Ikuti Blog Ini

Wednesday, December 19, 2012

Ahli Tafsir Kalangan Sahabat R.hum





al-Imam Suyuthi dalam kitabnya Al-Itqan mengatakan :

Kalangan sahabat yang popular dengan tafsir ada sepuluh; khalifah yang empat (Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali), Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Ubay Ibnu Ka’ab, Zaid Ibnu Tsabit, Abu Musa Al-’Asy’ari dan Abdullah bin Zubair. Dan dari kalangan khalifah empat yang paling banyak dikenal riwayatnya tentang tafsir adalah Ali bin Abi Thalib r.hu,sedang dari tiga khalifah yang lain hanya sedikit kerana mereka lebih dahulu wafat.”

Sebab sedikitnya riwayat dari ketiga orang sahabat iaitu Sayyidina Abu Bakar,Sayyidina Umar dan Sayyidina Utsman, dapat ditinjau kembali dari pendapat Imam As-Suyuthi,iaitu kerana singkatnya masa pemerintahan mereka juga mereka meninggal dunia lebih dahulu.Dari segi yang lain adalah kerana mereka bertiga hidup pada suatu tempoh dimana kebanyakan penduduk mengetahui dan pandai tentang Kitabullah dan juga kerana mereka selalu mendampingi Rasulullah Saw. 

Sayyidina  Ali r.hu hidup setelah khalifah yang ketiga iaitu Utsman r.hu,yang  pada ketika itu kawasan Islam telah meluas.Banyak orang-orang luar Arab yang memeluk Islam.Generasi keturunan sahabat r.hum merasa perlu untuk mempelajari Al-Qur’an serta memahami rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah yang terdapat di dalamnya.Maka kerana itulah  wajarlah riwayat daripadanya begitu banyak melebihi riwayat yang dinukil dari tiga khalifah lainnya.Berikut ini adalah contoh perincian sahabat-sahabat r.hum yang terkenal dengan tafsir Al-Qur’annya.

Sayyidina Ibnu Abbas r.huma

Sayyidina Ibnu Abbas r.huma adalah seorang yang ternama dikalangan ummat Islam.Ianya adalah anak saudara Rasulullah SAW.Ianya dikenali sebagai ahli bahasa/penterjemah Al-Qur’an. Ibnu Mas’ud berkata:“Penterjemah Al-Qur’an yang paling baik adalah Abdullah bin Abbas r.huma.”

Dia adalah sahabat yang paling pandai/tahu tentang tafsir Al-Qur’an.Beliau mempunyai biografi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Shahihnya yang menunjukkan kebolehan ilmunya dan kedudukannya yang tinggi dan secara mendalam tentang rahsia-rahsia Al-Qur’an sebagai berikut:

Al-Bukhari meriwayatkan dari Sa’id ibnu Jabir, dari Sayyidina Ibnu Abbas r.huma,ia berkata:
Sayyidina Umar membawaku bersama tokoh-tokoh perang Badar.Dalam kalangan mereka ada yang bertanya dalam dirinya, lalu mengemukakan pendapat; “Kenapa anak ini dibawa bersama kami padahal ,sesungguhnya kami juga mempunyai anak yang seusia dengannya?” Sayyidina Umar menjawab: “Dia adalah seorang yang sudah kalian ketahui, ia adalah orang yang terkenal kecerdasan dan pengetahuannya.” Pada suatu ketika,Sayyidina Umar memanggil mereka dan membawaku bersama mereka hanya sekedar diperkenalkan kepada mereka.Tiba-tiba,Sayyidina Umar (memberi kesempatan pada mereka untuk bertanya) berkata: “Apakah pendapat sekalian tentang firman Allah: “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.”(QS. An-Nashr: 1).”

Sebagian mereka ada yang berpendapat: “Kami diperintah menuju Allah dan meminta ampun pada-Nya, tatkala kami dibantu oleh-Nya dan diberi kemenangan”. Sebahagian mereka yang lain diam seribu bahasa. Sayyidina Umar bertanya kepadaku: “Bagaimana dengan pendapatmu (wahai Ibnu Abbas).” Aku jawab: “Tidak benar!” Lalu menurut engkau bagaimana?

Aku menjawab: “Persoalannya adalah tentang ajal Rasulullah SAW dimana Allah memberitahukan kepadanya.” Ia (Ibnu Abbas) menafsirkan/penaklukan Makkah. Itu adalah suatu tanda tentang ajalmu (wahai Muhammad) karena itu bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan istighfarlah (mohon ampun) kepada-Nya. Sungguh ia adalah Penerima Taubat.Seraya itu Sayyidina Umar berkata: “Demi Allah, saya tidak mengetahui kandungannya sebelum engkau jelaskan”.


Kisah tersebut menyatakan begitu hebatnya daya kemampuan pemahaman serta pendapat Sayyidina Ibnu Abbas r.huma dalam memahami petunjuk Al-Qur’an yang tidak dapat diketahui kecuali dengan orang-orang yang mendalami ilmu pengetahuannya.Tidaklah aneh kalau Sayyidina Ibnu Abbas r.huma menempati kedudukan yang tinggi dalam memahami rahsia kandungan Al-Qur’an .


Diriwayatkan pula bahwa Sayyidina ibnu Khattab pada suatu ketika bertanya kepada Sahabat-sahabat Nabi: “Siapa yang menjadi sebab turunnya ayat di bawah ini, menurut pendapat kalian?” Seraya itu Sayyidina Umar membacakan ayat ini: “Apakah ada salah seorang diantara kamu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur” (QS. Al-Baqarah: 66)

Mereka menjawab: "Allah Yang Maha Tahu". Sayyidina Umar marah seraya berkata: "Jawab! Tahu atau tidak!" Sayyidina Ibnu Abbas menjawab: "Ada sedikit yang terguris dalam hatiku".Sayyidina Umar berkata: “Hai anak saudaraku, katakanlah dan janganlah engkau rasa rendah diri”. Sayyidina Ibnu Abbas berkata: “ayat itu dijadikan suatu contoh perbuatan”. Maka Sayyidina Umar berkata: “Perbuatan apa?”. Sayyidina Abbas menjawab: “Seorang yang kaya lagi taat kepada Allah, ia didatangi oleh syaitan, dan terperdaya untuk melakukan maksiat sehingga amal perbuatannya tenggelam” (HR. Al-Bukhari).

Demikianlah,kisah-kisah yang menunjukan bahawa keistimewaan dan kelebihan ilmu pengetahuan Sayyidina Ibnu Abbas r.huma dan pemahamannya yang begitu luas sejak beliau di usia muda lagi.Oleh kerana itulah,beliau tergolong dalam barisan tokoh pembesar Sahabat r.hum,bahkan beliau juga di anggap sebagai pemuka umat yang sangat alim dan mengagumkan para sahabat r.hum sendiri.

Friday, December 7, 2012

Kisah Kiyai Mahmud dan Maulana Inamul Hassan


                                                             .Gambar Kiyai Mahmud

Kiyai Uzairon hafidzahullah telah menceritakan bagaimana Jemaah dakwah bertapak di bumi Tomboro,kemudian kiyai berkata  bahawa Jemaah pertama yang sampai ke Tomboro ialah Jemaah Ulama dari Pakistan,jika tidak silap ialah lewat 80-an.

Kemudian,jemaah ini singgah di Pondok Kiyai Mahmud (sekarang pondok al-Fatah),dan kemudian ketika itu waktu solat Zohor telah pun masuk,ketika itu,santri/pelajar-pelajar pondok  dan Kiyai Mahmud sedang solat Zuhur dimana Kiyai Mahmud sendiri menjadi Imam kepada solat berjemaah tersebut,jemaah ini kemudian turut bersolat bersama di belakang Kiyai Mahmud (masbuk).

Kemudian,setelah tamat solat Zuhur tersebut,Kiyai Mahmud ketika itu merupakan mursyid Tariqat Naqsabandiyah Al Mujaddadiyah Al Khalidiyah di Indonesia,merasakan sesuatu yg luar biasa dari makmunnya ketika sedang bersolat tadi,(satu rohaniat yang luar biasa).kemudian kiyai memanggil santrinya dan bertanya siapakah lagi yang menjadi makmun kepadanya tadi, kemudian santri beliau menjawab bahawa yang menjadi makmun kepada kiyai dalam solat Zuhur tadi ialah Jemaah dakwah dari Pakistan yang datang singgah berehat di pondok mereka,

Kiyai begitu teruja dengan perkhabaran ini,lantas bersilaturrahim dengan dengan mereka,kemudian jemaah ini di jadikan tetamu di pondok kiyai.setelah lama berborak,kiyai pun  bertanya apakah amalan kamu(Jemaah dakwah) sehingga saya merasakan sesuatu yg luar biasa,(telah berkata Kiyai Ubaidillah,iaitu adik kiyai Uzairon, perkara ini merupakan perkara biasa yang mana kebiasaan kepada ahli zikir kerana dapat merasai rohaniat org lain ).

Kemudian,jemaah ini memberitahu bahawa mereka mempunyai maksud besar di mana mereka (Jemaah) ini di utuskan oleh Hadrat ji (Amir Jemaah Dakwah) Maulana Inamul Hassan rah supaya datang ke pondok Kiyai untuk mengajak kiyai bergabung dalam usaha dakwah,kata jemaah ini lagi,sebelum mereka di putuskan ke sini (pondok kiyai),mereka telah diberikan bayan hidayah (penerangan) khas dan amalan khusus dari hadrat ji,katanya(Jemaah) mereka kata hadrat ji telah mengijazat beberapa amalan khas kepada mereka.

Kemudian,kiyai begitu,terkejut,kerana menyangka bahawa yang dirasakan rohaniat yang hebat itu datang dari jemaah ini,dan kiyai beranggapan bahawa pasti yang mengijazatkan amalan ini lagi hebat amalannya,kemudian setelah lama berborak dengan Jemaah,Jemaah ini membuat tashkilan/ajakan kepada  Kiyai Mahmud untuk datang  menziarahi sendiri  hadrat ji Maulana Inamul Hassan.

Kemudiannya,setelah keberangkatan Kiyai Mahmud ke India (Markaz Masjid Banglawali),hadrat ji (Maulana Inamul Hasan) telah menyambut kiyai dengan mesra sekali seakan sudah lama mereka bertemu,sedangkan itu merupakan safar pertama Kiyai Mahmud ke Markaz Masjid Banglawali.Setelah,menetap beberapa hari di markaz,Kiyai Mahmud pun berangkat pulang ke Indonesia dengan membawa amanah besar(kerja tabligh) daripada hadrat ji (Maulana Inamul Hassan).
                                                      Gambar dari sisi atas pondok ini
Alhamdulillah,berkat dengan perjuangan Kiyai Mahmud dalam memimpin gerakan dakwah ini,kini bumi Tomboro kian subur di sinari amalan dakwah yang kelihatan begitu umum dalam masyarakatnya.Kita akan begitu terkejut jika,kita berada di sana,kita menaiki teksi atau beca,maka kita akan di dakwah perkara agama oleh pemandu teksi atau beca ini.Kawasan ini kini mendapat jolokan perkampungan Madinah.
Begitu juga kemajuan pusat pengajiannya iaitu Pondok Al-Fatah yang kini di uruskan oleh anak Kiyai Mahmud sendiri iaitu Kiyai Uzairon At Thaifury,bahkan pondok ini juga mempunyai ribuan santri/pelajar agama dari seluruh pelosok negara di asia tenggara bahkan pondok ini telah melahirkan ilmuan-ilmuan agama yang telah berkhidmat di halaman masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini