Ketika Maulānā dijadualkan menyampaikan khutbah Juma’at di masjid UIAM, beliau telah dihampiri oleh seorang lelaki warga Bangladesh yang pada pengamatan saya mungkin pelajar di universiti ini. Saya pada mulanya tidak mengambil endah sangat perbincangan mereka kerana saya sedang bersembang dengan seorang alumni Nadwa dari Gombak yang juga datang menyambut kedatangan Maulānā di universiti ini.
Maulānā Sayyid Salman al-Husainī al-Nadwī ketika menyantuni Ketua Wefaq al-Madaris seluruh Pakīstān Maulānā Dr Abd Razaq al-Iskandar di majlis makan malam sempenan seminar MyAqsa, di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside baru-baru ini
Tapi saya telah diberitahu oleh Farith yang mana lelaki Bangladesh ini mulai membuat provokasi dengan bertanya kepada Maulānā tentang ikhtilaf yang sedang berlaku dalam JT. Saya mula memberikan perhatian terhadap perbincangan mereka.
Lelaki Bangladesh ini mula bertanya kepada Maulānā kemelut yang dihadapi oleh barisan kepimpinan JT. Maulānā Salman kelihatan tidak senang dengan soalan tersebut kerana dihadapan beliau ada beberapa orang alumni Nadwa dan beberapa pelajar orang Pākistān & India. Tapi lelaki Bangladesh ini terus menyoal Maulānā dan memberitahu bahawa isu yang berlaku di Tongi baru-baru ini. Lelaki itu juga bertanya, “apa pandangan tuan terhadap “Sa’ād” (beliau tidak lagi memanggil dengan laqab “Maulānā”)”. Pada mulanya Maulānā hanya diam & senyum, tetapi disoalnya berkali-kali, saya dan Farith pun pelik apa hal mamat Bangladesh ini. Kemudian Maulānā yang mungkin tidak senang dengan persoalan tersebut terus menjawab, “beliau (Maulānā Sa’ād) sudah ruju’ (menarik balik) segala kenyataan-kenyataan beliau”.
Kemudian lelaki Bangladesh terus berkata, “ada sekumpulan ‘ulamā di Bangladesh yang telah mengkritik kenyataan Sa’ād”, maka dijawab oleh Maulānā Salman, “beliau (Maulānā Sa’ād) sudah ruju’ (menarik balik kenyataan). Dalam hati saya bermonolog, “ apa hal mamat ni, orang yang sudah bertaubat kenapa mahu diceritakan lagi kesilapannya”.
Lalu, Maulānā Salman berkata, “mereka adalah Siddiqī (keturunan Sayyidina Abū Bakr al-Siddiq rhu)”, “beradablah dengan sebaiknya”.
Tanbih dari kisah ini
1. Maulānā Salman al-Husainī al-Nadwī yang merupakan ‘ulamā besar di India pun tahu beradab dalam menghadapi ikhtilaf ini.
2. Ikhtilaf tidak sedikit pun menghalalkan kita dari mencarik adab sesama ‘ulamā
3. Sebarkan kebaikan saudara-saudara kita
4. Gambar tiada kaitan dengan kisah di atas.
2. Ikhtilaf tidak sedikit pun menghalalkan kita dari mencarik adab sesama ‘ulamā
3. Sebarkan kebaikan saudara-saudara kita
4. Gambar tiada kaitan dengan kisah di atas.