Ikuti Blog Ini

Saturday, February 22, 2014

Hebahan dan Iklan

Assalamualaikum wrt 

Saya Fuad Akmal bin Mohamad Zahir di amanahkan oleh Maulana Razif Mazahiri dari Lujnah Penerbitan Maktabah Ilmiah,Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling untuk menulis satu makalah yang berjudul "Kematian Insan-Insan di Jemaah Tabligh ". Usaha makalah ini adalah usaha inisiatif individu saya yang mana tidak melibatkan perlanggaran usul di dalam Jemaah Tabligh.

Jadi saya memerlukan bantuan tuan-tuan dan puan-puan semua untuk berkongsi cerita dengan saya mengenai kisah-kisah kematian insan-insan di dalam Jemaah Tabligh supaya saya dapat paparkan kisah-kisah mereka ini dalam satu bentuk makalah kemudian akan di sunting oleh Maulana Razif Mazahiri sendiri dan akan di terbitkan.Insyallah

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sudi untuk berkongsi kisah-kisah mereka ini,saya sangat mengalu-alukannya.Kisah-kisah tersebut boleh di kirimkan kepada saya di alamat e-mail saya iaitu fuadpendang@gmail.com. Apa yang saya perlukan ialah rujukan kisah ini,keluarga mangsa terdekat (isteri/suami,anak,adik dsbnya),rakan-rakan,saksi dan bukti-bukti untuk menguatkan lagi kisah-kisah mereka ini.

Semoga Jasa baik tuan-tuan dan puan-puan semua diberikan ganjaran oleh Allah swt.



3 comments:

  1. Tak tahulah tuan,
    Kita ni jarang keluar
    Ziarah orang mati pun kurang

    ReplyDelete
  2. Tuan , hamba yang hina ini... amat bersyukur kepada Allah SWT.. kerana dengan izin Yang Maha Kuasa .. hamba yang hina mula berjemaah selama 3 hari. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT anak hamba telah berjaya keluar selama 40 hari... Kali pertama juga hamba yang hina ini sampai di Sri Petaling krn menghantar anak hamba.. Hamba yang hina ini, amat berterima kasih kepada jemaah di Sri Petaling, baliknya anak hamba dari 40 hari.. Membuka hati hamba yang hina ini untuk bersama jamaah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ust..

    ust dlm blog saya, ade kisah ttg almarhum tun razak dgn almarhum haji muqib yg saya sendiri dengar dpd sorg burzug/org tua2 kakrail ... n juga karkuzari ttg meninggalnya sorg syura dpd Chennai di tempat saya... saya sangat2 mengalukan ust utk ambilkan posting tu, n ubah atau modifiedkan, buat kebaikan usaha agama..

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini