Ikuti Blog Ini

Tuesday, November 2, 2010

Kenangan bersama Maulana Saad Al-Kandahlawi

Gambar pelajar-pelajar di satu madrasah (tempat tashkil)

Selepas lama tidak mengemaskini blog ini kerana penulis dalam safar ke negara India selama 4 bulan.Maka selama tempoh itu,penulis tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini,tambahan pula capaian internet yang agak tidak memuaskan.Setelah lebih 4 bulan penulis di Negara India,maka segala pengalaman penulis di negara India,akan penulis cerita/karkhuzarikan disini.

Penulis sampai di markaz Masjid Bangla-wali di Nizhamuddin ,New Delhi,tempat yang begitu popular bagi mereka yang ingin belajar tertib dakwah & tabligh di sini.Penulis sampai dan terus dibawa ke kaunter istiqbal dan di daftarkan atas nama jemaah dari Malaysia.Selepas segala urusan selesai,penulis telah ditunjukan tempat tidur ruang atas di tingkat 4 Masjid Bangla-wali.Rata-ratanya,ruang tidur di masjid ini telah di penuhi dengan orang arab dan mengikut rekod kaunter istiqbal yang penulis jumpa,rekod kehadiran paling ramai sekali adalah dari negara Arab Saudi dan rata-ratanya dari dua kota suci umat Islam,iaitu Mekah dan Madinah.Merekalah yang telah memunuhi ruang tidur di masjid ini yang mana satu ketika dahulunya di kuasai oleh jemaah dari negara-negara asia tenggara .Sementara itu,sebelum bertolak lagi,penulis sudah memasang impian untuk berjumpa dengan Hazrat Syeikh Ad-Da’iyah Maulana Muhammad Saad Al-Kandahlawi,kerana penulis telah diperdengarkan tentang kealimannya dan kerisauannya terhadap keadaan agama pada hari ini.


Ketika penulis sampai di masjid Bangla-wali ini,ketika itu merupakan malam Sabghuzari (markaz) di sana.Penulis terus mengambil bahagian dalam program masjid ini.Penulis juga berkesempatan bersolat Isyak berimamkan Hazrat Syeikh yang juga merupakan imam tetap di masjid ini,alangkah gembiranya penulis,inilah kali pertama penulis solat berimamkan Hazrat Syeikh,seorang ulama yang disegani dan juga merupakan Faisala(pembuat keputusan) dalam usaha Dakwah dan Tabligh di seluruh dunia. Ketika bacaan hayatus Sahabah oleh Hazrat Syeikh Maulana Saad ,penulis terus bergerak menuju ke dewan solat utama masjid bagi melihat sendiri Hazrat Syeikh Maulana Saad di depan mata penulis,walaupun dihimpit dengan ratusan jemaah solat yang lain,yang rata-rata terdiri daripada orang tempatan,tetapi dengan sikap ikram dan sifat mereka yang mudah memuliakan tetamu,penulis diberi kesempatan untuk berada di hadapan Hazrat Syeikh Maulana Saad yang ketika itu baru hendak memulakan bacaan kitab Hayatus Sahabah.Hal ini merupakan pengalaman yang pertama penulis diberi kesempatan oleh Allah untuk duduk di depan Hazrat Syeikh Maulana secara “face to face”.Penulis yang pada ketika itu,duduk dalam keadaan tashayud akhir duduk berhadapan dengan Hazrat Syeikh yang duduk dalam keadaan bersila di atas pentas setinggi lutut penulis.Sebelum itu,penulis sudah mempunyai pengalaman berada dihadapan Hazrat Syeikh ketika penulis menghadiri Ijtimak Malaysia 2009 tetapi ketika itu Hazrat Syeikh berada di atas pentas dan penulis di bawah.

Sekali,Hazrat Syeikh akan memandang ke kiri dan ke kanan apabila mula mensyarahkan kitab ini.Hanya Allah yang tahu betapa,betapa gembira dan perasaan ini bercampur baur apabila Hazrat Syeikh sesekali memerhatikan dengan senyuman yang menampakkan giginya kepada penulis ketika mensyarahkan kitab ini ke dalam bahasa Urdu.Penulis sesekali cuba membalas renungan Hazrat Syeikh,masyaAllah,memang terserlah nur daripada wajah Hazrat Syeikh.Penulis cuba memerhatikan wajah Hazrat Syeikh dan didapati ada bekas kehitaman di bawah mata Hazrat Syeikh ,yang mana penulis mendapat maklumat dari orang tempatan,bahawa Hazrat Syeikh memang amat sedikit tidur kerana kerisauan dan kebimbangannya terhadap umat.Sesekali penulis memerhatikan wajah Hazrat Syeikh yang mana wajah Hazrat Syeikh dipenuhi dengan jambang yang berwarna kehitaman serta beberapa helai janggutnya kelihatan keputihan.Penulis juga melihat pakaian Hazrat Syeikh yang kemas berkurta putih..Di kiri dan kanan penulis terdiri daripada elders yang penulis kurang kenali tetapi setelah diberitahu oleh orang tempatan,rupanya penulis telah duduk ditepi Mieji Azimut,seorang “buzruk”dari Mewat sezaman Maulana Ilyaas.Beliau bergerak menggunakan kerusi roda tetapi apabila menunaikan solat,beliau akan bangun berdiri.

Penulis sekali lagi berkesempatan mengikuti bayan Suboh yang disampaikan oleh Hazrat Syeikh,masyallah,padat dan mendalam bayan yang disampaikannya sehingga menyukarkan proses penterjemaahan kerana kalau diperhatikan daripada ucapan beliau menunjukan kerisauan Hazrat Syeikh yang begitu ketara sekali terhadap umat.Penulis pernah mendengar sendiri daripada juru penterjemah bagaimana kata-kata Hazrat Syeikh yang selalu mengeluarkan kenyataan “saya tidak tahu lagi bagaimana hendak menerangkan kepada tuan-tuan”.Sekali Hazrat Syeikh pernah menerangkan berkaitan kalimah Toiyibah dan pengertian zikir selama 4 jam selepas solat Suboh dalam bayanya.Hazrat Syeikh sekali pernah mengeluh dan merengus panjang apabila orang banyak bertama tentang kesalahpahaman umat Islam berkaitan dakwah kepada non-Muslim yang mana segala pensoalan ini telah dijawab oleh Hazrat Syeikh dengan begitu details beserta dalil daripada Al-quran dan Al-Hadith.Apabila penulis merenung diri penulis,penulis terfikir,sampai bila penulis akan diberi sedikit kerisauan terhadap keadaan agama seperti Hazrat Syeikh.Segala ucapan beliau,penulis telah rakam dan catitkan di diari peribadi penulis.Ketinggian ilmu dan kewarakan Hazrat Syeikh dapat dibuktikan apabila setiap ucapan beliau akan di catit oleh elders-elders yang lain.

Satu pagi, ketika penulis berjalan-jalan di sekitar dewan utama solat di dalam masjid,penulis melihat ramai orang bertengek di tepi pintu rumah Hazrat Syeikh dan penulis diberitahu,rupa2nya itu merupakan amalan mesyuarat harian di masjid itu,dan penulis melihat sendiri,bagaimana keadaan suasana kerohanian yang penulis dapat rasakan ketika penulis menghampiri tempat tersebut.Penulis berdoa di dalam hati,semoga Allah mengambulkan impian penulis berjumpa dan bermusafaha dengan Hazrat Syeikh.

Apabila penulis pulang daripada tashkil pertama di Shaharanpur,Uttar Pradesh,salah seorang daripada ahli jemaah penulis sakit dan meninggal di atas bahu penulis dalam kereta ketika perjalanan ke hospital,dan cerita mengenainya akan penulis ceritakan di entry yang akan datang.Apabila berita kematian rakan penulis di hebahkan di Markaz Masjid Bangla-wali,maka suasana riuh rendah dan kesedihan bercampur.Ketika urusan pemandian dan pengkafanan telah di uruskan oleh orang tempatan dengan pemerhatian daripada alim-ulamak dari Malaysia yang berada di Masjid ini.Oleh kerana penulis yang menjadi saksi kematian Jemaah Malaysia ini,penulis telah di jemput oleh Hazrat Syeikh untuk menceritakan sendiri saat kesakitan yang menjadi asbab kematian ahli jemaah penulis di hadapan Hazrat Syeikh di dalam mesyuarat harian yang berlangsung di bilik Hazrat Syeikh di tepi dewan utama solat.Betapa gembira dan terharunya,penulis,akhirnya Allah mengabulkan doa penulis untuk bertemu dan seterusnya bermusafaha dengan Hazrat Syeikh dengan menjadikan asbab kematian rakan penulis sebagai asbabnya.Penulis mula mencerita rentetan saat kematian rakan penulis di hadapan Hazrat Syeikh serta dihadapan elders yang lain seperti Maulana Zubair,Maulana Ibrahim,Maulana Ahmad Lat dan ramai lagi sambil cerita/karkhuzari penulis telah diterjemah oleh seorang ustaz dari Madrasah Kubang Bujuk yang berkhidmat disini dalam tempoh 2 bulan.Semua elders ini termasuk Hazrat Syeikh memberi perhatian kepada penulis dan menambah lagi ketakutan dan terharu di hati penulis,kerana penulis yang penuh dengan dosa ini berhadapan dengan ulama-ulama yang penulis anggap seperti wali-wali Allah di zaman ini.Kenangan manis ini,penulis akan ingat sampai ke akhir hayat penulis.InsyaAllah.

Sepanjang penulis berada di India,penulis berkesempatan bermusafaha dengan Hazrat Syeikh sebanyak 7 kali dan kebanyakanya di lakukan ketika perjumpaan bersama Hazrat Syeikh selepas doa bacaan yasin selepas solat maghrib di Masjid Bangla-wali.Segala kenangan penulis bersama Hazrat Syeikh akan penulis simpan di ingatan penulis sepanjang hayat penulis dan kesempatan penulis untuk bersalam dengan anak-anak lelaki Hazrat Syeikh yang terdiri Muhammad Yusof,Muhamad Ilyaas juga merupakan kenangan yang begitu sukar untuk penulis kikis dalam ingatan ini kerana mungkin suatu hari nanti anak-anak Hazrat Syeikh akan mengikuti jejak langkah bapa mereka menjadi ulama besar dalam dunia Islam.Penulis mendapati banyak orang-orang Arab yang mana apabila bertemu dengan anak-anak Hazrat Syeikh,mereka akan memeluk dan mencium dahi anak-anak Hazrat Syeikh kerana ingin mengambil keberkahan kealiman daripada bapa mereka.

Perlu di ingat segala pujian penulis terhadap Hazrat Syeikh bukanlah mengambarkan penulis seorang yang fanatic terhadapnya,tetapi lebih merupakan pujian peribadi penulis yang ingin belajar untuk memuliakan ulama-ulama yang diketahui kebenarannya.Penulis menyifatkan kunjungan penulis ke Masjid ini dan bertemu dengan Hazrat Syeikh sedikit sebanyak telah mengubah persepsi penulis terhadap usaha dakwah yang berakah ini.

Penulis juga akan menerbitkan lagi cebisan kenangan penulis di benua Hindustan untuk tatapan pembaca sekalian.Jumpa lagi di aritkel yang akan datang.Penulis juga sedia menerima cadangan dan kritikan daripada pembaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini