Ikuti Blog Ini

Tuesday, November 2, 2010

Kenangan bersama Maulana Saad Al-Kandahlawi

Gambar pelajar-pelajar di satu madrasah (tempat tashkil)

Selepas lama tidak mengemaskini blog ini kerana penulis dalam safar ke negara India selama 4 bulan.Maka selama tempoh itu,penulis tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini,tambahan pula capaian internet yang agak tidak memuaskan.Setelah lebih 4 bulan penulis di Negara India,maka segala pengalaman penulis di negara India,akan penulis cerita/karkhuzarikan disini.

Penulis sampai di markaz Masjid Bangla-wali di Nizhamuddin ,New Delhi,tempat yang begitu popular bagi mereka yang ingin belajar tertib dakwah & tabligh di sini.Penulis sampai dan terus dibawa ke kaunter istiqbal dan di daftarkan atas nama jemaah dari Malaysia.Selepas segala urusan selesai,penulis telah ditunjukan tempat tidur ruang atas di tingkat 4 Masjid Bangla-wali.Rata-ratanya,ruang tidur di masjid ini telah di penuhi dengan orang arab dan mengikut rekod kaunter istiqbal yang penulis jumpa,rekod kehadiran paling ramai sekali adalah dari negara Arab Saudi dan rata-ratanya dari dua kota suci umat Islam,iaitu Mekah dan Madinah.Merekalah yang telah memunuhi ruang tidur di masjid ini yang mana satu ketika dahulunya di kuasai oleh jemaah dari negara-negara asia tenggara .Sementara itu,sebelum bertolak lagi,penulis sudah memasang impian untuk berjumpa dengan Hazrat Syeikh Ad-Da’iyah Maulana Muhammad Saad Al-Kandahlawi,kerana penulis telah diperdengarkan tentang kealimannya dan kerisauannya terhadap keadaan agama pada hari ini.


Ketika penulis sampai di masjid Bangla-wali ini,ketika itu merupakan malam Sabghuzari (markaz) di sana.Penulis terus mengambil bahagian dalam program masjid ini.Penulis juga berkesempatan bersolat Isyak berimamkan Hazrat Syeikh yang juga merupakan imam tetap di masjid ini,alangkah gembiranya penulis,inilah kali pertama penulis solat berimamkan Hazrat Syeikh,seorang ulama yang disegani dan juga merupakan Faisala(pembuat keputusan) dalam usaha Dakwah dan Tabligh di seluruh dunia. Ketika bacaan hayatus Sahabah oleh Hazrat Syeikh Maulana Saad ,penulis terus bergerak menuju ke dewan solat utama masjid bagi melihat sendiri Hazrat Syeikh Maulana Saad di depan mata penulis,walaupun dihimpit dengan ratusan jemaah solat yang lain,yang rata-rata terdiri daripada orang tempatan,tetapi dengan sikap ikram dan sifat mereka yang mudah memuliakan tetamu,penulis diberi kesempatan untuk berada di hadapan Hazrat Syeikh Maulana Saad yang ketika itu baru hendak memulakan bacaan kitab Hayatus Sahabah.Hal ini merupakan pengalaman yang pertama penulis diberi kesempatan oleh Allah untuk duduk di depan Hazrat Syeikh Maulana secara “face to face”.Penulis yang pada ketika itu,duduk dalam keadaan tashayud akhir duduk berhadapan dengan Hazrat Syeikh yang duduk dalam keadaan bersila di atas pentas setinggi lutut penulis.Sebelum itu,penulis sudah mempunyai pengalaman berada dihadapan Hazrat Syeikh ketika penulis menghadiri Ijtimak Malaysia 2009 tetapi ketika itu Hazrat Syeikh berada di atas pentas dan penulis di bawah.

Sekali,Hazrat Syeikh akan memandang ke kiri dan ke kanan apabila mula mensyarahkan kitab ini.Hanya Allah yang tahu betapa,betapa gembira dan perasaan ini bercampur baur apabila Hazrat Syeikh sesekali memerhatikan dengan senyuman yang menampakkan giginya kepada penulis ketika mensyarahkan kitab ini ke dalam bahasa Urdu.Penulis sesekali cuba membalas renungan Hazrat Syeikh,masyaAllah,memang terserlah nur daripada wajah Hazrat Syeikh.Penulis cuba memerhatikan wajah Hazrat Syeikh dan didapati ada bekas kehitaman di bawah mata Hazrat Syeikh ,yang mana penulis mendapat maklumat dari orang tempatan,bahawa Hazrat Syeikh memang amat sedikit tidur kerana kerisauan dan kebimbangannya terhadap umat.Sesekali penulis memerhatikan wajah Hazrat Syeikh yang mana wajah Hazrat Syeikh dipenuhi dengan jambang yang berwarna kehitaman serta beberapa helai janggutnya kelihatan keputihan.Penulis juga melihat pakaian Hazrat Syeikh yang kemas berkurta putih..Di kiri dan kanan penulis terdiri daripada elders yang penulis kurang kenali tetapi setelah diberitahu oleh orang tempatan,rupanya penulis telah duduk ditepi Mieji Azimut,seorang “buzruk”dari Mewat sezaman Maulana Ilyaas.Beliau bergerak menggunakan kerusi roda tetapi apabila menunaikan solat,beliau akan bangun berdiri.

Penulis sekali lagi berkesempatan mengikuti bayan Suboh yang disampaikan oleh Hazrat Syeikh,masyallah,padat dan mendalam bayan yang disampaikannya sehingga menyukarkan proses penterjemaahan kerana kalau diperhatikan daripada ucapan beliau menunjukan kerisauan Hazrat Syeikh yang begitu ketara sekali terhadap umat.Penulis pernah mendengar sendiri daripada juru penterjemah bagaimana kata-kata Hazrat Syeikh yang selalu mengeluarkan kenyataan “saya tidak tahu lagi bagaimana hendak menerangkan kepada tuan-tuan”.Sekali Hazrat Syeikh pernah menerangkan berkaitan kalimah Toiyibah dan pengertian zikir selama 4 jam selepas solat Suboh dalam bayanya.Hazrat Syeikh sekali pernah mengeluh dan merengus panjang apabila orang banyak bertama tentang kesalahpahaman umat Islam berkaitan dakwah kepada non-Muslim yang mana segala pensoalan ini telah dijawab oleh Hazrat Syeikh dengan begitu details beserta dalil daripada Al-quran dan Al-Hadith.Apabila penulis merenung diri penulis,penulis terfikir,sampai bila penulis akan diberi sedikit kerisauan terhadap keadaan agama seperti Hazrat Syeikh.Segala ucapan beliau,penulis telah rakam dan catitkan di diari peribadi penulis.Ketinggian ilmu dan kewarakan Hazrat Syeikh dapat dibuktikan apabila setiap ucapan beliau akan di catit oleh elders-elders yang lain.

Satu pagi, ketika penulis berjalan-jalan di sekitar dewan utama solat di dalam masjid,penulis melihat ramai orang bertengek di tepi pintu rumah Hazrat Syeikh dan penulis diberitahu,rupa2nya itu merupakan amalan mesyuarat harian di masjid itu,dan penulis melihat sendiri,bagaimana keadaan suasana kerohanian yang penulis dapat rasakan ketika penulis menghampiri tempat tersebut.Penulis berdoa di dalam hati,semoga Allah mengambulkan impian penulis berjumpa dan bermusafaha dengan Hazrat Syeikh.

Apabila penulis pulang daripada tashkil pertama di Shaharanpur,Uttar Pradesh,salah seorang daripada ahli jemaah penulis sakit dan meninggal di atas bahu penulis dalam kereta ketika perjalanan ke hospital,dan cerita mengenainya akan penulis ceritakan di entry yang akan datang.Apabila berita kematian rakan penulis di hebahkan di Markaz Masjid Bangla-wali,maka suasana riuh rendah dan kesedihan bercampur.Ketika urusan pemandian dan pengkafanan telah di uruskan oleh orang tempatan dengan pemerhatian daripada alim-ulamak dari Malaysia yang berada di Masjid ini.Oleh kerana penulis yang menjadi saksi kematian Jemaah Malaysia ini,penulis telah di jemput oleh Hazrat Syeikh untuk menceritakan sendiri saat kesakitan yang menjadi asbab kematian ahli jemaah penulis di hadapan Hazrat Syeikh di dalam mesyuarat harian yang berlangsung di bilik Hazrat Syeikh di tepi dewan utama solat.Betapa gembira dan terharunya,penulis,akhirnya Allah mengabulkan doa penulis untuk bertemu dan seterusnya bermusafaha dengan Hazrat Syeikh dengan menjadikan asbab kematian rakan penulis sebagai asbabnya.Penulis mula mencerita rentetan saat kematian rakan penulis di hadapan Hazrat Syeikh serta dihadapan elders yang lain seperti Maulana Zubair,Maulana Ibrahim,Maulana Ahmad Lat dan ramai lagi sambil cerita/karkhuzari penulis telah diterjemah oleh seorang ustaz dari Madrasah Kubang Bujuk yang berkhidmat disini dalam tempoh 2 bulan.Semua elders ini termasuk Hazrat Syeikh memberi perhatian kepada penulis dan menambah lagi ketakutan dan terharu di hati penulis,kerana penulis yang penuh dengan dosa ini berhadapan dengan ulama-ulama yang penulis anggap seperti wali-wali Allah di zaman ini.Kenangan manis ini,penulis akan ingat sampai ke akhir hayat penulis.InsyaAllah.

