Ikuti Blog Ini

Monday, August 29, 2011

Raya dan aku

                            اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
Kenapa bila tiba hari raya je, mesti sibuk kita nak minta maaf? Sampaikan dengan orang yang kita tidak kenal pun kita kena “minta maaf zahir & batin”?Kenapa hari raya ini sampai dikhususkan dengan perbuatan bermaaf-maafan. Kenapa tidak di hari atau bulan yang lain? Di waktu yang lain?

Sampai ada yang berkata, “Kalau aku buat salah dengan dia pun, alaa... nanti hari raya, aku datang rumah dia minta maaflah.” senang-senang datang je ziarah waktu ghast pertama dan kedua..kene dakwah direct terus.ok,amacam!!!!
 

Sepatutnya, bukankah kalau kita ada melakukan kesilapan je terhadap seseorang, maka kita dituntut agar menyegerakan memohon maaf! Kenapa perlu tunggu hari raya?

Peliknya “orang kita” ni...Hal ini adalah tidak lain sebenarnya telah melalaikan dari maksud dan tujuan sebenarnya kita berhari raya yang mana untuk membesarkan dan mengangungkan Allah Swt.Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadhan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Anyway,saya amek kesempatan disini,kasi jari 10 itu minta amfun/maaf dan selamat hari Raya...Eid Mubarak... sadis betul,teringat raya tahun lepas diperantauan...


Thursday, August 25, 2011

Edisi balik kampung

                        Tempat-tempat bakal diziarahi oleh Pakistani Jamaat

Sedih juga bila mengenangkan yang aku telah meninggalkan MJBB Sri Petaling,namun aku kuatkan juga semangat untuk berangkat juga kerana,mengenangkan  bahawa aku perlu taat kepada keputusan mesyuarat yang telah ditetapkan.Keputusan mesyuarat telah menetapkan bahawa aku perlu menjadi rahaba kepada satu Jemaah dakwah dari Negara Pakistan,yang akan membuat usaha di kawasan Pulau Langkawi dan sekitarnya.

MJBB Sri Petaling di tinggalkan dengan seribu satu kenangan,dan aku berdoa dengan harapan supaya aku dipilih lagi oleh Allah Swt untuk menjejak kaki dan seterus menjadi tetamu kepadanya,al-maklum,selalu juga dengar  cerita-cerita kisah orang yang sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sini.MJBB Sri Petaling,kian hari kian ramai dikunjungi oleh saudara-saudara kita yang ingin menghabiskan masa,diri dan harta berkelana mencari keredhaan dari-Nya.

                                                 Bukan mereka ini

Cerita pasal Jemaah Dakwah dari Negera Pakistan ini agak unik,kerana,route jemaah ini telah ditetap dari Markaz Dakwah Raiwind,pakistan,begitu detail aku melihatnya dengan setiap tempat ada di Pulau Langkawi di highlight untuk tujuan di usahakan perkara-perkara keagamaan ke atas masyarakat dikawasan tersebut.

Anyway,sepanjang aku berangkat pulang,aku dan si brother-brother Pakistan ini disajikan dengan lagu raya yang agak best,terasa betul aku mood pulang beraya di kampung,namun bagi si mamat-mamat Pakistan ini,diorang tersenyum sipu bila mendengarnya...hahhahaha,bagi aku memang masa yang terbaik,la layan lagu raya atas bas,tambaj-tambah pula,tahun lepas,aku langsung tak sempat nak dengar kerana beraya di perantauan....macam mana ler,cerita raya di Bangladesh,udahlah tiada bazar ramadhan,yang lagi perit nak dengar lagu raya,jauh sekali.....tapikan hakikat raya yang sebenar adalah di syurga.......


Tuesday, August 23, 2011

Macam biasa ler!!!

                                   Gambar masjid JBB Sri Petaling

Aku masih di sini,menanti detik-detik terakhir aku untuk mencukupkan tempoh sepuluh hari aku,aku dapati jumlah yang mengunjunginya masjid ini semakin hari semakin meningkat,mereka-mereka yang datang memberikan masa dan diri untuk keperluan agama disini semakin meningkat,walaupun sebahagian orang Islam sedang menghitung hari untuk meraikan Eidul Fitr (Aidil Fitri).Namun bagi mereka hakikat raya yang sebenar bukan di sini..(dunia).....aku kesini cybercafe ceh alasan,untuk semak status scholarship aku,di approve ataupun tak.....

Cerita Masjid Sri Petaling

Masjid ini rancak dengan program keagamaannya,solat sunat tarawikh kian ke kumuncaknya,di sini,solat sunat tarawikhnya di bahagikan kepada 4 bahagian,
a) Dewan utama solat adalah untuk bacaan al-quran 1 setengah juzuk al-quran permalam.
b) Dewan kariah masjid adalah untuk bacaan al-quran 3 juzuk permalam.
c) Dewan kelas (bangunan baru) pengajian kelas mufti (4 mazhab) adalah untuk bacaan 5 juzuk al-quran permalam.
d) Dewan mesyawarah/mesyuarat Kuala Lumpur adalah untuk bacaan 10 juzuk al-quran permalam.

                                       Tempat ini bakal di ubah suai,

Best juga aku apabila melihat pelan pembesaran masjid ini,sekarang yang masih dalam pembinaan adalah kuartes staf masjid dan madrasah di sini.Pelan pembesaran masjid setinggi 5 tingkat bakal menyamai ketingian Hotel Sri Petaling juga bakal meliputi pelan pembesaran berskala besar iaitu penambahan ruang parking,ruang solat dan tempat penginapan untuk jemaah keluar dan masuk tempatan.Pelan tersebut boleh di lihat di pejabat masjid ini.

Buat isteri-isteri,anak-anak yang menanti suami dan ibu-bapa  yang mana keluarga mereka telah keluar 4 bulan/40 hari yang mana jumlah jemaah yang dapat dikeluarkan adalah sebanyak 200 jemaah dakwah,mereka yang disebutkan tadi sudah pun berada di masjid ini,diharap menanti dengan sabarnya,jangan hairan dan sedih jika suami,ayah dan anak-anak anda belum pulang kerana barangkali mereka mungkin menambah kurban masa.diri dan harta mereka lagi.Raya Haji nanti ada lagikan....

Monday, August 15, 2011

10 days of silence

Alamak,sudah tiba masanya untuk aku berkhidmat di Masjid Jamek Bandar Baru,Sri Petaling.Setelah selesai di tafakut oleh majlis syura-syura markaz Penanti,aku di luluskan untuk berkhidmat di Masjid Sri Petaling.Sebenarnya,ada cerita di sebaliknya,kerana sepatutnya,aku diputuskan untuk keluar bersama dengan jemaah 40 hari dari kawasan Markaz Jitra ke Bintulu,Sarawak pada 15 Syaaban hari itu,tetapi kerana terdapat sedikit masalah yang aku tidak dapat elakan,aku terpaksa tangguhkan dulu nisab 40 hari itu,dan dibawa pada hujung tahun ini…doa noh…Allah kabul koren

Setelah bermesyuarat dengan majlis syura-syura markaz Penanti,aku di syorkan supaya berkhidmat 10 hari,di MJBBSP,setelah aku berhenti daripada kerja sementara.Inshallah,maka tarikh yang dipilih yang agak sesuai dengan aku ialah pada tanggal 15 Ogos -15 Ogos 2011,bersamaan 15 Ramadhan -25 Ramadhan 1433 hijrah.
Teringin,juga rasanya aku nak jumpa mereka-mereka (Bloggers) yang tinggal disekitar MJBBSP.Walaupun kita hanya bersilaturahim di alam maya ini,tetapi perasaan ingin  berjumpa,bersalam dan bersembang-sembang dengan mereka-mereka ini  sangat kuat.Semoga Allah pertemukan  aku dengan kalian semua.

Semoga amalan khidmat ini,dapat memberikan kesan kepada diri aku ini,sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
Termasuk kebaikan islam seseorang ,meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya” [HR- Tirmidzi-Hadith hasan].

Aku pergi dulu...
 Juga teringat aku akan hadith ini,Rasul Saw: “Ingatlah bahwa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik maka baiklah jasad seluruhnya dan jika ia rusak maka rusaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayat kepada kita semua.
Allah s.w.t. berfirman,  “Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang huruk.” (Hud: 114)

Thursday, August 11, 2011

Gejala Ikhtilath Dan harga Seorang Wanita


                      Gambar sekadar hiasan,aku kena kahwin nie

Pada hari ini gejala ikhtilath (bercampur-gaul) di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali.Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah.

Allah SWT berfirman (maksudnya):

“...hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Walaupun ayat ini zahir asalnya untuk isteri-isteri nabi, tetapi sebenarnya ia turut mencakup seluruh kaum wanita beriman secara umum. Kerana wanita beriman itu mengikuti isteri-isteri Nabi dan menyelisihi perilaku kaum wanita jahiliyyah.Hal ini antaranya sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.

Juga firman-Nya:

Maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah an-Nisaa’, 4: 34)

Nabi SAW juga pernah bersabda:

Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan kata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (keinginan), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/125, no. 4802)

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan di antara lelaki dan wanita yang saling memandang, saling berbual tanpa keperluan syar’i, bersentuhan atau bersalaman, serta apa yang disebutkan melalui hadis ini tentang zina adalah terlarang dan perlu dielakkan.

Jika kita teliti betul-betul, nescaya kita akan temui catatan-catatan yang sahih berkaitan wanita-wanita yang terdiri dari kalangan para sahabiyah di zaman Nabi. Yang mana mereka ini sifatnya amat pemalu. Mereka berusaha mengelak dari menjadi tatapan kaum lelaki dengan tetap mendiami rumah-rumah mereka. Jika mereka keluar pun, mereka akan keluar atas alasan yang syar’i dalam keadaan yang terjaga serta ditemani oleh mahram mereka.

Di antara sebab wanita dibenarkan keluar adalah seperti untuk solat berjama’ah, menuntut ilmu agama, dan beberapa yang lainnya yang diperlukan selagi mana berada dalam keadaan aman dari fitnah, mendapat izin dari wali atau suami, dan setelah hak-hak suami dan anak-anak ditunaikan dengan sempurna. Jika mereka keluar, diwajibkan pula untuk mendapat pengawasan atau ditemani oleh mahram, bebas dari ikhtilath, dan berpakaian dengan pakaian yang syar’i (menututp aurat).

Walaupun wanita dibenarkan untuk solat berjama’ah di masjid bersama dengan yang lainnya, Rasulullah SAW tetap menegaskan bahawa solat terbaik bagi kaum wanita adalah di rumah mereka masing-masing.Untuk ke masjid pula,Rasulullah SAW menyediakan pintu khas untuk para wanita bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki.Dalam solat,Islam mengasingkan pula saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan.Nabi SAW bersabda:

Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/435, no. 664)

Manakala ketika tamat sahaja solat (sebaik salam diucapkan), kaum wanita perlu segera beredar. Manakala kaum lelaki, mereka beranjak setelah para wanita selesai keluar terlebih dahulu.

Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.ha (salah seorang isteri Nabi SAW). Beliau berkata:

Bahawasanya pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kaum wanita segera bergerak keluar (beredar) apabila mereka telah mengucapkan salam pada solat fardhu. Sementara itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kaum lelaki yang solat bersama-sama beliau tetap berada di tempat mereka bersesuaian dengan apa yang dikehendaki Allah. Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bangun, maka mereka pun ikut bangun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi majlis-majlis ilmu pula, Rasulullah SAW mengasingkan (memisahkan) di antara lelaki dengan wanita. Abu Sa’id al-Khudri r.hu menceritakan:

Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadis-hadis daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau.”

Rasulullah SAW pun menjawab:

Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini.”
Setelah itu,para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut,maka Rasulullah SAW menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepadanya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/284, no. 6766)

Namun agak sedih hari ini, fitnah ikhtilath amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam.
‘Aisyah r.ha(Ummul mukmin) sendiri pernah mengutarakan sesuatu apabila beberapa bentuk fitnah dari kalangan wanita mula berlaku. Beliau mengatakan:

Sekiranya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya beliau akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/378)

Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Hamzah B. Abu Usaid al-Anshari rah daripada bapanya, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah SAW berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan.Maka Rasulullah SAW pun bersabda kepada kaum wanita:

Hendaklah kamu melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan,sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya tersangkut pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding.”(HR Abu Daud,)

Bayangkanlah,wanita dizaman Nabi dan para sahabat pun mereka tetap bersembunyi dan mengelakkan diri dari khalayak kaum lelaki. Yang mana pada masa tersebut kita ketahui orang-orang yang teguh beriman amat ramai serta mendominasi pula masyarakat pada ketika itu.

Berbeza dgn zaman ini, lelaki yang tegar beriman semakin kurang. Yang beriman tetapi lemah pun ramai. Lelaki-lelaki fasiq dan suka mengambil kesempatan pula yang banyak berkeliaran. Yang kafir juga tidak kurang ramainya.

Maka, sepatutnya kaum wanita beriman pada hari ini wajib lebih berhati-hati dan perlu memiliki rasa malu yang tinggi dari menjadi tatapan lelaki-lelaki asing di luar. Apatah lagi khabar-khabar fitnah dan jenayah yang mengaitkan wanita dalam masyarakat hari ini begitu banyak sekali.

Semoga kita semua tidak menjadi fitnah di antara satu sama lain sebagaimana dikhabarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya:

Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim –Muttafaq ‘alaih)

Saidina ‘Ali r.hu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah r.ha:
Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?”Fathimah menjawab:“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,m/s.171-172)

Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan.Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikitpun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah SWT bagi diri-diri mereka.Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seorang wanita telah mendirikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, “Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadis hasan lighairihi)

Monday, August 8, 2011

Ramadhan mereka


                        Tiada juadah ini ketika berpuasa di India tahun lepas,

Allah Swt telah memuliakan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Qur’an al-‘Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya:

“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Tadarus al-Qur'an

Bertepatan dengan turunnya al-Qur’an di bulan Ramadhan, para ulama turut menamakan bulan ini sebagai bulan al-Qur’an. Bulan di mana umat Islam disunnahkan supaya menyibukkan diri dengan al-Qur’an. Iaitu menyibukkan diri dengan bertadarus atau mentadabburinya.
Maksud tadarus di sini adalah merujuk kepada membaca, mengulangkaji, mengajar, atau menyemak bacaan al-Qur’an.

Abdullah B. ‘Abbas .huma berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang yang paling dermawan. Beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan di ketika Jibril ‘alaihis Salam datang menemui beliau. Jibril ‘alaihis Salam selalu mendatangi beliau pada setiap malam bulan Ramadhan untuk membaca, mengajar, dan menyemak bacaan al-Qur’an bersama beliau. Ketika waktu tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih dermawan dari hembusan angin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/7, no.5)

Di antara faedah yang dapat diambil dari hadis ini adalah sebagaimana kata Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H):

Anjuran supaya memperbanyakkan bacaan al-Qur’an pada bulan Ramadhan. Kerana membaca al-Qur’an itu lebih utama dari zikir-zikir selainnya. Sekiranya zikir itu lebih utama atau sama nilai keutamaannya tentu Malaikat Jibril dan Rasulullah telah melakukannya (pada bulan Ramadhan).” (Fathul Bari, 1/31)

Para ulama dari kalangan Salaf ash-Sholeh lebih banyak membaca al-Qur’an sama ada dalam solat atau di luar solat ketika bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan selainnya. Ada di antara mereka yang mengkhatam al-Qur’an setiap dua malam sekali pada bulan Ramadhan seperti al-Aswad rah, ada yang mengkhatam setiap minggu seperti Imam Qotadah rah, dan ada pula yang mengkhatam setiap malam seperti Imam Mujahid rah. Malah menurut ar-Rabi’ B. Sulaiman rah,Imam asy-Syafi’i rah mengkhatamkan al-Qur’an sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan. (Siyar A’lam an-Nubala’, 10/36)

Tarawekh sampai subuh 

Ketika era pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.hu,Saa’ib B. Yazid rah menyatakan bahawa ‘Umar pernah memerintahkan ‘Ubai B. Ka’ab r.hu dan Tamim ad-Daari r.hu mengimami umat Islam solat tarawih dengan sebelas rakaat. Beliau menyatakan:

Pada ketika itu, seorang qari (imam) biasanya akan membaca ratusan ayat sehingga kami terpaksa bersandar kepada tongkat kami kerana terlalu lamanya berdiri. Kami bersurai (selesai solat) hanya ketika hampir-hampir masuk Subuh (fajar).” (Hadis Riwayat Malik, al-Muwaththa’, 1/341, no. 232. Dinilai sahih oleh al-Albani, Irwa’ al-Ghalil, 2/192)

Demikian juga ketika zaman Rasulullah Saw,sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan at-Tirmidzi, Rasulullah Saw pernah mengimami solat tarawih di bulan Ramadhan dengan bacaan al-Qur’an yang cukup panjang (atau banyak). Ia berlangsung satu malam suntuk sehingga para sahabat risau tidak sempat untuk bersahur. Dalam riwayat yang lain dinyatakan Rasulullah pernah mengimami solat tarawih dalam satu malam dengan membacakan surah al-Baqarah, Ali ‘Imran, an-Nisaa’, al-Ma’idah, dan al-An’am. (Rujuk: al-Albani, Sholatut Tarawih, m/s. 12)

Hal ini semua menunjukkan bahawa memperbanyakkan membaca al-Qur’an di bulan Ramadhan adalah salah satu sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para sahabat, dan para Salaf ash-Sholeh. Sunnah membaca ini bukan hanya sekadar membaca dan mengkhatamkan, tetapi perlu dengan penghayatan, kefahaman,serta mempelajarinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman (dengan sempurna) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Surah al-Anfaal, 8: 2)

Amalan kita macam mana bro?????

Monday, August 1, 2011

Berziarah/berjaulah dengan yakin


                                               gambar jemaah jalan kaki

Abu Sa’id al-Khudri r.hu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Saw bersabda:

Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.

Maka mereka (para sahabat r.hum) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi Saw menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”

Nabi Saw menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285)

Penjelasan dari hadith ini.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, “Nabi Saw menyebutkan “menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135)

Imam an-Nawawi rahimahullah pula menjelaskan, “Nabi Saw telah mengisyaratkan tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas.

Dan di antara bentuk mengganggu (atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Syarah Shahih Muslim, 14/120)

Melalui hadis di atas berserta penjelasannya oleh dua ulama tersebut sepatutnya kita semua dapat mengambil iktibar. Jika duduk-duduk pun ditegur oleh Nabi Saw,maka apatah lagi dengan melakukan perkara yang sia-sia.Jika amalan ziarah/jaulah (ghast) masih lagi dipertikai,maka mereka seharusnya memikir dan merenung kembali sabdaan Nabi Saw ini iaitu yang kesemuanya akan di perhidup dan di amalkan ketika kita keluar berziarah/berjaulah/ghast kerana maksud agama.


Pesanan penaja : Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak,teringat penulis ketika menyambutnya di India tahun lepas..pergh..
: Doakan penulis agar diberi kesempatan khidmat Di masjid Sri petaling 10 yg kedua ramadhan ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini