Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP) adalah madrasah yang mengguna pakai sistem kurikulum Dars-Nizami seperti yang di gunakan oleh Darul Uloom Deoband dan cawangan-cawangannya di seluruh dunia.Menggabungkan aspek tarbiah dan pendidikan sebagai tunjang utama melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan seterusnya berkhidmat untuk agama dan masyarakat.
Dari kiri Syeikhul Hadith di MUSP Maulana Abdul Hamid (Darul Uloom Faisalabad),Maulana Mansor (Darul Uloom Binori Town),Maulana Ismail (Darul Uloom Khairul Madaris,Jalindar),Maulana Khairy (Darul Uloom Binori Town),Maulana Amir Hamzah (Darul Uloom Arabia Raiwind),Maulana Silmi (Darul Uloom Miftahul Ulum,Sri Petaling),Maulana Nazmi (Darul Uloom Arabia,Raiwind) dan ramai lagi.Mereka inilah yang mengajar kelas Dauratul Hadith di MUSP.Kelas Dauratul Hadith di MUSP adalah bertempoh 2 tahun.Jumlah pengajian kitab (pendidikan Islam) di MUSP adalah selama 8 tahun ( termasuk 2 tahun Dauratul Hadith).
Baru-baru ini saya bersembang dengan guru saya tentang ehwal perkembangan Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP).Antaranya saya kongsi di sini sedikit :
1.Kelas Takhasus Fil Hadith akan di buka pada tahun hadapan (inshallah ) di bawah seliaan Maulana Muhammad Hazim Husain Mazahiri.Maulana sedang sibuk menyediakan materials/bahan-bahan untuk persiapan pembukaan kelas ini.Inshallah kelas Takhasus Fil Hadith ini akan mengambil masa 2 tahun seperti mana yang di jalankan oleh madrasah-madrasah yang mengguna pakai kurikulum Dars-Nizami di seluruh dunia.Syarat untuk memasuki kelas Takhasus Fil Hadith ini mestilah tamat Kelas Alim 8 tahun dan (atau pun lulus ujian yang di kendalikan oleh pihak madrasah dan bergantung kepada budi bicara dari pihak madrasah ).Maulana Muhammad Hazim Husain telah menamatkan pengajian peringkat Takhasus Fil Hadith di bawah selian Mufti Muhammad Bhana di Darul Uloom al Shariah Benoni,Gauteng,Afrika Selatan.
Kebiasaanya,mereka yang menamatkan pengajian ini akan di gelarkan dengan gelaran Mufti(tetapi guru saya berkata) bahawa gelaran mufti ini hanya gelaran budaya di madrasah.Mufti yang sebenar ialah mereka yang berkhidmat di Darul Ifta (Jabatan Fatwa).Di Malaysia,barisan Mufti-mufti di lantik oleh pihak Kerajaan.
3.Kelas Takhasus Fil Tafsir juga akan di buka tidak lama lagi.Sekarang ini pihak MUSP sedang dan telah menghantar bekas-bekas pelajar Mumtaz mereka untuk menjalani pembelajaran di kelas-kelas Takhasus di South Afrika,di India,di Yaman,di Mesir,di Pakistan dan lain-lain tempat lagi.Semua pelajar-pelajar ini (alumni MUSP sendiri ini) adalah yang mendapat keputusan mumtaz dalam kelas Dauratul Hadith.
Intaha:Mohon doa dari saudara-saudara semua.Bersamalah kita memasyarakatkan madrasah kita.MUSP adalah madrasah pertama di Malaysia yang akan membuka kelas takhasusnya sendiri bagi menampung keperluan ilmu umat Islam sama ada di luar atau dalam Malaysia.
Budaya memasyarakatkan madrasah telah berjaya di Pakistan,gambar ini menunjukan satu majlis Khatam Bukhari di Darul Uloom Karachi,Pakistan.Penyertaan daripada masyarakat yang hadir memberikan sokongan dalam meraikan para pelajar yang baru selesai menamatkan pengajian mereka.Perkara inilah yang perlu di pupuk dalam kalangan masyarakat kita supaya mereka tidak lagi memandang madrasah adalah pilihan terakhir bagi anak-anak mereka melanjutkan pelajaran setelah pengajian moden tidak lagi menerima anak-anak mereka.
Satu perkara yang perlu di ingatkan ialah,perjuangan membina jambatan antara masyarakat awam dengan pihak madrasah harus di pertingkatkan.Perlu di ingatkan bahawa Darul Uloom Deoband di India sepanjang perjalanan tadbir urusnya tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan India,tetapi mereka menerima sumbangan daripada masyarakatnya (yakni umat Islam di India dan di seluruh dunia).Masyarakat di sana memandang tinggi pengajian tradisional di sana.Budaya memasyarakatkan madrasah juga perlu di wujudkan supaya Madrasah-madrasah di negara kita menerima persepsi yang baik daripada masyarakat,seperti yang terjadi di benua Hind,Afrika Selatan dan lain-lain tempat di mana masyarakat sama-sama membantu pihak madrasah dalam membangunkan institusi pengajian tradisional ini untuk berdiri sama gahnya dengan institusi pengajian moden di Universiti-universiti.
P/s : Pengajian Alimiyyah Dars-Nizami bersamaan dengan Master/sarjana (jika mengikut sistem piawaian Universiti manakala Pengajian peringkat Takhasus adalah bersamaan dengan PHD (mengikut piawaian Universiti).