Alhamdulillah,pada tanggal 1Jun 2013,telah berlangsung satu majlis Khatam Bukhari di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling (MUSP).Majlis ini diadakan setiap tahun ini dan kali ini memasuki tahun yang kesebelas penganjurannya bertujuan bagi meraikan para pelajar yang telah menamatkan pengajian secara Daurah al-Hadith di madrasah ini.Mereka yang telah berjaya menamatkan tempoh pengajian selama lebih 8 tahun di sini di raikan oleh pihak madrasah dengan upacara penyampaian Ijazah Sanad Hadith dan Sijil oleh Syeikhul Hadith di MUSP sendiri iaitu Al-allamah Maulana Abdul Hamid Bin Chin/Hashim Hafidzahullah.Turut menghadiri majlis ini ialah Ulamak terkenal dari Yaman juga pengarang kepada beberapa buah kitab iaitu seperti Fathul Wahhab Al Malik syarah umdatus Salik (Feqah Syafie) yakni al-Faqih Syeikh Toha Abdul Hamid Al-Humaidi hafizahullah (tenaga pengajar Rubath Tarim, Hadhramaut,Yaman).Syeikh yang berada di Malaysia sempena dengan majlis Daurah bersama dengan Syeikh Toha Abdul Hamid Al-Humaidi di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia.Ketika majlis ini berlangsung Syeikh baru sahaja menamatkan daurahnya di MUSP dan beliau akan berkunjung ke beberapa buah negeri .Saya akan lampirkan jadual syeikh di bahagian bawah artikel ini.
Barisan para asatizah MUSP.
Majlis Khatam Bukhari yang ke-11 yang disampaikan dan di ijazahkan oleh Syeikhul Hadith Maulana Abdul Hamid Hafidzahullah yang sanadnya bersambung sehingga kepada Al-arifbillah Imam Shah Waliyullah Dehlawi (seorang wali Allah yang alim dalam bidang hadith dan kesufian) dan bersambung sehingga kepada Imam Bukhari rah.
Maulana Abdul Hamid Hafidzahullah dan juga upacara pemakaian serban adalah simbolik yang telah di amalkan oleh para alim ulamak bagi menyatakan pengijazahan yang mereka telah berikan sebagai tanda penghargaan dan pengijazahan kepada pelajar-pelajar ini.
Para pelajar memperolehi ijazah hadith secara al-Riwayah dan al-Dirayah daripada tenaga pengajar yang terdiri dari anak watan dan sanad-sanad mereka bersambung kepada para ulama India dan Pakistan atau Afrika Selatan hingga al-Imam Shah Waliyullah Dehlawi terus kepada pengarang kitab-kitab hadith yang masyhur hingga kepada Rasulullah s.a.w. secara muttasil.
Kepada pecinta majlis Ilmu,jangan lepaskan peluang daripada menghadiri majlis ini.
Sementara itu,pada tanggal 2 Jun 2013,turut mengadakan Majlis Khatam Bukhari ialah Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat.Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa tokoh Ulamak seperti Syeikhul Hadith Al Fadhil Maulana Abdul Majid Krordpakka,Maulana Hussein Ar Ranggooni dan Al Fadhil Qari Yaseen bagi menyempurnakan upacara penyampaian Ijazah Sanad Hadith dan Sijil kepada para pelajarnya.Saya telah menulis sedikit mengenai tokoh-tokoh ini di sini.
Apa yang menarik perhatian saya ialah keadaan Syeikhul Hadith Maulana Abdul Majid Krordpakka terpaksa bersandar kerana mengalami sakit jantung.Saluran jantung beliau telah ditutup 4 jalan kata khadamnya.Doktor mengatakan bahawa,beliau hanya menunggu masa untuk kembali menemui PenciptaNya,tetapi,kata murid beliau,maulana bukan hidup degan nyawa lagi,tapi beliau hidup dgn NYAWA HADIS NABAWI!!!Beliau dalam keadaan sebegitu sanggup menerima jemputan dari Pakistan untuk datang ke majlis ini.Allahu akbar