Ikuti Blog Ini

Friday, May 30, 2014

Disebalik Jemputan Ke Majlis Asatizah Jamia Banuri Town

Jom datang beramai-ramai ke seminar bersama asatizah Jamia Banuri Town di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari ahad ini bertarikh 1Jun 2014.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah swt kerana telah memilih saya untuk terlibat secara khusus dalam satu majlis yang akan diserikan lagi dengan kehadiran para asatizah Jamia Banuri Town dari Karachi,Pakistan. Para asatizah ini dalam rangka jelajah mereka ke Malaysia seperti mana yang saya telah ulas pada artikel sebelum ini (klik untuk membaca). Sebelum ini saya pernah bercita-cita untuk merealisasikan satu impian iaitu mengadakan satu seminar ilmiah bertajuk " Sumbangan Ulamak Deoband terhadap dunia Islam" dengan saya mencadangkan panelisnya adalah seperti Maulana Hazim Mazahiri, Maulana Razif Mazahiri,Maulana Helmi,Maulana Johari Jerantut dan ramai lagi asatizah tempatan yang pernah mendapat pendidikan dan tarbiah dari bumi hind. Saya selalu berdoa kepada Allah swt supaya impian saya ini direalisasikan supaya faedahnya dapat dikongsi bersama dengan masyarakat.

Selepas mengadakan sesi perbincangan dengan asatizah yang dicadangkan untuk seminar ini. Kemudian seminar ini terpaksa ditunda kerana kekangan masa yang ada pada asatizah di atas. Namun begitu,saya tidak pernah berputus asa untuk mengadakan semula seminar ini kerana bagi saya masyarakat kita sangat kurang didedahkan dengan perkembangan dan maklumat mengenai ulamak-ulamak aliran Deoband ini. Walaupun mereka (ulamak-ulamak Deoband) ini telah memberikan sumbangan besar dalam masyarakat Islam tetapi amat sedikit masyarakat Islam kita yang menyedari akan perkara ini. Jadi satu usaha perlu dilakukan untuk menyedarkan masyarakat akan perkara ini. Para asatizah tempatan kita yang khirij dari madrasah-madrasah aliran Deoband sama ada dari India,Pakistan mahupun Bangladesh apabila kembalinya mereka ini ke tanah air ,antara impian mereka ialah mendirikan madrasah dimana setiap kurikulum madrasah mereka adalah berorientasikan corak pengajian yang mereka perolehi dari bumi hind.

Gagasan dan wawasan madrasah aliran Deoband di Malaysia kurang diberikan perhatian oleh masyarakat kita malah ada dalam kalangan masyarakat kita yang memandang sepi kewujudan madrasah-madrasah ini. Mereka seoalah-olah tidak percayakan sistem madrasah, bahkan ada yang bertindak menghantar anak-anak yang sudah tidak diterima dalam sistem akademik pengajian moden barulah mereka mengalihkan tumpuan kepada pengajian madrasah yang lebih menitip beratkan unsur-unsur didikan dan tarbiah. Pada fikiran saya,apa kurangnya pengajian di madrasah-madrasah ini, sedangkan guru-guru yang mengajar di madrasah ini adalah yang terbaik dan pernah berguru dengan beberapa ulamak-ulamak besar seperti Maulana Yunus Jaunpuri,Maulana Salemullah Khan, Mufti Nizamuddin Shamzai rah, Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi rah,Maulana Jamshed,Maulana Ehsanul Haq,Maulana Mufti Zar Wali Khan, Mufti Wali Hasan Tonki rah, Maulana Nasir Ahmad Khan rah, Maulana Mufti Saed Ahmad Palanpuri,Maulana Aqil,Maulana Mufti Taqi Uthmani,Maulana Riadhul Haq, Maulana Mufti Ebrahim Desai, Maulana Fazlur Rahman Azmi dan ramai lagi yang tidak mampu saya sebutkan di sini kerana kelemahan ingatan saya.

Walaupun mereka ini pulang ke tanah air dengan memperolehi ijazah sanad Bukhari dari ulamak-ulamak yang hebat ini dan berkeinginan untuk meneruskan faedah pengajaran yang mereka perolehi bersama dengan masyarakat kita semua dengan mengusahakan madrasah-madrasah supaya segala faedah dapat dimanfaatkan bersama.Jadi usaha mereka ini tidak mendapat sambutan masyarakat kerana masyarakat kurang mendapat pendedahan mengenai tahap-tahap pengajian di madrasah mereka.Antara faktor lain ialah masyarakat kita telah menganggap bahawa ilmu agama ini mestilah dari orang arab,mestilah dari negara arab.Ini adalah satu kefahaman tipikal yang terdapat dalam segelintir masyarakat kita sekarang yang perlu dihakis dan dibuang dari kamus hidup masyarakat kita. Sedangkan ilmu agama adalah daripada ulamak-ulamak tidak kira arab mahupun ajam. Inilah antara sebabnya yang senantiasa bermain difikiran saya dan saya berharap supaya dengan adanya seminar seperti ini ,akan lahir satu perubahan dalam masyarakat kita.

Alhamdulillah,berkat doa dan usaha dari kawan-kawan dan asatizah kita, Allah swt telah memberikan ilham kepada saya dan beberapa sahabat-sahabat lain untuk mengambil faedah daripada kedatangan asatizah dari Jamia Banuri Town ini. Dengan mengadakan sedikit perbincangan melalui bantuan yang dihulurkan oleh Maulana Ismail Tawau yang telah menjadi orang tengah dalam perbincangan dengan asatizah Jamia Banuri Town ini supaya menimbangkan satu cadangan dari pihak kami. Alhamdulillah, kami direzekikan oleh Allah swt apabila para asatizah ini bersetuju untuk mengadakan program bersama dengan kami. Pada mulanya kami hanya minta seorang sahaja tetapi Allah swt telah menghadiahkan kepada kami kegembiraan dengan keempat-empat asatizah bersetuju untuk turun berseminar bersama dengan kami. Kemudian kami mendapat tawaran dari Al-Fadhil Ust Gunawan Abd Aziz dari Majlis Ittihad Ummah (MIU) dan Pusat Institusi Tahfiz Al-Quran Kuala Lumpur (PINTA) supaya melaksanakan seminar ini di bawah platform (MIU dan PINTA)  dan mencadangkan seminar ini di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya (masjid besi) dan segala publisitinya diperluaskan lagi.Kini hebahan telah di buat sama ada di laman-laman sosial,di corong-corong radio dan di setiap masjid dan surau di kawasan tempatan masyarakat. Anggaran daripada pihak penganjur ialah kehadiran peserta lebih 500 orang. Insyallah lagi dua hari (ketika artikel ini dihasilkan) akan berlangsungnya majlis ini.Semoga Allah swt memberkati usaha kami yang sedikit dan dinikmati oleh ummah secara amnya.


Sedikit ringkasan antara perkara yang akan dibahaskan oleh para asatizah ini nanti ialah 

1.Para asatizah akan menyentuh mengenai sumbangan ulamak2 ( India@Pakistan) Deoband terhadap dunia Islam.
2.Akan menerangkan apakah pandangan ASWJ terhadap kedudukan para sahabat r.hum ajmain.
3.Pengalaman asatizah mendepani serangan SYIAH di Pakistan.
4.Pengalaman Asatizah dalam gagasan penubuhan madrasah2 mereka.
5.Aqidah Ulama-ulamak Deoband adalah aqidah ASWJ.
6.Pentingnya berpegang kepada aqidah ASWJ.
7.Pentingnya kehidupan bermazhab.
8.Pentingnya menjaga keharmonian sesama Islam.

Justuru itu,dengan ini saya selaku ajk pelaksanaan menjemput seluruh muslimin dan muslimat ke seminar ini. Semoga Allah swt menambahkan kebaikan dalam diri kita.

P/s : Saya menceritakan perkara ini kerana ramai yang bertanya kenapa mesti adakan seminar seperti ini dan inilah jawapan dari persoalan itu. Juga ingin sangat saya menjemput para juhala di luar sana yang sangat celupar dalam mengkritik ulamak-ulamak Deoband seperti yang saya dedahkan sebelum ini,datanglah sendiri ,kita diskusi secara ilmiah.

Sunday, May 18, 2014

Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar hafidzahullah Menziarahi Malaysia

 Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar hafidzahullah bersama dengan muridnya juga ulama terkenal di Pakistan iaitu Mufti Syed Adnan Kakakhail

Sempena kunjungan Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته untuk memenuhi jemputan khas bekas pelajarnya (Persatuan Bekas Pelajar-pelajar Banuri Town Malaysia)  ke Majlis Khatam Sahih Al-Bukhari di Madrasah  Darul Uloom Islamiyah ,Sg Salan,Jerantut yang akan mengadakan majlis Khatam Bukharinya buat pertama kali dalam sejarah tertubuhnya madrasah tersebut.

Maka di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama terkemuka yang terkenal ini iaitu  Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته . Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته adalah antara permata bernilai Deobandi yang masih hidup di zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.


Beliau dilahirkan pada tahun 1356H (1935M) di Abbottabad, Pakistan. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh.Ketika berguru di  Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town,beliau telah berguru Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Usuuli al-Muhadith -ul-asr Maulana’ Sayyid Muhammad Yousuf Banuri رضي الله عنه وأرضاه sehingga beliau tamat khatam Bukhari di tangan gurunya tersebut.Beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya beliau belajar di madrasah milik guru beliau sehinggalah di lantik menjadi pengajar di madrasah tersebut sehingga ke hari ini.



Bersama dengan Syeikhul Islam Mufti Muhammad Taqi Uthmani hafidzahullah dalam satu majlis anjuran Wifaq-ul-Madaris di Darul Uloom Karachi baru-baru ini.

Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته di lantik menjadi (Syeikhul Hadith di Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town, Karachi,Pakistan juga ahli majlis syura Wifaq-ul-Madaris Pakistan.Selain daripada terlibat dengan madrasah,beliau selalu menghadiri seminar-seminar ulama antarabangsa mewakili Wifaqul-Ul –Madaris . Majlis dan syarahan beliau sering di hadiri oleh ribuan orang yang ingin mendengar nasihat dan ilmu daripada beliau.Beliau mempunyai anak murid dari beberapa buah Negara yang belajar di Jamia beliau.

Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau di atas muka bumi ini.



Bersama dengan rombongan jemaah Ulama-ulama dari Pakistan menziarahi Darul Uloom Deoband sempena menghadiri perjumpaan anjuran Jamiat Ulama E-Hind

Legasi Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Usuuli al-Muhadith -ul-asr Maulana’ Sayyid Muhammad Anwar Kashmiri rah 

Antara murid kesayangan Maulana Anwar Shah Kashmiri rah ialah Maulana Muhammad Yousuf Banuri.Segala faedah pengajaran Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri telah di turunkan kepada muridnya ini,tetapi muridnya ini (Maulana Muhammad Yousuf Banuri rah) tidak hidup lama (meninggal pada usia muda).


Alhamdulillah,Maulana Muhammad Yusof Banuri rah mempunyai ramai anak muridnya,Antaranya ialah Maulana Dr Abdur Razzaq Iskandar, Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar hafidzahullah (Syeikhul Hadith di Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town, Karachi,Pakistan juga ahli majlis syura Wifaq-ul-Madaris Pakistan.Beliau mendapat pengajian daripada Muhadith Ul Asar terkenal Pakistan iaitu Maulana Muhammad Yousuf Banuri rah.


Antara yang turut serta dalam rombongan ini ialah :

1.Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar hafidzahullah
2.Maulana Muhammad Anwar Badakhshani hafidzahullah
3. Maulana Fazal Muhammad hafidzahullah dan beberapa lagi akabir Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town.

Kedatangan beliau ke Malaysia adalah kedatangan buat pertama kalinya.Semoga kita semua dapat mengambil faedah daripada kedatangan beliau kali ini.

Sunday, May 11, 2014

Balasan Bagi Orang Yang Menghina Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi

Difahamkan bahawa ini adalah perkuburan Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Usuuli al-Muhadith-ul-asr Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah di perkuburan Baqi',bersebelahan dengan kubur Imam Mujtahid Mutlak Al-Imam Malik bin Anas rah dan beliau jugalah telah mensyarahkan kitab Muwatta Imam Malik yang di beri judul Aujazul Masalik Ila Muwatta Imam Malik sebanyak 16 jilid. Bukankah Rasul saw telah memberi satu jaminan kepada mereka-mereka yang meninggal di perkuburan Baqi' (Madinah).Antara jaminan Rasul saw ialah "Dari Ibn Umar r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw : ”Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah,maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi SYAFAAT kepada mereka yang mati di sana.(Riwayat Tirmizi dan al-Nasai)

Seorang pemuda telah datang berjumpa Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah dan berkata " Hampir separuh daripada badan ibu saya sudah lumpuh (tidak dapat bergerak)  dan Ibu saya telah mengalami penderitaan yang sangat teruk dan berpanjangan dalam hidupnya sehingga menyebabkan beliau mengalami keadaan yang sangat sukar untuk meneruskan kehidupannya.

Hal ini adalah kerana Ibu saya telah menghina tuan (Maulana Zakariyya Kandhalawi rah) dan Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani rah ,saya telah datang bertemu dengan tuan adalah kerana saya ingin memohon kepada tuan supaya dapat memaafkan kesalahan dan perbuatan ibu saya."  Maulana Zakariyya Kandhalawi rah berkata : " Pergilah,sesungguhnya saya telah memaafkan kesalahan dan perbuatannya (ibu) dan saya juga telah memaafkan kesalahan dan perbuatan beliau bagi pihak Maulana Husain Ahmad Madani rah."Lalu pemuda itu pun kemudian beredar meninggalkan Maulana Zakariyya Kandhalawi rah untuk pulang ke rumahnya.Setibanya pemuda ini di rumah,beliau mendapati bahawa ibunya telah meninggal dunia dalam keadaan yang mudah.[1]

Pengajaran daripada kisah di atas

Oleh hal yang sedemikian dapatlah kita dapat fahami bahawa adalah tersangat bahaya untuk bercakap/menghina yang buruk-buruk terhadap orang-orang soleh,para ulamak dan wali-wali Allah swt yang mana pasti akan mendatang kemurkaan daripada Allah swt.Hal ini telah di tegas oleh Allah swt di dalam firmannya dalam hadith Qudsi "مَنْ آذَىْ لِىْ وَلِـيًّا فَقَدْ آذَنْتُ لَهُ بِحَرْبٍ " (Siapa yang menyakiti waliKu,maka Aku isytiharkan perang buat dirinya.) (Riwayat Bukhari)

Baru-baru ini saya telah di tunjukan satu kenyataan beberapa orang individu yang sangat biadap dan jelek akhlaknya. Mereka menghina dan meragui status aqidah Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah,kebinasaan apakah yang mereka sedang ciptakan.Wahai Allah,daku serahkan mereka ini kepadamu sebagai perhitungan.

Rujukan 
[1]. Malfuzat Faqihul Ummat Mufti Mahmud Hasan Gangohi,Jilid 2,halaman 470.

Friday, May 2, 2014

Pengajian Dauratul Hadith (Darul Uloom) di Eropah

Darul Uloom Leicester antara yang menjadi pilihan komuniti Umat Islam di England dan Eropah untuk melanjutkan pengajian hadith secara Dauratul Hadith.Syeikhul Hadith di sini ialah  Maulana Ayoob Surti yang juga kawan rapat kepada Maulana Hazim Mazahiri (guru hadith di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling)

Ilmu agama yang di ambil dari Darul Uloom Deoband sememangnya mempunyai keberkatan daripada Allah swt. Dengan pengorbanan yang di lakukan oleh bekas-bekas pelajarnya,maka ilmu agama Allah swt telah dapat di sebarkan di seluruh pelusuk Eropah melalui negara England/Britian.Di negara Eropah seperti di England/Britian ini,ada beberapa pengajian Dauratul Hadith yang di praktiskan di sana.Dauratul Hadith ialah pembelajaran hadith yang merangkumi enam kitab hadith utama (Sahih Sittah) dan beberapa kitab hadith terpilih.Pengajian secara berulang pada setiap tahun seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa`i dan Muwatta` Imam Malik. Pengajian dengan sistem begini boleh didapati terutamanya di India dan Pakistan di mana terdapat banyak sekali pusat-pusat pengajian hadith yang ditubuhkan yang menjalankan sistem pengajian sebegini.
Permandangan di Darul Uloom Bury,England

Sejarah penyebaran pengajian Hadith bersanad seperti ini telah bermula di sebabkan fikir risau Maulana Muhammad Ilyas rah dan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.Merekalah yang telah memikirkan nasib umat Islam di Eropah khususnya di England/Britian yang semakin mundur dari ilmu agama dek kerana tinggal di negara orang Kafir.Maulana Ilyas rah sebelum meninggal dunia telah berjumpa dengan Haji Muhammad Patel rah di Mekkah kemudian telah mengajak Haji Muhammad Patel rah untuk memulakan misi usaha dakwah di sana. memulakan usaha dakwahnya pada tahun 1944 M dengan mengajak Haji Muhammad Patel rah [1].Kemudian usaha Maulana Ilyas rah mendapat perhatian khusus daripada puteranya iaitu Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah yang begitu bersemangat menghantar jemaah-jemaah ke negara itu sehingga menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam di sana untuk menghantar anak-anak mereka belajar agama di Benua Hind.Wawasan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah supaya Kota London bertukar menjadi Mekkah dan Madinah di zaman Rasulullah Saw.

Mohtamim Darul Uloom Deoband Maulana Qari MohammadTayyib Qasimi rah ketika berada di England.

Kemudian lewat 70-an Maulana Muhammad Zakariyya rah telah mengarahkan muridnya iaitu Maulana Muhammad Yusof Motala untuk membuka pusat pengajian Hadith di sana yang di nama dengan Darul Uloom Bury,Lancashire,Barat England.Masyallah,Allah swt telah menerima pengorbanan mereka ini sehinggakan nasib umat Islam di sana terbela,komuniti Umat Islam di sana telah mendapat pendidikan agama yang mencukupi bahkan sehingga kini madrasah-madrasah mereka berjaya melahirkan ratusan ulamak dalam pelbagai disiplin ilmu.Antara ulamak yang berjaya di lahirkan di bumi England ialah seperti Maulana Saleem Dhorat,Mufti Muhammad ibn Adam al-Kawthari,Maulana Abdul Rahim Limbada,Maulana Riyadh ul Haq, Syeikh Zahir Mahmood dan ramai lagi.


Maulana muhammad Yusof Motala merupakan pengasas kepada Darul Uloom Bury dan beberapa pusat pengajian Islam lagi di England/Britian.Semoga Allah swt memberkati usaha beliau dalam kerja-kerja Islam.

Di bawah ini,saya senaraikan beberapa madrasah yang telah berjaya di buka di bumi England/Britian di mana ianya turut menawarkan pengajian secara Dauratul Hadith.Antaranya ialah :  

1.Darul Uloom Bury,(Syeikhul Hadith Maulana Abdul Rahim Limbada)
2.Darul Uloom London,(Syeikhul Hadith Maulana Umar Faruk Desai)
3.Darul Uloom Bolton, (Syeikhul Hadith Maulana Usman Adda)
4.Darul Uloom Blackburn,(Syeikhul Hadith Maulana Mufti Inayatullah )
5.Darul Uloom Leicester,(Syeikhul Hadith Maulana Ayoob Surti)
6.Darul uloom Dewsbury,(Syeikhul Hadith Maulana Muslih Hudden Bardowi)
7.Darul Uloom Riaz Ul,(Syeikhul Hadith Maulana Saleem Dhorat )
8.Darul Uloom Al-Kawthar (Academy),(Syeikhul Hadith Maulana Riyadh ul Haq) 
9.Darul Uloom, Birmingham,(Syeikhul Hadith Maulana Dr. Abdur Rahim)

dan banyak lagi yang saya tidak senaraikan di sini,walau bagaimanapun mereka telah berjaya melahirkan ulamak-ulamak sendiri,mereka juga sering menerima ziarah para alim ulamak dari Benua Hind khususnya Syeikhul Hadith dari pelbagai madrasah yang terkenal di Indo/Pak seperti Muhammad Taqi Uthmani (Syeikhul Hadith Darul Uloom Karachi),Syeikhul Hadith Maulana Mufti Ahmad Saeed Palanpuri (Syeikhul Hadith Darul Uloom Deoband),Maulana Yunos Jaunpuri (Syeikhul Mazahirul Uloom),Maulana Ehsan Ul Haq (Madrasah Arabia Raiwind),Maulana Yunos Luniarwi (Syeikhul Hadith Darul Uloom Qasmia Arabia,Kharod,Gujarat),Maulana Fazlur Rahman Azmi (Syeikhul Hadith Darul Uloom AzaadVille),Maulana Mufti Ahmed Khanpuri (Syeikhul Hadith Darul Uloom Dhabel) dan ramai lagi.
Maulana Yunos Jaunpuri ketika mengendali majlis Khatam Bukhari pada tahun lepas (2013).

Majlis Khatam Bukhari yang di adakan di tengah-tengah padang di England/Britian

Mungkin kita tidak akan terkejut lagi sekiranya ada di antara kalangan kita yang mengambil bahagian dalam kelas Dauratul Hadith di Eropah,saya pernah berjumpa dengan seorang warga Singapura yang khirij dari pengajian Dauratul Hadith di Darul Uloom Dewsbury,England/Britian.
Majlis Khatam Bukhari di Darul Uloom Bury dan Kidderminster pada tahun ini (2014) di serikan lagi dengan kehadirian Muhaddith Al 'Asr dan Peer Sahib

Rujukan :
[1] Introduction of Tabligh Jamaat,halaman 11-12 ,oleh Zacharias Soccei
[2] Antara catatan ini merupakan catatan saya ketika mendengar syarahan mengenai sejarah kemunculan madrasah-madrasah di sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini