Ikuti Blog Ini

Friday, April 19, 2013

Alim Ulamak Dan Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh


Sambungan daripada artikel ini Penglibatan Golongan Ulamak Dalam Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh

Kebanyakan madrasah milik Jemaah Usaha Dakwah/Tabligh di Malaysia ini,mereka menggunakan kaedah pengajian secara duduk bersila seperti mana yang terdapat di madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan kaedah yang sama juga di gunakan di Darul Ulum,Deoband,India.Pelajar juga di asingkan mengikut kelas (tahun pengajian) iaitu membaca kitab dari awal hingga akhir setiap kitab yang dipelajari dengan dipimpin oleh Ustaz (Qira’at ala al-Syaykh).Para pelajar ditugaskan membaca teks hadith dengan betul, kemudian guru memberi ulasan dan penjelasan atas hadith tersebut.


Dalam gambar kelihatan seperti Maulana Mufti Said Palanpuri sedang mengajar samada kitab Tirmizi atau Thahawi di Darul Ulum,Deoband.

Mereka yang tergopoh-gapah dalam memberikan kritikan kepada jemaah ini dengan ungkapan jahil dan tiada ulamak yang memayungi mereka seharusnya merenung kembali kritikan mereka.Walaupun kebanyakan Ulamak dalam Jemaah ini tidak begitu menyerlah dalam masyarakat dek kerana masyarakat lebih memandang para agamawan dari timur tengah.Namun mutakhir ini,masyarakat mula menerima para agamawan lepasan benua Hind ini dengan banyaknya kuliah-kuliah di dalam pengajian hadith di buka dan di ajar di masjid-masjid di seluruh Malaysia.Bahkan ada di antara mereka mengepalai majlis-majlis seperti Sama' Hadith,Majlis Selawat Rasul dan sebagainya lagi.

Majlis periwayatan dan pengijazahan sanad Kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah karya Imam al-Tirmizi di KUIS.

Seperti kebanyakan pusat-pusat pengajian yang lain yang mengguna pakai sistem Daurah al-Hadith,kebanyakannya menggunakan kitab-kitab yang dipelajari sepanjang mereka berada di dalam pengajian ini ialah Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Abu Daud,
Sunan Ibn Majah (sebahagian sahaja), Sunan al-Nasa’i (sebahagian sahaja), al-Muwatta’
Malik, al-Shama’il al-Tirmidhi, Mishkat al-Masabih,Nukhbat al-Fikar li al-Hafiz Ibn Hajar,
Taysir Mustalah al-Hadith, Matan al-Bayquniyah, al-Arbain al-Nawawiyah, Riyad al-
Salihin.

Majlis bersama dengan Maulana Johari baru-baru ini di UIAM,Kuantan.

Para agamawan ini juga memainkan peranan penting di dalam kerja penterjemahan kitab-kitab bagi kegunaan aktiviti dakwah dan masyarakat Islam di Malaysia.Kerja-kerja penterjemahan kitab-kitab karya para ulamak daripada Benua Hind sedang giat di laksanakan.

Kedua-kedua kitab ini menerima sentuhan penterjemahan dari tenaga pengajar Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.

Imam Muda Amar,adalah peserta rancangan Imam Muda musim ke 2,yang telah mendapat tempat ke 3 dalam rancangan tersebut juga merupakan bekas pelajar di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling.Beliau menghafal Al Quran 30 juzuk di madrasah ini selama 3 tahun,kemudianya menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta mendapat sanad Hadith Al- Bukhari di Madrasah ini selama (8 tahun).

Di dalam jemaah ini,ada pelbagai jenis lapisan masyarakat,ada yang alim dan ada yang awam.Justuru itu,tuduhan bahawa Jemaah ini adalah adalah terdiri daripada orang awam yang jahil adalah tertolak kerana mereka kebanyakkan (orang awam) muqallid kepada salah satu mazahib arba'ah,dan inilah keadaan yang terbaik untuk orang awam.Adakah kita hendak minta dan suruh mereka untuk berijtihad ?,sedangkan mereka bukan ahli ijtihad,cuma boleh galakkan orang yangterlibat dalam jemaah ini supaya belajar perkara yang berkaitan dengan fardhu ain untuk diri mereka dan keluarga mereka.

p/s : Ada sambungan untuk artikel ini,inshallah.

6 comments:

  1. Baru saya tahu,pasai Imam muda tu ?huhu

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas penulisan ini.

    ReplyDelete
  3. good in4..semoga bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  4. di malaysia ni..masih ramai ustaz/alim ulama' belum terlibat secara langsung dengan usaha dakwah & tabligh. Berbanding Thai ngan Indon...ulama' local baik dari pesantren/pondok selain daripada madrasah manhaj deobandi telah mula nampak dan ambik bahagian dalam usaha mulia..Kita di Malaysia ni kene banyak ikram ustaz2 atau ulama' local dengan penuh perhatian dan jadikan mereka rujukan dan kawan untuk kebaikan diri kita kerana ilmu dan rohaniyat ulama'. Mudah2an mereka akan bersama satu hari nanti InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pandangan tuan,usaha bersama ulamak ini kena jadi perkara penting dalam usaha kita.Usaha menziarahi ulamak ini mesti ada dalam agenda mesyuarat kita.

      Bukan nk terhegeh2 ziarah ulamak bila jemaah ulamak datang atau jemaah arab datang.

      Melazimi duduk dalam halqah para ulamak,selalu minta doa dr mereka.

      Delete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini