Ikuti Blog Ini

Sunday, January 20, 2013

Pencerahan Lafaz Perkataan Ini

Salam
Soalan
Adakah perkataan ini hadith.

“Fadhilat membawa orang Islam kepada kepada agama Islam adalah lebih baik dari mengislamkan 10 orang kafir.”.

Waalaikumusalam Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Hadith bilafzihi (dengan lafaz seperti yang dihebohkan) belum pernah saya jumpa,cuma Mufti Syafi Usmani [1]ada menjelaskan di dalam tafsir surah " Abasa" Beliau telah mengeluarkan satu noktah iaitu keluarnya usul Dakwah dan Tabligh dari Syan nuzul surah ini.Kemudian di bawah mazmun ini Mufti Sahab ada menyebut bahawa melibatkan diri dengan memikirkan untuk mengislahkan orang Islam itu adalah lebih "Ahmiat" (penting) dan lebih "muqaddam" dari melibatkan diri untuk mengajak orang kafir kepada Islam.(Maariful Quran)

Rasulullah Saw bersabda :

لأَنْ ﻳَﻬْﺪِﻱَ ﺍﻟﻠﻪ ﺑِﻚَ ﺭَﺟُﻼً ﻭﺍﺣِﺪًﺍ ﺧَﻴﺮٌ ﻟَﻚَ ﻣِﻦْ 
ﺣُﻤُﺮِ ﺍﻟﻨﻌﻢ
''Dengan asbab kamu, Allah bagi hidayat kepada seorang lelaki lebih baik daripada kamu memiliki unta-unta yang merah'' (Hadith riwayat Bukhari).
Jadi sekiranya kita nak nisbahkan dengan Hadith,kita nisbahkanlah dengan hadith unta merah itu dan ungkapan ini kita hanya nisbahkan kepada Ulamak Muktabar dan lebih ihtiatnya gunakan lafaz" lebih Muqaddam" dengan bukan menggunakan "lebih baik" seperti mana dinuqilkan dari Mufti Syafi tadi dan tanpa kita menghadkan sebarang angka 10,20,50 atau 100 orang kafir.

Wallahu A'lamu Bissawab


Oleh
Al-fadhil Ustaz Wan Abu Laibah
Tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum,Hulu Langat.




[1] Beliau adalah ulama Sunnah keluaran Darul Ulum Deoband yang berasal daripada Pakistan.Sepanjang hidup beliau,beliau telah berkhidmat sebagai Mufti Agung di Darul Ulum Deoband dan setelah permisahan Pakistan daripada India.

2 comments:

  1. Masyaikh Nizamuddin dalam targhibnya ada menyebut fadhilat hadith unta merah ini. Targhib diterjemahkan oleh Hj. Khalid rah.

    Minit ke 27:40. Targhib - mutrj. syura Hj. Khalid.
    http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/2012/06/widget-bayan-v2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas respond....tapi ana ada jumpa beberapa karkun awam menggunakan perkataan asal seperti ganjaran/fadhilat 10 org kafir....

      semoga pencerahan ini bermanfaat buat kita semua.

      Delete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini