Ikuti Blog Ini

Wednesday, May 16, 2012

Fadhilat Amal dan Manhaj Syeikh Zakaria rah


                                  Hadapan pintu utama Mazahirul Ulum,Shahharanpur,India.

Kitab Fadhail Amal merupakan sebuah kitab yang masyur pembacaanya hampir di seluruh dunia.Kitab ini dikarang oleh” rais al-muhaddithin allamah Muhammad Zakaria al-Kandahlawi rah.Beliau adalah salah seorang daripada tenaga pengajar hadith di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur,India.Kitab ini ditulis dalam bahasa Urdu dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Arab, Francis, dan lain-lain bahasa.
Kitab ini mempunyai kontroverisnya yang tersendiri dengan kritikan daripada mereka yang syadid dalam bidang hadis serta yang jahil dalam bidang hadis walaupun dengan asbab kitab ini telah banyak hati-hati yang mati dan malas dari mentaati perintah Allah s.w.t dapat dihidupkan kembali dan menjalankan perintah Allah s.w.t serta menyeru umat Islam kepada amalan agama dengan ilmu, iman dan amal yang betul mengikut jalan yang ditunjuk ajar oleh Nabi saw.

Selain daripada itu dalam bahagian fadilat solat terdapat hadis yang hanya disebutkan terjemahan hadis tidak dinyatakan matan hadis dalam bahasa arab dan hadis yang dinyatakan matan hadis dalam bahasa arab.Penulis buku ini telah mengunakan 84 buah kitab rujukan dalam menghasilkan buku ini.Kalau diteliti jenis-jenis kitab ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kitab  sumber rujukan asli yang bermaksud kitab-kitab hadis yang mana penulis kitab tersebut menyertakan sekali sanadnya dalam penulisan kitab yang ditulisnya tak kira dari apa jua tajuk iaitu hadis, caqidah, tafsir, fiqh dan usulnya atau tarikh  seperti kitab Kutub al-Sittah, Musnad Ahmad dan yang lain.  Kitab sumber rujukan syibh (menyerupai) asli yang bermaksud penulis kitab ini mengambil hadis-hadis daripada kitab rujukan sumber asli dengan menyertakan sekali sanadnya seperti Kanzul Ummal oleh cAllamah Ali Burhan Puri.  Kitab sumber rujukan ghair asliyah yang bermaksud penulis kitab ini menulis hadis-hadis yang diambil dari sumber asli tanpa menulis sanad mereka seperti kitabTanbih al-Ghafilin yang dikarang oleh Syeikh Abu Laith Samarqandi.

Setiap penulis makalah dan buku mempunyai manhaj dan metode tersendiri dalam menulis karyanya.Perkara ini sangat penting diketahui sebelum membaca dan membuat tanggapan terhadap penulisanya.Dalam buku yang masyhur ini penulis mengunakan kaedah yang longgar dan tidak ketat dalam memasukan cerita dan kisah yang boleh di ambilkan tauladan dan beliau sendiri mengakuinya bukan hadis bagi tujuan menarik perhatian hati dan mengerunkannya dan ini merupakan kaedah yang biasa digunapakai oleh ulama-ulama yang lain dalam menulis kitab mereka. Perkara ini dapat dibuktikan dalam syarahannya diakhir kitab fadhilat salat.Beliau berpegang kepada pendapat jumur ulama terhadap hadis dhaif iaitu dibenarkan mengamalkannya bagi tujuan kelebihan amal yang membangkitkan semangat dan kekuatan orang islam mengamalkan agama dan mengerunkan orang islam dari meninggalkan amalan agama. 

Sungguhpun hadis yang dimasukan dalam kitab ini dhaif beliau tidak alpa dari menjelaskan status hadis itu dhaif samada dari segi matan mahupun sanad yang mana kita boleh lihat di bawah matan hadis berbahasa Arab cuma penterjemah buku beliau ini tidak menterjemahkan syarahan status hadis tersebut atas sebab yang tidak dapat diketahui.Beberapa ulama  dalam kajian mereka atau komentar mereka terhadap kitab Fadhail a’amal ini menyatakan Maulana rahimahullah ketika menyusun kitab FA dengan merujuk hadis-hadis kepada 4 sumber berikut:

[a] Kitab hadis yang enam (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai & Ibn
Majah)
[b] Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri[c] Kitab Majma' al-Zawa'id oleh al-
Haitsami
[d] Kitab Jami' al-Shagheir oleh al-Suyuti.

Di dalam kitab fadhail a’amal memang terdapat hadis-hadis dhaif di mana:
[a] Maulana rahimahullah berpegang kepada pendapat jumhur yang membolehkan penggunaan hadis dhaif untuk Fadhail Amal.
[b] Darjat hadis dirujuk beliau kepada apa yang dinilai oleh tokoh-tokoh sepertimana dalam rujukan di atas.

Sikap yang benar di dalam masalah ini ialah memahami manhaj Maulana Zakaria dalam menyusun Fadhail a’amal. Jika benar ada "banyak" hadis dhaif, maka itu memang merupakan manhaj beliau sebagaimana manhaj kebanyakan tokoh lain.  Jika benar ada hadis maudhu, maka adakah itu satu kesengajaan oleh Maulana ? Saya pasti tidak. Kebanyakan pengkaji kitab ini ada yang berfikiran positif dan ada yang negatif.



Thursday, May 10, 2012

Iman dan kesannya

                                                  kita bukan kambing,tetapi adalah singa!!!!

Kalau kita imbau kebangkitan dan kegemilangan umat Islam di masa lampau bermula pada zaman Rasulullah saw,ia amat membanggakan dan dirindukan.Diikuti pula oleh generasi khulafa al-Rasyidin.Umat Islam merupakan generasi yang cukup kuat dan gah di persada dunia ketika itu.Sehingga musuh-musuh yang berada di sekitar pun merasa gerun dan tunduk.

Tetapi pada hari ini, umat Islam kian kehilangan jati diri dan kekuatannya,seolah-olah keberkahan umat Islam ini sudah di tarik oleh Allah swt.Umat Islam berpecah-belah dan lemah. Orang-orang di sekeliling hilang hormat terhadap mereka. Allah swt campakkan perasaan  gerun di dalam dada-dada musuh umat Islam seakan-akan telah tercabut.Di antara faktor kelemahan tersebut sebenarnya berpunca dari kelemahan iman dan kurang keyakinan terhadap amalan agama.

Apabila umat Islam masih lagi meremehkan usaha untuk memperkasakan iman,maka,selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan dan kelemahan,kerana kebergantungan mereka kepada Allah Swt telah bertukar kepada asbab dan segala rupa paras makhluk.Mungkin ada yang terlupa bahawa di antara tujuan utama diutus para Rasul kepada umat manusia di muka bumi ini adalah bagi menghapuskan kesyirikan dan mengajak mengabdikan diri semata-mata hanya kepada Allah Swt.

Allah Swt menjelaskan:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat manusia supaya menyerukan, “‘Abdikanlah diri hanya kepada Allah dan jauhilah thaghut.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Kuatnya keimanan maka terhapusnya kesyirikan adalah kaedah utama kejayaan umat Islam di masa lampau.Hal ini dapat dilihat dari sirah Rasulullah saw bersama-sama para sahabatnya.(Rujuk Kitab Hayat A-shahabah,majlis-majlis iman yang dianjurkan oleh para sahabat r.hum)Tetapi setelah majlis-majlis iman(dakwah iman)terkeluar dalam kalangan umat Islam,natijahnya kelemahan iman kembali menimpa  umat Islam, mereka pun kembali lemah lagi terhina.

Perhatikanlah sirah Rasulullah saw.Hasil keberkahan dakwah dan perjuangannya,tidaklah baginda saw meninggal dunia kecuali Allah swt telah memberikan khabar gembira kepada umat Islam ketika itu dengan tunduknya kota Makkah, Khaibar, Bahrain, seluruh negeri ‘Arab dan seluruh negeri Yaman. 

Herkulis (Raja Romawi) pula meminta perdamaian kepada beliau. Demikian pula penguasa Mesir dan penguasa Iskandariah yang digelar sebagai Muqauqis. Juga raja-raja Oman dan raja Najasyi, iaitu penguasa Habasyah yang menjadi raja setelah ‘Ashimah. Ketika Rasulullah saw meninggal, pemerintahan Islam diteruskan oleh para khalifah baginda.

Abu Bakar ash-Shiddiq r.hu melanjutkan kekuasaan dan mengirim pasukan Islam ke Parsi, dipimpin Khalid B. al-Walid r.hu.Kaum muslimin menguasai sebahagian wilayah Parsi dan membunuh sebahagian tentera mereka. Pasukan lain yang dipimpin Abu Ubaidah r.hu dan para pemimpin lainnya bersamanya menuju Syam. Pasukan ketiga pimpinan ‘Amr B. al-‘Ash r.hu menuju Mesir.Maka Allah swt memberikan kemenangan bagi pasukan yang menuju Syam dan berjaya menguasai Bashrah, Damsyik, dan beberapa yang lain.

Demikianlah seterusnya empayar atau empayar Islam terus berkembang mencakupi timur dan barat hasil kekuatan iman dan keyakinan terhadap amalan agama mereka.Namun setelah lunturnya kekuatan iman dan lemahnya pegangan agama  dan banyaknya hukum-hakam agama mula mereka abaikan, umat Islam pun  mengalami kemunduran sehingga berlakulah apa yang berlaku pada hari ini.

Rasulullah saw bersabda:
إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِيْنَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيْتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ سَلَّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلاَّ لاَ يَنْزِعُهُ عَنْكُمْ حَتىَّ تَرْجِعُوا إِلىَ دِيْنِكُمْ
Sekiranya kamu melakukan perniagaan dengan ‘inah (sejenis riba), mengikuti belakang ekor lembu (sibuk bekerja), berpuas-hati dengan pertanian (sibuk dengan duniawi), serta meninggalkan jihad (tidak memperjuangkan agama Allah), maka Allah pasti membelenggu kamu dalam kehinaan. Dia tidak akan mencabut kehinaan tersebut dari diri kamu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu (Islam yang sebenar).” (Hadis Riwayat Abu Daud, 9/325, no. 3003.)

Hari ini sebahagian kelompok kecil umat Islam ada yang berteriak dengan slogan “tegakkanlah hukum Allah” dan “dirikanlah kerajaan Islamiyyah”, tetapi itu tidak lebih hanya semata-mata slogan kosong.Dakwah iman mereka abaikan dan mempersendakannya pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini