Ikuti Blog Ini

Sunday, December 11, 2011

Komentar kepada politik

 
Sekiranya kita melihat apa yang banyak berlaku di sekitar kita hari ini,perebutan jawatan kepimpinan sesama umat Islam bukanlah suatu yang asing.Apabila ini berlaku, maka banyaklah perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku.Hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama Islam banyak yang menjadi renggang dan tegang.

Hal inilah antara senario semasa yang agak menyedihkan.Hanya kerana jawatan kepimpinan tertentu, kita sesama umat Islam malah satu bangsa bertelagah tidak henti-henti. Pelbagai adegan yang begitu buruk dan mencemarkan imej umat Islam sentiasa mengiringi perbalahan rebut jawatan.Perbuatan melondeh aib sudah menjadi perkara biasa.Kata-kata cacian, kesat dan keji dihambur sesama sendiri.Apa yang tidak ada dan tidak pasti, sengaja ditimbulkan dan diada-adakan. Sehingga hal-hal dalam kain dan selimut pun habis diselongkar dan dicanang. Harta dan wang jadi pertaruhan.Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengeluarkan larangan dengan firman-Nya,

وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Janganlah mencari-cari keburukan orang dan jangan pula saling memburuk-burukkan (memfitnah) di antara satu sama lain. Adakah sesiapa di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, 49: 12)

Rasulullah Saw juga telah memberi amaran,

سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

Mencaci orang muslim adalah perbuatan fasiq dan membunuhnya (tanpa haq) adalah perbuatan kufur.” (Muttafaq ‘alaih)

Jika kita perhatikan dengan baik, sekiranya bukan kerana urusan merebut jawatan dan kerusi politik,nescaya mereka tidak akan bertindak sebegitu rupa dengan saling mencaci sesama sendiri.

Sebenarnya secara syar’i, meminta-minta jawatan kepimpinan itu sendiri sahaja sudah ditegah. Inikan pula mahu berebut-rebutan sehingga bergasak sesama sendiri. Sungguh buruk rupa keadaannya. Dalam beberapa hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihatkan dan mengingatkan supaya tidak memberikan sebarang jawatan kepimpinan kepada sesiapa sahaja yang memintanya.

Dalam sebuah riwayat yang sahih, Abu Musa al-Asy’ari r.hu bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah Ta’ala telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah Saw bersabda,

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/344, no. 3402)

Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H) meletakkan hadis ini dalam kitabnya, Riyadhus Shalihin dan Syarah Shahih Muslim pada bab, “Larangan Meminta Kerusi Kepimpinan dan Berusaha Mendapatkannya.”

Dalam hadis yang lain, beliau Saw juga bersabda,

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/59, no. 6615)

Kalau kita lihat dari sejarah para nabi sendiri, nabi manakah yang bertindak mencari-cari atau meminta-minta jawatan kepimpinan bagi tujuan dakwah dan alasan tertentu? Sudah tentu tiada. Sekiranya ada pun, mereka akan memintanya kepada Allah dan bukan kepada manusia sehingga saling berebut sesama sendiri. Sekiranya untuk tujuan dakwah pun tiada contohnya dari para Nabi supaya meminta-minta jawatan, bagaimana pula untuk selainnya yang tidaklah lebih penting dari urusan menegakkan agama Allah?

Jika kita melihat dari apa yang berlaku hari ini, kebanyakan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang berusaha untuk mendapatkan kerusi-kerusi kepimpinan, kebanyakan dan kebiasaan dari mereka akan berusaha gigih meraihnya dengan apa cara sekalipun walau sehingga melanggar batas-batas agama, saling menindas, memutuskan tali persaudaraan, dan akhirnya sehingga mengundang perpecahan yang melemahkan umat.

Dalam hadis yang lain Nabi Saw telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah rah,

لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan.Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)

والحكمة في أنه لا يولى من سأل الولاية أنه يوكل إليها ولا تكون معه إعانة كما صرح به في حديث عبد الرحمن بن سمرة السابق وإذا لم تكن معه إعانة لم يكن كفئا ولا يولى غير الكفء ولأن فيه تهمة للطالب والحريص

Imam an-Nawawi menyatakan, “Di antara hikmah supaya tidak dilantik para pemimpin itu dari mereka yang memintanya adalah kerana dia akan menanggung beban dan tidak ada yang membantunya sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan ‘Abdurrahman B. Samurah tadi. Apabila tiada orang yang membantu bersamanya, bermakna jawatan tersebut akan menjadi beban. Juga tidak boleh melantik orang yang tidak layak kerana akan menimbulkan dakwaan (kebencian) bagi yang memintanya dan orang-orang yang berusaha mendapatkannya.” (Syarah Shahih Muslim, 12/207)

Perkara ini adalah sebagaimana yang dapat kita lihat berlaku di sekitar kita hari ini di mana ketika masing-masing berebut jawatan kepimpinan (sebagaimana dalam pilihan raya), pelbagai janji dan rancangan kebaikan ditabur sehingga mereka sendiri tidak sedar bahawa janji-janji manis tersebut bakal menjadi beban kepada mereka di masa hadapan. Setelah janji ditabur, banyak pula tidak mampu ditunaikan. Pelbagai alasan pun mula direka. Akhirnya jadilah mereka sebagai orang-orang yang cakap tidak serupa bikin, mula berbohong, bersumpah palsu dan akhirnya menjadi pendusta. Bentuk-bentuk sikap seperti ini adalah di antara sikap yang sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ. كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan perkara-perkara yang tidak kamu laksanakan.” (Surah ash-Shaff, 61: 2-3)


Sebagai menutup tulisan ini, penulis akhiri dengan mutiara nasihat daripada Sufyan ats-Tsauri rah.

Beliau berkata:

قال الأحنف قال لنا عمر بن الخطاب تفقهوا قبل أن تسودوا قال سفيان لأن الرجل إذا أفقه لم يطلب السؤدد

al-Ahnaf pernah berkata, “‘Umar B. al-Khaththab mengatakan kepada kami:

“Fahamilah agama sebelum memegang kekuasaan.”

Sufyan menjelaskan perkataan ‘Umar tersebut, “Kerana jika seseorang telah memahami agama, dia tidak akan berhasrat terhadap kekuasaan.” (Ibnul Jauzi, Shifah ash-Shafwah, 2/236)

65 comments:

  1. saya paling benci politik mcm nie????
    busuk punya politik...
    lepas tu ckp politi ni dari nabi saw

    ReplyDelete
  2. islam x dikembangkan dgn pemerintahan,kembang dgn dakwah...mengikut manhaj nabi ..

    Aiman Kepong

    ReplyDelete
  3. Kalau begitu apa pendekatan yg patut kita ambil? Bagaimana pula tuntutan hadis ini.....
    Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."

    Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."

    ReplyDelete
  4. Pada zaman sekarang....adakah dengan kekuasaan yang ada pada diri kita atau pada pemerintah..boleh mencegah kemungkaran..atau pada zaman sekarang ni..adakah kita mampu nak cegah kemungkaran dgn tangan kita sendiri?....berapa banyak org yang ditangkap maksiat berubah dan jadi beriman melalui penguatkuasaan ?berapa banyak yang ditangkap rasuah jadi beriman?..semuanya melalui penguatkuasaan..siapa boleh bg jaminan seseorang pelaku maksiat akan berubah setelah dintangkap.. dan diberi nasihat..?

