Ikuti Blog Ini

Thursday, September 6, 2012

Orang Kristian Masuk Kampung Melayu


         Kelihatan mereka(pendakyah Kristian) mengunjungi satu rumah keluarga Islam.
Dalam kita bertelingkah dan enggan bekerjasama demi agama dan bangsa,maka para mubaligh-mubaligh Kristian sudah berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu Islam untuk  menyebar dakyah mereka.Hal ini yang dapat dirakam oleh Pertubuhan Pembela Islam(sebuah NGO) sekitar taman perumahan berdekatan Kampung Pandan yang boleh dikatakan majoriti seluruh penduduknya adalah beragama Islam.


Mereka dilihat datang dalam kumpulan lebih 20 orang kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan kecil berselerak sekitar kawasan perumahan tersebut.Kumpulan lebih 20 orang berbangsa Cina ini dikepalai oleh seorang lelaki Mat Salleh (lihat gambar di bawah).
Kesemua mereka berjalan membawa beg yang berisi dengan risalah Kristian dan setiap mereka membawa payung.Setiap daripada mereka bergerak dari setiap rumah ke rumah.
Jika di teliti kaedah metodologi/kaedah pendakyahan mereka,sedikit sebanyak menampakkan kesungguhan mereka dalam menyebarkan kepercayaan bathil ini.Saya sendiri berpengalaman bertemu dengan mereka,ternyata mereka lebih terkehadapan berbanding dengan kita dalam memberikan sumbangan terhadap agama dan kepercayaan masing-masing.

Saya sendiri tertanya-tanya,di manakah pendekatan sebegini oleh jemaah umat Islam.Kalaulah ada pun,pendekatan sebegini ada pada umat Islam,pendekatan sebegini terus di tohmah atas alasan yang "ini bidaah","ketinggalan zaman","suasana yang tidak kondusif" dan beribu-ribu lagi alasan yang telah menyebabkan kerugian kepada umat Islam.Jika ada jemaah kalangan kaum Muslimin yang bangkit atas pendekatan ini,maka jemaah ini telah dikatakan jemaah yang sesat,mempunyai akidah yang tidak sahih dan sebagainya.Boleh dilihat di setiap kampung dan bandar amat sedikit yang melakukan pendekatan dakwah sebegini.Sebaliknya ramai yang berdiam diri malah ada yang menentang.

Apakah kita hanya berbangga dengan masjid-masjid yang indah tetapi bilangan umat Islam yang datang mengimarahkannya boleh di kira dengan jari.Bayangkan,jika keadaan umat Islam,yang mana kehidupan mereka terpisah dengan amalan masjid,sudah tertentu kehidupan mereka menjadi kosong dan senantiasa mencari sesuatu yang menarik untuk memenuhi keinginan syahwat dan nafsu mereka.Sebenarnya tugas mendakwah agama ini,adalah tugas setiap orang Islam,cuba kita bayangkan,jika kita kita tidak berada di pihak yang menyebarkan agama,maka kita akan menjadi sasaran untuk di dakyahkan di atas perkara yang bathil.Amat malang bagi umat Islam sekarang,kerana mereka lebih selesa melihat beberapa individu atau jemaah-jemaah tertentu melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan ini tanpa mereka melibatkan diri mereka sendiri dalam aktiviti ini,dan natijahnya maka hal seperti ini (dalam gambar) terjadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini