Ikuti Blog Ini

Saturday, April 6, 2013

Ziarah Dr Ustaz Fathul Bari Ke Sri Petaling

Alhamdulillah,pada tanggal 5/4/2013,hari Jumaat,telah tercatit satu pertemuan indah yang melibatkan Dr Ustaz Fathul Bari Bin Mat Jahaya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) dengan beberapa masyaikh di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling kelmarin.
Berikut adalah beberapa Twitt Dr Ustaz Fathul Bari dalam akaun Twitter selepas ziarah beliau.

Beberapa ulamak dalam Jemaah Usaha Dakwah/tabligh seperti Syiekhul Hadith Malaysia Maulana Abd Hamid,Maulana Mansor,Maulana Muhammad Razif,Maulana Amir Hamzah,Maulana Abd Wahid dan sebagainya lagi turut menyantuni Dr Ustaz Fathul Bari.Perbincangan mereka lebih tertumpu kepada ceritakan tokoh-tokoh hadith di Tanah Arab.

Thesis Dr Fathul Bari di bawah seliaan Prof Abu Laits (UIAM).Gurauan daripada Maulana Abd Wahid yang meminta thesis PHD beliau dan Dr UFB berkata beliau akan berikan setelah di jilidkan.

Semua orang termasuklah saya,beranggapan bahawa para masyaikh ini akan berbincang tentang kritikan Dr Ustaz Fathul Bari terhadap kitab Fadhilat A'mal karangan Syeikhul Hadith,Maulana Zakaria Al-Kandhalawi rah.Tetapi tidak ada perbincangan itu.Perbincangan mereka lebih tertumpu kepada perkara lain.Suasana diskusi ilmu turut di rasai meskipun pertemuan amat singkat kerana kekangan masa Dr Ust Fathul Bari sendiri.

Yang menarik perhatiannya ialah ,kesemua mereka berbual dalam bahasa Arab yang tinggi yang membuktikan betapa ilmuannya mereka.Yang menariknya,ialah rupa-rupanya Dr Fathul Bari pernah bertandang ke Masjid Sri Petaling di waktu zaman remaja dulu.

Selepas selesai pertemuan,sebelum Dr Ustaz Fathul Bari berangkat pulang,beliau telah di hadiahkan oleh Maulana Muhammad Razif kitab Fadhilat A'mal versi Bahasa Arab manakala Maulana Mansor turut menghadiah kitab Tuhfat al- A'izza karangan beliau sendiri.

p/s : Dr UFB mengakui kewibawaan para masyaikh Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan berjanji akan menziarahi mereka lagi.Sama-sama berdoa ye.Maaf gambar pertemuan ada di ambil secara tersembunyi tetapi di larang untuk di siarkan di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini