Untuk majlis di MUSP,saya tidak mendapat detil maklumat siapakah yang mengendalikan majlis ini
Di sini saya serta poster majlis tersebut,seperti mana yang di lihat pada bahagian atas tulisan ini ialah majlis yang akan berlangsung di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan poster di bawah ialah majlis yang akan berlangsung di Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum,Hulu Langat.
Untuk majlis ini,saya telah mendapat khabar bahawa yang akan mengendalikan majlis ini ialah seperti yang tertera di dalam poster tersebut.Maulana Hussein Al-Ranggooni ialah seorang tokoh hadith kelahiran negeri Kelantan.Maulana Hussein sangat alim di dalam bidang Hadith,beliau memiliki Sanad Hadith hingga kepada Imam Bukhari,Imam Mazhab 4 dan terus bersanad kepada Rasululullah SAW .Beliau sekarang mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantan dan beberapa kuliah di masjid dan surau sekitar semenanjung Malaysia.Di antara anak murid beliau ialah Baba Ghazali Sekam Pattani sekalipun masih belajar dengan beliau dan termasuk Dr Lukman anak Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah masih belajar dengan beliau.
Maulana Hussin bin Abdul Qadir al-Ranggooni
Sementara itu,Maulana Abdul Majid Al-Bakistani pulak ialah merupakan Syeikhul hadith Krordpakka dan beliau di antara Syeikhul Hadith tertua selepas Maulana Salimullah Khan(Ketua Wefaq Deobandi,di Pakistan).Beliau sekarang menyandang jawatan sebagai Amir Majlis Khtam Nubuwwah (yang menentang ajaran sesat Qadiani) selepas kematian Mursyidi Maulana Khwaja Khan Mohamad pada 2 tahun lepas.
Ayuh,pencinta Ilmu Hadith,marilah sama-sama kita penuhi waktu dan masa kita menghadiri majlis sebegini.Semoga Allah Swt menganjari setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.
Gerakkan hati kami, lembutkan hati kami supaya 1 hari nanti, kesempatan itu milik kami. In sha ALLAH...
ReplyDeleteInshallah,semoga Allah qabul hajat tuan...
Delete