    ReplyDelete
  5. Syeikh Anonymous,
    bukan semua perkara boleh diselesaikan melalui kekuasaan, betul. tapi ada perkara yg perlu dilaksanakan melalui kekuasaan. jgnlah kita terpedaya dgn kata2 semua inginkan kuasa, gilakan kuasa akan tetapi ada yg BERIJTIHAD bahawa beberapa perkara dlm agama memerlukan kekuasaan bagi ia dapat dilaksanakan. Sebagaimana usaha ini berijtihad dlm perkara keluar dijalan Allah 3 hari, 40 hari, 4 bulan dan seterusnya maka mereka juga ada ijtihad mereka juga.
    ya politik itu kotor akan tetapi ada dikalangan mereka yg ikhlas utk menegakkan syariat Allah. mereka juga manusia tidak lepas dari membuat kesilapan sama seperti kita. apa yg penting ialah kita berbaik sangka. kekadang kita dgn pemaksiat bersungguh-sungguh berbaik sangka akan tetapi mereka yg secara zahiriahnya beragama kita bersungguh-sungguh utk menafikan usaha mereka. mereka mengamalkan sunnah, mereka bersolat jemaah, sekiranya ada timbul permasalahan mereka juga menunaikan solat hajat dan merujuk permasalahan mereka kepada Allah SWT. Atau bahasa mudahnya menyelesaikannya dgn amal. bezanya ialah pendekatan mereka berbeza dgn kita.

    ReplyDelete
  6. Ertinya : Nabi mengutuskan kami ke Huraqah, dan berperang dengan satu kaum lalu kami menyerang mereka di waktu Subuh dan menewaskan mereka, sehinggalah aku dan seorang lelaki dari Ansar mengejar seorang perajurit (musuh), tatkala kami merapatinya, tiba-tiba dia mengucap La Ilaha Illa Allah, dengan segera lelaki Ansar itu menarik senjatanya dan aku pula terus menikam lelaki itu dengan panahku sehingga membunuhnya. Apabila kami pulang dan menyampaikannya kepada Nabi, lalu Nabi bertanya : "Adakah kamu membunuhnya selepas ia mengucap? " Aku menjawab : Kerana dia hanya hendak melindungi dirinya dari kami" Rasulullah sentiasa mengulang-ngulang pertanyaan (menunjukkan salahnya tindakan membunuh itu) itu sehingga aku merasa aku belum masuk islam hari itu" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4021, 4/1555)

    Hadis di atas menunjukkan kepada kita untuk tidak mempersoalkan keikhlasan dan hati seseorang. Cukuplah berhukum berdasarkan zahir mereka

    ReplyDelete
  7. ْمُهَنوُطُب َّقُشَأ الو سانلا ِبوُلُقَبُقْنَأ ْنَأ ْرَموُأ مل ينإ

    Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

    Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

    رئارسلا ىلوتي هللاو مهرومأ رهاوظب ذخآ نأترمأ امنإ

    Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

    ReplyDelete
  8. Secara Zahiriahnya sape yg paling hampir berpandukan Al quran dan Hadis.....

    ReplyDelete
  9. Tuan ABu Nafis..jazakallahukhoiran dgn penjelasanya..."tapi kenapa pula boleh timbul pendekatan yang berbeza dalam permasalahan umat?"
    Bukankah cara nabi muhammad saw adalah yang terbaik..tidak boleh diragui lagi..kerana disitu ada kejayaan..kalau nabi saw guna pendekatan kuasa politik untuk selesaikan masalah ..kita patut ikut..kalau nabi saw selesaikan masalah guna pendekatan dakwah 3 hari , 40 hari dan 4 bulan..kita patut ikut..kalau nabi saw guna pendekatan nasyid kita pun patut ikut..kalau nabi saw pergi lorong ke loronng ..kita pun mesti ikut...cara nabi itulah cara kita kan...maksud nabi itulah maksud kita kan?...cuma saya nak penjelasan...adakah politik.. yang ada majoriti dan minoriti ni cara nabi saw.?..andaikata politik ini bukan cara nabi saw..adakah cabang2 pendekatan lain juga boleh digunakan?

    ReplyDelete
  10. Anonymous 1:saya rasa ini merupakan pendapat peribadinya...perbahasan yg lanjut perlu untuk menghuraikan permasalahan politik ini.

    Abu Nafis : bagaimana hadith mengenai soerang badawi kencing dlm masjid nabi,dan bagaimana nabi saw selesaikan masalah itu,ini juga di sebut kaedah menyelesaikan kemungkaran..dgn hikmah..dan akhirnya si badwi itu masuk Islam..

    ReplyDelete
  11. Anonymous 2:memang x dapat di nafikan pendekatan dgn penguatkuasaan boleh ...tapi peratusnya amat sedikit...sy amek contoh satu kawasan yg kuatkuasa undang2 pada rakyatnya,tp apabila rakyatnya kua dr kawasan tersebut,dia akan buat perkara yg salah semula,kerana dia berada di luar kawasan undang2nya..dakwh dgn manhaj nabi saw ada kesan dan hikmahnya...dan kalo kita perhatikan ,dgn pandnagn kebaikan dan husnul dzhon,maka kita akan nmpak kebaikan tersebut..

    ReplyDelete
  12. Anonymous 3:itu berbalik kpd kaedah usul fiqh..perkara ini juga mendapat perbahasan panjang kalangan ulama salaf dan khalaf....

    ReplyDelete
  13. Ye tuan betul hadis bersangkutan dgn Badwi tu. Itu perlunya hikmah atau bahasa modennya pendekatan dlm menegakkan syariat Allah. Badwi adalah orang yg jahil maka pendekatannya ialah menasihatinya dgn lembut tapi dlm isu penahanan Saidina Uthman RA ketika peristiwa fatah Mekah adakah pendekatan Nabi menasihatkan kafir Quraisy? Sudah tentu kita tahu Rasulullah telah mengerah ketumbukan tentera bagi menghadapi kafir quraisy. begitu juga apabila Nabi perkhabaran tentang tentera romawi berkumpul di sempadan, Nabi telah menyediakan ketumbukan tentera bagi menghadapi ancaman musuh. Peperangan Tabuk. Kesimpulannya ialah hikmah dlm menegakkan syariat Allah SWT itu perlu difahami berdasarkan ilmu.Wallahualam.

    ReplyDelete
  14. Akum ust! saye kalo baca artikel ust mgenai politik kan, hati saya jadi berdebar..dlm usul cakap, hindarkan dpd bcakap mgenai politik.. maafkan saya ust, bukan niat nak menegur atau pancung, tapi saya khawatir natijahnya ade org yg tak puas hati dgn blog ust nanti..

    Bende ni takkan selesai selagi umat tak buat pengorbanan utk keluar d jalan Allah. Jadi ijtima tahun ni pada bulan mei, jadi saya azam utk sambut takaza keluar sblm ijtima.

    ReplyDelete
  15. usul melarang bercakap mengenai politik ketika kita berada dijalan Allah SWT. takde plak usul itu digunakan dlm kehidupan harian. cuma sekiranya kita nak berpolitik rujuklah kepada yg berilmu dan berijtihad dgn sungguh2 dlm politik berdasarkan al quran dan hadis. perkara ke-3 ilmu dan zikir dan yg paling penting berlapang dada. wallahualam.

    ReplyDelete
  16. Ibnu Hatari :ye,maafkan sy..sebenarnya,bidang politik merupakan bidang kajian sya..jadi sy ada sedikit komentar pd politik,kerana itu kemahiran sy..sy rasa saya cuba sedaya upaya menulis di jalan pertegahan dan cuba tidak bias pd mana2 pihak..lagi satu,sy akui dlm usul kerja kita,xde bias2 mana2 politik,semua kita nk kebaikan dr mereka,..maafkan sy..tlh doakan sy..teringat sy pesanan hajrat ji rah..

    Abu Nafis :ye,tp boleh x,jgn kaitkan politik itu dgn agama...politik itu politik dan agama itu agama,politik itu penuh syubhat (sy ada bukti) dan agama itu fitrah....
    apabila kita mengqiaskan imam dlm solat dgn pemimpin politik,rasanya itu tidak tepat..

    ReplyDelete
  17. salam..sy ad petik beberapa hadis dan kisah dr blog tuan..mohon kebenaran:)

    ReplyDelete
  18. zamzai : sila kan la...sharing is caring

    ReplyDelete
  19. politik itu politik, tidur itu tidur, makan itu makan, kerja itu kerja, askar itu askar, lari itu lari, pejabat pos itu pejabat pos, polis itu polis, bank itu bank dan semuanya bukan agama. gitu....politik ke polis ke bank ke lari ke itu merupakan sebahagian dari kehidupan. nak taknak kita perlu menggerakkannya berdasarkan/berlandaskan agama. kalau tidak masakan tuan punya blog berbicara tentang politik dgn merujuk kepada al-quran hadis dan ijtihad berdasarkan ulama salaf dan khalaf. betul? Kalau berbicara tentang syubhat menjadi polis juga boleh berlaku syubhat caranya dgn memakan rasuah, menyalahgunakan kuasa begitu juga perkara lain seperti berlari dari ditangkap polis kerana mencuri, berlari 100 meter dgn aurat terbuka dsbnya semua itu berunsurkan syubhat, betul tak? jgn kerana mereka yg melakukan perkara syubhat berada dlm politik maka kita terus menghukum seolah-olah politik itu haram. kalau kita rujuk balik fadhail amal ada bahagian yg mana Maulana Zakaria ada mengatakan bahawa ibubapa apabila mengetahui anak mereka terlibat dlm politik maka mereka akan gusar akan tetapi apabila mereka terlibat dalam bidang hiburan maka galakan demi galakan diberi oleh ibubapa tersebut. kena semak balik fadhail amal tu...;-)
    Wallahualam

    ReplyDelete
  20. assalammualaikum,..wbt..kefahaman saya yang sedikit mengenai politik secara asasnya adalah diciptakan oleh yahudi sendiri..yang ada majoriti dan minoriti..dan tidak ada dalam agama islam..negara islam islam yang guna platform politik untuk perjuangkan agama adalah dalam keadaan terpaksa sebab takde platform lain yang boleh memperjuangkan agama..dalam negara kita sendiri perlembagaan malaysia berasal dari perlembagaan LORD REID..maka perjuangan islam dalam negara kita juga perlua mengikut acuan perlembagaan yang sedia ada..secara tak langsung perjuangan islam melalui polotik juga perlu mengikut acuan perlembangan sedia ada yang ruang lingkupnya dikawal oleh perlembagaan tersebut..perlembagaan itu sendiri pun bukan dari islam ..dan politik itu sendiri pun bukan dari islam..dimana cara islam yangs sebenar?...cara nabi saw juga adalah yang terbaik...yang mana Dakwah perlu dilakukan.. dengan cara nabi saw..bila dakwah dilakukan..makan iman umat akan jadi baik..bila iman umat jadi baik..maka ibadah akan jadi..bila ibadah jadi baik...masyarakat mukminin akan terbentuk...bila masyarakat mukminin terbentuk maka akan lahir..khalifatul mukminin...bila semua org jadi baik...yang layak jadi pemimpin pun takut nak pimpin negara...tapi sekarang ni...ramai yang offer diri nak jadi pemimpin...dan berebut kuasa..inilah politik sekarang...allahualam..

    ReplyDelete
  21. Kaum nabi Nuh AS yang beriman adalah minoriti.Yang kufur adalah majoriti.Demokrasi berpegang pada majoriti.Kejayaan dalam Agama Allah yang sempurna. Taat seluruh perintah Allah SWT dengan cara Nabi SAW.Nak jadi beriman tak perlu pada kuasa pemerintahan. Takde kuasa pemerintahan tak bermakna iman tak sempurna.Apa kena mengena Iman dan politik demokrasi ni?

    ReplyDelete
  22. Apa kena mengena Iman dgn politik demokrasi? Soalan yg menarik....dlm demokrasi kita diberi ruang utk memilih pemimpin. Kalau kita nak memilih biarlah memilih yg terbaik seperti memilih yg mana pemimpin paling menghampiri syariat islam. Bukankah syariat islam itu juga sebahagian daripada Iman. kita ambil contoh mcm makan kalau sekiranya kita memilih makan ikut suka aku (ISA) tanpa menurut syariat islam maka makan itu menjadi sia2 bahkan boleh membawa kepada dosa. Akan tetapi sekiranya makan itu menurut syariat islam maka ia akan memberikan kita pahala. Apakah yg menggerakkan kita agar makan secara bersyariatkan islam? Sudah tentu Iman kita.....wallahualam

    ReplyDelete
  23. Nabi mengutuskan kami ke Huraqah, dan berperang dengan satu kaum lalu kami menyerang mereka di waktu Subuh dan menewaskan mereka, sehinggalah aku dan seorang lelaki dari Ansar mengejar seorang perajurit (musuh), tatkala kami merapatinya, tiba-tiba dia mengucap La Ilaha Illa Allah, dengan segera lelaki Ansar itu menarik senjatanya dan aku pula terus menikam lelaki itu dengan panahku sehingga membunuhnya. Apabila kami pulang dan menyampaikannya kepada Nabi,
    lalu Nabi bertanya : "Adakah kamu membunuhnya selepas ia mengucap? "
    Aku menjawab : Kerana dia hanya hendak melindungi dirinya dari kami"
    Rasulullah sentiasa mengulang-ngulang pertanyaan (menunjukkan salahnya tindakan membunuh itu) itu sehingga aku merasa aku belum masuk islam hari itu" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4021, 4/1555)

    Hadis di atas menunjukkan kepada kita untuk tidak mempersoalkan keikhlasan dan hati seseorang. Cukuplah berhukum berdasarkan zahir mereka
    p/s : saje nak kongsi. sharing is caring

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,maaf lambat respon...
      sebenar saya masih lagi menyimpan artikel tentang syubhat demokrasi hasil dr kajian ilmiah guru saya selama bertahun2..inshallah,sedang meneliti lagi dan menganalisa lagi kaedah2nya...inshallah...akan sy terbitkan x lama lagi..

      Delete
  24. bleh jelaskan x perbezaan dlm link d bawah ini? mungkin abu nafis amat faham tentang demokrasi..dan mungkin hanya itu yg terbaik utk anda..dan yg sependapat dgn anda.. :-)

    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/3251-sn298-syura-bukan-demokrasi

    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2427-sn239-kebebasan-di-bawah-sistem-demokrasi

    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/368-sn165-syura-dan-hukum-majoriti

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://g-82.blogspot.com/2011/04/menilai-pandangan-ht-tentang-demokasi.html?m=1
      sila baca hujahan ini.

      Delete
  25. maaf..mungkin sy agak jahil utk memahami hal ni..tapi bagaimana pula dgn keadaan di Malaysia kita bercampur dgn non-muslim..ada pendapat mereka yg diambilkira..kalau diambilkira sahaja mungkin x mengapa tapi yg sy hairan ada org alim yg menyokong mereka..bagaimana ye?

    link yg sy bagi tu lebih detail menunjukkan perbezaan syura & demokrasi..boleh tuan terangkan?(yg mane tuan tahu je pn xpe)..penulis tersebut menyebut demokrasi sahaja sistem yg ada buat masa ni..adakah sistem demokrasi akan di"update" kemudian?atau tiba2 dihapuskan?bagaimana dgn sistem Islam terdahulu?adakah telah mati?(walaupun tidak diamalkan di Malaysia)...dan berapa lama agaknya sistem demokrasi ni boleh bertahan?
    sebab yg sy tahu kalau kita ikot cara nabi SAW sahaja...Allah dah janji...berjaya dunia & akhirat...walaupun nampak macam x berjaya...dan agak ketinggalan(x kena dengan budaya Malaysia)...berbanding cara2 moden yg nmpak lebih berkesan & berjaya..tapi Allah perintah dalam al-Quran ikut nabi SAW je..mesti lah kite boleh ketepikan semua cara di dunia ni kan?apa pendapat tuan Abu Nafis?

    maaf mcm byk soalan pelik2 kn..bahasa pun rojak sikit..maklumlah saya ni jahil :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Saya tak faham kenyataan ini ' ada pendapat mereka yg diambilkira..kalau diambilkira sahaja mungkin x mengapa tapi yg sy hairan ada org alim yg menyokong mereka..bagaimana ye?' cuba bagi contoh apa yg org alim sokong.

      Delete
    2. buat saudara yg bertanya di sini sy bawakan firman Allah swt (maksudnya),

      “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (an-Nuur, 24: 55)

      Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan,

      “Dari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.

      saudara,ketahui bahawa janji dr Allah swt itu adalah benar...yang penting ialah suadara (dan kita semua) perlu menyediakan amlan yg secukupnya utk melayakan kita menerima janji yg telah di jamin oleh Allah swt...saya cadangkan kita banyak membaca dan mengkaji sirah sahabat nabi saw...maka inshallah,kita akan faham hakikat apa itu nubuwah dan apa itu khilafah...

      Delete
    3. sebab yg sy tahu kalau kita ikot cara nabi SAW sahaja...Allah dah janji...berjaya dunia & akhirat...walaupun nampak macam x berjaya...dan agak ketinggalan(x kena dengan budaya Malaysia)...berbanding cara2 moden yg nmpak lebih berkesan & berjaya..tapi Allah perintah dalam al-Quran ikut nabi SAW je..mesti lah kite boleh ketepikan semua cara di dunia ni kan?apa pendapat tuan Abu Nafis?

      Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik

      bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang

      tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan

      kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak

      meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-

      prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia

      mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan.

      Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti

      zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan
      bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika
      itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat.

      Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan

      terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain,

      antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara. http://drmaza.com/home/?p=1427

      Delete
    4. ada sorang tegur ana pakai kopiah... dia tanya PAS ke? ana jawab tak... pastu dia tunjuk isyarat bagus...
      ana tanya kenapa?
      dia jawab..... mau agama kena tinggal politik... mau politik kena tinggal agama.
      ana hairan dgn jawapan apek tersebut, dan bertanya kenapa?
      dia jawab... politik semua cakap tipu... kalau talak tipu, talak dapat undi. sudah dapat undi, janji tak mau bikin... janji talak bikin itu dosa.
      hehehe.... cerdik jugak apek ni... moga dia dapat Hidayah.

      Delete
  26. Analogi mudah ialah zaman Nabi SAW takde kapal terbang maka nabi tak tunjuk cara solat ketika atas kapal terbang. Jadi tiada cara yg nabi SAW tunjukkan atau sunnah solat atas kapal terbang. Adakah dgn itu kita tidak menggunakan kapal terbang?

    ReplyDelete
  27. bagaimana siasah nabi saw??? guru saya pernah detailskan bab siasah Nabi dan siasah sekarang selama seminggu dlm kuliah sy bersama beliau...mashallah,pencerahan yg begitu menakjudkan,hampir sahaja,sy dapat katakan bahawa siasah sekarang dan siasah di zaman Nabi saw dan para sahabat r.hum adalah berbeza...

    ReplyDelete
  28. Itu adalah persoalan yg saya cuba lontarkan. Apakah dgn tiadanya kapal terbang zaman nabi SAW kita mengambil tindakan dgn tidak menaiki kapal terbang kerana tiada sunnah nabi dlm mengerjakan solat diatas kapal terbang? Sudah tentu tidak kerana kita boleh berijtihad dlm perkara ini. Sama juga politik hari ini berbeza dgn siasah zaman nabi SAW seperti tuan punya blog nyatakan diatas. Mereka yg terbabit dlm politik hari ini berijtihad juga sepertimana dlm perkara solat diatas kapal terbang. Betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang politik itu di datangkan dlm pakej beserta demokrasi,dan demotrasi juga termuat dalam pakej demokrasi tersebut...tentang hukum menggunakan wasilah "demokrasi" utk mendapatkan pemerintahan dan seterusnya menjadikan negara tersebut sebagai "daulah Islamiah" merupakan khilaf ulama..(dalam konteks Ijtihad ulama)
      saudara dan pembaca di luar sana,sy bawa satu pertanyaan,adakah kita begitu yakin menggunakan wasilah ini,untuk meraih jalan yang begitu singkat dlm perjuangan kita..sedangkan siasah yg wujud di zaman salafus-solleh kita begitu berbeza,di sini saya letakan formula mereka.(Iman+ amalan solleh= taqwa) dan akhirnya untuk melengkapi kesyumulan Islam itu ,Allah swt hadiahkan kekhalifahan...dan kekhalifahan ini adalah 3 peringkat...pertama kekhalifahan dlm diri sendiri,kedua kekhalifahan menguasai manusia dan ketiga menguasai benda2 yg telah mati)... wahhu'allam

      Delete
  29. Terima kasih atas penjelasan tuan2...

    Tuan Abu Nafis: mngkin contoh yg ingin sy katakan ini adalah fitnah yg ditaburkan ke atas parti tertentu..sy fikir x perlu sy nyatakan..
    tuan katakan bahawa nabi tidak meninggalkan perincian dalam politik?bagaimana tuan begitu pasti?adakah telah diteliti sepenuhnya pemerintahan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW?
    bukankah agama kita telah sempurna?cuma kita yg byk tidak sempurna(sy sendiri)..adakah sistem syura itu tidak termasuk dlm politik Islam?
    lagi 1...pernah sy bertanya kpd 1 hamba Allah berkenaan politik di Malaysia..ringkas jawapannya: Islam membenarkan politik tetapi tidak membenarkan parti(ap yg sy faham maksud beliau berkenaan pilihanraya yg meletakkan banner&gambar2 utk diperkenalkan kpd masyarakat setempat..serta keadaan di parlimen yg mana wakil2 tertentu mengeluarkan kata2 kasar sesuka hati..mungkin tuan boleh perjelaskan)
    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dlm bab fitnah/ghitbah itu sudah khilaf dgn siasah yg di anjurkan dlm Islam,zaman sekarang,habis keadaan isi rumah ahli politik itu di selak...untuk menumpaskan lawannya..perkara ini menjadi kebiasaan...Allahu mustaan...

      tentang perincian dlm politik itu,ini merupakan pandangan sarjana Islam,tidak mewakili semua ulama2..

      Islam benci budaya buka aib -mengaib dan budaya berebut kuasa...

      Delete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. Tuan Abu Nafis: mngkin contoh yg ingin sy katakan ini adalah fitnah yg ditaburkan ke atas parti tertentu..sy fikir x perlu sy nyatakan..
    tuan katakan bahawa nabi tidak meninggalkan perincian dalam politik?bagaimana tuan begitu pasti?adakah telah diteliti sepenuhnya pemerintahan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW?

    jawapan : fitnah ditabur bukan politik zaman ini tapi zaman sahabat pun ada fitnah ditabur dikalangan mereka yg munafik. Saidina Muawiyah juga difitnah hinggakan ada yg seolah-olah menafikan beliau sebagai seorang sahabat nabi dek kerana fitnah oleh orang syiah. Adakah fitnah berlaku adalah salah sistem atau org itu sendiri. Apa bezanya kita dgn pihak barat yg menyalahkan Islam walhal yg membuat kekacauan itu adalah org islam bukan ajaran islam itu sendiri. Adakah ISLAM itu salah atau penganutnya yg bersalah?

    bukankah agama kita telah sempurna?cuma kita yg byk tidak sempurna(sy sendiri)..adakah sistem syura itu tidak termasuk dlm politik Islam?

    Jawapan : realitinya dikalangan mereka (parti politik)juga terdapat sistem syura mereka sendiri. Apa itu syura? Mesyuarat betul tak? Kalau kita kaji sirah kita, hanya ketika zaman awal islam sahaja yg betul2 mengadakan sistem syura dlm melantik pemerintah. Yg lain hanya melalui warisan atau perebutan kuasa. kita berbalik kembali persoalan kapal terbang tadi. adakah kerana zaman Rasulullah takde kapal terbang maka kita tak boleh naik kapal terbang kerana Rasulullah tak pernah tunjukkan cara solat diatas kapal terbang? Jgnlah jumud sangat atas perkara yg tidak haram secara khusus seperti pengharaman keatas riba yg jelas disebut didalam alquran....

    lagi 1...pernah sy bertanya kpd 1 hamba Allah berkenaan politik di Malaysia..ringkas jawapannya: Islam membenarkan politik tetapi tidak membenarkan parti(ap yg sy faham maksud beliau berkenaan pilihanraya yg meletakkan banner&gambar2 utk diperkenalkan kpd masyarakat setempat..serta keadaan di parlimen yg mana wakil2 tertentu mengeluarkan kata2 kasar sesuka hati..mungkin tuan boleh perjelaskan)
    :-)

    Jawapan : itu hamba Allah berpandangan. akan tetapi banyak lagi pandangan atau ijtihad yg membenarkan politik dlm demokrasi seperti bekas mufti perlis Dr Maza, Dr Yusuf Qardhawi dan ramai lagi ulama kontemporari zaman ini. Wallahualam.

    ReplyDelete
  32. Tuan Abu Nafis: terima kasih atas penjelasan..tapi sy masih kurang penerimaan..maklum lah sy ni jahil :-)
    syura..mmg mesyuarat..tetapi utk sesama org mukmin shj bukan?seperti link yg telah sy beri sebelum ini..juga dibalas oleh link tuan...namun sy fikir..sy tidak nmpak ap jawapan yg menjawab persoalan link yg telah sy berikan..terutama link berkenaan "Syura Bukan Demokrasi"...di sana dijelaskan lebih detail tentang syura..mungkin tuan boleh mbidas kenyataan itu mgunakan ulama masa kini :-)

    ReplyDelete
  33. Penjelasan berkenaan demokrasi telah diberi dan rasanya tidak perlu diberi penerangan lagi. Maka tiada keperluan untuk penjelasan diberi sekiranya soalan yg ditanya berulang-ulang. Jawapannya tetap sama. Jgn naik kapal terbang kerana Rasulullah tidak menunjukkan cara solat dlm kapal terbang. Sekian, terima kasih. ;-p

    ReplyDelete
  34. Owh..betul la tu..sy cuma mengulangi perbuatan tuan Abu Nafis terhadap tuan blogger ini..rase bosan bukan?soalan telah dijawab namun masih tidak berpuas hati dan bertanya..mudah2an ia menjadi muzakarah yg memberi manfaat kepada semua..tuan mengingatkan sy kpd satu org hamba Allah..beliau agak tinggi ilmunya..mngkin terlalu byk blajar ilmu hingga dlm satu ceramahnya beliau mengatakan lebih kurang "susah la kalau semua benda kita nak ikut nabi..kenderaan kena naik unta..xle la naik kereta"..
    satu org sahabat sy menjawab dgn mudah kpd sy..Rasulullah SAW mengajar kita doa naik kenderaan..bukan ajar doa naik unta..begitu juga dgn makan..tiada doa mgunakan tangan atau sudu...cuma berbalik kpd iman masing2..yg mana keinginan utk mengamalkan sunnah tinggi..maka insyaAllah tiada masalah..

    mengapa pula tidak perlu naik kapal terbang?tuan seronok berbicara mengenai ijtihad..maka saat ini lah ijtihad boleh digunapkai bukan?

    berkenaan demokrasi mngkin jika tuan telah bosan boleh komen ayat khatimah link tersebut:

    "Sedarlah wahai kaum Muslimin bahawa sesungguhnya syura itu tidak sama dengan demokrasi mahupun Parlimen. Syura bukanlah demokrasi, kerana syura adalah pengambilan pendapat (dalam perkara yang dibolehkan oleh Islam) sedangkan demokrasi adalah sistem pemerintahan kufur yang berasal dari Barat yang berasaskan pada idea sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan. Ingatlah bahawa sistem demokrasi telah dijadikan senjata ampuh oleh Barat untuk menghancurkan Islam. Semua ini telah dirancang oleh Barat ketika Daulah Islam mulai melemah dan ketika Khilafah hancur pada tahun 1924, Barat segera meracuni pemikiran umat Islam dengan menyebarkan idea bahawa Islam adalah agama demokratis, bahawa demokrasi berasal dari ajaran Islam atau boleh diambil oleh Islam sebagai sebuah sistem pemerintahan yang baik kerana berteraskan musyawarah (syura). Sesungguhnya sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa demokrasi adalah sebahagian dari ajaran Islam atau mengatakan demokrasi adalah syura itu sendiri, ini bererti bahawa dia telah berjaya diracun oleh Barat untuk turut menghancurkan Islam dan menyesatkan umat Islam. Propaganda demokrasi yang palsu dan penuh kedustaan ini tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencegah bangkitnya Islam melalui sistem pemerintahan sebenar Islam yakni sistem Khilafah, sekali gus bertujuan untuk melestarikan hegemoni ideologi kapitalis-demokratik yang kufur di seluruh dunia, agar umat Islam tetap terus-menerus hidup dalam ketertindasan, penderitaan dan kesengsaraan di dunia dan akhirat."

    Mudah2an kita tidak tergolong dalam golongan yang diracun pemikiran oleh barat. Wallahu'alam. Sekian, terima kasih :-D

    ReplyDelete
  35. Abraham Lincoln meringkaskan definisi demokrasi dengan kata-katanya yang terkenal bahawa ia adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Inilah hakikat demokrasi yakni sebuah pemerintahan yang mana undang-undangnya dibuat oleh manusia! Bagi golongan yang berfikir secara cetek, memang ternampak ada kemiripan antara syura dan demokrasi. Kemiripan itu ialah, dalam syura terdapat proses pengambilan pendapat berdasarkan suara majoriti (seperti apa yang terjadi dalam Perang Uhud) dan dikatakan sama dengan demokrasi yang juga mengambil pendapat secara majoriti. Namun dengan mencermati penjelasan tentang syura secara jernih, masalah kemiripan ini akan hilang dengan sendirinya. Ini kerana, di dalam Islam, tidak semua perkara boleh disyurakan (khususnya dalam penggubalan undang-undang) dan tidak semua syura perlu tunduk kepada suara majoriti. Hal ini sangat berbeza dengan demokrasi yang selalu menggunakan kriteria suara majoriti untuk segala bidang permasalahan, khususnya pembuatan undang-undang. Selain itu, syura hanyalah hak kaum Muslimin yang dilaksanakan di antara sesama umat Islam ketika mereka berbeza dan bertukar-tukar pendapat dalam mengambil suatu keputusan. Ini jelas berbeza dengan demokrasi yang menjadikan Muslim dan non-Muslim bercampur-aduk untuk menetapkan suatu keputusan. Demokrasi lahir dari falsafah sekularisme ciptaan manusia, sebaliknya syura lahir dari aqidah Islam dan merupakan hukum syara’ yang dilaksanakan sebagai sebahagian dari perintah Allah SWT.

    ReplyDelete
  36. Owh pandai sungguh berbicara, isunya mudah sahaja biar saya petik apa yg tuan yg tak bernama berkata 'mngkin terlalu byk blajar ilmu hingga dlm satu ceramahnya beliau mengatakan lebih kurang "susah la kalau semua benda kita nak ikut nabi..kenderaan kena naik unta..xle la naik kereta"..
    satu org sahabat sy menjawab dgn mudah kpd sy..Rasulullah SAW mengajar kita doa naik kenderaan..bukan ajar doa naik unta..begitu juga dgn makan..tiada doa mgunakan tangan atau sudu...cuma berbalik kpd iman masing2..yg mana keinginan utk mengamalkan sunnah tinggi..maka insyaAllah tiada masalah..'
    saya telah tekan dgn jelas bahawa kita jgn jumud sangat dlm perkara yg tidak jelas. Mungkin saudara boleh google kat internet dgn memberikan saya nas yg jelas berkenaan pengharaman demokrasi seperti pengharaman sistem riba, pengharaman arak, pengharaman zina dan sebagainya.yg dinyatakan hanyalah pernyataan tentang syura tidak sama dengan demokrasi. samalah isunya dlm analogi yg saya gunakan dalam menaiki kapal terbang dan isu solat. jadi apa bezanya pernyataan saya dgn pernyataan 'satu org sahabat sy menjawab dgn mudah kpd sy..Rasulullah SAW mengajar kita doa naik kenderaan..bukan ajar doa naik unta..begitu juga dgn makan..tiada doa mgunakan tangan atau sudu'
    samalah juga dengan soal politik dalam islam. saya petik tulisan dr maza bekas mufti perlis iaitu 'Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.'
    Sedangkan isu solat (ibadah khusus) pun ada perbezaan pendapat inikan pula politik. Analogi lebih mudah lagi ialah 'jgn gunakan internet kerana ia adalah ciptaan Barat, kufur dan hanya akan melalaikan manusia dan menjauhkan daripada Allah SWT. Yang paling utama ia tidak sunnah kerana Nabi bermuzakarah secara bersemuka bukan melalui internet' ;-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana pulak dengan persoalan ini...

      "Berhukum Dengan Suara Majoriti Bukanlah Suatu Kebenaran"

      “Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Ma’idah, 5: 100)

      “Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya.” (Surah Yusuf, 12: 103)

      Allah Swt telah menetapkan kaum Muslimin dengan Islam sebagai satu-satunya jalan hidup,

      “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam…” (Surah Ali Imran, 3: 19)

      Allah Swt menghukumi orang-orang yang memilih jalan hidup lain selain dari jalan Islam di dalam firman-Nya yang berikut ini,

      “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imaran, 3: 85)

      ”Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.”(Surah asy-Syura, 42: 21)

      “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 60)

      Dalam persoalan ini, ummat Islam tidak mempunyai pilihan lain melainkan mentaati Allah Swt,

      “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 59)

      “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 116)

      Delete
  37. "Mari kita membedah demokrasi"
    Dalam sebuah aplikasi berpandukan sistem demokrasi, masyarakat dibenarkan untuk menubuhkan parti (kumpulan) demi untuk bertanding merebut kerusi dan membina kerajaan. Sekaligus membawa ideologi dan resolusi masing-masing bagi sebuah negaranya.

    Maka, dari sini sebenarnya telah terbukti banyak sekali menimbulkan perpecahan dan pergolakan di antara masyarakat apabila masing-masing mahu memenangkan kelompok masing-masing yang berpandukan kepada pendapat dan pemikiran masing-masing. Sehingga ada dari mereka sanggup menggunakan dan mempermainkan isu agama demi kepentingan survival politik kelompok masing-masing. Maka, dari sini juga, secara langsung ia pasti akan membenarkan tersebarnya kepelbagaian ideologi yang sama ada menepati syari’at atau sebaliknya, malahan mungkin juga yang menentang. Maka, survival agama Islam akan menjadi terpinggir dan boleh dikikis nilai-nilainya dengan mudah melalui pelbagai jenis syubhat dan propaganda yang dimainkan.

    Malahan, ia sekaligus menggalakkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Hanya kerana sedikit perbezaan, maka masing-masing mula membuat haluan politiknya sendiri dan menubuhkan kelompok yang baru. Apabila parti saling berbeza, maka budaya menjatuhkan dan mengkritik di antara satu dengan yang lain akan terus bercambah dan subur. Maka, bermulalah bibit-bibit perpecahan dan pergolakan.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

    “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan. Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.” (Surah Hud, 11, 118-119)

    “..Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah ar-Ruum, 31-32)

    “Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah-belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).” (Surah al-Mukminuun, 23: 53)

    Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (maksudnya),

    “Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan membenci kamu dalam tiga perkara: Dia meredhai kamu apabila kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu kepada-Nya, dan apabila kamu berpegang teguh kepada tali Allah semua dan kamu tidak berpecah-belah,...” (Hadis Riwayat Muslim)

    persoalan ijtihad tentang penggunaannya itu,adalah pandangan sebilangan ulama sahaja...Persoalannya,bagi saya,demokrasi itu di gunakan kerana ulama berpandangan demokrasi itu sedikit unsur keadilan dr sistem pemerintahan yg lain..Ini sahaja.."sedikit keadilan"

    ReplyDelete
  38. Demokrasi di buktikan dalam kegagalan beberapa negara org Kafir sendiri....

    Demokrasi telah memberikan kegagalan kepada printisnya “Masyarakat Greek” di Kota Athens. Ia juga pernah menyebabkan kegagalan yang serius kepada beberapa negara walaupun mereka telah mencuba mengolah semula dan mahu menjadikannya suatu kenyataan. Hakikat ini dapat dibuktikan melalui sejarah Jepun, Itali, dan German. Mereka menerima kegagalan yang paling mengecewakan semasa melaksanakan sistem demokrasi ini di negara masing-masing. Akhirnya mereka mengambil alternatif perjuangan Mussolini dan Hitler melalui cara perjuangan Fasisme yang sederhana. Malangnya teori ini juga telah menghancurkan negara mereka sehingga German terpaksa menerima perjanjian Versailles yang memalukan rakyatnya. German juga terpaksa menghadapi pelbagai krisis sehingga pada tahun 1923, mata wang German tidak bernilai langsung, hinggakan satu dollar Amerika saja sudah bernilai 400000 Marks.

    ReplyDelete
  39. Abu Nafis cuba menegakkan benang yg basah...dr awal cuma yg diambilnya dlm demokrasi adalah "suara majoriti"...apa yg salah dlm demokrasi cuba diperbetulkannya..mengapa tidak mengambil "suara majoriti" dan menamakan sistem lain? masih mahu mengamalkan sistem demkrasi yg dicipta org kafir..mungkin benar Abu Nafis dan lain2 adalah ikhlas dlm perjuangan mereka..Robin Hood juga ikhlas mencuri untuk disedekahkan kepada fakir miskin..namun adakah perbuatan itu diterima?
    Benar kata satu org hamba Allah.."pada akhirnya semua org akan claim bahawa mereka ikut cara nabi SAW dan mereka benar2 ikhlas memperjuangkan Islam"..

    kalau pun betul nabi SAW tidak meninggalkan perincian dlm politik (sy tidak berani mengiakannya kerana baginda SAW adalah manusia yg paling sempurna..pasti semuanya sudah lengkap cuma kita yg jahil tidak mahu mengamalkan sunnah baginda SAW dgn sempurna) adakah bermakna kita boleh mengambil sistem yg dicipta oleh org kafir?

    mengapa tidak diambil perkara yg terang2 sudah ada dlm al-Quran?..sistem Syura itu sendiri..100% syura bukan main celup sane sikit sini sikit :-)

    ReplyDelete
  40. bukan sahaja internet tetapi komputer/laptop yg digunakan juga adalah ciptaan barat...berani ke nk buang? :-)

    bukankah pembangkang paling byk mgunakan internet kerana media terhad? mungkin ini dibolehkan kerana darurat kot..

    apakah dalil bahawa zaman pemerintahan baginda SAW tidak sistematik berbanding zaman selepas itu? Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a telah ditawan kerajaan Parsi namun Saidina Abu Bakar menangis sambil berkata lebih kurang "kalaulah ini perkara yg baik pasti Allah telah bagi pada zaman Rasulullah SAW lagi.."..namun hari ini kita sibuk nak buat lain drpd cara Rasulullah SAW..

    ReplyDelete
  41. Melalui amalan musyawarah, hanya orang-orang yang beriman (yang mematuhi seruan Tuhannya) dan menjaga amalan solatnya akan diutamakan pendapatnya. Dan pendapat yang diambil bukanlah pendapat yang terbina daripada suara majoriti, tetapi adalah pendapat yang terbaik yang menepati syari’at.

    Dalam (Surah asy-Syuura, 42: 38)

    Allah swt sebut sendiri siapa yg layak menjadi ahli musyarah (syura)dan selayaknya diambil pendapatnya

    iaitu sebagaimana berikut:

    1 – Beriman.

    2 – Bertawakkal.

    3 – Menjauhi Dosa-dosa besar.

    4 – Apabila marah, mereka memberi maaf.

    5 – Patuh terhadap seruan Tuhannya.

    6 – Mendirikan solat.

    7 – Menafkahkan sebahagian rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya.

    ReplyDelete
  42. Kesimpulan yg kalian cuba buat ialah :
    1. Dalam menjalani sesebuah kerajaan kita perlu mengikuti sunnah sepenuhnya tanpa ada ijtihad lain. Apa beza kita dgn wahabi yg tidak dapat menerima fadhail amal kerana kewujudan beberapa cerita yg sang wahabi ragui. Walhal Dr Yusuf Qardhawi seorang alim besar, ulama tersohor dizaman hari ini juga bersetuju menggunakan demokrasi sebagai wadah utk menegakkan syariat Allah. Tak tahulah kalian semua org yg lebih alim dari Dr Yusuf Qardhawi.
    2. Demokrasi menyebabkan perpecahan dikalangan umat. Persoalan yg menarik utk dibicarakan. Dizaman Saidina Uthman r.a. pun telah berlaku banyak perpecahan dikalangan umat islam yg menyebabkan berlaku peristiwa yg sangat menyedihkan dlm sejarah islam iaitu pembunuhan Saidina Uthman. Adakah di zaman itu sistem kerajaan dibina berdasarkan sistem demokrasi? Atau kerajaan islam seterusnya berpecah kepada beberapa kerajaan antara Umayyah, Abbasiah, Fatimiyyah dan kerajaan ini bergerak atas sistem demokrasi? Salahuddin Al Ayyubi telah menggabungkan beberapa kerajaan utk menawan dan menghalau crusader dari baitulmaqdis. Adakah kerajaan itu digabungkan setelah berpecah adalah kerana mereka mengamalkan sistem demokrasi?
    3. Demokrasi adalah ciptaan kafir dan tak sunnah maka tidak layak dijadikan satu sistem dan ditolak terus. Ini adalah ayat yg disimpulkan dari kenyataan sang tanpa nama ' sedangkan demokrasi adalah sistem pemerintahan kufur yang berasal dari Barat yang berasaskan pada idea sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan.' . Yg lawaknya dia buat kenyataan begitu rupa dan dia plak yg buat kenyataan begini ' bukan sahaja internet tetapi komputer/laptop yg digunakan juga adalah ciptaan barat...berani ke nk buang? :-)

    bukankah pembangkang paling byk mgunakan internet kerana media terhad? mungkin ini dibolehkan kerana darurat kot..'
    sekarang ni siapa yg buat kenyataan demokrasi ciptaan kufar tapi masih lagi menggunakan internet ciptaan kufar utk bermuzakarah? Bukankah ia tak sunnah dlm bermuzakarah kerana Nabi bermuzakarah face to face bukan menggunakan internet ;-p
    lebih pelik lagi apa kena mengena pembangkang dlm isu ini. Kalau nak bercakap atas dasar politik kepartian boleh saja tapi kita buka citer dlm muzakarah lain. Ooopppssss tak sunnah kalau bermuzakarah menggunakan internet sbb ia dicipta oleh KUFAR. Betul tak tuan tanpa nama yg saya rasa boleh kenal siapa orgnya.
    4. Kita selalu marah kepada org yg mengata usaha tabligh tapi kita pun apa bezanya dgn mereka. Kita marah kerana org kata usaha tabligh ni tak ikut sunnah sbb dakwah nabi mana ada 4 bulan, 40 hari, 3 hari takde hadis atau nas yg mengatakan begitu. Tapi dlm blog ini juga ada penerangan tentang ijtihad dan dalil yg diambil dlm al quran berkenaan dgn persoalan ini. Kalau kita sendiri tidak menghormati ijtihad org lain bagaimana org lain nak menghormati ijtihad kita. Lebih memalukan bilamana kita menyamakannya dgn Robin Hood. Siapa kita yg jahil ni (yg diulang berkali-kali) jika nak dibandingkan dgn Dr Yusuf Qardhawi.
    Last but not least APA BEZA KITA DENGAN WAHABI KALAU KITA TIDAK DAPAT MENERIMA PENDAPAT/IJTIHAD ORG LAIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa pendangan saudra berkaitan isu perpecahan dan dibawa nas dr zaman sahabat r.hum adalah tidak tepat kerana...isu ikhtilaf kalangan sahabat ini merupakan hasil dr dakyah org munafik,syiah dan juga merupakan perkara yg telah di sebut oleh Nabi saw...ini bukan isu kelemahan pemerintahan...sebab itu saranan saya,kita perlu lebih teliti di dlm urusan ini (kisah sirah sahabat) kerana banyak sangat riwayat yg tidak tepat mengenai para sahabat r.hum..pepecahan dizaman sahabat r.hum bukan kerana kelemahan pemerintahan,tetapi hasutan dari musuh2 Allah swt dan sebagainya lagi..

      Delete
  43. Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

    Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.

    Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

    Ini adalah contoh perbezaan corak pemerintahan Umar jika dibandingkan ketika zaman Rasulullah. Harta rampasan atau ghanimah dibahagikan kepada tentera islam tetapi tidak di zaman Umar r.a. Adakah dia tidak meyakini sunnah Nabi SAW?
    Rujukan http://www.wikipedia.org/wiki/Saidina_Umar_Al-Khatab#section_7

    ReplyDelete
  44. kesimpulannya bukan tanpa ijtihad lain...tetapi asas yg digunakan dlm politik itu sendiri...kalau asas digunakan merupakan demokrasi ciptaan barat..apa yg ingin diijtihadkan lagi?soal 4 bulan, 40 hari, 3 hari itu merupakan pembinaan iman..sy kira tuan Abu Nafis yg tinggi ilmu ni pasti dh tau dalil perubahan 40 hari tu kan..ijtihad ini satu dunia pakai..tapi mungkin kita yg tidak perasan..atau tidak mahu ambil tahu..kita sibuk bertelagah dalam negara ni shj..kita bukan macam sahabat tapi nak tiru2 mereka..x kan terus keluar setahun kot...kalau macam Tuan Abu Nafis yg ikhlas memperjuangkan Islam mungkin la boleh..macam saya ni belum cukup ikhlas lagi...soal hormat...pandangan tuan blogger pun tidak dihormat bagaimana nak hormat pandangan tuan Abu Nafis? haha boleh teka? jgn teka...nanti jadi fitnah...kita sama tiada gambar dan tiada link...cuma namaku "Anonymus" dan nama tuan "Abu Nafis"..sy sentiasa follow blog ni...tapi bila melihat satu pihak ingin bermuzakarah dan satu pihak ingin menghentam(di samping membela demokrasinya) maka sy terpanggil utk komen..tiada niat utk berlagak spt hero yg ikhlas :-P

    Bagi contoh Robin Hood tu sebab susah sgt nk faham..adakah matlamat menghalalkan cara? seolah2 ingin mengangkat pemimpin melalui suara majoriti..kemudian jika kalah marah2 buat demonstrasi..mana perginya sifat tawakal kpd Allah? menang kalah semua datang dari Allah..
    pemimpin juga diangkat oleh Allah SWT..

    Zaman Saidina Umar al-Khattab..zakat pun hampir tiada golongan yg mengambilnya..pasti lah perkara yg lain yg lebih luas dari itu pun mempunyai kelainan..para khulafa ar-rasyidin juga tidak menginginkan jawatan khalifah tersebut kerana mereka tahu betapa besarnya amanah yg dipegang..berbeza dgn pemimpin M'sia hari ni..tidak mengira apa parti..semua mempromosikan diri..tampal gambar sane tampal gambar sini..janji sana janji sini..

    Mari kita renungi hadis Rasulullah SAW: (diambil dari blog tuan anak pendang)

    Dalam sebuah riwayat yang sahih, Abu Musa al-Asy’ari r.hu bersama-sama dua orang sepupunya datang berjumpa Rasulullah SAW. Kemudian, salah seorang dari sepupu Abu Musa pun berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, jadikanlah kami pemimpin kepada salah satu daerah (wilayah) yang Allah Ta’ala telah berikan kepadamu.” Seorang lagi dari sepupu Abu Musa pun menyatakan hasrat yang sama. Maka Rasulullah SAW bersabda,

    إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

    “Demi Allah, kami tidak akan memberikan kerusi kepimpinan ini kepada sesiapa pun yang meminta dan berusaha ingin mendapatkannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/344, no. 3402)

    ReplyDelete
  45. Imam an-Nawawi rah (Wafat: 676H) meletakkan hadis ini dalam kitabnya, Riyadhus Shalihin dan Syarah Shahih Muslim pada bab, “Larangan Meminta Kerusi Kepimpinan dan Berusaha Mendapatkannya.”

    Dalam hadis yang lain, Baginda SAW juga bersabda,

    إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

    “Kamu selalu berusaha (atau berhasrat) untuk menjadi pemimpin, padahal ia akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/59, no. 6615)

    Kalau kita lihat dari sejarah para nabi sendiri, nabi manakah yang bertindak mencari-cari atau meminta-minta jawatan kepimpinan bagi tujuan dakwah dan alasan tertentu? Sudah tentu tiada. Sekiranya ada pun, mereka akan memintanya kepada Allah dan bukan kepada manusia sehingga saling berebut sesama sendiri. Sekiranya untuk tujuan dakwah pun tiada contohnya dari para Nabi supaya meminta-minta jawatan, bagaimana pula untuk selainnya yang tidaklah lebih penting dari urusan menegakkan agama Allah?

    Dalam hadis yang lain Nabi SAW telah mengingatkan ketika berkata kepada ‘Abdurrahman B. Samurah rah,

    لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

    “Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan. Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132)

    Harap2 pemimpin yg ikhlas tidak meminta2 jawatan kepimpinan..dan tidak tergolong dalam orang yg berusaha mendapatkan jawatan kepimpinan."UNDILAH SAYA/KAMI/" tu cuma gimik je :-P

    ReplyDelete
  46. kita sibuk bertelagah dalam negara ni shj..kita bukan macam sahabat tapi nak tiru2 mereka..x kan terus keluar setahun kot...kalau macam Tuan Abu Nafis yg ikhlas memperjuangkan Islam mungkin la boleh..macam saya ni belum cukup ikhlas lagi...soal hormat...pandangan tuan blogger pun tidak dihormat bagaimana nak hormat pandangan tuan Abu Nafis?

    awal kenyataan sebut kita kena ikut sunnah nabi sepenuhnya. takde ijtihad dlm politik, sistem syura yg terbaik. bila kena tang kita yg buat usaha terbalik plak. kita bukan sahabat boleh keluar setahun terus. sejak bila sahabat keluar setahun, sahabat keluar bukannya ada jangka waktu balik. cuba kita tengok diri kita balik, ijtihad ini diguna seluruh dunia. seluruh dunia tu sape yg guna ijtihad ni? mereka yg buat usaha dakwah dan tabligh je guna. cuba kita tengok plak dunia yg lain? Mesir, Tunisia, Syria, Jordan apa ijtihad mereka? Ikhwanul muslimin apa plak ijtihad mereka? APa mereka ni bukan islam, takde org alim/ulama?
    Itu sebabnya saya berulangkali sebut ulama kita sendiri Maulana Umar Palanpuri rha. sebut jgn merendahkan usaha org lain. biarkan mereka dgn usaha mereka. Kalau kita boleh bersangka baik dgn pemaksiat yg jelas melanggar hukum Allah SWT, kenapa kita tak boleh bersangka baik dgn mereka yg berjuang utk menegak syariat Allah SWT dlm ruang lingkup demokrasi yg mana mereka juga berijtihad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan saya adalah utk memberikan akan kepentingan terhadap kepentingan menghayati dan menghidupkan semula sunnah dlm siasah ini..

      ada pun demokrasi ini,kita kene akui kebenaran bahawa ia ada kelemahannya,kerana merupakan idea ciptaan makhluk,dan seharusnya punyai kelemahan..cuba tengok,bila kita perhatikan org kita yg semangat yg sangat menebal trhdp demokrasi ini sehingga,melupakan sistem yg di ajarkan oleh Nabi saw dan para sahabat rhum.Jesturu itu tulisan saya berkaitan demokrasi adalah utk menyedarkan kembali akan kelemahan demokrasi yang pada hakikatnya ada kelemahannya..sebagai contoh...org kita sekarang berkata bahawa demokrasi berasal dr Islam..nauzubillah?? ...ini lah yg saya risaukan,tambah2 mereka yg mendapat pendidikan barat,kefahaman mereka terhadap demokrasi sangat merisaukan saya...saya pernah duduk dalam satu diskusi tentang keadilan demokrasi,mashallah teperanjatnya saya apabila keluar dr lidah org islam yg berpendidikan barat ini mengatakan bahawa antara sistem yg paling adil dlm dunia dan sejarah kehidupan manusia adalah sistem demokrasi,kerana asasnya adalah rakyat,keputusan di tangan rakyat...

      Delete
  47. Tak tau la plak tanpa nama ulama tersohor sesohor Dr Yusuf Qardhawi atau paling tidak Dr Maza mantan mufti Perlis ;-p

    ReplyDelete
  48. sebenarnya tidak timbul isu saya tidak mera'ikan ijtihad ulama lain..tapi apa salahnya saya cuma memberikan kesedaran betapa pentingnya kepimpinan melalui kaedah Islam...adapun isu demokrasi,memang ada sebilangan besar ulama mengharuskan..tapi,apa yg di tegas di sini ialah kepentingan mengembalikan kaedah yg dulu....

    yang pertama sekali,adalah menyediakan kemampuan ummah dlm pelaksanaannya...ini yg penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan punya blog yg saya hormati,
      Saya sangat setuju akan keperluan menyediakan kemampuan ummah dlm menerima syariat Allah SWT. Cumanya saya mengambil peluang ini agar rakan seusaha kita tidak menilai usaha mereka yg bukan sealiran dgn kita sebagai saingan atau usaha yg tersasar dari syariat bahkan ianya sebagai pelengkap. Ini adalah persepsi yg ada pada rakan seusaha sepanjang terlibatan saya yg kerdil ini dlm usaha ini. Ini bukan zaman 80an bilamana jemaah lain (dgn izin saya sebutkan disini) ABIM, PAS saling bertelingkah antara satu sama lain. ia tidak akan mendatangkan kebaikan kepada islam pun sebenarnya. Wallahualam

      Delete
    2. maaf,saya cuma mengkritik kepincangan sistem demokrasi.Demokrasi hanya pada perkara yang tidak ada nas dalam Quran. Kalau berkaitan hukum syariat HARAM ikut demokrasi dan tinggalkan nas.

      Delete
    3. empphhh... dah berkubur sistem demokrasi... janji Allah Taala pasti... sesama mereka pun berpecah belah skrg ni.... ada PAN dan ada PAS. Allah Taala akan hancurkan org zalim dgn org zalim....

      Delete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini