Ikuti Blog Ini

Friday, February 27, 2009

PENGERTIAN BERSUCI

PENGERTIAN BERSUCI

a Membersihkan anggota badan, pakaian dan tempat dari najis.
b.Membersihkan diri dari hadas kecil dan besar.
c.Membersihkan diri dari lebihan badan seperti memotong kuku, menggunting rambut dan sebagainya.

PUNCA-PUNCA AIR

a. Air sungai b. Air laut c. Air hujan d. Air embun
e. Air perigi f. Air mata air g. Air salji

PEMBAHAGIAN AIR

a.Air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan. Air tulen yang tidak bercampur dengan benda lain seperti kopi, susu dan lain-lain.

b.Air mustakmal iaitu air yang telah digunakan yang kurang daripada dua kolah.

c.Air musyammas iaitu air mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang berkarat dan digunakan ketika masih panas. Makruh digunakan.

d.Air mutanajjis iaitu air yang kurang daripada dua kolah bercampur dengan najis.

PEMBAHAGIAN NAJIS

1. Najis mukhaffafah (ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia kurang dari dua tahun yang tidak makan apa-apa kecuali susu ibunya sahaja.
Cara membersihkannya : Percikkan air mutlak ke kawasan yang terkena najis dan lap.

2. Najis mutawasitah (pertengahan) iaitu :
a. darah b. nanah c. muntah d. tahi e. air kencing f. wadi (air yang keluar dari perempuan dan lelaki yang bekerja keras) g. bangkai h. mazi (air yang keluar ketika naik syahwat).i. cecair yang memabukkan j. susu dan mani binatang yang haram dimakan
Cara membersihkannya : Bersihkan benda najis dari tempat yang terkena najis, kemudian basuh bahagian tersebut dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa.

3. Najis mughallazah (berat) iaitu anjing dan babi termasuk semua yang datang dari kedua binatang ini.

Cara membersihkannya : Bersih benda najis dari tempat yang terkena najis, kemudian basuh 7 kali. Basuhan pertama dengan air tanah dan 6 kali berikutnya dengan air mutlak.

Tuesday, February 24, 2009

Bayan Jemaah Mesir

Salam,semalam saya ada pergi nusrah jemaah Mesir dan sempat buat ghast dengan diaorang.Pada malamnya pula,saya sempat duduk dalam majlis fikir iman dan amal.Pembayan adalah seorang maulana yang pernah buat usaha di zaman hadrat ji Maulana Yusof Rah.

Beberapa perkara yang beliau sebutkan ialah..

*Kisah pengorbanan Maulana Ilyas rah(beliau cerita dalam keadaan menangis).Katanya,di Masjid Nizamuddin,satu mehrab,iaitu disitu ialah tempat yang Maulana Ilyas selalu beribadat.Beliau juga cerita bagaimana Maulana Ilyas menangis dalam hutan sehinggakan seorang pemburu binatang takut mendengar tangisan beliau,boleh dikatakan setiap malam,beliau akan menangis disitu.

*Beliau juga menceritakan,kisah bagaimana Maulana Ilyas berjumpa dengan mufti besar India pada waktu itu dan berkata Maulana Ilyas kepada mufti terbabit.Maulana Ilyas berkata kepada mufti,sekarang umat Islam dihina dan dibelenggu keyakinan kepada selain dari Allah.Apakah yang harus kita buat sekarang,Lalu Maulana Ilyas menjemput mufti besar tersebut supaya datang ke Masjig Nizammudin untuk muzakarah mengenai perkara tersebut.

*Mufti tersebut telah datang datang Masjid Nizammudin,lalu Maulana Ilyas telah mempelawanya masuk ke dalam bilik untuk bermuzakarah.Setelah mufti tersebut masuk dalam bilik,lalu Maulana Ilyas pun mengunci pintu bilik tersebut sambil memegang pisau.Lalu berkatalah Maulana Ilyas kepada mufti tersebut,"adakah usaha yang sedang aku buat ini bertentangan dengan sunnah dan al-quran,kalaulah ia bertentangan sunnah dan al-quran,maka tuan ambillah pisau ini dan bunuh saja aku,kerana darah aku halal bagi tuan(pembayan mulai menangis),dan kalaulah ia tidak bertentangan dengan sunnah dan al-quran,maka bantulah saya.Maka Mufti tersebut berkata,usaha yang sedang tuan buat ini tidak bertentangan dengan sunnah dan al-quran,kata mufti lagi,tidak lama lagi,umat kurun pertama akan berjaya dihasilkan.

*Pembayan juga berpesan supaya kita semua wajid menjaga sunnah-sunnah baginda.Baik sunnah dalam solat mahupun diluar solat.Beliau berkata,dalam sunnah tidak yang terkecil,semuanya besar.Sabdaan nabi s.a.w"satu sunnah aku lebih bernilai dari tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.Hari ini jika umat meninggalkan sunnah,umat ini berada dalam keadaan bahaya.

*Solat juga kata beliau adalah cara yang paling baik untuk tarik manafaat terus daripada Allah.Jika seorang yang tidak menunaikan solat,cara apa lagi yang harus digunakan untuk tarik manafaa dari Allah,kemudian beliau berpesan lagi dalam solat wajid kita wujudkan sifat ehsan,kalau dalam solat,kita tidak wujudkan sifat ehsan,macam mana kita hendak wujudkan sifat ehsan diluar solat.

*Beliau menceritakan,ketika beliau membuat usaha ziarah di Mesir,satu keluarga Islam sedang bersiap2 untuk menukar agama,sambil menangis,keluarga tersebut mendakwa bahawa mereka telah diziarahi sebanyak 32 kali oleh mubaligh Kristian,dan pada hari ini mereka ingin pergi untuk menukar agama kepada Kristian.

*Beliau menambah,jika ummat ini meninggalkan dakwah,umat ini akan semakin jauh dari agama.Beliau berkata umat ini akan rasai agama ini hanyalah kecil saja,Nabi SAW dalam satu hadith telah bersabda,jika kamu tahan sakit,tahan sejuk,tahan panas,tahan lapar dan sebagainya lagi,maka Allah akan berikan pahala kepada kamu.Kaad R.A bila dengar hadith ini terus doa pada,supaya Allah berikan kesusahan ketika beliau sedang keluar dijalan Allah.Satu,Abu Darda R.A merasa panas yang amat sangat lalu bertanya kepada Kaab R.A kejadian tersebut,lalu Kaab pun berkata akulah yang berdoa kepada Allah supaya diberi kesusahan.Allahuakbar.

*Tashkil dibuat......

Kawan-kawanku ibarat bintang-bintang di langit....hu3



Gambar ini diambil semasa saya berada di semester satu.Belum dapat hidayah lagi...Ha3

Saturday, February 21, 2009

Bayan Nasihat Maulana Zubair

Tuan2 yang dimuliakan oleh Allah.
Tujuan kita mendengar bayan adalah untuk beramal,bukan untuk mendapat maklumat.

*Allah telah kurniakan pada kita satu usaha suci murni yang begitu tinggi sekali,oleh kerana kelemahan iman kita,hak-hak usaha ini telah kita abaikan dan tidak dapat sempurnakan dengan baik sekali.Oleh itu,kita kena minta dari Allah,"Ya Allah,oleh kerana engkau melibatkan kami dalam usaha ini,engkau sedang ambil usaha dari kami,apa pun usaha sedikit sebanyak yang kami tidak dapat laksanakan seperti yang dikehendaki dan apa pun usaha sedikit sebanyak yang kami buat,maka engkau terimalah usaha kami dan kekalkan kami dalam usaha ini sehingga akhir hayat kami"semoga Allah kekalkan kita dalam usaha ini,beri kepda kita istiqomah,beri kepada kita ikhlas dan hubungkan kita dengan usaha ini selama-lamanya.kita hendak memohon ampun dari Allah swt atas kelemahan dan kekurangan kita dalam membuat usaha.

Tuan2 yang mulia,
*Allah terima amalan kita berdasarkan ikhlas,oleh itu,kita kena minta keikhlasan dari Allah.Hanya Allah tahu siapa yang membuat kerja dengan ikhlas atau tidak,di Mahsyar nanti,siapa yang buat kerja dengan ikhlas,maka ia peroleh keuntungan yang besar.Bantuan Allah sentiasa bersama dengan orang yang ikhlas,dengan keikhlasan yang dikehndaki,maka bantuan Allah swt akan bersama kita.

*Bantuan Allah swt berdasarkan sifat-sifat mulia dan baik pada diri kita dan sifat yang paling mulia ialah sifat tawadhuk dan rendah diri dan sifat ini paling disukai Allah dan Allah akan bantu dia.buat kerja agama.Bila kita buat kerja agama dengan bangga diri, kita akan semakin jauh dari pandangan Allah swt.Anggaplah diri kita lebih buruk dari orang lain dan orang lain lebih baik dari kita.Dalam apa2 keadaan kita kna anggap amalan orang lain lebih afdal dari kita dan kita kena selalu minta ampun pada Allah.

*Kita kena berterusan dalam kerja agama, semoga Allah jadikan kita darul amal.Kita juga kena buat kerja dengan taat.Kita buat kerja dengan mesyuarat dan buat kerja ikut keputusan mesyuarat .Kita selalu mohon pada Allah swt supaya bantu kita untuk buat kerja-kerja agama dengan baik.

*Jika keempat perkara diatas kita usahakan dalam diri kita dan berterusan dalam kerja agama,dan kita sentiasa mohon bantuan dari Allah swt,maka Allah swt akan bantu dan beri kudrat-Nya pada kita.Satu lagi perkara pnting ialah kita kena satu hati/penyatuan hati.Dalam hati kita ada sifat kasih sayang dan cinta sesama manusia lain.

*Jika ada penyatuan hati,usaha kita diterima Allah dan dengan ini bantuan Allah akan datang.Sekiranya pecah belah antara satu sama lain,caci mencaci antara satu sama lain,Allah tidak menilai kita dan Allah swt tidak bantu kita.Jika ada sifat kasih sayang,Allah akan beri sifat istimaiat,bila kita pecah belah,Allah akan porak perandakan kita.Semoga Allah swt terima kita dan makbulkan kita buat usaha agama sehingga akhir hayat.

Miswak is very important





Miswak is a root of tree known in Arabic as "Arak"(saivador Perisca),& in Urdu as "Peelu".This multipurpose stick cleans the mouth,whitens the teeth.Miswak can be used any time,anywhere.it completely dispenses with the need for toothpaste squeezing,vigorous brushing,foaming at the mouth.There are nuerous benefits and advantages of using MISWAK,and also several prophetics Traditions(sunnah) regarding it,s use.

"Were it not that i might over-burden the believers,i would have ordered them to use siwak(MISWAK) at the time of every prayer" (Abu Dawud)

"Make a regular practise f miswak for verily it is the purification for th mouth and a means of the pleasure of the Lord. (Bukhari)

DENTAL BENEFITS
*Strengthens gums
*Effectivily removes plaque and yellownss of teeth.
*Fights tooth decay.
*Cleans and brightens teeth.
*Removes had odor.

PHYSIOLOGIKAL BENEFITS
*Improves the sense of taste.
*Sharpens memory and intelligence.
*Assists in digestions.
*Improves the eyesight
*Improves the health and luster of the face the continual user.

HOW TO USE
Simply scrape off bark frm the tip
(1/2") then chew the tip gently until brush-like.Start brushing horizontalally.Store vertically upside-down.

Tuesday, February 17, 2009

Bahagian-Bahagian Hadith siri kedua

Hadith Hasan

1. Hasan Li Zaatihi
Sifat Musyabbahat drpd kalimah husnu yg bermaksud cantik dan elok.

Dari sudut istilah:
Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan seseorang yg adil, yg
berkurangan kekuatan pada hafalannya tanpa terdapat Keganjilan dan tidak
ada Kecacatan. Maka perawi pada setiap kedua-dua jenis Hadis tersebut
(Sahih dan Hasan) adil tetapi kekuatan hafalan pada taraf Hasan berkurangan
berbanding dgn taraf Sahih dan tidak sempurna sepertinya. Ianya dinamakan
dgn nama tersebut kerana memandangkan keelokan pada dalamannya, bukan
kerana sesuatu pada luarannya dan apabila digunakan lafaz Hasan, maka ianya
bersifat Hasan Li Zaatihi.

2. Hasan Li Ghairihi

Apabila sesebuah Hadis pada zatnya adalah dhaif, tetapi kedhaifannya boleh
diterima utk dinaikkan taraf melalui cara yg lain kpd taraf Hasan, Hasannya
bukan Li Zaatihi tetapi ianya adalah Li Ghairihi iaitu dhaif yg boleh
diterima kesahihannya, maka ianya menjadi Hasan Li Ghairihi.

a- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya tidak dikenali atau tidak
masyhur, tidak pelupa tetapi terdapat banyak kesalahan.

b- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya yg lemah hafalannya atau
tersalah dan bercampur perkara tersebut di antara kebenaran dan amanah.

c- Dhaif disebabkan sanadnya tidak bersambung, samada ianya Mungqati' atau
Mursal.

d- Dhaif disebabkan adanya Mudlis yg meriwayatkan dgn bersambung-sambung
sedangkan tiada padanya seseorang yg mengambil berat terhadap pembohongan.
Keempat-empat jenis ini boleh diterima kesahihannya dan boleh dianggkat
kepada taraf Hasan melalui dua syarat:

1- Tidak terdapat syuzuz iaitu keganjilan pada Hadis.

2- Riwayatnya adalah dengan satu cara yg lain atau lebih drpd satu cara.
Contohnya: Hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi, dikira Hasan melalui riwayat
Syukbah drpd Aasim bin Ubaidullah drpd Abdullah bin Aamir bin Rabii'ah drpd
ayahnya bahawa seorang wanita drpd Bani Fazarah berkahwin dgn maskahwinnya
sepasang kasut. Maka Rasulullah [s.a.w] bersabda: (Apakah engkau redha terhadap diri
dan harta kamu dgn sepasang kasut?) Wanita tersebut menjawab: Ya. Maka
baginda membenarkannya. Tirmizi berkata: Di dlm bab yg terdapat riwayat
drpd Amru, Abu Hurairah, Aisyah dan Abu Hadrad. Maka Asim dikira perawi
daif kerana buruk hafalannya tetapi Tarmizi meletaknya pada taraf Hasan
kerana ianya dibawa dlm satu bentuk sahaja, tidak ada dalam bentuk lain.


*Pengertian yg dibuat oleh Tirmizi terhadap Hadis Hasan

Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai org pertama yg diketahui telah
membahagikan Hadis kpd Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yg disebut oleh
Ibnu Taimiyah di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap
Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi. Beliau telah membuat pengertian
di dlm bab kecacatan-kecacatan yg terdapat di dlm kitab Jami'nya, di mana
katanya: (Setiap Hadis yg diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada
isnadnya perawi yg dituduh berbohong dan Hadis tersebut juga tidak ganjil
serta diriwayatkan dgn bentuk lain yg seumpamanya, maka pada pendapat kami
ianya adalah Hadis Hasan).

Perkataan berlawanan dgn kuat. Dhaif terdapat dlm bentuk fizikal (hissi)
dan maknawi. Dhaif yg dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi.

Dari sudut istilah:
Pengertian yg dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yg tidak terkumpul
padanya sifat2 Hadis Sahih dan Hadis Hasan.

Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat2 penerimaan kpd beberapa
jenis dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

a - Hilang syarat sanad yg bersambung. Ianya dapat dibahagikan kpd lima
bahagian iaitu:
1-Muallak 2-Mungqati' 3-Muaddhal 4-Mursal 5-Mudlis

b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kpd beberapa bahagian iaitu:
1-Maudu' 2-Matruk 3-Mungkar 4-Matruh 5-Mudha'af 6-Mubham

c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kpd:
1- Mudraj 2-Maqlub 3- Muddtarib 4-Musahhif dan Muharrif

d - Hilang syarat terpelihara drpd syuzuz (keganjilan). Ianya dapat
dibahagikan kpd satu bahagian sahaja iaitu syaz.

e - Hilang syarat terpelihara drpd Illat (kecacatan). Ianya hanyalah satu
bahagian sahaja iaitu Muallil.

*Hukum meriwayat dan beramal dengannya:

Hadis2 Dhaif yg tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.

Ibnu Taimiyah menyebut di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa: (Apabila diketahui
ianya adalah batal dan Hadis yg diada-adakan, tidak harus cenderung
kepadanya, kerana sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah,
tetapi apabila terdapat ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah
hukumnya dan apabila berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh
diriwayatkan kerana kemungkinan ianya benar dan tiada kemudaratan pada
pembohongannya.

Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib
(Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan),
maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan
Hadis, di dlm Hadis tersebut disertakan dgn sanad-sanad sekalipun perawinya
tidak mempunyai kepercayaan yg boleh dibuat hujah.

Begitu juga ada yg berpendapat: Ianya boleh diamalkan dari sudut
kelebihan-kelebihan amalan. Dimana (beramal dengannya ialah beramal dgn
amalan yg soleh seperti membaca Al-Qur'an dan berzikir).
Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai
kadar dan had tertentu seperti sembahyang dlm waktu tertentu dgn bacaan
tertentu atau dgn cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan
terhadap gambaran yg tertentu ini, tidak tetap dgn dalil syarak).
Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dgn berkata: Maka keputusannya dlm
bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dlm keadaan targhib dan
tarhib, bukan dlm bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib,
iaitu kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak).

Kesimpulan drpd kata-kata Ibnu Taimiyah yg lepas, iaitu syarat-syarat yg
wajib diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yg tidak tetap pembohongannya
serta tidak ditegaskan kebenarannya.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1- Hendaklah terkandung dlm asas amalan seperti membaca Al-Qur'an dan doa.
2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu drpd
perkara-perkara yg berhubung dgn aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan
seumpamanya.
3- Ianya bukan perkara batil yg dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan
ianya perkara yg dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah
dengannya dlm semua perkara.

Hadith Maudhuk

Pengertiannya pada bahasa:
Kalimah maudhuk iaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana
tergugur kedudukannya.

Dari sudut istilah:
Berita yg dibuat-buat terhadap Rasulullah [s.a.w] sebagai pembohongan terhadap
baginda.

Kedudukannya:
Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama
menjadikannya satu bahagian yg berasingan, tidak tergolong drpd Hadis2
Dhaif dan tidak digunakan padanya dgn lafaz Hadis melainkan dari sudut org
yg memaudhukkannya.

Hukum meriwayatkannya:

Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yg dibuat-buat Dan
disandarkan kpd Rasulullah [s.a.w], melainkan jika diiringi dgn keterangan tentang
Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah [s.a.w] pernah bersabda: (Sesiapa yg membuat
pembohongan terhadapku dgn sengaja maka disediakan tempatnya di dlm Neraka).

Sabda Baginda lagi: (Sesiapa yg memperkatakan sesuatu tentang aku dgn
percakapan yg diketahui ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang
pembohong).

*Tanda2 Hadis Maudhuk:

Para ulama telah menggariskan kaedah2 utk mengenali Hadis2 Maudhuk. Di
antara kaedah2 tersebut ialah:

1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg
mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis2 Kelebihan Surah.

2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan
drpd syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya,
meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat
yg beliau mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg
mendakwa pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya
padanya: Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250
Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun
telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.

3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti
terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat
kelemahan pada lafaz dan tergugur makna.

4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman
bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh
keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat.

5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh
ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku
melainkan jika dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah
s.w.t yg bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi)
dan seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir
(Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).

6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti
riwayat dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan
tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad
bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan
sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum
disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah
diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz
meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm peperangan Khandak.
Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah.

7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti
yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya
melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti
diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika
dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan
Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya:
(Kanak2 ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka
hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh
menerima berita yg menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk
menyembunyikannya ketika mereka memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn
dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka?

8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan
balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada
illah melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai
tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu
bahasa yg sentiasa meminta keampunan untuknya.

*Nota penulis"semoga Allah memberi kita taufik untuk kita amal dan sampaikan"

Bahagian-Bahagian Hadith siri pertama


foto hiasan je!!

Hadith Hasan Shahih

*Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini

(Hadith Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan

Sahih" ertinya hadith ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna

hadith itu mempunyai dua martabat: pertama hasan dan kedua sahih.

*Menurut keterangan ulama' hadith, bahawa hadith tersebut dikatakan hasan

menurut perhitungan atau penilaian pada satu sanadnya. Dan dikatakan

pula sahih padanya menurut perhitungan atau penilaian pada sanadnya yang

lain. Ini jika pada hadith itu ada sanadnya (jalannya).

*Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut

pandangan segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama'

yang lain, yang tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang

yang menjadi rawinya atau yang memindahkannya.


Hadith shahih

1. Hadith Sahih Li Zaatihi:

Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.

Dari sudut istilah:

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan
dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah
ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat
iaitu kecacatan.

2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi apabila ianya
diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu
oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:

Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran
dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun
tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis

Sahih.

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini
diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada
kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan
kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairini.

Hadith Sahih:

Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila
terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana
pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari
dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya,
sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan
Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika
diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan
jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya
sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah
diperhatikan padanya terlebih dahulu.

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat
seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil
drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan).

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah:
Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak
ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak
disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan
memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu
Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org
ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau
begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz
menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.

*Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari
dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka
berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata:
(Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah
berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa
perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab
sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan
syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain).

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak
meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya
di dlm kitab sahih.

7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi
tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka.

Monday, February 16, 2009

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."

Saturday, February 14, 2009

Kisah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi R.A (wajid dibaca oleh orang Islam)


                                                               Foto di atas hiasan je!!

kisah ini telah diceritakan oleh Maulana Saad ketika Ijtima Bangkok.Kisah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi dan jemaahnya ditangkap oleh maharaja Rom.Maharaja Rom menawarkan separuh dari harta kerajaan Rom untuk beliau menukar agama kepada agama Nasrani/kristian,lalu ditolak oleh Abdullah R.A,dan seraya berkata,jika kamu memberikan kesemua harta kerajaan Rom pun,nescaya aku tidak ingin menukarkan agama Muhamad ini,lalu maharaja Rom mencari idea untuk mempedaya beliau,lalu Maharaja Rom pun memerintahkan supaya dimasak air untuk memasukkan tentera2 Islam ke dalam air yang panas memdidih tersebut dengan tujuan cara ini dapat mengubah fikiran Abdullah R.A,sementara itu Abdullah sendiri diperlihatkan akan seksaan tersebut,Lalu menangislah Abdullah R.A dengan tangisan penuh hiba sekali.Lalu Maharaja Rom pun berkata adakah kamu sudah berubah fikiran,Abdullah R.A berkata aku menangis bukan kerana aku berubah fikiran,tetapi aku menangis disebabkan aku hanya ada satu nyawa saja,kalaulah aku ada nyawa seperti bulu diatas badan aku,nescaya aku akan korbankan untuk agama Allah Taala,Maharaja Rom pun bersimpati,lalu menawarkan Abdullah R.A satu tawaran iaitu,aku akan lepas kan jemaah kamu dengan syarat kamu kena cium dahi aku,syarat tersebut telah dipersetujui oleh Abdullah R.A sambil berkata perkara yang paling hina ini aku sanggup buat adalah disebabkan agama aku.

Lalu jemaah ini pun balik dan memberi karkhuzari/laporan mengenai perkara tersebut kepada khalifah Umar R.A dan Khalifah Umar R.A mengeluarkan fatwa bahawa setiap orang Islam wajid mencium dahi Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi R.A disebabkan pengorbanan beliau dan aku adalah orang pertama yang akan berbuat demikian.Maulana Saad berkata,umat hari ini sudah hilang sifat seperti sahabat ,bukan saja telah meninggal perintah2 Allah bahkan sanggup keluar dari agamai ini kerana tiada sifat seperti sahabat.Tiada sifat susah payah seperti sahabat.

Friday, February 13, 2009

Targhib Jemaah Masjid



Salam...

* Untuk jadikan dakwah sebagai maksud hidup ialah perlu mempunyai 2 hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.Kalo kedua2 atau salah satu tiada,maka tidak dinamakan amalan jemaah masjid.
* Nabi musa selepas berjaya melepaskan diri dari kepungan Firaun telah tinggalkan kaumnya selama 40hari untuk buat hubungan dengan Allah di Bukit Tursina.Tengok,apa yang terjadi kepada kaumnya,telah disesatkan oleh Samiri.
* Nabi SAW siangnya buat hubungan dengan manusia dan pada malam harinya buat hubungan dengan Allah dan natijahnya Allah beri sahabat2 kepada nabi.
* Nabi SAW semasa di Mekah telah buat hubungan dengan Allah selama 6 tahun,kurang hubungan dengan manusia,hasilnya lebih kurang 60 orang sahabat saja yang masuk Islam.
* Tapi selepas Nabi berpindah ke rumah Al-Arqam,13 tahun diambil untuk buat hubungan dengan Allah dan manusia,dan hasilnya lebih kurang 1000 ja yang dapat hidayat.
* Sebab ulama bagi tahu,hubungan dengan Allah tidak berapa tawajuh lagi sebab nabi buat hubungan dengan Allah dirumah Al-Alqam,lumrahnya,dirumah mesti ada cerita dunia.
* Perintah Allah hijrah madinah,dirikan masjid untuk buat hubungan dengan Allah dulu,selepas itu baru jumpa manusia..maka lebih kurang 10 tahun saja di Madinah,maka telah lahir lebih kurang 200 ribu sahabat.

Bayan Markaz Jitra (baru)

Salam,baru2 ini,saya ke markaz Jitra untuk iktikaf,dan program markaz bermula selepas asar.Saya sampai di sana 10 minit sebelum maghrib dan terus niat iktikaf.Selepas solat maghrib,program seperti biasa.Saya sembat mengingati beberapa perkara yang dibayankan.Pembayan adalah jemaah yang baru tangguh dari keluar di jalan Allah selama 6 bulan.

antaranya ialah...

# jadikan dakwah sebagai maksud hidup.
# Takaza paling besar ialah jumpa manusia cakap kebesaran Allah.
# Kena tahu beza diantara perintah dan kehendak Allah(cerita Nabi Musa ikut Nabi Khidir safar)
# Bantuan Allah yang paling besar ialah taufik dan hidayah.(bukan bantuan ketenteraan)
# Minta bantuan Allah melalui sifat dan ibadat
# Sifat hanya dapat dibentuk melalui dakwah ilallah.
# Ibadat ialah apa nabi SAW buat itulah ibadat.
# Firman Allah SWT"Pohonlah pertolongan melalui sabar dan solah."
# Sabar ayat diatas ialah sifat dan solah diatas ialah ibadat.
# Umar RA berani dakwah malaikat semasa dalam kubur,sebab diatas dunia dulu dakwah kebesaran Allah.
# Bila dakwah kebesaran Allah,Allah akan tundukkan makhluk pada kita.
# Untuk kenal sifat2 Allah tidak boleh melalui kitab2,tapi kena mujahadah(jumpa manusia)
# Contoh seorang yang mengenali singa melalui buku dengan seorang yang mengenali singa melalui bergaul dengannya.(ada perbezaannyakan)

Taskhil dibuat..................

Tuesday, February 10, 2009

Safar eldests di Asia Tenggara

* ijtimak singapura 6 hingga 8 july 2009.
ijtimak malaysia 9 hingga 12 july 2009.
ijtimak filipina 11 hingga 16 july 2009.
ijtimak indonesia 18 hingga 21 july 2009.

Laporan/karkhuzari Ijtimak Thailand 2008





salam,..
masya Allah
baru ptg tadi saya kongsi pengalaman dengan jemaah 40hari di halaqah saya.
saya cerita serba ringkas jela,
kami bertolak dari Takbai lepas asar Khamis,dan sampai ke Ijtimak lepas puku l1.00pm malam sabtu
masa itu,bhai Wahab baru je habis bayan,
maknanya,saya tertinggal hari pertama Ijitmak.
Subuh hari kedua,maulana Ismail Gudhra bayan sampai
dlm puku l1.00am,ada bayan umum di centre ijtimak' oleh bhai Wahab...cuaca di Ijtmak' terlalu panas sehingga berdebu
saya hampir 24jam pakai topeng,tapi bila bhai Wahab masuk ke pentas ijtimak,Allahu akbar,cuaca jadi redup.Allah muliakan pekerja agama-Nya.
Di khemah taam foreign,bayan pelajar agama/madrasah oleh maulana Saad,sebelah khemah taam dibuat bayan ulamak oleh maulana Ahmad Lat,saya dalam majlis bayan ulamak.Hu3
tapi bila tengok bayan maulana Saad habis dulu,saya terus keluar majlis dan ke khemah taam.
Saya terserempak dengan Mursyid tariqat saya,maulana Syamim
saya salam dengan dia dan terus pergi duduk di sebelah Maulana Saad dan
bila tengok bayan ulamak dah nak habis,saya masuk semula dalam khemah ulamak dan aminkan doa Maulana Ahmad Lat,
doanya cukup menyentuh perasaan bagi mereka yang faham arab,(saya x faham,tapi nada dia menyentu jiwa).Saya pun rakam doa dia,untuk ambil berkatnya.
Selepas itu saya khdmat picit bahu maulana Ahmad Lat dan tolak kerusi rodanya ke perkampungan elders.
Lepas asar bayan oleh Maulana Zubair,(anak Hadrat Ji Inamul Hasan) beserta khutbah nikah.Ramai pasangan yang ambil berkat Ijtimak untuk berkahwin.
alhmdullillh,saya dipilih olh Allah untuk duduk diatas pentas bersama dengan para elders n ahlullah.Saya duduk dibelakang maulna zubair.
utk pngetahuan tuan2,maulana2 yang saya kenal,dan yang datang ke ijtmak ini,maulana Saad,Zubair,Syamim,Mustaqim,Ismail gudhra,Maulana Ibrahim,Bhai Farouk Abbasi,Prof Abd Rahman Aleegar,Bhai Wahab,Bhai Mumtaz,syuro London,Syeikh Hafiz Fateh, amir Eropah.
selepas itu saya khidmat turunkan maulana Zubair dari atas pentas,masa itu saya pegang kerusi roda bahagian depan,jadi secara tidak langsung
muka saya setentang degan muka dia,barakallah,penuh dengan nur wajahnya
tidak puas saya pandang.Hu3
Lepas mahgrib bayan oleh Maulna Saad,semasa Maulana Saad sedang bayan,saya dapat lihat, semua eldests sedang catat apa yang dibayankan oleh Maulana Saad.saya duduk dalam halaqah jemaah arab,ada dalam tambah tolak 100 orang Arab,anak raja Qatar pun ada,ramai jugak ahli2 jemaah Arab yang saya kenal kerana saya pernah nusrah diorang masa diorang keluar di Pendang.
Subuh hari ketiga,bayan oleh Bhai Wahab.
waktu isyrak,Allh pilih saya ke bilik Syeikh Hafiz Fateh,amir eropah yang cukup sinonim dengan usaha student di UK.(pensyarah saya x-student UK bagi tahu)
dia adalah orang Pakistan dan sudah tua sangat,
umor dia dalam 70-80 kot.
masa itu,dia tengah solat isyrak,selapas itu, saya sembang dengan syuro London,
selepas itu dia panggil kami masuk dalam bilik dia dan dia hulurkan saya kurma dan,
saya makan,dan dia tanya saya ini sapa?
saya cakap saya seorang student,dia pun targhib saya tentang usaha student.
Selepas selesai jumpa Syeikh Hafiz Fateh,saya tengok Prof Abd Rahman Aleegar tengah sarapan,
jadi saya pun pergi dan duduk disebelah dia,dan secara tiba2,
dia telah suapkan saya biskut dan
Allahuakbar,berkat kewaliannya,saya tidak lapar sehingga 24jam.(dengan izin Allah)
waktu bayan hidayat,saya duduk depan tangga pentas,so,saya dapat tengok semua elders.
dan masa salam dengan maulana Saad,semua orang just sentuh ja tgn maulana,tapi bila smpai giliran saya,maulana Saad genggam tangan saya sambil lihat muka saya dgn mimik terpegun,saya pun tidak tahu kenapa,dalam hati ini just kena jaga zikir saje,takut jugak kot3 Maulana Saad scan apa2 ke.Ha3,lebih kurang 10 saat kemudian,maulana pun senyum dekat saya dan lepaskan tangan saya,selepas itu,salam dengan maulana Zubair,maulana Zubair ini tidak henti2 berzikir.
.................................
Itu la sedkit sebanyak pengalaman saya disana..
saya rindukan bhai Wahab...
masa bai Wahab di Sri Petaling 2 tahun lepas,saya dapat masuk ke dalam bilik dia..terbit pula rasa sayang pada elders2 ini.
Tengok wajah2 elders pun dah cukup untuk keluarkan air mata ini...
Doakan saya,agar Allah terima saya dlm usaha ini....Amin

Monday, February 9, 2009

Takaza umat menderita

Salam..semalam saya ada pergi nusrah jemaah Mesir.Jemaah ini adalah jemaah 4 bulan yang datang untuk usaha atas ijtimak Malaysia.jemaah ini terdiri dalam kalangan orang tua dan muda.Dalam jemaah,ada seorang ahli jemaah yang bernama Rahmat,dia amat ramah sekali kerana kebolehannya bertutur dalam bahasa Inggeris.Dia ada memberi beberapa pesanan kepada saya iaitu,"not for 3days,40days and 4months, but you must be change our live"tinggi sungguh makna kata2nya dia ini.

Brother Rahmat juga sempat memberi tahu saya bahawa beliau sudah keluar di beberapa negara Eropah,dan diantaranya ialah Sweden.Dia bagitau saya bahawa usaha agama di negara2 Eropaah ini amat dhaif termasuklah di Sweden sendiri.Ada satu laporan,Jemaah 4bulan Mesir telah datang ke negara Sweden untuk buat usaha dekat sana,brother Rahmat ada sekali dalam jemaah itu,setelah lebih 3 bulan buat usaha di Sweden,tidak ada seorang orang Islam yang dijumpai disana,kerana masih berbaki lagi sebulan,amir jemaah ini pun membuat keputusan untuk keluar dari negara tersebut dan pergi buat usaha di negara2 berdekat dengan Sweden ini,setelah jemaah ini berangkat meninggalkan tempat penginapan menuju ke airport,telah masuk waktu solat zohor,lalu jemaah ini telah solat di kaki lima airport setelah tida menjumpai surau atau masjid.

Setelah selesai solat,tiba2 jemaah ini telah didatangi oleh seorang makcik tua dlm keadaan menangis,dan tlah brkata,adakah kamu malaikat,lalu dijawab olh jemaah,tidak,kami orang islam,tetepi makcik itu berkata lagi,kamu bukan orang islam,kamu adalah malaikat,saya kenal org islam,orang islam bukan seperti kamu,pakaian mreka bukan seprti kamu,rupa mereka tidak sperti kamu,amalan2 mereka tidak seprti kamu,lalu dijawab oleh amir jemaah trsebut,sambil diberi pnerangan,kami org islam datang dari Mesir dan datang ke negara ini untuk tujuan nak ziarah saudara seislam kami,tetapi kami tidak jumpa org islam dinegara ini,dan sekarang kami hendak pergi ke negara lain atas maksud yang sama.Lalu makcik tersbut menangis penuh hiba dan telah mengaku bahawa dia adalah org islam dan tlah beritahu bahawa di Sweden ada satu tmpat untuk membunuh diri,org yg hndak membunuh diri dikehendaki mendaftar dan dan dikenakan bayaran skian2.

Lalu jemaah tlah pergi ke tmpat tersebut dan telah buat usaha disana,dan hampir sebulan berada disana,org yg datang hndak membunuh diri akhirnya telah masuk Islam dan akhirnya tempat tersebut telah bertukar menjadi masjid.(amin,semoga Allah pelihara masjid tersebut).Setelah sebulan berlalu,jemaah ini akan pulang,sementara siap untuk mengemas barang2,seorang saudara baru telah datang dan brtanya,adakah kamu mahu pulang,jemaah menjawab ya,lalu beliau pun berdoa,"YA,masukkan semua orang Islam ke dalam neraka,mereka zalim,sanggup lihat manusia2 lain jadi penghuni nereka buat selama2nya,lalu jemaah tersebut trkejut dan berkata,mengapa kamu doa sedemikian,kami x ajar pun,beliau mnjwab,kamu dan berjya mngislamkan aku,kmudian kamu nk pulang ke negara kamu dan kamu sanggup lihat manusia2 lain jadi penghuni nereka buat selama2nya.Lalu,jemaah tersebut berjnji bahawa mreka akan datang lagi dan mmbawa lebih ramai lagi jemaah ke negara beliau.

Tuan2 lihat lah bertapa banyaknya takaza untuk org Islam hari ini,sayang sekali,hari ini org Islam,telah menyibukkan diri dengan prkara yang tidak sepatutnya,,org Islam branggapan diri mereka untuk keluarga mereka sahaja..aduh,salah saya ni,,kurang korban untuk agama.

Saturday, February 7, 2009

Amalan wanita untuk ijtimak

Ulama-ulama kita telah berikan beberapa amalan khusus yang boleh dilakukan kepada wanita-wanita (isteri/mak/kakak/adik(wanita je) orang yang buat usaha agama supaya mreka-merka ini dilatih untuk melakukan beberapa amalan khusus untuk ijtimak akan datang.Amalan tersebut ialah:

*Baca Yassin
*Doa Khusus
*Puasa
*Sembahyang Hajat Khusus unuk ijtimak

Friday, February 6, 2009

Laporan persiapan jemaah sebelum ijtimak (Markaz Jitra)



salam,ok,kat sini saya beri laporan sedikit la mengenai usaha yang dibuat di markaz jitra..pada ijtimak ni markaz jitra telah beri azam untuk keluarkan 120 jemaah 4bulan dan 40 hari,80 sebelum dan 40 selepas ijtimak,sebelum laporan ini ditulis,sudah ada beberapa jemaah yang tlah keluar,namun takaza yang terdekat ialah pada pagi jumaat ini,6/2/09,jemaah dorra untuk 2bulan.Jemaah ini adalah jemaah orang yang akan buat kerja .Jemaah ini akan bertlak k sri petaling untuk dibayan hidayat sebelum pulang semula ke markaz jitra untuk pergi serbu karkun2 lama,dan seluruh umat dikawasan tersebut.Semasa tashkil dibuat,ramai jugak yang beri nama untuk turut serta dalam jemaah ini,

Takaza selepas 2,ialah pada 15/2/09,satu jemaah 40hari sempurna dari halqah Kota akan keluar dan diikuti pada 20/2/09,satu jemaah 40hari sempurna dari halqah Pendang akan keluar.Kita sama2 doa semoga Allah terima jemaah ini.Amin

Tuesday, February 3, 2009

Gambar-gambar kami ziarah Sri Petaling






Gambar-gambar diambil olh budak2 jnior saya..sbb diorang xpernah tngok suasana masjid macam ni kat Malaysia.

Gambar-gambar Ijtimak Tonggi 2009







Tuan-tuan lihatlah,semalam tengok paper,diorang kata 3 juta lebih datang,dekat Ijtimak ni lah eldest kita nak putuskan tarikh ijtimak Malaysia...saya kt sana..seolah dalam keadaan fana,rasa diri ni krdil sangat..aduh...bila tangguh dari ijtimak,ada org dari marhalah saya tanya (longat Kedah) "ampa kumpul ramai2,awat ampa x p jihad kt plestin"fuh pdih jgk la,tp saya senyum ja kt dia,dan ckp kt dia nanti saya p la..Hu3".Tuan semalam saya ada p nusrah jemaah Sri Langka yg dtg kt tmpt saya,diorg ckp jemaah diorang adalah jmaah yang ke 50 yang dihantar khusus untuk ijtimak Malysia nnti.masih berbaki 150 jmaah lg yang akan smpi bila2 masa sja..lm bayan jmaah sri lgka bgtau bhawa,"umat Islam hari ini sudah jadi mcm kambing(prumpaan sja le..)sepatutnya umat ini kena jd mcm singa,ttapi akibat meninggalkan dakwah,umat ini sudah bertukar menjadi kambing..di blenggu keyakinan selain dari Allah,keyakinan kepada senjata yg hebat2,bilangan anggota yg ramai,,smakan fikir org kafir dengan org islam..ada senjata yg canggih,baru boleh menang peprangan..AAduh,sedih bangat,tp umat ini masih tidak sedar diri..Umati2 pd malam 2 ,ramai jugak la yg bagi nama termasuk org kampung..Semoga Allah beri taufik untuk kita amal dan sampaikan.wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini