Ikuti Blog Ini

Friday, November 2, 2012

Ambil Manfaat Rezeki Dengan Amalan


Syeikh Ilyaas Kandhalawi rah pernah berkata bahawa"Jika seseorang tidak mendapat rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka,maka ketaqwaannya boleh di ragui".(Di petik daripada Buku Mutiara kata-kata Syeikh Ilyaas).

Mungkin ramai tidak menyangka bahawa dengan istighfar dan taubat mampu menjadi asbab terbukanya pintu-pintu rezeki.Oleh kerana itu,marilah berlumba-lumba dan bersegeralah kepada pintu taubat Allah Swt.Allah Swt telah berfirman:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu...” (Surah Ali ‘Imran, 3: 133)

Dalam al-Qur’an terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.
Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Qur’an:
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Bashri rah:

Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”


Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian al-Hasan al-Bashri pun membacakan surah ini (Surah Nuh, 71: 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Dalam ayat yang lain juga, Allah Swt berfirman:
وَيَقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud, 11: 52)

Disebutkan dalam suatu hadis:

Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).”

Oleh itu, perbanyakkanlah istighfar dan taubat. Istighfar dan taubat memiliki keutamaan yang sangat besar bukan sekadar apa yang disebutkan di atas. Malah Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang memerintahkan kepada kita agar sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya.
Allah Swt berfirman:

“Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu di waktu pagi dan petang.” Surah Al-Mukmiin, 40: 55

Di ayat yang lain:

Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), di sisi Rabb mereka ada Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat para hamba-Nya. Iaitu orang-orang yang berdoa, “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” Iaitu orang-orang yang sabar, yang tetap taat, yang mengeluarkan sedekah, dan yang memohon keampunan di waktu sahur.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 15-17).

Dalam ayat lain lagi:

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya lalu kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’, 4: 110).

Demikian juga sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Rasulullah Saw, beliau bukan sahaja mengajak agar kita sentiasa beristighfar dan bertaubat, malah beliau sendiri telah menunjukkan contohnya dengan sebaik-baik contoh. Baginda Saw mengajar kita agar beristighfar dalam banyak keadaan dan hampir setiap keadaan. Seperti ketika tersedar dari melakukan dosa, ketika menutup majlis, ketika waktu pagi dan petang, ketika hendak mengakhiri solat, ketika sebaik selesai solat, ketika di dalam solat, ketika sebaik selesai berwudhu’, dan banyak lagi.

Kata Nabi Saw:

Demi Allah, aku benar-benar beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam satu hari lebih banyak dari tujuh puluh kali.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, bab: Istighfar Nabi di siang dan malam hari, no. 6307)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Saw bersabda:
إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللهَ، فِي الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ
Sesungguhnya aku dicukupkan atas hatiku dan aku beristighfar kepada Allah sehari seratus kali.” (Hadis Riwayat Muslim, bab: anjuran beristighfar, no. 2702)

7 comments:

  1. kene usaha tingkatkan amalan ,supaya rezeki mudah datang!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Insan Fakir Iman

    "Jika seseorang mendapat rezeki dari jalan-jalan yang tidak di sangka,maka ketaqwaannya boleh di ragui"

    Mohon pencerahan ust , "jalan di sangka" atau "jalan TIDAK disangka"??

    Jika ikut ayat 1000 dinar lebih kurang maksudnya, siapa yg brtakwa akan diberikan rezeki dari jln2 yg tak disangka.

    Jazakallah

    Tapi mengapa Maulana Ilyas kata "ketaqwaannya boleh di ragui"???

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf,kesilapan editor,sudah diperbetulkan...jzkhair atas keprihatinan enta.

      Delete
  3. Anonymous November 2, 2012
    10:06 PM
    Jangan jadi bani israel bnyk tanya..amal je nanti Allah sendiri bg faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,x salah kalo dia perbetulkan,huhu
      keistimewaan orang Islam adalah utk sedarkan kaum muslim yg lain.

      Delete
  4. .....tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth

    mengenai taraf hadith adakah perlu utk mengambil kira pandangan mereka ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengambil pendekataan meraaikan pandangan setiap mereka yg berjasa kpd kaum Muslimin.w/a

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini