SOALAN:
Saya ada membaca beberapa fatwa oleh pihak Samahah Tuan (Mufti) di mana anda menggalakkan para penuntut ilmu untuk keluar bersama Jamaah Tabligh, segala puji bagi ALLAH kami telah keluar bersama mereka dan kami mendapat banyak faedah akan tetapi wahai Syaikh ku yang utama, saya mendapati terdapat amalan-amalan (yang dilakukan oleh mereka) tidak terdapat dalam Kitab ALLAH dan Sunnah Rasul sallallahu 'alai wa sallam seperti:
1- Membuat halaqah dalam masjid yang terdiri dari dua orang atau lebih kemudian saling mengingati 10 surah terakhir daripada al-Quran dan berterusan melakukannya dengan cara ini setiap kali kami keluar padanya.
2- Iktikaf pada hari Khamis secara berterusan.
3- Menghadkan hari-hari tertentu untuk keluar iaitu: 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun, dan 4 bulan dalam seumur hidup.
4- Membaca Doa beramai-ramai secara berterusan setiap kali selepas Bayan.
Maka bagaimanakah wahai Syaikh ku yang utama, jika saya keluar bersama Jamaah ini saya perlu melakukan amalan-amalan ini sedangkan ianya tidak warid dalam Kitab ALLAH dan tidak pula dalam Sunnah Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam? Dalam keadaan diketahui wahai Syaikh ku yang utama bahawa sukar untuk mengubah manhaj (mereka) ini dan ini adalah cara mereka maka kami berharap diberi penjelasan.
JAWAPAN:
Apa yang anda sebutkan berkenaan amalan-amalan Jamaah ini semuanya adalah BIDAAH maka TIDAK BOLEH menyertai mereka sehinggalah mereka melazimi Manhaj al-Kitab dan al-Sunnah dan meninggalkan bidaah-bidaah dalam perkataan-perkataan mereka, amalan-amalan mereka, dan akidah mereka.
وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.
Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi.
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz – Ketua
Abdullah bin Ghudian – Ahli
Soleh al-Fauzan – Ahli
Abdul Aziz Al Syeikh – Ahli
Bakr Abu Zaid – Ahli
[Sumber: Fatwa Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, Majmu'ah (Himpunan) Kedua, Jil 2, m.s 45-46, No. Fatwa: 17776].
JAWAPAN BAGI KEKELIRUAN DI ATAS
1.Pembacaan 10 surah di dalam halaqah pula biasa disebut halaqah tajwid. Ketika ini ditekankan penyebutan makhraj , tajwid yg betul. Pembacaan quran biasanya 10 surah mulai al-fatihah, al-Fil hingga ke surah Annas kerana kekangan masa. Tidak pula disyaratkan 10 surah itu sahaja. Bagi orang alim dan hafiz @ bergantung pada siapa yg mengetuai halaqah tersebut. bacaan quran adalah mengikut keadaan dan situasi samada mahu baca mana2 surah pun di dalam al-Quran. Peserta halqah pula akan ditarghib untuk meneruskannya belajar dgn ustaz di tempat tinggal masing2.
2. Iktikaf pada hari Khamis secara berterusan
Mungkin yang dimaksudkan beliau ialah himpunan pada malam markas kerana pada malam itulah majlis ilmu berkenaan akidah dan bayan penerangan untuk memujuk manusia supaya manusia khuruj diadakan secara berterusan. Dan mereka akan beri’tikaf pada malam itu kerana menunggu satu lagi majlis ilmu yang akan diadakan selepas subuh. Mengatakan i’tikaf berterusan setiap khamis tidaklah tepat kerana di setiap tempat di mana diadakan malam perhimpunan untuk majlis ilmu dan bayannya berbeza-beza mengikut tempat. Jadi menisbahkan i’tikaf khusus hanya pada hari Khamis tidaklah tepat. Contohnya, di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, yang mana cuti hari minggunya hari Sabtu dan Ahad, perhimpunan akan diadakan pada hari Sabtu malam Ahad. Sementara di mana negeri yg cuti pada Jumaat dan Sabtu, perhimpunan akan diadakan pada Khamis malam jumaat seperti Kelantan, Terengganu dll. Itu baru Malaysia belum di negara-negara lain.
Malah beri’tikaf di masjid adalah sunnah yg sangat dituntut, tiada apa masalah kecuali bagi orang yg mengingkari sunnah Rasulullah SAW.
