Ikuti Blog Ini

Wednesday, January 4, 2012

Siapakah pemerintah bagi umat Islam



Dalam fiqh Islam, ketua negara atau pemimpin umat Islam disebut dengan beberapa nama.Ia adalah seperti Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan, dan al-Malik (raja). Kemudian, di bawah pemimpin tertinggi akan ada pula wakil-wakil pemimpin, para pembantunya, menteri-menteri, wali kota, garbenor, panglima, dan selainnya yang dilantik oleh pemimpin pertama (tertinggi).

Memilih seorang pemimpin (muslim) bagi menguruskan hal ehwal umat Islam dalam sesebuah negara hukumnya adalah wajib berdasarkan al-Qur’an, as-Sunnah dan ijma’ ulama.Tugas pemimpin umat Islam secara umum adalah untuk menjaga urusan agama dan urusan yang berkaitan dengan keduniaan.

Al-Khaththabi rah menyebutkan:

ان المراد بأئمة المسلمين الخلفاء وغيرهم ممن يقوم بأمور المسملين من اصحاب الولايات
 

Yang dimaksudkan dengan pemimpin umat Islam adalah para khalifah dan selainnya dari kalangan para pemimpin yang memegang tanggungjawab menguruskan hal-ehwal umat Islam (masyarakat).” (Syarah Shahih Muslim, 2/38)

Rasulullah Saw bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah. Berikut disimpulkan kaedah-kaedah tersebut secara ringkas yang diambil dari buku beliau Mu’aamalatul Hukkam fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, pada bab fii Qowa’id Tata’allaq bil Amanah:

Ibnu Baththal rah berkata, “Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghallib), dan hendaklah kita berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Sebagaimana juga perkataan Ibnu Qudamah rah (Wafat: 620H), “Apabila naiknya Abdul Malik B. Marwan dengan cara keluar menentang Ibnu az-Zubair, membunuhnya, memaksa rakyat dengan pedang hingga dia naik sebagai imam (pemimpin) dan diberikan bai’ah, maka wajib pula mentaati pemerintah yang mutaghallib (yang naik dengan cara yang tidak syar’i) ini.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/526)

Imam asy-Syathibi rah (Wafat: 790H) juga menyebutkan:


“Pernah ditanyakan kepada Yahya B. Yahya, Adakah bai’at itu dibenci?” Beliau menjawab, “Tidak.” Beliau ditanya lagi, “Walaupun orang yang dibai’at tersebut adalah pemimpin yang zalim?” Beliau menjawab, “Ibnu ‘Umar telah berbai’at kepada ‘Abdul Malik B. Marwan yang merampas kuasa pemerintahan dengan pedang. Demikianlah yang dikhabarkan kepadaku oleh Malik bahawasanya Ibnu ‘Umar r.huma menulis surat kepada ‘Abdul Malik rah, “Aku menyatakan kepada engkau dengan ketundukan dan ketaatan berdasarkan Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”

Dallam Surah An-Nur Allah Swt menjanjikan kekuasaan kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Maka kita ikut jalan ini iaitu jalan menguatkan iman dan amalan agama.

Jika kita kembali kepada ayat dari Surah An-Nur itu yakni Allah Swt menjanjikan kuasa kepada orang yang beriman dan beramal soleh.Makanya tugas kita, saya, kami dan kalian juga ialah berusaha untuk menanam dan menguatkan iman seterusnya memperbetulkan segala amalan-amalan keagamaan kita. Bermula dengan diri sendiri, kemudian keluarga kerabat terdekat, kemudiannya masyarakat sekeliling.Walaupun,ada segelintir masyarakat kita mendakwa cara ini adalah cara lambat,tetapi dengan cara inilah lebih syar'ie.

Benar kata Nabi Muhammad Saw, bahawa 'kalian adalah umat yang tergesa-gesa'.Nabi Saw tidak pernah mengeluh menunggu sehingga 13 tahun sebelum berhijrah dan dianugerahkah negara.Nabi Saw sahaja yang didatangi Jibril saban waktu mengajarkan al-Qur'an dan didatangi malaikat penjaga gunung menawarkan khidmat, pun tetap bersabar.Begitu juga Nabi Nuh a.s, yang sanggup beratusan tahun berdakwah tanpa negara. Dan hanya peroleh pengikut tidak sampai 100 orang.Sayangnya,kita dalam keadaan tergesa-gesa,hendakkan negara,tapi  berpatah ara dari manhaj kenabian dan salafussoleh. 

66 comments:

  1. fuad akmal kalo menulis memang dahsyat2 ...doakan sy tuan..

    ReplyDelete
  2. saya sangat bersetuju dgn artikel ini cuma satu persoalannya yg ingin dikemukakan. Adakah apa yg sedang berlaku di negara ini berbentuk rampasan/pemberontakan ataupun pemilihan?

    ReplyDelete
  3. salam tuan, sy bru follow blog tuan..tuan pn karkun ye..masyaAllah..boleh la tuan datang singgah blog sy yg x berapa nk active tu :)
    mungkin boleh kongsi pendapat & betulkan yg mane silap..

    ReplyDelete
  4. Anonymous : tudia,jgn kecek supo gitu nooh,cik manusia biase je..

    Abu Nafis : ye,benar,dlm malaysia based on pemilihan,tp cara ini tidak syar'ie kerana,tugasan melantik pemipin ini bukan sebarang org boleh lantik mcm gitu je..tmbahan pula,kalangan awamun naas,ade fasik,taqwa,munafik...sedang perkara ini telah di bahaskan ulama,dan di beri garis panduan,siapakah yg layak utk melantik pemimpin..rujuk karya imam Mawardi Al-Ahkam al-Sultaniyya w'al-Wilayat al-Diniyya..dlm tu details di muzakrah oleh Imam Mawardi fasal bab ini..

    zamzai..inshallah..barakah huu fiee..

    ReplyDelete
  5. Jadi cara apa yang syar'ie? Dr Yusuf Al Qardhawi mengizinkannya dan boleh juga dirujuk kitab Fiqh Ad Daulah, Darus Syuruuq Mesir Cetakan ketiga 2001, m/s 146 menyimpulkan dengan ringkas sebab kewajaran pejuang Islam terlibat dalam demokrasi:

    “ Jika engkau mahu, boleh sahaja berkata :
    intipati demokrasi ( ciptaan manusia ) itu adalah sebahagian daripada intipati sistem syura dalam Islam ”
    Wallahualam. Maka itu adalah ijtihad.

    ReplyDelete
  6. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9259&postdays=0&postorder=asc&start=15%20%22
    utk rujukan bersama

    ReplyDelete
  7. Dan cuba semak balik Aap Beti karangan Maulana Zakaria, bagaimana pendekatan beliau dalam isu politik.

    ReplyDelete
  8. abu Nafis :Allah Swt berfirman (maksudnya),

    “Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)

    Imam Ibnu katsir rah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut),

    “Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 3, m/s. 430)

    “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (al-Isra’, 17: 16)

    Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan.

    Begitu juga dengan firman Allah,

    “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (al-Hakfi, 18: 59)

    Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin. Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini,

    “Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)

    Ramai lagi ulama2 di luar sana,yang mereka melarikan diri dr kemahsuran dunia..mereka meyakini dgn perkara..

    dan ayat dibawah ini adalah hadiah dr amalan mereka...
    “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)

    “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (an-Nuur, 24: 55)

    Tuntutan dlm ayat ini ialah semua membaiki amalan agama,dan pemimpin terus di berikan..sy pernah dgr al-fadhil ust Azhar Idrus dlm kuliahnya ckp perkara yg sama..jika kita zhalim,maka Allah swt akan anggat pemimpin zhalim..dan nk ubah pemimpin zhalim ni bukan dgn kuasa politik (walupun politik itu dibenarkan oleh sebilangan ulama) tp masih dlm perbahasan ulama...

    karangan aap beti adalah karya maulana utk semua lapisan terutamanya di fokuskan pd awamun naas..

    ReplyDelete
  9. 1. saya tak pernah kata tuntutan memperbaiki iman dan amal tidak perlu akan tetapi apa yg ditegaskan ialah hikmah dlm menegakkan syariat Allah. Betapa Rasulullah telah menunjukkan hikmah kepada kita dlm menghadapi situasi yg berbeza dalam menegakkan syariat islam.
    2. Ramai lagi ulama2 di luar sana,yang mereka melarikan diri dr kemahsuran dunia..mereka meyakini dgn perkara..
    dan ayat dibawah ini adalah hadiah dr amalan mereka...
    Bagaimana tuan punya blog meyakini bahawa ulama yg terlibat dlm politik ini hanya mengejar kemasyhuran dunia semata-mata? Tuan punya blog mempunyai saudara mara yg terlibat secara langsung dgn politik yg dijadikan kayu ukur atau hanya sekadar andaian atau persepsi.
    3. Aap beti sekiranya dibaca terdapat kisah bagaimana Maulana Zakaria sangat mengagumi dua tokoh ulama besar India yg terbabit secara langsung dlm politik bukan memandang sinis terhadap mereka atau usaha mereka.
    4. Maulana Umar Palanpuri dgn tegasnya mengingatkan bahawa jgn sesekali memandang rendah usaha org lain kerana mereka juga ingin mencari keredhoan Allah SWT.
    5. Kisah Abdullah Ibnu Zubair yg diceritakan di fadhail amal dimana beliau menentang Hajaj bin Yusuf dan diberi sokongan penuh oleh ibunya Asmaa bt Abu Bakr sehingga syahid dan digantung mayatnya di mekah.
    Keimpulannya ialah jgn memandang rendah usaha jemaah islam yg lain kerana mereka juga mempunyai ijtihad mereka sendiri sepertimana kita berijtihad dlm usaha ini.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Abu Nafis : saudaraku yang di kasihi,mungkin saudara tersalah menafsir maksud sy nie..

    2.ya,sy sendiri terlibat secara khusus dgn dunia politik,dan politik Islam ini merupakan bidang kajian saya..dan saya punyai ramai saudra yg membeeri sepenuh masa utk politik..

    3.kan sy dh mentions,kisah Aap Beti,ditulis utk awamun naas,macam FA,so rasa saya x sesuai bilamana kita tgk satu perkara,terus kita anggap perkara trsebut sma sahaja.

    4.Kisah Abdullah bin Zubair r.huma dan Hajjaj Yusof rah,adalah cerita yg berlainan dgn suasana politik kita skrg..rujuk ucapan Saidina Anas bin Malik r.hu dlm perkara ini..juga rujuk iaitu Hassan al Basri rah...sy bukan memandang rendah trhdp usaha fikrah lain,cuma ingin menyedarkan mereka...apakah itu politik...???

    ReplyDelete
  11. Kisah Abdullah bin Zubair r.huma dan Hajjaj Yusof rah,adalah cerita yg berlainan dgn suasana politik kita skrg..rujuk ucapan Saidina Anas bin Malik r.hu dlm perkara ini..juga rujuk iaitu Hassan al Basri rah...sy bukan memandang rendah trhdp usaha fikrah lain,cuma ingin menyedarkan mereka...apakah itu politik...???

    1. Saya tidak maksudkan cerita Abdullah bin Zubair r.huma dan Hajjaj Yusof rah (rah tak sesuai utk Hajaj) dgn suasana politik sekarang cumanya saya ingin menyatakan bahawa terdapat beberapa orang dari kalangan para sahabat yg bangkit menentang ketidakadilan.
    2. Suasana politik sekarang bukan suasana yg berlakunya peperangan/pemberontakan akan tetapi politik yg berbentuk pemilihan tampuk pemerintahan. Kalau pemilihan dikatakan tidak syar'ie maka sistem khalifah dahulu kala juga tidak syar'ie kerana ia bukan pemilihan berdasarkan syura. Akan tetapi apa pilihan yg ada? Islam tetap juga berkembang, sama juga kita hari ini sepatutnya kita tumpukan usaha kita tanpa perlu mempersoalkan usaha jemaah lain seolah-olah politik itu haram utk diceburi....kalau usaha kita diterima Allah SWT maka kita akan dikurniakan pemimpin yg adil, kalau tak kitalah penyebabnya bukan mereka yg memilih wadah politik sebagai usaha menegakkan syariat Allah. Betul?
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Abu Nafis: Anda benar..Anak Pendang juga benar...tetapi Allah & RasulNya lebih mengetahui kebenaran yang sebenarnya..semoga Allah merahmati kamu berdua.. :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih, semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

    ReplyDelete
  14. Saudaraku Abu Nafis : Kita bukan berdebat bukan,cuma bermuzakarah,

    Telah tercatat di dalam sejarah di era para sahabat berkenaan kekejaman seorang gabernor di bawah pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan yang bernama Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi. Di mana dia (Hajjaj) telah banyak membunuh jiwa, sehingga sahabat yang mulia Abdullah bin Zubair RA terbunuh. Tetapi, bagaimanakah Sikap para sahabat yang lain pada ketika itu, adakah mereka bertindak mengumpulkan kekuatan untuk memberontak? Demi Allah, tidak sama sekali, bahkan mereka tetap menganjurkan untuk mendengar dan taat. Zubair bin Adiy berkata: “Kami mendatangi Anas bin Malik mengeluhkan perihal Hajjaj. Anas menjawab: “Bersabarlah, kerana tidaklah datang sebuah zaman kecuali yang setelahnya akan lebih buruk sehingga kamu berjumpa dengan Tuhan kamu, aku mendengar ini dari Nabi kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

    Juga Khalifah Abdul Malik bin Marwan rah pernah berkata,

    “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan amalan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)

    Demokrasi telah mengajar kita utk tidak bermuamalah pemimpin dgn cara yg baik..Hal inilah kesannya demokrasi,walaupun kita nampak ada maslahan dr segi hukumnya,tp dlm jangka yg masa yg mndatang,penuh dgn mafsadah..

    Soal khalifah seperti yg di bangkitkan


    Hadis Pertama:

    «الْخِلاَفَةُ ثَلاَثُونَ عَامًا ثُمَّ يَكُوْنُ بَعْدَ ذَلِكَ الْمُلْكُ»

    ”Khilafah itu tiga puluh tahun, kemudian setelah itu terdapat al-mulk”. (HR Ahmad)

    Hadis Kedua:

    «خِلاَفَةُ النُّبُوَّةِ ثَلاَثُوْنَ عَامًا ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكٌ»

    ”Khilafah Nubuwwah itu tiga puluh tahun, kemudian setelah itu terdapat mulk”. (HR al-Hakim)

    Semoga Allah swt pilih kita semua utk berada di bawah lembayung "Khilafah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah" seperti yg diperkatakan dlm beberapa hadith soheh.

    Anonymous:JZK,inilah muzakarah...doakan sy dan umat ye..

    ReplyDelete
  15. Abu Nafis : khalifah selepas khulafa al-Rasyidin adalah satu perkara yg disebut dlm hadith nabi saw.

    Soal Hajjaj al-Tsaqofi rah,sy pernah jumpa dlm satu kitab yang mencatatkan bahawa,ada satu org Tabien yg telah mendakwa bermimpi melihat al-Hajaj rah telah memasuki syurga.

    Dlm banyak kitab sebut mengenai sumbangan al-Hajaj,seperti keputusan beliau utk menghantar ekspedisi jemaah Muhamad bin Qossim rah ke benua Hindia..dan Al-Hajaj rah juga berjasa dlm meletak beberapa tanda bacaan dlm quran..wahu'aalam.

    ReplyDelete
  16. Salam
    Pernah dngr bayan dimana seorang telah di tanya "Siapakah yg memerintah Bani Israel?" Maka tidak dijawab "Firaun". Tapi dijawab"Amalan Bani Israel yg memerintah mereka". Apabila mrk jauh dari Allah, maka Allah datangkn pemerintah yg zalim yakni firaun. Apabila anak2 lelaki dibunuh, mulalah mrk 'mencari' Allah.."Ya.. Allah..ya Allah..". Asbab dari mrk berkeinginan kembali pd Allah maka Allah datangkn Musa as. Bila mrk bersama Musa as dan kembsli taat pd Allah maka Allah yg ambil tanggungjawabmenghapuskn Firaun yg zalim tanpa perlumrk berperang mghalau Firaun.
    Pembayan seterusnya mengatakn "Wallahi.. Jika kita melantik org yg eh jadi pemimpin, tetapi selagi rakyatnya tidak taat Allah, pemimpin yg soleh itu juga akan jadi zalim." Setiap yg brlaku di bumi.

    ReplyDelete
  17. Error..
    "Wallahi jika kita mengangkat org yg soleh jadi pemimpin tetapi rakyat/penduduknya masih engkar pada Allah, nescaya pemimpin yg soleh itu juga akan mnjadi zalim". Tidak ada yg brrlaku di daratan atau di lautan melainkan akibat dari perbuatan manusia.

    Maka personally sy terimgat kesah Jamal Naser di Mesir dulu yg asalnya dari Ikhwanul Muslimin.

    Wallahualam. Sekadar berfikir..

    ReplyDelete
  18. Err.. Khabarnya Hajjaj itu apabila datang solat berjemaah, tidak menuntut melangkah ke saf depan. Sebaliknya kalau datang lambat, kena saf belakang pun, dia ok je walau tempat. Pendekata jgn kita buruksangka dgn org. Kita tak tahu kebaikan yg ada pada org. Yg sebaiknya kita priksa amalan sendiri..org lain kita targhib je kan kan...
    Anak pendang tak paksa...dia nak tambahkan yakin dia..

    ReplyDelete
  19. Banyak perkara yang umat Islam hari ini lupa ialah tentang peristiwa 13 tahun Rasulullah SAW membina akidah para sahabat sehingga membolehkan mereka untuk pergi ke serata dunia menyebarkan Islam. Dan kalau diangkat menjadi pemimpin bila-bila masa & sesiapa pun di antara mereka mampu walaupun mereka tidak berhajat kepadanya. Dan sy pasti jika mereka dtg ke sini hari ini, pasti bantuan Allah bersama kita. Kerana amalan mereka yang hebat. Tapi hakikatnya mereka telah tiada. Islamnya kita pada hari ini pun atas pengorbanan mereka. Jadi mari la kita sama-sama membina akidah. Usaha atas iman.Belajar untuk jadi macam sahabat yang telah berjaya di dunia & di akhirat. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  20. 1. Betul para sahabat yg lain tidak mengangkat senjata melawan tapi ada yg mengangkat senjata bagi melawan kezaliman dan diteruskan juga oleh Saidina Hussin yg terbunuh di Karbala. Jadi soal mengangkat senjata melawan kezaliman terpaksa dilakukan dan ini telah dibuktikan oleh beberapa org sahabat dan cucu Nabi Muhammad SAW. Tetapi pendekatan itu tidak diambil di Malaysia. ;-)
    2. Berkenaan Hajjaj Bin Yusuf yg sememangnya dikenali penumpah darah mukmin. Soal dia masuk syurga itu dibawah kasih sayang Allah SWT. Itu rahmatNya, cuma apa yg dinukilkan disini ialah kisah pembunuhan Abdullah ibnu Zubair Ra Sahabat/Anak Angkat Nabi/Anak kepada Asmaa bt Abu Bakr seterus cucu Abu Bakr. Seperti Yg tercatit didalam Fadhail Amal.
    3. Tuan Anoy, tugas utk mengembalikan ummat ini seperti zaman Rasulullah SAW berjalan dan akan terus berjalan. Saya pun tidak menafikan tugas membina, menguatkan iman dan amal. cumanya kita jgnlah menafikan atau menidakkan usaha org lain walaupun wadah yg dipilih ialah melalui politik atau sebagainya. Kerana mereka juga berijtihad berkenaan politik dan secara zahirnya mereka mengamalkan sunnah, mereka bersolat jemaah, sekiranya ada timbul permasalahan mereka juga menunaikan solat hajat dan merujuk permasalahan mereka kepada Allah SWT. Atau bahasa mudahnya menyelesaikannya dgn amal.Cumanya pendekatan mereka berbeza mengikut ijtihad mereka.
    Nabi mengutuskan kami ke Huraqah, dan berperang dengan satu kaum lalu kami menyerang mereka di waktu Subuh dan menewaskan mereka, sehinggalah aku dan seorang lelaki dari Ansar mengejar seorang perajurit (musuh), tatkala kami merapatinya, tiba-tiba dia mengucap La Ilaha Illa Allah, dengan segera lelaki Ansar itu menarik senjatanya dan aku pula terus menikam lelaki itu dengan panahku sehingga membunuhnya. Apabila kami pulang dan menyampaikannya kepada Nabi, lalu Nabi bertanya : "Adakah kamu membunuhnya selepas ia mengucap? " Aku menjawab : Kerana dia hanya hendak melindungi dirinya dari kami" Rasulullah sentiasa mengulang-ngulang pertanyaan (menunjukkan salahnya tindakan membunuh itu) itu sehingga aku merasa aku belum masuk islam hari itu" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4021, 4/1555)

    Hadis di atas menunjukkan kepada kita untuk tidak mempersoalkan keikhlasan dan hati seseorang. Cukuplah berhukum berdasarkan zahir mereka

    ْمُهَنوُطُب َّقُشَأ الو سانلا ِبوُلُقَبُقْنَأ ْنَأ ْرَموُأ مل ينإ

    Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

    Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

    رئارسلا ىلوتي هللاو مهرومأ رهاوظب ذخآ نأترمأ امنإ

    Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  21. "Wallahi jika kita mengangkat org yg soleh jadi pemimpin tetapi rakyat/penduduknya masih engkar pada Allah, nescaya pemimpin yg soleh itu juga akan mnjadi zalim". Tidak ada yg brrlaku di daratan atau di lautan melainkan akibat dari perbuatan manusia.

    Maka personally sy terimgat kesah Jamal Naser di Mesir dulu yg asalnya dari Ikhwanul Muslimin.

    Wallahualam. Sekadar berfikir..
    So sekiranya yg diangkat itu org alim maka itu tugas kita bagi memastikan rakyat itu mentaati perintah Allah dan sekiranya yg diatas itu org yg zalim maka tetap tugas membawa manusia mentaati Allah itu diteruskan. Usaha ini bergerak tak kira suasana atau situasi. Berkenaan Jamal Nasir dia bukan ahli Ikhwanul Muslimin, dia merupakan pegawai tentera mesir yg bersifat nasionalis. Wallahualam.

    ReplyDelete
  22. Sebenarnya masalah sekarang, ialah, gerakan politik Islam yg dikatakan sedang memperjuangkan Islam itu pun tidak dominan dalam perikatan yg disertainya..tak 'lead' pun...sudah tentu pendekatan mcm ni risky bagi Islam dan umat Islam. Apatah lagi, masih ramai yg terkeliru, jika mereka naik, pemerintahan Islam akan naik, walhal keadaan yg sebenar tak leh jamin apa2..

    regards,

    Zuhairi

    ReplyDelete
  23. Abu Nafis: anda teruskan dengan usaha anda..kalau anda yakin itu yang Allah dan Rasul anda kehendaki.. :)
    mungkin sy tlepas pandang tapi bolehkah tunjukkan sy di mana kenyataan seperti yg anda nyatakan "memandang rendah usaha lain"?

    ReplyDelete
  24. Anonymous : Mesir itu dulu pemerintahannya adalah Nabi Yusuf as,dlm holy quran,ada mencatatkan bahawa penduduk Mesir apabila mereka meninggalkan solat,(amalan agama),Allah swt telah lantik firaun,peristiwa ini juga telah di catat dlm holy quran..

    perihal tentang Hajjaj rah,telah di catatkan dlm tafsir Al-Tabari bahawa Saidina Anas bin Malik dan beberapa org para sahabat r.hum telah solat berjemaah yang di imami oleh Hajjaj rah sendiri.

    Perihal 13 tahun Nabi saw di Mekah,juga direkod dlm kitab2 Sirah bahawa tujuan/maqasidnya ialah utk kuatkan akidah masyarakat Islam ketika itu,dan apabila berhijrah usaha ke atas itu tidak terhenti di situ saja,masih berterusan berlaku.Cuma berlaku perbahasan kalangan para ulama,tentang maksud penghijrahan Nabi saw ke Madinah.Ada yg menafsirkan kerana ingin mendirikan negara Islam dan ada juga ulama yg menafsirkan Madinah itu sebagai pusat dakwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole bagi sumber rujukan tuan?

      sy sangsi dgn tulisan tuan

      Delete
    2. rujukan apa?kt situ sudah di nyatakan rujukan..

      Delete
  25. Abu Nafis : betul,tapi kebanyak para mengikat ketaatan kpd Hajjaj rah,seperti mana kata2 Anas bin Malik r.hu seperti mana sy nukilkan dlm ruang komen nie..

    saya tidak marah org Politik,cuma marahkan sistem demokrasi...

    ReplyDelete
  26. Betul tuan punya blog, kebanyakkan para sahabat mentaati kepada khalifah ketika itu tapi terdapat juga yg mufarakah dari pemerintah waktu itu dan yg mufarakah bukan calang manusia. wallahualam.

    ReplyDelete
  27. Sebenarnya masalah sekarang, ialah, gerakan politik Islam yg dikatakan sedang memperjuangkan Islam itu pun tidak dominan dalam perikatan yg disertainya..tak 'lead' pun...sudah tentu pendekatan mcm ni risky bagi Islam dan umat Islam. Apatah lagi, masih ramai yg terkeliru, jika mereka naik, pemerintahan Islam akan naik, walhal keadaan yg sebenar tak leh jamin apa2..

    regards,

    Zuhairi

    Tuan Zuhairi,
    saya amat tertarik dgn kenyataan tuan. cuma kita balik kepada asas. Apapun yg kita rancang dan lakukan akhir sekali yg akan dilaksanakan ialah ketentuan Allah SWT. Mereka berusaha berdasarkan ijtihad mereka. Saya juga tidak dapat menilai apa yg disebalik tabir tapi apa yg ada didepan mata saya.

    ْمُهَنوُطُب َّقُشَأ الو سانلا ِبوُلُقَبُقْنَأ ْنَأ ْرَموُأ مل ينإ

    Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

    Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

    رئارسلا ىلوتي هللاو مهرومأ رهاوظب ذخآ نأترمأ امنإ

    Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

    ReplyDelete
  28. Anonymous said...
    Abu Nafis: anda teruskan dengan usaha anda..kalau anda yakin itu yang Allah dan Rasul anda kehendaki.. :)
    mungkin sy tlepas pandang tapi bolehkah tunjukkan sy di mana kenyataan seperti yg anda nyatakan "memandang rendah usaha lain"?

    Terima kasih tuan anoy,saya dididik dgn kefahaman bahawa kejayaan manusia adalah sejauh mana ketaatan dia dlm agama iaitu taat perintah Allah SWT cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Bas....dan saya dlm usaha ni bukan semalam je cuma menyatakan itulah pemikiran rakan seusaha kita apabila bertembung dgn usaha yg lain. Wallahualam.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Abu Nafis : ada sahabat mufakarah ke..boleh nyatakan sumber mana,sebab saya nak buat kajian...
    setahu saya,kebanyakan para sahabat apabila menghadapi kemelut kezaliman pemerintah,mereka mengambil sikap taat walupun di zalimi..(saya bukan literist)saya bercakap berdasarkan nas.

    Seperti sahabat r.hum,begitu kepada Aimmatul Ulama seperti Imam Malik Bin Anas Rah dan Imam Ahmad Bin Hambal rah,mereka begitu teruk di seksa dalam penjara,tp masih memerintahkan anak murid mereka taat kpd pemerintah.

    Kekejaman Hajjaj yang melebihi kekejaman penguasa sekarang, namun para ulama' tetapi berdoa agar dia mendapat hidayah.

    Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) yg dipenjara tanpa sebarang kesalahan oleh pemerintah tetap bersabar dan melarang para pengikutnya dari melakukan sebarang kekacauan, demonstrasi, mahupun pemberontakkan.

    Ahmad B. Hanbal yg merupakan seorang Syaikhul Islam, pakar hadis, Imam al-jarhu wat ta'dil, mazhabnya menjadi ikutan. Beliau bukan sekadar dipenjara, disiksa, dan dipukul, tetapi turut dilarang solat berjama'ah dan solat Juma'at.Sebahagian ulama mengatakan, Siksaan yg dihadapi Ahmad B. Hanbal ibarat dimasukkan ke dalam ketuhar pembakar. Tetapi bila dia dikeluarkan, ibarat menjadi seperti emas!

    Mendoakan hidayat itu satu kemestian.

    Kekejaman Hajjaj yang melebihi kekejaman penguasa sekarang, namun para ulama' tetap berdoa agar dia mendapat hidayah.
    Ibnu Hajar menukilkan riwayat dari Hisyam bin Hassan bahwa ia mengatakan, “Kami menghitung orang yang dibunuh Hajjaj dengan cara shabran (dibunuh dengan cara tidak diberi makan dan minum) mencapai 120.000 jiwa.” (Tahdzibut Tahdzib, 2/211)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem zaman hajjaj berbeza dgn zaman sekarang.zaman tu walaupun zalim tapi masih laksana hukum al quran(hudud) beza zaman sekarang tolak hukum tu.

      tuan fuad tentu bole beza kan?

      Delete
    2. sapa yg tolak hukum hudud???
      berikan contoh??

      Delete
  32. 1. Saya pun bukan literist, saya menyatakan apa yg terdapat dlm Fadhail amal. Adakah fadhail amal itu literist.
    2. Seperti saya tekankan dari awal lagi demokrasi bukan satu unsur menjatuhkan pemimpin tetapi memilih pemimpin. Mereka yg boleh memberikan yg terbaik utk rakyat. Cuba nyatakan kepada saya apa unsur yg boleh menjatuhkan kerajaan. Kerajaan tetap akan berjalan seperti biasa dan yg berubah adalah dasar sesuatu kepimpinan. Seperti yg berlaku di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Adakah negeri itu berada dalam keadaan huru-hara. Cuba kita berbalik kepada perkataan asal.....PILIHANRAYA MEMILIH PEMIMPIN dan bukannya PEPERANGAN MENJATUHKAN PEMIMPIN. BTW apa yg berlaku di Mesir dan Tunisia adalah sesuatu yg tidak syar'ie kerana mereka telah menggulingkan pemimpin yg zalim? Mungkin saudara boleh huraikan. Wallahualam.

    ReplyDelete
  33. Abu Nafis : mungkin saudara meihat pertumpahan darah antara Hajaj dgn Saidina Abdullah bin Zubair r.huma..Menurut pendapat sebahagian ulama,pertumpahan darah yg berlaku adalah cmpur tangan org ketiga(pihak ketiga).sperti mana peristiwa pembunuhan saidina hussien r.hu.

    Isu di Mesir dan Tunisia..nanti saya akan huraikan..inshallah...juga isu politik...dan dasarnya

    ReplyDelete
  34. Assalam.. tuan macam mane study alhamdulillah study diutamakan usaha atas iman didahulukan masyallah.. tuan skrang ni ijtima tonggi baru abeh untuk foreign session masyallah manusia subhanallah munuju pada usaha yang satu.. insyallah 2~5hb februari 2012 ijtima di yala insyallah tuan kita sama-sama azam semoga allah terima kita dalam usha ini... wasslam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk dgn ijtimak(berhimpun)tapi abaikan umat islam yg di zalimi tak ada maknanye...

      Delete
    2. abai tang mana,sila komentar dgn hujjah,fakta,jgn literal sangat!!!

      Delete
    3. sekurangnya bincang dlm blog minta pandangan karkun lain isu syria,mynmar,palestin dll negara islam .tapi setakat ni tak ada blog karkun pun yg bincang.

      ke guane?

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. perlu ke segala amalan dalam tablig di zahirkan di blog ini?jangan hanya melihat tabligh itu segi luaran saja.

      Delete
    6. Dlm islam ada amalan yg perlu ditunjuk spt solat jemaah,solat hari raya,solat gerhana dll Di tempat terbuka yg disebut syiar.klu libatkan maslahat ummah lebih2 lg utk siarkan

      Delete
    7. boleh siar tapi bukan siar semua...isu maslahah ummah dengan isu peribadi pemimpin...

      Ini sampai aib peribadi pemimpin pun di buka di hadapan umum...??
      Ana setuju kalo perkara yg berkaitan dgn maslahah ummah di di dedahkan dgn adab...tapi peribadi pemimpin itu bagaimana??

      Delete
  35. alhamdulillah,syukur,mcm kenai je..orang Kedah nie..

    p/s:Sedikit laporan Ijtimak Tonggi 2012.
    satu khemah penuh dgn jamaah dr arab.. terpaksa buka khemah kedua.. "khiimatul-arab 2"
    drpd mesir sahaja 1000 org... sy sempat minum chai dgn ahbab dr palestin.. palestin pun dekat seribu juga... libya juga telah ada, jumlahnya puluh-puluh... tunisia juga demikian.. syeikh naseer, putera raja qatar pun ada.. syeikh hamdan, adik beradik raja emiryiah juga ada.. melihat wajah2 mereka.. anak cucu para sahabat... membuatkn hati bergetar... apabila putera raja arab sanggup duduk dalam khemah tiangnya buluh, lantai dan didndingnya tikar jut semata2 kerana agama... apa lagi yg tinggal utk kita org ajam ini?
    jamaah drpd china juga telah ada kehmah sendiri... khemah asia tengah ex-USSR... khazastan. tikirgusytas.. kyzystan.. etc.. Ya Rabb!
    putera raja qatar ambik tugas utk tolak kerusi roda syeikh abdul wahab.. ya Rabb... jika dia ada.. mmg org lain tak dak can nak tolong kerusi roda tu... begitu humble.. semata2 kerana agama...
    kami minum chai sama2 bwh khemah chai.. sembang2.. ahbab drpd saudi begitu ramai.. ada sekali bersarapan di kawasan sarapan menu arab.. saja la... tak kan nak mkn nasi goreng jugak.. hehe.. makan satu talam dgn ahbab dr syria.. syria jugak ratus2 yg datang.. dgn penuh ikram mrk kata, datanglah ke tempat kami, kami amat terkesan jika jemaah malaysia dtg...Allahu.. saja jer dia org ni.. dan dia kata, akan minta supaya jamaah syria dpt dihantar segera ke malaysia..

    copy n paste

    ReplyDelete
  36. MasyaAllah...byk ilmu yg saya dapat dlm muzakarah ni...dalam hal demam politik..lebih2 lagi sekarang. apapun saya tetap yakin hanya usaha yg semakin hampir dan tepat dgn cara nabi saw dan sahabat rahum adalah dalam jaminan Allah swt, ini tidak bermaksud fikrah lain itu salah...Hidayah akan datang hanya dengan usaha Nabi saw.fikrah akan tatap wujud itu takdir Allah swt..namun hak tetap hak yg batil akan hancur jua...itu janji Allah.Saya benar2 yakin peristiwa'Fattah Makkah' semakin hampir... doakan saya sekeluarga tuan2 semua agar kekal dalam usaha atas hidayah...Amin. wallahua'lam

    Abu 'Ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous:iman dan amal
      rahsia dan senjata kepada semua perkara ini..

      Delete
  37. Salam

    Usaha Nabi saw, risau untuk satukan umat. Menghinakan diri, memuliakan saudara se Islam. Sahabat2 tidak meminta mereka dipilih jadi Amirul mukminin. Apabila datang yang haq, yang batil akan hancur. Tapi apabila batil lawan batil, yang lebih batil akan naik..

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehinaan datang daripada Allah swt..
      bathil dtg dengan senang lenang..

      Delete
  38. Tuan Abu Nafis : minta tuan komen sikit link di bawah..saya nak belajar2 dari tuan :-)

    http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/3251-sn298-syura-bukan-demokrasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshallah,artikel kebrukan demokrasi hasil dr kajian abg sy dan sy sudah diperingkat akhir....inshallah...tunggu la...

      Delete
  39. http://g-82.blogspot.com/2011/04/menilai-pandangan-ht-tentang-demokasi.html?m=1
    Pandangan utk berkenaan demokrasi....

    ReplyDelete
  40. laman web itu adalah milik yg saya mengenali diri beliau...

    ReplyDelete
  41. saya setuju dgn hujjah Abu Nafis.teruskan usaha tuan abu nafis menjelaskan kebenaran

    ReplyDelete
  42. saya setuju dgn hujjah abu nafis.teruskan hujjah tuan utk membetulkan anak pendang.saya sentiasa sokong tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demokrasi hanya pada perkara yang tidak ada nas dalam Quran. Kalau berkaitan hukum syariat HARAM ikut demokrasi dan tinggalkan nas.

      Delete
    2. mana satu nak ikut ni??????

      jumhur ulama kata harus tapi tuan blog kata haram

      klu ikut pesan nabi kena ikut cakap ulama bukan cakap org biasa mcm tuan blog.klu gitu kita abaikan je pandangan ganjil tuan blog ni yg tak leh pakai.nanti sesat kita

      Delete
  43. sudah kah anda menyemak pandangan dari Baalawi dan Deobandi,pandangan mereka dari segi demokrasi ini...

    Jgn memahami hadith nabi secara literal...bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan deobandi tak mewakili majoriti umat islam.hanya puak tabligh shj yg bertaqlid dgn mereka.so padangan minoriti tidak terpakai.

      Delete
    2. memang tidak mewakili majoriti umat Islam,tapi salahkah berpegang kpd pendapat mereka.


      Aliran Deobandi telah disokong oleh 26 ulamak dan mufti terkemuka di seluruh India.Kena ingat mufti di India bukan dilantik kerajaan tapi jemaah ulamak di sana.

      Delete
    3. saya nak tanya...

      apakah syarat-syarat untuk berjihad qital?

      Delete
  44. assalammualaikum waramatullahi wabrakatu saudara islam ku yng ku kasihi..seandainya jika ada hamba allah swt yng paling lemah dan penakut di dunia ini aku lah orang nya...aku sedih melihat keadaan saudara2 islam kita yng di bunuh d rogol d cincang d seksa..airmata ini mengalir ketika menghadap kepada allah ketika solat...mengapakah kejahatan ini bgni sanggup membunuh orang2 yng tidak berdosa dan bersalah..ya allah ya rahman ya rahim..bantu lah hamba2 mu ini dan umat nabi muhammad saw ini..bimbinglah kami runtuhkan lah ketakutan dan was was d hati kami ya allah untuk menentang musuh2 mu ya allah...tanam lah benih keimanan dan keberanian keteguhan dalam hati kami ya allah......bantu lah para hamba2 mu ini ya allah....ya allah hanya kepada mu kami berserah hidup dan mati ini ya allah.....hanya engkau tuhan kami ya allah tiada sekutu bagi mu ya allah...allah hu akbar

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini