Salam,lama tak tulis kat cini,hari ini ada kesempatan untuk tulis plak,maklumla sibuk sikit dgn study,almaklum la dah berada di tahun akhir.Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri,maaf zahir dan batin ..ok sampai kita berjumpa lagi,(dok bersiap2 nak balik kampung nie)hu3
Di dalam Islam hanya ada dua perayaan yang disyariatkan, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Anas bin Malik r.a berkata, “Tatkala Nabi s.a.w datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bersenang gembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu beliau bersabda, ‘Saya datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bersenang gembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; (iaitu)Aidil Adha dan Aidil Fitri’.” (Shahih, riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i)
Berikut ini beberapa amalan-amalan sunnah dilakukan pada hari raya:
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Aidul Fitri, dan Aidil Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).
2.Makan sebelum pergi salat Aidil Fitri. Dari Anas r.a berkata :” Nabi saw tidak pergi mengerjakan salat pada Hari Raya Aidil Fitri, sehingga beliau memakan beberapa biji kurma dahulu”. (Riwayat Ahmad & Bukhori). Sebaliknya, di Hari Raya Aidul Adha dianjurkan tidak makan sebelum shalat Hari Raya Haji. Dari Buraidah: “Nabi saw tidak makan pada Hari Raya Haji sehingga beliau kembali dari salat” (Riwayat Tirmidzi).
3.Berhias sebaik-baiknya. “ Rasulullah saw menyuruh kami pada hari raya supaya memakai pakaian, berharum-haruman sebaik-baiknya yang ada pada kami dan berkorban dengan binatang segemuk-gemuknya yang ada pada kami”. (Riwayat Hakim & Ibnu Hibban).
4.Pergi dan pulang melalui jalan yang berlainan. Jabir bin Abdullah r.a. berkata: “Pada hari raya, Rasulullah saw menggunakan jalan (pergi & pulang) yang berbeza“. (Riwayat Al Bukhari).
5.Memperbanyakkan Takbir Sejak Keluar Rumah Sehingga Solat
“Nabi s.a.w apabila pada hari raya Iedul Fithri, beliau bertakbir sehingga sampai lapangan (tempat didirikan solat hari raya) dan melaksanakan solat. Apabila selesai solat, beliau memutuskan takbirnya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf, lihat Ash Shahihah)
6.Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446)
Peri peringatan ***
1.Sabda Rasulullah s.a.w:
“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”
-Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.-
2.Kedapatan juga di kalangan umat Islam yang ghairah bersalaman semasa bukan muhrim atas alasan untuk bermaafan sedangkan ia menyanggahi syariat Islam. Sewajarnya bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim seperti antara sepupu lelaki dan perempuan, teman sekerja, rakan sekolah dan sesiapa sahaja, cukup sekadar mengucapkan maaf dimulut ketika bertemu. Suasana bersalaman lelaki perempuan bukan muhrim ini makin menjadi-jadi kerana sering diwar-warkan di dalam media massa. Sedangkan media massa sepatutnya menghindangkan budaya dan adat yang selari dengan kehendak Islam dan bukan sebaliknya.
3).Di hariraya juga kedapatan umat Islam khususnya kaum wanita yang keluar rumah dengan memperagakan pakaian baru tanpa menutup aurat. Amalan ini adalah hasil daripada sikap memandang rendah soat tuntutan menutup aurat. Amat malang sekiranya di hariraya wanita Islam keluar mendedahkan aurat atau berpakaian menjolok mata yang bukan sahaja mengundang dosa untuk dirinya malah setiap mata lelaki ajnabi yang melihatnya pasti akan memberikan saham dosa percuma bagi wanita tersebut.
"Semoga Allah swt beri kita kekuatan untuk amal dan beri taufik kepada kita untuk sampai."