3.Mengehadkan hari-hari tertentu untuk keluar iaitu: 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam setahun, dan 4 bulan dalam seumur hidup.
Sebenarnya bukan mengehadkan masa kerana di tempat lain seperti di Pakistan dan India yg usaha sudah maju, mereka ditasykil khuruj 2 bulan, 7 bulan, 9 bulan dan 1 tahun. Sementara di Malaysia pula kebiasaannya ditasykil khuruj selama 3h peringkat mohala, 40h, 2 bulan, dan sekarang bukan lagi 4 bulan seumur hidup tapi ditarghib khuruj 4 bulan setiap tahun, 1 tahun untuk orang alim. Bagi yang tidak mampu boleh buat usaha dakwah tempatan sahaja di mohala masing2. tiada unsur pemaksaan @ kemestian, cuma mereka ditarghib untuk mengorbankan masa di jalan Allah.
Niat khuruj atas maksud belajar mengamalkan sunnah dan tazkiah. Mereka menganggap sepanjang waktu khuruj sebagai medan belajar untuk mengamalkan amalan-amalan sunnah. Mereka ditarghib untuk menghidupkan amalan-amalan ijtimai semasa khuruj seperti solat berjemaah, pembacaan hadis2 kelebihan, pada malamnya dibacakan hayatus sahabah, makan berjemaah, jaulah secara berjemaah pada pada sebilang masa. Mereka juga ditarghib melakukan amalan infradi(individu) seperti zikir sebanyak2nya (sekurangnya tasbih 100x , tahmid 100x , takbir 100x, tahlil 100x dan istighfar 100x setiap pagi dan petang), tilawah quran sekurang2nya satu juzuk sehari beserta surah lazim seperti Al-Mulk, Surah Sejadah,yasin, Ar-Rahman, al-waqiah pada setiap malam sebelum tidur, baca dan hafal doa2 masnun(sunnah), juga dakwah secara infradi (individu) dan muzakarah iman sesama mereka. SEMUA INI DITARGHIB AGAR DILAKUKAN SEPANJANG KHURUJ SUPAYA TERBIASA DAN MENJADI SATU TABIAT SERTA DAPAT MENERUSKANNYA APABILA PULANG MOHALA NANTI.
Semua ini atas maksud latihan. Sebab itu usaha ini jadi mudah kerana niat belajar. Apabila berjumpa ustaz @ ulamak mereka diajar menghormatinya dgn meminta doa @memberi hadiah @ belajar drp mereka kecuali jika mereka tidak mengenalinya. Mereka dilatih bercakap atas perkara yg mereka tahu sahaja tidak lebih dari itu. Mereka dilarang bercakap selain perkara2 yg tidak penting @ yang boleh menyebabkan permusuhan dan perbalahan seperti perkara-perkara khilafiyyah dan politik kerana orang yang khuruj adalah dari pelbagai latar belakang termasuk berbeza mazhab dan fahaman politiknya.
Semasa jaulah ijtima’i, ketika berjumpa seseorang mereka mulai dgn salam, senyuman, bersangka baik, taaruf jemaah, memuliakan mereka dgn kata2 seperti kerana iman di dalam hati mereka jadi mulia di sisi Allah. Orang yg mendengar akan rasa rasa sejuk. Kemudian mereka akan didakwahkan berkenaan tauhid ( sekurang2nya dgn kalimah seperti Allah Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Pemberi Rezeki dll dan menafikan makhluk seperti makhluk lemah dan tidak mampu berbuat apa2 ) cara percakapan semuanya terpulang kepada ilmu masing2. Mereka akan tasykil (ajak) dgn lembut orang tersebut ke masjid agar dakwah dan muzakarah dapat diteruskan. Khuruj mereka adalah berdasarkan kemampuan masa dan wang. Kalau nak dibanding pengorbanan dan masa nabi dan sahabat bagi masa untuk agama jauh sekali. Sahabat nabi tidak dikhususkan masa khuruj kerana mereka buat berdasarkan maksud misi dakwah tercapai @ tidak. Sedangkan kita tidak mampu berbuat begitu. Bagi sedikit masa untuk khuruj pun dah dikira baik. Jadi kalau ada yang mahu khuruj sebulan, ada yg khuruj seminggu dan macam2 lagi , pengurusan utk gerakkan jemaah akan jadi susah. Macam belajar utk dapatkan ijazah, master dan PHD juga ada unsur pengehadan masa tapi mengapa kita tidak bising sedangkan hadis supaya belajar ilmu tidak dikhususkan waktunya dan proses belajar pula berjalan sepanjang hayat.
4.Membaca Doa beramai-ramai secara berterusan setiap kali selepas Bayan.
Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah memperkenankan doa mereka.
Telah berkata al-Hafiz al-Haitami di dalam majma’ az-Zawaid perawi-perawi hadis ini ialah perawi sahih kecuali Ibn Lahi’ah. Dan Hadis ini adalah hadis hasan”. Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menyatakan ketika buat ‘Ta’liq’(catatan ringkas) berkenaan hadis ini, berbunyi: ” Sesungguhnya Al-Allamah Al-Kanawi menukilkan sebagaimana pada mensahihkan hadis ini(yakni Al-hakim mensahihkan hadis ini atas syarat2 Muslim) drp Al-Hakim dlm kitab beliau(Al-Allamah Al-Kanawi) bertajuk ‘Sibahatul Fikr’. Imam Shaukani menyebut dlm kitab ‘ Tuhfatul Zakirin’ : Bahawa Al-Hakim berkata pada hadis ini: Hadis ini sahih sanadnya.”
Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menghuraikan lagi: “Perawi yg meriwayatkan drp Ibn Lahi’ah pada hadis ini adalah Abdullah bin Yazid Abu Abdi Rahman Al-Muqri. Beliau adalah salah seorang drp mereka yg bernama Abdullah yg diambil kira periwayatannya, lagi terlebih adil dan terlebih kuat.”.
Oleh itu,Hadis ini adalah hadis Sahih di atas syarat Imam muslim sbagimana kata Al-Hakim, bukannya hadis daif….
kesimpulanku :
Sesungguhnya pengeluaran fatwa ini adalah tidak cermat dan kurang berhati-hati serta berdasarkan maklumat yang tidak lengkap. Menghukum sesuatu jemaah yang bilangannya mencecah jutaan orang, mengandungi ribuan ulamak yang berada di seluruh dunia sebagai ahlu bid’ah, sesat, penyembah kubur dan sebagainya memerlukan maklumat yang jauh lebih banyak dan mengambil masa yang begitu lama.
Siapa saja yang mengakui bahwa semua pendapat para ulama mujtahid dalam suatu masalah adalah benar dan setiap mujtahid itu benar, maka berarti dia telah mengucapkan kaidah yang tidak memiliki dalil, baik dari Al-Qur’an, As-Sunnah atau ijma para sahabat serta tidak dapat diterima oleh akal sehat.
Apatah lagi jika sesuatu fatwa itu dikeluarkan hanya oleh seorang dua ulamak @ mufti. Sedangkan begitu ramai ulamak dan mufti-mufti di seluruh dunia tidak pula berfatwa begitu. Sesuatu fatwa yang dikeluarkan secara gharib tidak boleh dinggap jamhur ulamak.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Apabila seorang hakim memberi keputusan, lalu ia berijtihad, kemudian ia benar maka baginya dua pahala, dan jika ia memberi keputusan, lalu ia berijtihad kemudian salah, maka baginya satu pahala” [HR Bukhari dan Muslim]
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan bahwa tidaklah setiap orang yang berijtihad dapat mencapai kebenaran. Tetapi selama ia berdalil dan bertaqwa kepada Allah sesuai dengan kesanggupannya, maka itulah yang Allah bebankan kepadanya. Allah tidak akan menghukumnya apabila ia salah. Ancaman dan hukuman itu baru berlaku bagi orang yang meninggalkan perintah dan melanggar larangan setelah tegak hujjah kepadanya. [3]. Ijtihad yang salah ini tidak boleh diikuti apabila kita mengetahui mana yang benar dan mana yang salah. [4]. Karena kita dituntut untuk mengikuti dalil, bukan mengikuti manusia.
Syaikhul Islam rahimahullah berkata, “Tidak boleh bagi seseorang untuk berhujjah dengan ucapan seseorang dalam masalah perselisihan, karena sesungguhnya hujjah adalah nash dan ijma’, serta dalil yang diambil istimbathnya dari hal tersebut. Pengutamaannya ditentukan dengan dalil-dalil syari’at, bukan dengan ucapan sebagian ulama. Karena sesungguhnya ucapan para ulama itu baru menjadi hujjah disebabkan adanya dalil-dalil syariat. Ucapan para ulama tersebut tidak dapat mengalahkan dalil-dalil syari’at…[5].
Perlu diingat bahwa kita wajib menghormati dan mencintai para ulama [6] meskipun ijitihad mereka ada yang salah, atau ada di antara ijtihad mereka ada yang kita yakini sebagai perbuatan bid’ah (setelah diadakan penelitian berdasarkan kaidah-kaidah ilmiyyah dan kriteria-kriteria secara ilmu ushul). Tetapi tidak boleh kita menuduhnya sebagai ahli bid’ah kecuali setelah jelas bagi kita bahwa hujjah telah ditegakkan atas mereka dan mereka tetap mengikuti hawa nafsunya.
Wallahu wa rasulu a'lam..
.
Supaya lebih adil saya sertakan juga fatwa-fatwa mufti di negara-negara lain:
Fatwa Ulama 1:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
Istilah, 'Tashkil' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangka masa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dan sebagainya.
Jangka masa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dan sebagainya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Syariah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Syariah.
Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Syariah.. Dan Allah Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)
Fatwa 2 :
Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.
Kami katakan:
Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redha Allah s.w.t, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan.
Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka.
Padahal Rasulullah s.a.w bersabda, “Sepetang atau sepagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya.
Juga sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.”
Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah s.a.w mengirimkan Mu'az r.a ke Yaman bersendirian saja dan tidak berjemaah.
Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengirimkan Mu'az r.a sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary r.a bersamanya. Baginda s.a.w bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian menyusahkan. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.”
Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash r.huma. Bersama mereka baginda s.a.w mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta'lim dan memutuskan perkara diantara manusia.
Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakan sebagai Bidaah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)?
Alhamdulillah.
Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh
Fatwa 3:
Abu Abil Hasan (bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan) menulis:
Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Anbiya. Dan inilah juga usaha yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita.
Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).
Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar seumur hidup.
Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith, para Ulama’ dan masyaikh di dalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak terkandung didalam Al-Qur’an dan hadith.
Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan pandangan Ulama’ betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.
1. Hikmah keluar tiga hari
i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk di dalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi s.a.w orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid.
Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabawi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain.
Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah s.a.w telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabawi dan bertemu dengan baginda Rasulullah s.a.w dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya.
ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah s.a.w atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:
• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan.
Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan?
Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah s.a.w bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam.Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah s.a.w telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut:
Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.
iii. Hadzrat Zakaria a.s seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah s.w.t mahu mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah s.w.t menjawab sebagaimana didalam Al-Qur’an:
Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41)
Para mufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria a.s ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Pada masa itu Allah s.w.t telah memerintahkan Hadzrat Zakaria a.s supaya berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk menambah penghampirannya kepada Allah.
Daripada ayat ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat dan lebih hampir kepada Allah s.w.t.
Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri sendiri.
(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 – 266)
Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari
Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan Musa a.s supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an.
Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)
Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah s.w.t menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa a.s untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam.
Didalam hadith baginda s.a.w banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a beliau berkata daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)
Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama 40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul u-la akan mendapat dua jaminan. Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.
Hazdrat Abdullah bin Abbas r.a berkata dihari kematian anak lelakinya, "lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar". Hambanya berkata orang ramai telah berkumpul. “Adakah telah cukup empat puluh orang?” Mereka menjawab “Ya, telah cukup”. Abdullah bin Abbas r.a berkata “hadirilah sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda s.a.w bersabda mana-mana orang Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti diterima”.
Dalam hadith yang lain baginda s.a.w bersabda:
“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.
Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40 hari sudah pasti amalan ini akan terus dilakukan ketika berada di rumah atau dikampungnya.
Daripada hadith-hadith dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ di dalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.
____________________________________________________
Sumber rujukan:
[1]. Iqtida As-Shirat Al-Mustaqim, Ibnu Taimiyah rahimahullah juz I hal. 132-137, terdapat penjelasan mengenai Ikhtilaf tadladl dan ikhtilaf tanawwu.
[2]. Shahih Bukhari, kitab Al-I’tisham, bab Ajrul Hakim Idzaj Tahada fa AShaba au Akhtha’a, hadits no. 7352, juz 8 hal. 198, lihat Fathul Bari hal.257 Muslim, kitab Al-Aqdliyah, bab Bayan Ajril Hakim, no. 1716
[3]. Lihat Majmu Fatawa juz 19, hal. 213, 216, 217,227
[4]. Iqtidla As-Sirathil mustaqim, hal. 268
[5]. Majmu Fatawa, juz 26 hal. 202
[6]. Raf’ul Malam An-Aimmatil A’lam, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah