Hadith selama 46 tahun sepanjang hidupnya dan telah menghasilkan lebih daripada 10,000 ulama Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia terutamanya yang belajar di Jamia Ashrafia, Lahore,Pakistan. Antara pelajar beliau dari Malaysia ialah Maulana Hasnul Hizam Hamzah حفظه الله (khadim khas beliau), Maulana Hamzah حفظه الله dan Maulana Ismail Mat Deris حفظه الله . kesemua mereka adalah tenaga pengajar hadith di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan cawangannya.
Di akhir hayat beliau, beliau telah didapati mengidap penyakit hati yang teruk sehingga membawa kepada kematian beliau. Beliau menghempus nafas terakhir ketika menunggu untuk solat asar pada 19 Oktober 1998 pada usia 63 tahun. Berita kematian beliau tersebar dengan meluas diseluruh Pakistan. Beribu-ribu orang menghadiri solat jenazah beliau di Lahore dengan tangisan di mata mereka. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Mayani sahib, Lahore,Pakistan. Selepas beliau dikebumikan di perkuburan Mayani, telah keluar satu haruman wangi dari kubur beliau dan mewangikan seluruh perkuburan yang lain. Wangian ini berterusan selama lebih 7-8 bulan.
Beribu-ribu orang datang untuk menziarahi perkuburan beliau dan ramai para ulamak menyatakan bahawa haruman ini adalah datang dari syurga. Menurut sejarah Islam, para ulamak mengatakan bahawa Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه adalah orang ketiga dalam sejarah Islam di mana kubur mereka mengeluarkan haruman bau syurga. Beliau mewakafkan seluruh hidup beliau dalam pengajaran, penulisan, suluk dan sebagainya. Beliau diiktiraf sebagai seorang yang sangat alim dalam bidang hadith, tafsir, fiqh dan pelbagai lagi disiplin ilmu yang lain. Karya-karya beliau menunjukan bahawa kewibawaan beliau sebagai seorang yang sangat hebat bahkan telah diterjemahkan oleh pelbagai bahasa. Kebanyakan buku beliau dituliskan dalam bahasa Arab, Urdu dan Farsi. Karya-karya beliau juga mendapat perhatian yang besar dari pelbagai ulamak.
Guru saya pernah menceritakan bahawa sekali :
" Apabila buku beliau dibawa kehadapan beberapa ulamak arab, maka para ulamak arab ini telah bertanya, adakah pengarang buku ini masih hidup ? dan adakah benar beliau seorang yang ajam? Para ulamak arab ini mengatakan bahawa kerja-kerja ilmiah milik beliau begitu mengagumkan kami khususnya dalam kesusasteraan arab. Kami merasakan bahawa sepatutnya beliau dilahirkan beberapa ratus tahun sebelum ini kerana kehebatan beliau".
Saat-saat kematian beliau
Menurut pandangan ulama, mereka tidak pernah mendengar lagi kisah kematian seseorang seperti ini di mana seseorang yang hendak meninggal dunia menasihati orang yang menziarahinya supaya membacakan Kalimah Syahadah bersama dengan beliau. Kebiasaanya orang-orang yang menziarahi orang sakit akan meminta orang sedang sakit itu untuk berbuat sedemikian. Tidak syak lagi, ini adalah salah satu daripada karomah beliau yang Allah سبحانه و تعالى zahirkan.
Kitab ini menunjukan betapa haibah beliau dalam menghasilkan karya-karya ilmiah dan mengambarkan betapa dalam dan luasnya ilmu beliau. Tidak perlu dikatakan, kedua-dua hasil kerja ini adalah usaha yang menakjubkan dan benar-benar menampak kehebatan beliau sebagai seorang yang faqih dalam pelbagai disiplin ilmu.
Kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah yang diterbitkan dalam versi Urdu. Dalam kitab ini juga ada diceritakan kisah karomah pengarang kitab dimana kubur beliau telah mengeluarkan haruman selama lapan bulan. Sila klik link ini untuk membaca kisah tersebut.
Kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah yang telah diterbitkan oleh Maulana Muhammad Razif Mazahiri حفظه الله dan telah disesuaikan untuk pembacaan pelbagai golongan. Insyallah, tidak lama lagi, majlis pelancaran kitab ini akan di buat. Insyallah. Dalam kitab tersebut telah dinyatakan bahawa untuk mendapat lebih keberkatan dalam pembacaan dan pengamalannya, kita telah diminta untuk memohon ijazah daripada waris pengarang iaitu anak beliau. Saya telah menulis e-mail kepada anak pengarang dan juga menelefon anak pengarang sendiri untuk memohon ijazah pengamalan kitab. Alhamdulillah, anak pengarang memberikan ijazah pengamalan kitab ini kepada saya melalui dua cara, satu melalui kiriman e-mail dan satu lagi melalui lisan.
Antara contoh kiriman email ijazah pengamalan yang diberikan kepada saya. Anak beliau boleh dihubungi melalui e-mail ini uzairbazi@hotmail.com / zuhairalbazi@gmail.com atau melalui panggilan 0092-300-4426440 / 0092-321-4044404.
Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه sendiri telah mendoakan kepada pembaca kitab Al-Barakat al-Makkiyah Fi ‘l-Salawat al-Nabawiyyah ini di dalam Masjidil Haram dengan diselubungi keberkatan Ka’bah. Antara doa beliau ialah :
Bagi penyimpan kitab ini, mereka yang menyimpan Kitab yang mulia ini di dalam rumahnya:
•Semoga mereka dipelihara daripada setiap kerisauan dan kebimbangan
•Ancaman musuh, pengacau dan orang fasiq
•Diselamatkan daripada banjir dan kebakaran
•Dijaga daripada rompakan dan kecurian seperti berada dalam kubu yang kuat lagi kukuh
•Diselubungi dengan Rahmat, keberkatan, ketinggian, kemuliaan, kebaikan, kesejahteraan dan ‘afiah
Update pada 31/1/2015
Saya berasa terpanggil untuk mengemaskini artikel mengenai Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه kerana ada beberapa perkara yang menarik yang dikongsikan oleh kedua-dua puteranya (Maulana Muhammad Zubair dan Maulana Muhammad Zuhair ) yang hadir ke Malaysia selama lebih kurang 2 minggu iaitu (15/1/2015-29/1/2015). Syukur pada Allah سبحانه و تعالى kerana saya berkesempatan berkhidmat sepanjang safar mereka keseluruh negara. Sepanjang safar kami, kedua-dua Maulana banyak berkongsi cerita mengenai kehidupan ayahanda mereka.
Majlis Jamuan perpisahan disebuah restoran sebelum kedua-dua Maulana ini berangkat pulang ke Lahore, Pakistan.
Antara karya-karya ilmiah milik Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi رحمة الله عليه yang dibawa untuk dijadikan hadiah kepada penanggungjawab agama di setiap negeri.
[1]. http://alqalamfoundation.org/biography.html
[2]. http://ulamadeoband.wordpress.com/2012/02/17/mawlana-musa-al-roohani-albazi/
[3]. Hasil perbualan saya dengan Maulana Mohammad Razif Mazahiri, Maulana Ismail Mat Deris dan Maulana Hasnul Hizam Hamzah.
[4]. Hasil muzakarah bersama dengan Maulana Muhammad Zubair dan Maulana Muhammad Zuhair .