Sepanjang penulis berada di India,penulis berkesempatan bermusafaha dengan Hazrat Syeikh sebanyak 7 kali dan kebanyakanya di lakukan ketika perjumpaan bersama Hazrat Syeikh selepas doa bacaan yasin selepas solat maghrib di Masjid Bangla-wali.Segala kenangan penulis bersama Hazrat Syeikh akan penulis simpan di ingatan penulis sepanjang hayat penulis dan kesempatan penulis untuk bersalam dengan anak-anak lelaki Hazrat Syeikh yang terdiri Muhammad Yusof,Muhamad Ilyaas juga merupakan kenangan yang begitu sukar untuk penulis kikis dalam ingatan ini kerana mungkin suatu hari nanti anak-anak Hazrat Syeikh akan mengikuti jejak langkah bapa mereka menjadi ulama besar dalam dunia Islam.Penulis mendapati banyak orang-orang Arab yang mana apabila bertemu dengan anak-anak Hazrat Syeikh,mereka akan memeluk dan mencium dahi anak-anak Hazrat Syeikh kerana ingin mengambil keberkahan kealiman daripada bapa mereka.

Perlu di ingat segala pujian penulis terhadap Hazrat Syeikh bukanlah mengambarkan penulis seorang yang fanatic terhadapnya,tetapi lebih merupakan pujian peribadi penulis yang ingin belajar untuk memuliakan ulama-ulama yang diketahui kebenarannya.Penulis menyifatkan kunjungan penulis ke Masjid ini dan bertemu dengan Hazrat Syeikh sedikit sebanyak telah mengubah persepsi penulis terhadap usaha dakwah yang berakah ini.

Penulis juga akan menerbitkan lagi cebisan kenangan penulis di benua Hindustan untuk tatapan pembaca sekalian.Jumpa lagi di aritkel yang akan datang.Penulis juga sedia menerima cadangan dan kritikan daripada pembaca.

Thursday, May 20, 2010

Mati syahid..(pelajar UMT dan gambar)











KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)


Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam

Doa pada saya,ingin keluar 4 bulan IPB 18 JUN 2010

Saturday, May 15, 2010

Janggut oh janggut...(Bukan tok janggut)















Para ulama di Nusantara terlalu kurang memperkatakan secara telus dan serious persoalan hukum memelihara janggut dan jambang. Isu hukum berjanggut jarang atau hampir tidak pernah dibincang, sama ada di kuliah, di pengajian atau di tulisan-tulisan mereka. Kini persoalan ini menjadi satu fenomena yang tidak akan lenyap kerana ramai orang awam telah menyedari bahawa memelihara janggut adalah wajib, bukan sunnah. Tetapi ia dianggap remeh oleh sebahagian ulama, para ustaz dan guru agama lantaran mereka tidak berjanggut dan tidak berjambang. Sedangkan mencukur janggut haram hukumnya setelah terbukti banyak nas-nas (dalil dari hadis) yang mewajibkan berjanggut.

Tulisan ini merangkumi pendedahan hukum dan mesej tentang penegahan mencukur janggut berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama muktabar.

Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras. Ini menunjukkan kepada haramnya mencukur janggut.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa-sallam mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah! Menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq (dosa besar).
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah Azza wa-Jalla adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut. Termasuklah ustaz-ustaz. Tidak terkecuali yang bergelar ulama. Mereka tidak memperdulikan persoalan berjanggut sehingga disangka oleh orang-orang awam seolah-olah tidak ada kena-mengena dengan hukum syara’.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan (menuntut) setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Penjelasan tentang penegahan (membawa kepada pengharaman) mencukur janggut atau jambang akan dimuatkan di dalam tulisan ini.

JANGGUT dan pengertiannya...

Janggut, menurut al-Majid al-Fairuz Abadi penulis al-Qamus Muhith ialah: اَلْلِّحْيَةُ)) jika dikasrah (dibaris bawah) huruf lam (ل)adalah rambut yang tumbuh dikedua belah pipi dan dagu. (Lihat: Al-Kamus Muhith 4/387. Fairuz Abadi. Lihat: Fathul Bari, 10/350. Ibn Hajar. Dan Lihat: Tajul Urus. 10/323) Paras batasan janggut, dari rambut yang tumbuh di bawah bibir bersambung dengan rambut di dagu sehinggalah rambut yang tumbuh di bawah dagu. Luasnya pula dari rambut di kedua-dua pipi atau di wajah. Seluruhnya adalah janggut. (Lihat: Masaillul Lehyah. Hlm. 35)

Juga dinamakan janggut, ialah seluruh rambut di wajah yang tumbuh di seluruh dagu dan di bawah dua tulang dagu, di atas kedua belah pipi dan di kedua pelipis semua itu dinamakan janggut kecuali misai (kumis). Dan misai yang panjangnya melebihi bibir hendaklah dipotong kemas (dirapikan). (Lihat: Jauharus Sunnah FiI’faill Lehyah, hlm. 5. Lihat: Adabuz Zifaf, hlm. 120. al-Albani) Gaya misai melenting bukan ajaran Islam, tetapi ditiru dari Majusi.

HUKUM MENCUKUR JANGGUT & JAMBANG
Masih terlalu sedikit dari kalangan masyarakat Islam menyedari berkenaan tuntutan memelihara janggut dan sebaliknya tegahan (larangan) memotong atau mencukurnya. Kekeliruan tentang hukum mencukur janggut berlaku disebabkan terlalu jarang dari kalangan ulama yang mahu menyentuh atau memperkatakan secara serius isu yang berkaitan dengan hukum wajibnya memelihara janggut atau jambang dan adanya intervensi orang yang tidak berhak bercakap tentang persoalan ini.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelalaian fatwa tentang hukum mencukur janggut ini, apakah ini berpunca kerana terlalu ramainya para ulama yang mulut mereka terkunci lantaran mereka sendiri tidak berjanggut dan berjambang? Tidak mahu berjanggut? Malu menyimpan janggut kerana kelihatan tidak kacak (selekeh)? Atau tidak mahu memahami serta mengamalkan hadis-hadis sahih yang banyak memperkatakan dan menjelaskan tentang wajibnya memelihara janggut dan merapikan misai (kumis).

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan atau menghina para ulama yang memotong atau mencukur janggut mereka, tetapi tulisan ini sebagai nasihat dan peringatan agar mereka yang bergelar ulama mahu meneliti, mengkaji semula dan memahami semua hadis-hadis yang memperkatakan hukum janggut atau jambang dan janganlah hukum berkaitan dengan janggut diinterpertasikan dengan cara yang negatif.

Diharap para ulama yang telah mencukur janggut sudi mentaati setiap suruhan yang terdapat di hadis-hadis sahih yang mewajibkan memelihara janggut. Mereka sewajarnya mentaati hukum wajibnya berjanggut dan sentiasa komitmen tanpa banyak soalan atau alasan.

Janganlah khuatir, berjanggut tidak akan menghalang untuk mencapai dan memperolehi kemajuan yang diimpi dan dicita-citakan. Sama ada kemajuan duniawi atau ukhrawi walaupun ada yang menggambarkan berjanggut simbol kekolotan, selekeh, tidak smart dan berbagai lagi sangkaan negatif. Semua sangkaan seperti ini tidak benar kerana berfikiran sebegini dalam hal agama lebih buruk dari sangkaan jahiliyah.

PENGAMBILAN DALIL-DALIL & HUJJAH
Diharapkan tulisan ini dapat menyedarkan ummah yang beriman akan wajibnya memelihara janggut dan jambang.
Mentaati setiap arahan dalam agama adalah ibadah, termasuklah yang dianggap sunnah. Sekiranya ada yang meyakini berjanggut itu sunnah (sebenarnya wajib), apakah terlalu berat untuk mereka melaksanakan sunnah tersebut? Malangnya terdapat ramai orang-orang Islam yang meremehkan amalan yang mereka anggap sunnah ini, malah memperlekeh dan mengejek orang yang berjanggut sedang mereka telah menunaikan perintah Allah dan Rasul-Nya agar memelihara janggut. Ingatlah sabda Rasulullah:

“Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku”. (Lihat: Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

Tulisan ini berdasarkan catatan peribadi dan tambah dari orang lain...
p/s:::buat dakwah,Allah bagi kekuatan untuk simpan janggut...

Thursday, February 25, 2010

Salam muhasabah,renungan.



Saya baru menerima satu SMS dari rakan saya,dan di antara isi kandungan SMS tersebut adalah seperti dibawah yang mana begitu menarik perhatian saya.Ianya berkaiatan dengan peristiwa kedatangan hari Kiamat “Doom Days”.

Pada 27-11-2009,Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat.
Pada 18-12-2009 tahun baru hijrah pada hari jumaat.
Pada 25-12-2009 hari Natal pada hari jumaat.
Pada 01-01-2010 tahun baru pada hari jumaat.
Pada 26-02-2010 Maulud Nabi Saw pada hari jumaat
Pada 02-04-2010 matinya Yesus Kristus pada hari jumaat.
Pada 28-0602010 Hari Wesak pada hari Jumaat
Pada 10-09-2010 Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat
Ingat saudaraku,di dalam hadith Nabi Saw memberitahu bahawa hari Kiamat bakal terjadi pada hari Jumaat.

Saya juga pernah mendengar satu diskusi berkaitan dengan isu Hari Kiamat yang mana salah satu panel dalam diskusi itu ialah al-Fadhil Ustaz Jamnur Azhar Mulkan (pernah berceramah di dalam radio dan televisyen),beliau menyatakan bahawa beliau baru pulang daripada melawat Palestin dan Israel.

Dalam diskusinya,beliau menceritakan satu tempat di Israel iaitu di Tasik Tiberia yang mana sedang mengalami penyusutan kuantiti air yang sangat mendadak.Beliau juga menyentuh satu hadith Nabi Saw yang berkaitan dengan Tasik Tiberia ini,kata baginda Saw diantara tanda-tanda kiamat ialah berlakunya kekeringan air di Tasik Tiberia.Hujah Ustaz Jamnur Azhar Mulkan ialah dengan menyatakan bahawa kesan daripada penyusutan air tasik ini ialah kerana air daripada tasik ini digunakan untuk menampung sumber bekalan air bagi penduduk Yahudi di Israel.Katanya juga penyusutan air tasik tersebut kira-kira 80%,maknanya tinggal 20% lagi la air tasik tersebut.Kajian ini dibuat akhir tahun 2009.

Saya juga diberi penerangan berkaitan tentang kedatangan Iman Mahdi ,menurut Ustaz Jamnur Azhar Mulkan,Iman Mahdi ini akan datang daripada wilayah di Asia Tenggara dan beliau juga menyatakan bahawa ulama-ulama yang besar-besar dari Negara India,Pakistan dan Bangladesh telah membuat keputusan untuk mengerjakan haji setiap tahun sejak kebelakangan ini,sebelum ini mereka-mereka ini tidak berbuat demikian,selalunya mereka akan mengerjakan haji pada tahun ganjil tetapi mungkin dengan keadaan sekarang (di ambang-ambang kiamat@ akhirul zaman) mungkin menjadi faktor kenapa mereka berbuat demikian.

Bagi anda yang mempunyai pendapat lain berkaitan artikel yang saya tulis ini,sila kemukakan pandangan anda di ruang komen.Sama-sama kita kongsi maklumat berkaitan dengan isu ini….

Tuesday, February 2, 2010

Di sebalik silaturahim???Jaulah??

Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan.

Abu Hurairah R.hu telah pun meriwayatkan sebuah hadis qudsi, bahawa Rasullullah SAW telah bersabda:“Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” (Hadits riwayat Muslim)


Hikmah pensyariatan silaturrahim


Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah SAW:“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim)

Begitu juga bersilaturrahim itu boleh menambahkan kehormatan dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya.

Hukum mengeratkan silaturrahim

Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah SWT dalam ayat di bawah ini:“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)

Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah SAW, Baginda bersabda:“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

Hukum memutuskan silaturrahim


Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah SWT, Sebagaimana firmanNya:“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi SAW:“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)


Moranya disini...Untungnya mereka-mereka yang membuat usaha atas agama Allah kerana asbab daripada usaha inilah,mereka terselamat daripada menjadi orang yang memutuskan hubungan silaturahim,mana tidaknya,hari-hari kene jumpa manusia....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini