Majlis khatam Sahih Bukhari di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.Gambar ini menujukan batch yang ketujuh lepasan Daurah Al-Hadith daripada madrasah ini.
Setelah menulis beberapa siri artikel dalam menerangkan
penglibatan golongan ulamak di dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di
Malaysia ini,kini sudah tiba masanya untuk saya
mengakhiri siri artikel ini.Kebiasaanya,mereka yang bergiat aktif di dalam Jemaah ini akan di kaitkan dengan kejahilan dan sebagainya lagi.Di sini saya ingin mengatakan bahawa apabila Jemaah ini bergerak ketika melakukan aktiviti dakwah,mereka akan lebih tertumpu kepada kitab-kitab seperti Fadhilat A'mal,Muntakhab Al-Hadith dan Hayatush Sahabah.Tetapi apabila seseorang itu mempunyai keinginan dalam menuntut ilmu maka tiada had kepada kitab-kitab tersebut sahaja,bahkan kelas-kelas pengajian dibuka terutamanya dalam bidang hadith samaada secara umum untuk orang awam ataupun secara khusus untuk pelajar madrasah sahaja.
Walaupun begitu,di markaz Jemaah ini sama ada di Sri Petaling,Kuala Lumpur,atau di tempat-tempat lain wujud pengajian hadith,fiqh,akhlak untuk orang awam,begitu juga Ulamak-ulamak yang berada di dalam Jemaah ini mengajar kitab-kitab seperti Misykatul Masabih,Syarah Aqidah Tahawiyah,Tafsir Al-Quran,Fiqh Mazhab dan sebagainya untuk orang awam,bahkan telah ada kelas pengajian seperti Daurah Al-Hadith untuk orang awam yang ingin mempelajarinya secara sepenuh masa seperti mana yang saya telah terangkan dalam artikel sebelum ini.
Bangunan baru di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling bakal mencatat lembaran baru apabila pengajian Takhasus Fil Hadith akan di perkenal buat pertama kalinya di Malaysia.
Sebenarnya,Jemaah ini sudah ada tajdid (pembaharuan).Jika dahulu,bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit,tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di bumi Malaysia,peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Jika dahulu,yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan “Awamunaas” (orang awam),maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi.Tetapi,sekarang alhamdulillah,kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah ini ialah mereka yang terdiri daripada para alim ulamak,paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah ini.
Saya mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari “awamunaas” Jemaah ini ada kalanya mengandungi kesilapan fakta,hujjah,dalil dan sebagainya.Namun tindakan mereka yang kurang cermat membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah ini adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.Saya sudah pun menerangkan bahawa di dalam Jemaah ini khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang,setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz.
Salah satu tulisan tangan Syeikhul Hadith,Maulana Muhamad Zakaria rah.Maulana juga merupakan antara ulamak besar yang memayungi Jemaah ini.
Kesimpulannya,Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh ini merupakan satu gerakan dakwah,namun ianya agak mustahil akan terjadinya kesatuan dalam satu satu mazhab fiqh.Justuru itu,salah satu amalan yang diamalkan mesti ada sandaran dan asal dalam syariat,dan setahu saya tidak ada amalan bidaah yang diamalkan atas nama Jemaah ini,dan jika adapun,ianya adalah bersifat individu dan jumlahnya sedikit dan inshaAllah kita semua sama-sama berdoa dan berusaha untuk membaikinya,dan jika ada amalan-amalan yang bertentangan dengan amalan mana aliran di dalam masalah fiqh,maka ianya bukanlah dasar dari Jemaah ini,bahkan ianya telah dibahas dan diperincikan atas dasar mereka adalah lamak hadith dari benua India/Pakistan bukannya atas sifat mereka adalah masyaikh di dalam Jemaah ini.
Kebanyakan masyaikh Jemaah ini mempunyai hubungan yang kuat dengan Madrasah Darul Uloom Deoband. Apa sahaja suara Darul Uloom,Deoband maka itulah suara kebanyakan Masyaikh di dalam Jemaah ini.Sebab itulah jarang kita mendengar masyaikh di dalam Jemaah ini di kritik kerana,apabila mereka di kritik,seolah-olah Darul Ulum,Deoband juga di kritik.