Ikuti Blog Ini

Tuesday, July 31, 2012

Keadaan Makan Mereka



                                                          Gambar sekadar hiasan


Rasulullah Saw bersabda:
مَا مَلأَ ابْنُ آدَمَ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ
Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 17186. at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
Sambungan hadis dalam riwayat at-Tirmidzi:
بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Terdapat banyak hadis yang mencela seseorang yang makan hingga kekenyangan. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan dua sanad. Salah satunya diriwayatkan dengan sanad marfu’ dan para perawi yang tsiqah, iaitu:
أكثر الناس شبعا في الدنيا أطولهم جوعا في الآخرة
Orang yang paling banyak kenyang semasa di dunia adalah orang yang paling banyak mengalami kelaparan pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2478. At-Tirmidzi menghasankannya)


Hadis tersebut diucapkan kepada Abu Juhaifah yang pada ketika itu mengeluarkan bunyi sendawa.

Rasulullah Saw bersabda:
ما ملأت بطني منذ ثلاثين سنة
Perutku belum pernah penuh semenjak 30 tahun lalu.”

Dan ath-Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang hasan:
أَهْلَ الشَّبَعِ فِي الدُّنْيَا هُمْ أَهْلُ الْجُوعِ فِي الآخِرَةِ
Orang-orang yang biasa kekenyangan semasa di dunia, mereka adalah orang-orang yang kelaparan di akhirat.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 11693. Al-Mundziri, al-Bushairi).


Luqman pernah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat dari ibadah.”

Perut yang kosong dari makanan memiliki faedah-faedah dan perut yang penuh memiliki kesan buruk. Perut yang lapar dapat membersihkan hati, menghilangkan sifat buruk, dan meningkatkan kecerdasan serta wawasan.Manakala perut yang sentiasa kekenyangan akan menjadikan otak menjadi lembab, menggelapkan hati, banyak menguap, dan otak sering berkhayal. Dan ini boleh menyebabkan tertutupnya fikiran sehingga hati menjadi berat ketika dibawa untuk berfikir.

Di antara faedah diperolehi hasil perut yang lapar adalah seperti melemahnya dorongan hawa nafsu untuk bermaksiat dan mengurangkan dorongan melakukan kerja-kerja yang buruk. Kerana di antara faktor yang memperkuatkan dorongan hawa nafsu dan syahwat itu adalah makanan.Dengan meminimakan makan bererti dapat melemahkan dorongan hawa nafsu. Kehidupan yang sejahtera mampu dikecapi oleh seseorang apabila ia mampu mengawal nafsunya. Adapun hasil kehidupan yang buruk akan diperolehi oleh seseorang yang tidak mampu mengawal hawa nafsunya dengan betul.

Ketika perut lapar maka yang pertama sekali  yang akan lemah adalah nafsu syahwat dan keinginan untuk berbicara perkara yang sia-sia.Jika perut seseorang sedang lapar maka tidak ada dorongan nafsu dan keinginan untuk berbicara sehingga orang tersebut terhindar dari kesalahan lisan.Dalam keadaan seperti ini, nafsu syahwat juga akan lemah sehingga orang tersebut terhindar dari perbuatan-perbuatan yang terlarang oleh Allah Swt.

Di antara faedah yang lain adalah berkurangnya keinginan untuk tidur.Kerana seseorang yang makan dan minum dalam jumlah yang banyak maka tidurnya juga akan semakin lama dan sudah tentu tidur yang banyak tersebut akan menimbulkan kerugian di dunia dan akhirat serta akan terluputlah banyak perkara agama dan dunia yang bermanfaat.

Monday, July 23, 2012

Negara Islam Menurut Fukaha Muktabar


                                  Warna hijau menunjukan negara umat Islam di dunia ini


Pentafsiran para fukaha tentang negara Islam boleh ditinjau dari sudut pembahagian negara yang dikemukakan oleh mereka.Umumnya mereka membahagikan negara(dar) kepada dua jenis ¡aitu dar al-islam dan dar al-harb. Sebahagian mereka membahagikannya kepada tiga iaitu dar al-Islam,dar al -harb dan dar al-’ahd.Saya memilih untuk menukilkan dahulu pandangan para fuqaha muktabar mengenai "Dar al-Islam"(Negara Islam)".

Dar al-Islam

Al-Qadi Abu Yusuf rah (W182H)  berkata,sesebuah negara itu dianggap sebagai dar al-Islam dengan menyatanya hukum-hukum Islam dalam meskipun kebanyakan penduduknya terdìri daripada kalangan bukan  Islam( non-Muslim). Sesebuah negara itu dianggap sebagai negara kafir (dar al-harb) dengan nyata hukum-hukum kafir di dalamnya meskipun kebanyakan penduduknya adalah terdiri daripada orang Islam.(aI-Sarakhsiy  1344H, 10:144).

Al-Imam Yusof Kandhalawi rah (1383 H),pernah berkata,bahawa Negara Islam itu adalah negara yang mana dalam negara tersebut,wujudnya amalan agama dalam masyarakatnya,walaupun negara tersebut di perintah oleh pemerintah kafir,tetapi walaupun negara itu diperintah oleh pemerintah Islam,tetapi kehidupan beragama masyarakatnya tidak wujud,maka negara tersebut bukanlah di namakan negara Islam.(Petikan bayan/Ceramah beliau di Raiwind,Pakistan).

Imam Abu Hanifah rah (W150H) pula berpandangan membawa sandaran dar kepada Islam atau kafir bukanlah berdasarkan kepada Islam atau kafir ini sendiri,tetapi sebaliknya berdasarkan kepada keamanan atau ketakutan (ketenteraman).Maknanya jika terdapat  keamanan secara mutlak buat orang Islam, sementara ketakutan secara mutlak terhadap orang kafr,sesebuah negara itu dikira negara Islam.Jika keadaan itu sebaliknya,maka ianya dikira sebagai negara kafir (al-Kasani 1977, 9: 519; lbn Abidin I 386H. 4:174).

Muhammad ibn aI-Hasan al-Shaybari (W189H)  meletakan syarat sesebuah negara Islam mestilah kekuasaan negara tersebut berada di tangan orang Islam (aI-Sarakhsi 1971, 3:8’).
Al-Rafit menyatakan tidak menjadi syarat sesebuah negara Islam itu didiami oleh umat Islam sebaliknya memadai jika ia berada di bawah kuasa Imam serta keIslamannya (al-Rafi’i. t.th 8: 14).

lbn Qayyim (W75IH) berkata, “Jumhur ulama berkata negara Islam adalah negara yang
didiami oleh umat Islam dan dilaksanakan dalamnya hukum-hukum Islam’ (Ibn Qayyim, 1: 266).Melihatkan paparan pandangan para fukaha dan pada pelbagai generasi dan mazhab ini,kita boleh mendapati bahawa syarat yang utama untuk menentukan bahawa sesebuah negara itu Islam atau kafir ialah perlaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya.Jika hukum-hukum dilaksanakan di dalamnya dan ia berada di bawah kekuasaan orang Islam,Negara tersebut
diiktiraf sebagai negara Islam.Kesan daripada kedua-dua perkara tersebut,umat Islam
akan berada dalam keadaan aman.

Tetapi jika tidak dilaksanakan hukum Islam sementara kekuasaannya berada di tangan orang bukan Islam maka ia dikira sebagai negara harbiyy,sekalipun terdapat orang Islam daripada kalangan penduduknya.Sementara pandangan Imam Abu Hanifah (W204H) yang kelihatan menjadikan keamanan dan ketakutan sebagai asas penentuan sesebuah negara itu Islam atau kafir tidak bertentangan dengan pandangan para fukaha lain kerana keamanan akan terhasil melaluí perundangan dan kekuasaan Islam.Keamanan adalah bukti kepada kekuasaan sebagaimana yang dìtegaskan oleh al-Sarakhsi (1971, 4 1253).Atas dasar inilah kita dapati al-Kasani (584H) ,telah mentafsirkan kata-kata Imam Ahu Hanifah(W204H) dengan ungkapannya yang berikut: Maksud kata-katanya (Imam Abu Hanìfah) keamanan secara mutlak ialah tidak perlu akad perdamaian dan permohonan perlindungan daripada keamanan” (al-Kasani 1977,9: 519).

Seolah-olah, Imam Abu Hanifah bermaksud daripada kata-katanya itu, negara Islam adalah negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam dan buktinya umat Islam aman dan bebas melaksanakan hukum-hukum Islam tanpa sebarang perasaan takut.Oleh sebab itulah kita mendapati bahawa Imam Abu Hanifah pernah menyatakan:Perkara yang diambil kira dalam penentuan sesebuah negara adalah kekuasaan dan mun’ah pada sesuatu pemerintahan” (aI-Sarakhsi 1971,4: 1253).

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian di sini ialah pelaksanaan hukum Islam.Sesebuah negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam tidak memadai untuk dikira sebagai negara Islam jika tidak berlakunya pelaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya ini terbukti melalui kata-kata al-Sarakhsi:Semata-mata pembukaan sesebuah tempat (al-Jath) tidak menjadikan tempat tersebut sebagai negara Islam sebelum dilaksanakan hukum-hukum Islam (al-Sarakhsi 1344K, 10: 23).

Hal ini adalah disebabkan terdapat ramai pemerintah daripada kalangan orang Islam yang tidak mampu melakukan sernua perkara yang wajib dilakukan olehnya sebagai seorang pemerintah Islam. Muhammad Rashid Rida(W1354H) menyatakan negara seperti ini diklasifikasikan  sebagai negara harbiyy oleh sebahagian ulama (Salah al-Din al-Munjid 1970, 1:337).

Tuesday, July 17, 2012

Kehidupan dunia dan agama.



Rasulullah Saw bersabda:

Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”
Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”
قَالَ: حُبُّ الْحَيَاةِ وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, 37/82, no. 22397. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth. Abu Daud, 11/371, no. 3745.)

Mungkinkah situasi ini telah berlaku dan sedang berlaku? Kerana pada hari ini orang-orang kafir berkumpul bersama-sama mereka menyerang umat Islam di segala penjuru dan sudut kawasan.Baru-baru ini tersebar pendedahan penulis buku “Inside The Company: CIA Diary” – Phil Agee melalui Youtube.com – adanya agenda dan perancangan rapi Yahudi, Barat, dan sekutu-sekutu mereka untuk menguasai negara-negara dunia tertentu termasuk negara-negara Islam dan tanah-tanah ‘Arab pada hari ini.Konon atas dasar memberikan keadilan di atas prinsip demokrasi,hak asasi manusia,ideologi revolusi, kemudian melalui cetusan ketegangan dan kemarahan di kalangan umat Islam sesama sendiri.

Pelik atau tidak, cuba kita fikirkan bersama, walaupun Korea Utara merupakan negara paling aktif berkonfrantasi dengan Amerika Syarikat dan Sekutunya. Demikian juga beberapa negara kaum kuffar lainnya yang aktif berkonfrantasi dengan mereka. Tidak pula negara berkenaan diserang oleh Barat dan sekutunya. Malah tidak ada sebarang rekod bantuan dana kewangan kepada pembangkang di negara berkenaan bagi menyebarluaskan “Demokrasi” ke semenanjung Korea Utara.Benarlah sebagaimana sabda Rasulullah Saw tersebut. Umat Islam pada hari ini dikerumuni oleh orang-orang kafir dari pelbagai arah dan penjuru. Dalam masa yang sama, hanya sedikit yang menyedari hakikat ini. Manakala sebahagian besar lainnya amat sibuk dengan dunia masing-masing.

Kalau kita perhatikan baik-baik, hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya, masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang. Hutang pengajian, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang riba, hutang perniagaan, hutang barang kemas, dan sebagainya. Kerana hutang itu akhirnya menjadikannya sibuk dan dilupakan dengan janji-janji akhirat.

Sedar atau tidak, sebenarnya cinta terhadap dunia akan menuntut adanya sikap pengagungan terhadapnya. Padahal ia adalah rendah di sisi Allah Swt dan di antara dosa yang besar adalah mengagung-agungkan sesuatu yang telah dihinakan oleh Allah.
Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau sarana meraih keredhaan-Nya. Allah Swt berfirman (maksudnya):

“Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (Surah asy-Syuura, 42: 20)

Ayat ini antaranya menunjukkan bahawa sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih hal-ehwal dunia dan bukan untuk tujuan mencari redha Allah Swt dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya dari sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat.Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa. Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa depan akhirat. Kerana terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Anak-anak lebih dirisaukan tentang kehidupan dunianya dari kehidupan akhiratnya.



Malah pelbagai lagi cabang kewajiban agama dialalaikan kerana sibuk mengurus hal-ehwal keduniaan. Dan kebanyakan dari mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari.Sedangkan Rasulullah Saw telah bersabda:

“Sesiapa yang akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan menyatukan urusannya, dan dunia akan datang tunduk kepadanya. Tetapi sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan menjadikan kefaqiran di antara dua matanya serta mencerai-beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/5, no. 2389. )

Di alam barzakh dia tersiksa dengan hilangnya dunia dan penyesalan pun datang kepadanya. Akhirnya dia disiksa kerana kecintaan kepada dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat.Hidup di dunia ini umpama khayalan dan hanya sebentar.Maka, janganlah kehidupan akhirat yang penuh keindahan dan kenikmatan dijual dengan harga yang sedikit. Kerana hasilnya adalah kehinaan dan penyiksaan yang dahsyat di akhirat. Malah sebahagiannya boleh dirasai semenjak di dunia lagi sebagaimana kelemahan dan kehinaan yang melanda umat Islam secara umum pada hari ini.

Rasulullah Saw bersabda:

“Sekiranya kamu melakukan perniagaan dengan ‘inah (sejenis riba), mengikuti belakang ekor lembu (sibuk bekerja), berpuas-hati dengan pertanian (sibuk dengan duniawi), serta meninggalkan jihad (tidak memperjuangkan agama Allah), maka Allah pasti membelenggu kamu dalam kehinaan. Dia tidak akan mencabut kehinaan tersebut dari diri kamu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu (Islam yang sebenar).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 9/325, no. 3003.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini