Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keislaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas
semasa
marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat
dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan di dunia...
untuk mengingatkan kita...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak
tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur
Fatimah
lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.
Kemudian
dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia
menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa
hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat
lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.
Semua
surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata
tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau
tidak
senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku
bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar
Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin
dekat,
saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak
seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah
yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar
kemudian
terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali
segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat
aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat
saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah
kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi
wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih
banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah
kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak
Thursday, March 26, 2009
Wednesday, March 25, 2009
Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk
Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.
Kisah 1:
Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.
Kisah 2:
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.
Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.
Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.
Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.
Kisah 1:
Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.
Kisah 2:
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.
Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.
Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.
Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.
Thursday, March 19, 2009
Dari kubur hingga di himpunkan
Foto sekadar hiasan je!!
Firman Allah s.w.t : al-Baqarah : 168
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”.
Dari Kubur hingga dihimpun
Rasulullah saw bersabda:Bagaimana aku merasa nikmat jika tanduk sangka kala telah berada di mulut Israfil.Dia mengerutkan keningnya dan menutup telinga,menanti,lalu dia meniup”.
Baginda saw bersabda:
“Manakala sekali dia meniup sangkakala itu,matilah seluruh makhluk langit dan bumi,kecuali yang dikehendaki Allah.Iaitu Jibril,Mikail,Israfil dan Izrail.Kemudian Allah memerintahkan Israil agar mencabut nyawa Jibril,kemudian mencabut nyawa Mikail,nyawa Israil dan akhir sekali nyawanya sendiri.Setelah tiupan pertama itu,semua mati dan di alam barzakh selama empat puluh ribu tahun.Kemudian,Allah menhidupkan Israil kembali.Dia perintahkan meniup tiupan kedua.”
Inilah yang di maksudkan firman Allah swt.
“…Kemudian ditiupkan sekali lagi,lalu mereka berdiri(bangkit dari dalam kuburnya) sambil menanti(hukuman Allah)”. (Az-Zumar:68)
Dan Rasulullah saw bersabda:
“Ketika dibangkitkan datanglah Israil kembali membenarkan tanduk sangkala ke mulutnya.Sebelah kakinya melangkah ke depan dan sebelah lagi ke kiri,menantikan perintah meniup.Takutlah akan tiupan itu.Fikirkanlah wahai manusia,betapa kehinaan dan kepedihannya ketika dibangkitkan,kerana takut akan tiupan itu,bahagia atau celaka dan kau adalah di antara mereka,juga akan merasa sedih dan bingung sebagaimana kesedihan serta kebingungan mereka.Bahkan jika di dunia di hari itu adalah orang yang paling hina,kakinya melangkah longlai dan ketika itu pula berdepan dengan binatang liar dimana gunung akan hancur dan tidak boleh menghindari dari itu semua”.
Demikianlah firman Allah:
“Dan apabila binatang-binatang liar telah dihimpunkan”.
(Al-Takwir:5)
Kemudian mereka berjumpa pula dengan syaitan-syaitan dan orang-orang murtad dalam ketakutan kerana haibah Allah dan membenarkan firman-Nya:
“Demi Tuhanmu,sesungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka bersama-sama syaitan,kemudian kami hadirkan mereka di keliling nereka dengan berlutut". (Mariam:68)
Allah swt berfirman:
“Pada hari (kiamat) ditukar bumi dengan bumi yang lain,begitupun langit…”.(Ibrahim:48)
Rasulullah saw bersabda:
“Manusia dibangkitkan telanjang tidak bersunat dan tenggelam dalam air keringat sampai ke telinga”.
Allah swt berfirman:
“Bagi tiap-tiap orang di antara mereka pada hari itu,ada urusan yang mencukupinya”.(Abasa:37)
Telah berkata Abu Hurairah ra:Rasulullah saw bersabda:
“Pada hari Kiamat manusia dikumpulkan jadi tiga golongan.Ada yang menunggang ,ada yang berjalan dan ada yang berjalan dengan mukanya”.
Seorang lelaki berkata,”Bagaimana boleh berjalan dengan mukanya??”Rasulullah menjawab,”Zat yang menjalankan mereka dengan kakainya berkuasa pula untuk menjalankan mereka dengan mukanya”.
Kemudian tubuh mereka diangkat sesuai dengan darjatnya dan di hadapan Allah swt.Ada yang mengalir keringat hingga sampai paras lutut,ada yang separas dada,ada yang separas telinga dan ada pula yang hampir tenggelam.
Ibnu Umar ra berkata.”Telah berkata bersabda Rasulullah saw:
“Di hari manusia mengadap Tuhannya ada setengah mereka yang tenggelam sampai ke paras telinganya,”
Dari Abu Hurairah,Rasulullah saw bersabda:
“Di hari Kiamat nanti peluh manusia akan meleleh hingga sampai ke paras telinga”.
Dalam hadis lain:
“Sambil berdiri,mata mereka memandang ke langit selama empat puluh tahun dan mereka sangat sedih,peluh menggenangi mereka”
Dari Uqbah bin Amir ra,Rasulullah saw bersabda:,”Pada hari Kiamat,matahari berada sejengkal di atas kepala,Tahulah manusia,ada orang yang peluhnya sampai ke tumit,ada yang sampai ke betis,ada yang sampai ke lutut,ada yang sampai ke peha,ada yang sampai ke lambungan,ada yang sampai ke mulut”,sambil nabi saw mengisyaratkan tangan ke mulutnya.”Ada pula yang tenggelam dalam peluhnya”sambil nabi saw memukulkan tangan ke kepalanya demikian”.
Oleh yang demikian,sampai setengah mereka berkata,”Ya Allah,hindarkan aku dari kepedihan dan penanti ini,biarlah cepat ke Nereka saja.”
*Nota penting,doa pada penulis yang ingin pergi belajar agama di India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan awal bulan Jun(InsyaAllah) selepas tamat belajar ilmu kedunian”Ya Allah.englau pilihlah penulis ini untuk pergi ke India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan.Amin
Semoga Allah ,memberikan taufik pada kita untuk amal dan sampaikan.
Thursday, March 12, 2009
Menangis Kerana Takut Kepada Allah SWT.
Foto di atas ada kaitan ke?? ntah le!!
Telah berkata Abul Laits r.a:”Sesungguhnya Allah swt mempunyai malaikat-malaikat dilangit tujuh bersujud sejak Allah swt menciptakan mereka sampai hari kiamat.Mereka takut menderhakai Allah swt.
Ketika”Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:Ertinya:”Mereka itu(malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka memperbuat apa-apa yang disuruh”.(An-Nahl 50
Rasulullah saw:”Ketika tubuh seseorang bergetar kerana takut kepada Allah,maka bergugurlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonya”.
Rasulullah saw:”Sesungguhnya Allah telah berkata:”Aku tidak mengumpulkan pada hambaku dua ketakutan dan dua keamanan.Barangsiapa takut kepadaku di dunia,Aku akan amankan di akhirat,dan barangsiapa(merasa aman dariku di dunia,aku akan takutkan dia di akhirat.
Allah swt berfirman:ertinya,”Maka janganlah kamu takut kepada manusia dan takutlah kepadaku”.(Al-Maidah 44).
Allah swt berfirman:ertinya,”Janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaku”.(Ali Imran 175).
Pernah suatu ketika Hadrat Umar r.a jatuh pengsan,tatkala mendengar ayat al-quran dibaca.Kemudian dia mengambil sepotong kayu sambil berkata:”Sekiranya aku menjadi kayu,tidaklah aku menjadi seperti ini.Dan jika ibuku tidak melahirkanku.”Beliau menangis teresak-esak.Air matanya mengalir membasahi pipinya,sehinggakan pada mukanya ada dua garis hitam bekas air matanya.
Rasulullah saw bersabda.”Api (nereka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt,sehingga air susu kembali ke buah dada”.
Di ceritakan daripada Hadrat Muhammad bin Muzir r.a,manakala menangis,beliau mengusapkan air matanya ke muka dan janggutnya sambil berkata:”Telah aku dengar bahawa api nereka tidak akan menjilat muka manusia yang basah oleh air mata.
Nabi saw bersabda:”Ketika telah masuk ahli syurga,mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan.Dipersilakan untuk mereka singgah sana permaidani indah.Disajikan untuk mereka segala rupa makanan mereka dan minuman yang lazat.Oleh itu,mereka menjadi kehairanan.Kemudian Allah berfirman:”Wahai hamba-hambaku mengapakah engkau hairan?Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”Mereka menjawab,”Janji untuk kami telah tiba waktunya”.Kemudian Allah berfirman kepada malaikat,”Bukalah tabir daripada muka mereka.”Malaikat menjawab,”wahai Tuhanku,bagaimana mereka dapat melihat engkau?Sedangkan mereka itu derhaka.”Allah berfirman lagi,”Bukakan tabir!Sesungguhnya mereka memalukan muka mereka kerana aku,bersujud dan menangis di dunia kerana agamaku dan mereka menangis kerana ingin berjumpa dengan aku”.Lalu malaikat membukakan tabir.Sehingga mereka dapat melihat.Maka segera mereka bersujud kepada Allah,tetapi Allah berfirman:”Angkatlah kepalamu,ini bukan tempat untuk beramal,melainkan tempat kemulian.Kemudian mereka nampak Allah swt dengan tanpa kafiyah.Allah swt berkata kepada mereka:”Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hambaku.Aku redha kepadamu.Apakah engkau telah redha kepadaku?”.Mereka menjawab:”Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami,engkau telah memberi kami seseuatu yang belum pernah terlihat oleh mata,belum pernah terdengar oleh telinga bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia(Zahrir Riyadh).”
Inilah yang dimaksudkan firman Allah swt:
Ertinya:”Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya.”(Al-Baiyinah 8)
Dan firman Allah yang berbunyi
Ertinya:”(Dan ucapan)selamat perkataan daripada Tuhan yang Pengasih”.(Yassin 58)
*Nota penting,doa pada penulis yang ingin pergi belajar agama di India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan awal bulan Jun(InsyaAllah) selepas tamat belajar ilmu kedunian”Ya Allah.englau pilihlah penulis ini untuk pergi ke India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan.Amin
Semoga Allah ,memberikan taufik pada kita untuk amal dan sampaikan.
Wednesday, March 11, 2009
Takut Pada Allah SWT
Foto sekadar hiasan!!
Tersebut dalam sebuah hadis,sabdaan Nabi saw”Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat,sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur dan yang sebelah lagi mencapai bahagian barat.Kepalanya di bawah arasy dan kakinya didasar bumi ketujuh.Ketika umatku(lelaki @wanita) selawat kepadaku,maka Allah perintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari nur di bawah arasy.Kemudian malaikat itu keluar dan mengibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitiskan setitis nur.Daripada setiap titisan itu ,Allah jadikan satu malaikat yang akan mohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat”.(Mukasyafah al-qulub)
Tanda-tanda takut pada Allah ada beberapa perkara:
1.Gunakan lisannya untuk cerita kebesaran Allah,zikir,baca al-quran dan muzakarah ilmu.
2.Pada hatinya hilang sifat sombong,kedengkian,takabur,hasad dan sebagainya.Rasulallah saw bersabda:”Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”
3.Pada pandangannya,tidak guna pada makanan,minuman,pakaian atau hal-hal yang haram dan tidak terpikat dengan dunia.Rasulullah saw bersabda”barangsiapa yang memenuhi matanya dengan perkara yang haram,maka Allah akan memenuhi matanya dengan api neraka pada hari kiamat kelak".
4.Pada perutnya tidak diisi dengan yang haram.Rasulullah saw”Manakala sesuap daripada barang haram ke perut seseorang,maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya.Jika di mati dalam keadaan demikian,maka tempatnya di neraka”.
5.Pada kedua tangannya,tidak guna pada perkara yang haram.Dirawikan daripada Kaab Akhbar r.a”Sesungguhnya Allah telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau.Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula.Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok.Tidak ada orang yang boleh masuk ke situ,kecuali orang yang ditawarkan benda yang haram.tetapi dia menolaknya kerana takut pada Allah”.
Barangsiapa yang ada ke semua perkara di atas,maka dia termasuk dalam kategori orang yang dikatakan oleh Allah swt:Ertinya.”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air(surga).” (Al-Hijr:45)
*Nota penting,doa pada penulis yang ingin pergi belajar agama di India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan awal bulan Jun(InsyaAllah) selepas tamat belajar ilmu kedunian”Ya Allah.englau pilihlah penulis ini untuk pergi ke India,Pakistan dan Bangladesh pada tahun hadapan.Amin
Semoga Allah ,memberikan taufik pada kita untuk amal da sampaikan.
Monday, March 9, 2009
Dasyatnya Saat Sakaratul Maut
Perkarangan kubur di Marhalah penulis..!!
Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang tuan-tuan tangisi boleh berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada tuan-tuan, nescaya tuan-tuan akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri tuan-tuan sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).
Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :
1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian.
Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)
2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di sebalik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, meskipun pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8)
3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62: 8)
4. Kematian datang secara tiba-tiba.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)
5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)
Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut
Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)
Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menucuk di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bahagian kain sutera yang terobek ?” (HR Bukhari)
Pendapat para sahabat Rasulullah SAW .
Ka’b al-Ahbar r.a berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itu pun membawa semua bahagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa itu”.
Imam Ghazali rah, berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut meruntum jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerai-ceraikan dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.
Imam Ghazali rah juga mengambil satu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka boleh mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang wanita yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata wanita tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”
Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran masa seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang.
Rasa sakit sakaratul maut akan di alami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkatan rasa sakit, ini tidak berkait dengan tingkatan keimanan atau kezaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak.
Demikianlah perancangan Allah. Wallahu a’lam bis shawab.
Sakaratul Maut Orang-orang Zalim
Imam Ghazali mengambil satu riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran rupa Malaikatul Maut sebagai seorang lelaki bertubuh besar berkulit gelap, rambut menegak, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pengsan tidak sadarkan diri. Setelah sedar Ibrahim as pun berkata bahawa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari semua itu.
Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zalim, si malaikat akan berkata, “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! “ Ketika itulah orang itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.
Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”.
Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan seksa neraka”. Naudzu bila min dzalik!
Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa
Sebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahawa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda yang tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.
Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)
Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan surga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.
Nota penting:Doa kepada penulis yang ingin keluar 4 bulan untuk belajar agama di India,Pakistan dan Bangladesh pada awal Jun 2010..(lepas belajar ilmu dunia)
Semoga Allah memberikan taufik untuk kita amal dan sampaikan.
Saturday, March 7, 2009
Dunia bagaikan 'wanita tua' .
peta dunia!
Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Rasulullah telah melihat gambaran dunia seperti wanita tua yang sedang memakai perhiasan. Wanita tua ini masih cantik dengan solekan, dandanan dan perhiasannya. Tetapi, dalam tubuhnya sudah bersarang pelbagai penyakit sejak lama.
Dunia ini bagaikan ibu tunggal, wanita tua yang pernah jelita digilai pemuda ketika masa muda-muda dahulu. Dia mungkin sedang terbaring nazak, sambil memerhatikan gelagat insan yang masih gila berperang di hujung nyawanya. Dunia atau wanita jelita ini menjadi semakin tua lantaran karenah anak-anaknya yang sentiasa bersengketa!
Dunia ini diwariskan kepada manusia untuk menjaganya. Disebutkan di dalam al-Qur'an: "Aku (Allah) ingin menciptakan atas bumi ini seorang Khalifah." Lihat bagaimana Allah meletak diriNya sebagai pihak pertama, dunia pihak kedua dan manusia pihak ketiga.
Jadi, siapa yang paling hampir dan rapat kepada Allah antara bumi dan manusia? Kita dapat merumuskan pendirian bahawa bumi itulah yang paling dekat kepadaNya berbanding manusia itu sendiri. Sejauh manakah kita memelihara dunia yang dilihat Rasulullah sebagai wanita tua ini?
Adakah kita memeliharanya sebagai isteri tercinta, atau wanita pelacur, wanita simpanan dan wanita jalang? Prof Dr Syed Hossein Nasr dalam sebuah karyanya yang pernah saya baca menyebutkan manusia hari ini menggunakan dunia serta sumbernya seperti melayan seorang pelacur dan bukannya isteri.
Seorang suami akan menjaganya setelah menikmati isterinya. Tapi, dunia hari ini telah dinilai sebagai wanita lacur di mana khazanahnya dipunggah untuk dinikmati dan hampas kekotoran telah disepahkan tanpa tanggungjawab.
Demikian 'hebatnya' manusia! Setiap perlakuan manusia yang buruk dapat menyebabkan porak-poranda di dunia ini. Kali terakhir nazaknya berakhir dengan kiamat di mana dunia tidak lagi dapat menanggung segala kebejatan akhlak yang timbul akibat perang manusia.
Jika manusia sakit, maka doktor, tabib, pawang dan dukun itulah yang dirujukkan sebagai sandaran penawarnya. Tetapi, jika alam buana ini menderita kesakitan, kepada siapa yang kita majukan pertolongan, bantuan dan pengharapan?
Siapakah doktor, tabib, dukun dan pawang yang dapat menyembuhkan derita sekali gus merawar 'kesihatan dunia kini?
'Rawatan alternatif' kepada dunia?
kita percaya bahawa alam ini punya roh tersendiri yang menghidupkan dan apabila ia pergi, maka kering dan gersanglah di sesebuah bumi itu dan apabila ia meninggalkan keseluruhan bumi, maka tamatlah usia bumi ini. Peristiwa ini dikenali sebagai kiamat.
Insan jahat (penghuni neraka) bagaikan virus dan bakteria yang akan berperang bersama insan kamil (ahli syurga) seumpama antibiotik dalam tubuh kita. Maka, bumi telah bersedia untuk mogok dan berpiket menantikan saat itu.
Adapun punca kenapa dunia ini bergolak adalah kerana penghuni neraka dan syurga telah berkongsi hidup yang sama di dunia ini. Sebab itu di akhirat nanti mereka akan dipisahkan antara syurga dan neraka sekali gus akan menghalang mereka daripada bertembung.
Dunia oh dunia! Dunia ini akan selamat dan berjaya diselamatkan oleh mereka yang kuat dan ikhlas bernafas, jujur menjalani kehidupannya sebagai insan kami manusia sempurna. Dunia bergolak bukan kerana ia didiami oleh haiwan, tapi ia hancur kerana perutnya telah melahirkan manusia berperangai haiwan. Bukan salah ibu mengandung.
Semoga Allah beri taufik untuk kita amal dan sampaikan.
Mengapa umat Islam diuji dengan pelbagai ujian?
Sifat utama Umat hari ini adalah seperti yang didedahkan oleh al-Quran iaitu mengajak manusia seluruhnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram(mungkar) yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, Allah swt berfirman " : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Ali Imran ayat 104)
Allahswt berfirman "Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)"; (lihat ayat 2 surah al-Mulk ayat 2)
Allah swt telah memberi ujian kepada manusia,kerana Allah swt hendak melihat ketika sedang diuji,adakah manusia tersebut menuju kepada Allah swt ataupun tidak.Ujian demi ujian diberikan oleh Allah swt adalah untuk menyedarkan kembali umat ini ataupun Allah swt ingin menjadikan ujian tersebut sebagai asbab pengampun dosa-dosa umat ini.
Nabi saw bersabda"Seseorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya.” (Abu Daud)
Nabi saw bersabda"Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan & kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa2.” (al-Bukhari)
Jesturu itu,umat hari perlu sedar kembali akan maksud tujuan kedatangan mereka ke dunia ini,dengan umat ini memohon taubat kembali kepada Allah swt,maka kemurkaan Allah swt akan berkurangan dan akan tukarkan keburukan umat ini kepada kebaikan.
Allah swt berfirman"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).
Friday, March 6, 2009
Sambutan Maulud Nabi saw.
makan Rasulallah saw.
Salam,
DATARAN Merdeka bakal melihat perhimpunan terbesar umat Islam, Isnin ini sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah yang dijangka dihadiri 100,000 hadirin termasuk kontinjen yang akan berarak sambil berselawat memohon kesejahteraan ke atas junjungan Rasulullah SAW.
Perhimpunan sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu bertujuan memperlihatkan penyatuan umat Islam yang secara tidak langsung menjurus kepada perpaduan masyarakat di negara ini.
Semua orang bila time nak sambut maulud saje,naik semangat lain macam,yang pernah kenal sunah Nabi pun,teringin nak sambut.yang anehnya bagi saya,bila ada usaha nak menghidupkan kembali sunah,usaha ini cepat-cepat di nafikan oleh mereka,bila ada orang datang nak ajak mereka,menghidupkan kembali sunah,mereka buat endah tak ehdah je, pelik betul umat hari ini.
Penulis pernah berjumpa dengan seorang mualaf cina yang baru 2 tahun masuk Islam,dia kata dalam usaha dakwahlah,dia telah pelajari sunah dan terus mengamalkannya.Bayangkan tuan2,bertapa mujahadahnya dia untuk amalkan sunah,itu mualaf,bukan original muslim,bila penulis peluk mualaf ini,mualaf ini terus berkata,peluk ini sunah ni,aduh tersebak penulis.
Pernah berlaku kepada penulis,bila penulis sedang membersihkan mulut menggunakan miswak,penulis telah ditegur oleh beberapa orang kanak2 yang berkata kepada penulis,abang ni miskin sungguh,gosok gigi pun guna kayu..(dalam hati dah gelak dah)dan selang beberapa hari kemudian,datang seorang kanak2,lalu memberikan penulis berus gigi.
Wednesday, March 4, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Hadith pilihan penulis
Info mengenai periwayat.
Hadith ini di riwayatkan oleh iman Muslim rah,iaitu anak murid kepada iman Bukhari rah.Kesepakatan ulama telah bersepakat bahawa mana-mana hadith yang diriwayatkan oleh kedua-dua iman tersebut(Bukhari dan Muslim) adalah hadith sahih.Jika ada orang Islam yang ingkar kepada hadith yang diriwayat oleh kedua-dua iman tersebut,boleh menjejaskan akidah seseorang tersebut.(keras itu amaran ulama).
Pengajaran hadith.
1.Berapa ramai orang Islam hari ini yang memotong kumis(misai) dan memelihara/menyimpan janggut.
2.Hari ini berapa ramai umat yang mengamalkan siwak(bersugi) sebelum wuduk,sedangkan kelebihan bersiwak(bersugi ) ini ada banyak kelebihan(70 kelebihan).
3.Ramai remaja yang ditemui penulis sudah tidak mengetahui cara untuk beristinsyaq.sedihkan.
4.Potong kuku juga sudah ditinggalkan oleh umat,penulis telah melihat sendiri beberapa orang pemuda Islam dengan bangganya menyimpan kuku yang panjang.(terbayangla macam mana diorang ni basuh najis)
5.Cabut bulu ketiak,cukur bulu kemaluan.(iblis suka gayut dibulu-bulu yang panjang).
6.Istinja juga penting,tapi ramai orang tinggalkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)