Ikuti Blog Ini

Wednesday, November 2, 2011

Syuhbat terhadap Maulana Zakaria rah

Muhadith Maulana Yunus Saharanpuri (semoga Allah Swt panjangkan umurnya)
Beliau ialah anak murid kesayangan Maulana Zakariya Kandahlawi rah,pengarang banyak kitab hadis.Maulana Yunus dilahirkan pada tahun 1937 di Jaunpur,India,Oleh kerana itu kadang-kadang beliau disebut dengan gelaran Maulana Yunus Jaunpuri atau Maulana Yunus Mazhari kerana beliau tamat belajar di madrasah Mazahir Ulum ataupun Maulana Yunus Saharanpuri kerana Madarasah Mazahir Ulum terletak di bandar Saharanpur,India. Secara amnya beliau tidak dikenali di persada antarabangsa,kerana antara sebabnya ialah mungkin beliau tidak menulis kitab untuk tatapan awam seperti ulama kotemporari sekarang.Beliau sangat dikenali di kalangan ahli ilmu hadith yang pernah belajar di India, Bangladesh, Mynmar dan Pakistan.Juga oleh pihak-pihak yang ada hubungan dengan madrasah sistem Deobandi di England, South Afrika dan U.S.Jika sesiapa bertanya siapakah muhaddis India/Pakistan yang paling alim sekarang.Maka jawapannya,ialah tidak lain dan tidak bukan,iaitu Maulana Yunus Jaunpuri.Sudah hampir 43 tahun lamanya Maulana Yunus mengajar kitab Sahih Bukhari di Madrasah Mazahir Ulum.Hal in bererti sekurang-kurangnya 43 kali sudah Maulana telah mengkhatamkan kitab Bukhari dalam bentuk tadris (mengajar).Hal ini adalah kerana sukatan madrasah perlu menghabiskan kitab Saheh Bukhari dalam tempoh hampir satu tahun.Cara beliau mengajar kitab Saheh Bukhari sememangnya menampakan kewibawaan beliau sebagai seorang muhaddis.Maulana Zakariya kandahlawi rah sendiri kerap bertanya masalah hadith daripada anak muridnya kesayangannya ini.Banyak juga surat-surat Maulana Zakariya rah ketika beliau tinggal di Madinah menyaksikan bagaimana Maulana Zakariya dengan rasa rendah dirinya bertanya banyak masalah hadith daripada Maulana Yunus.Di dalam kitab Maulana Zakaria  rah yang agung iaitu "Abawab Wa Tarajim Li Sahih Bukhari"-nya,Maulana Zakariya rah ada mencatatkan pandangan Maulana Yunus tentang makna Bad`u Wahy yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari rah dalam kitab Sohehnya.Pengitirafan Maulana Zakariya rah terhadap kebolehan/kealiman Maulana Yunus itu sudah cukup membuktikan beliau seorang yang alim dalam bidang hadith.Di samping berguru dengan Maulana Zakariya rah sebanyak dua kali dalam pengajian hadith Soheh Bukhari,Maulana Yunus juga berbaiah kepada Maulana Zakariya rah dalam suluk kerohaninnya.

Dalam kehebatan beliau sebagai seorang yang alim dalam bidang hadith ,jarang mengetahui beliau mengidap penyakit yang serius semenjak daripada zaman belajar di madarasah lagi.Pernah mudir madrasah menasihati beliau agar berhenti daripada meneruskan pengajian dan pulang berubat. Tetapi beliau berkeras.Kata beliau biarlah beliau mati dalam menuntut ilmu.Seriusnya penyakit Maulana sampai kadang kala darah akan keluar daripada mulutnya dengan tiba-tiba.Penyakit Maulana tidak sembuh-sembuh sampailah sekarang.Oleh kerana itu Maulana tidak mempunyai kesempatan untuk berkahwin.Biarpun Maulana tidak mempunyai anak tetapi beliau dikurniakan oleh Allah swt ramai anak murid.

Biarpun sering sakit Maulana tidak menjadikannya alasan untuk tidak membaca dan mentelaah pelajaran.Pembacaan Maulana amat luas sekali.Biliknya dipenuhi dengan kitab berak-rak.Sampai terpaksa menggunakan tangga untuk mencapainya.Maulana menghabiskan masa di situ.Di situ juga tempat tetamu menemui Maulana.Jika Maulana terpaksa membaca atau membuat kajian tentang sesuatu perkara,tetamu diizinkan juga masuk.Maulana tidak mahu menghampakan tetamu,tetapi beliau juga tidak mahu masanya habis dengan hanya melayani tetamu yang tak putus-putus itu. Untuk itu Maulana akan terus membuat kerjanya sambil disaksikan oleh tetamu.Untuk tetamu yang memahami maka mereka tak akan lama di bilik Maulana.Cukuplah kalau dapat melihat Maulana dan kegigihannya.Hal itu sudah cukup sebagai suntikan untuk bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu agama.

Maulana menceritakan Maulana Zakariya rah ketika hayatnya sentiasa memberikan wang kepadanya sebagai hadiah.Selepas itu Maulana Zakariya akan bertanya apa yang kamu buat dengan duit itu. Dengan duit itulah,Maulana Yunus membeli kitab-kitab hadith dari semasa ke semasa.Maklumlah gaji sebagai guru madrasah bukanlah besar mana untuk boleh membeli kitab-kitab agama ini.Kini berkat kecintaannya kepada ilmu Allah Swt,Allah Swt memudahkan apa sahaja kitab yang ingin beliau telaahi.Kadang-kadang ketika ke Mekah beliau akan mengambil kesempatan untuk ke kedai kitab.Di situ Maulana akan berjam-jam menegok kitab untuk menyelesaikan masalah hadith,dan ada kalanya beliau terpaksa berdiri berjam-jam mentelaah sesuatu disiplin ilmu.Lama kelamaan pemilik kedai mengenali Maulana, setiap kali Maulana datang di musim Haji beliau akan mempelawa Maulana menegok kitab sambil duduk di atas kerusi.

Seingat saya sebanyak tiga kali saya sempat juga bertandang ke bilik Maulana Yunus.Pertama sebelum menjejak kaki ke tahun akhir pengajian saya.Kedua,ketika hendak masuk tahun akhir pengajian saya.Ketika itu saya mengambil kesempatan untuk bertanya dengan Maulana tentang kitab-kitab hadis yang perlu difokuskan di tahun akhir.Kata Maulana masing-masing kitab hadith ada kelebihan masing-masing.Lalu Maulana menyebut beberapa kelebihan kitab "Sunan Sittah" kepada saya.Sekali lagi saya menziarahi Maulana ketika menemani dua tetamu daripada Malaysia iaitu Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin (ex Mufti Perlis) dan Dr Sayuthi Manas (Pensyarah UIA).Kedua-dua mereka pada waktu itu merupakan pelajar PHD dalam bidang hadith.Mereka dihantar oleh supervisor mereka iaitu Prof Dr Abu Laith untuk mendapatkan sanad hadith.Nama saya diberikan untuk membantu mereka.Waktu itu hanya saya seorang sahaja pelajar Melayu di Deoband dan pernah bertemu dengan Prof Abu Laith sebanyak dua kali ketika beliau menziarahi Deoband semasa pulang bercuti di India.Saya membantu mereka mendapatkan sanad hadith di Deoband dan di Saharanpur. Guru Prof. Abu Laith waktu itu mengajar di Madrasah Mazahir Ulum.Beliau ialah Maulana Zainal Abidin.Beliau mengajar pelajar-pelajar takhasus hadis.Seorang yang hebat dari segi ingatan. Matanya buta sebelah.Ijazah am diberikan kepada mereka berdua oleh Maulana Anzar Shah Kashmiri,Maulana Nasir Ahmad Khan,Maulana Salim Qasimi di Deoband,dan juga oleh Maulana Zainal Abidin sendiri dan Sanad Hadith Musalsalat oleh Maulana Yunus Jaunpuri di Saharanpur.

Saya tidak mempunyai kesempatan untuk belajar dengan Maulana Yunus kerana tempat kami jauh. Polis pula tak izinkan kami pindah randah madrasah.Namun saya sentiasa bercita-cita untuk mendengar pengajian Maulana.Biasanya Maulana tidak benarkan pengajian dirakamkan dalam apa juga bentuk rakaman.Tetapi pada satu tahun beliau tergerak di hati untuk mengizinkan pengajian Soheh Bukharinya direkodkan.Waktu itu rakaman dalam bentuk kaset.Bila pulang ke Malaysia 2004 saya tercari-cari kaset itu daripada empunyanya iaitu Ustaz Muhammad Hazim (penterjemah utama Ijtima Malaysia 2009) yang sekarang bertugas di Madrasah Miftahul Ulum,Seri Petaling,Kuala Lumpur sebagai tenaga pengajar Soheh Bukhari di sana.Ustaz Muhamad Hazim ialah khadim khusus Maulana Yunus ketika di Madrasah Mazahir Ulum.Dia antara pelajar Malaysia yang tamat belajar di Saharanpur dan kini beliau mengajar kitab Soheh Bukhari di Madrasah
Miftahul Ulum,Sri Petaling.Satu naskhah lagi daripada Ustaz Hafiz yang mengajar madrasah tahfiz di Pulau Pinang.Ia dirakamkan pada tahun selepas tahun Ustaz Muhamad Hazim.Naskhah rakaman ketiga berada dengan seorang ustaz yang bernama Muhammad Mustafa yang tinggal di sekitar USJ.Naskhah ketiga ini gagal diperolehi sampai sekarang.Naskah rakaman ini lebih awal daripada yang Ustaz Hazim dan Ustaz Hafiz punya dan lebih banyak maklumat kerana kesihatan Maulana ketika itu lebih baik daipada yang berikutnya.Semasa menuntut MA di UIAM,saya telah mengambil inisatif menukarkan rakaman dalam bentuk kaset itu kepada bentuk cd.Semuanya saya buat sendiri setelah mengetahui ada software yang boleh melakukannya. Alhamdulillah rakaman keselurahan pengajian Bukhari dari awal hingga akhir dapat saya dengari dan berguru dengan Maulana Yunus secara tidak langsung.Saya tidak jemu-jemu mendengarnya untuk mencatatkan nokhtah-noktah penting komentar Maulana Yunus terhadap syarahan hadith Bukhari.Pernah saya mengajukan tajuk 'Waham Ibnu Hajar Dalam Fathul Bari" untuk thesis Master saya.Idea saya perolehi daripada pengamatan Maulana Yunus semasa mengajar kitab Soheh Bukhari.Prof Dr Abu Laith sangat setuju dengan tajuk itu. Namun ia ditolak dalam meeting proposal oleh ahli panel penilai yang lain.Di antara sebabnya ialah terlalu tinggi untuk bercakap pasal itu untuk diperingkat Master.Dan siapa saya nak kritik Ibnu Hajar Al-Asqolani rah!!! Al maklumlah sidang meeting itu bukan semua tahu hadith!!! Mereka ingat itu semacam nak bongkar keaiban  Ibn Hajar Al-Asqolani rah.Padahal skop waham yang nak diutarakan luas.

(Rujukan:Yawaqit Ghaliyah Fi Tahqiqi Wa takhrij Ahadith A`liyah).


Catatan saya,cuba kita bayangkan,kealiman anak murid kesayangan maulana Zakaria Kandahlawi rah,apabila kita melihatnya,maka kita kena lihat siapakah yang bertanggungjawab dalam mendidik beliau sehingga menjadi seorang alim yang besar sekarang.Maka,sesiapa yang punyai syuhbat ke atas maulana Zakaria,di harapakan menilai semula,ya,memang benar,setiap manusia itu tidak sempurna,tetapi,janganlah mengkritik sehingga mengaibkan seseorang,tambahan lagi seorang yang sememangnya diketahui kealiman dan ketaqwaanya.Sumbangan Maulana Zakaria kandahlawi rah,dalam disiplin ilmu hadith memang tiada tolok bandingan,semoga Allah Swt menerangi pusara beliau dengan cahaya.Catatan ini merupakan catatan anak Melayu yang belajar di Darul Ulom,Deoband,India.

Artikel asal di sini.

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. memang x dinafikan lagi,hazrat maulana memang merupakan alim khabir dlm dunia hadith,jesturu itu,soal jawab tntg fadhilat amal rasanya di sudah di jawab dlm artikel ini...Hal ini dibuktikan dgn kealiman anak muridnya..

    ReplyDelete
  3. saya suka benar dengar suara maulana hazim time bayan...hingga ke hari ini saya masih belum melihat beliau. moga suatu hari Allah rezkikan sy melihat beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka dengar maulana hazim bayan... insyaAllah nanti saya upload koleksi bayan dia yang saya ada di http://www.youtube.com/user/kakibakar007

      Delete
    2. terima kasih atas respond,Beliau (maulana Hazim) kini sedang menyambung pelajaran (takhasus fil hadith) di South Africa.
      Dan terima kasih atas perkongsian link tu..

      Delete
    3. Bolehkah buatkan edaran cd sharah shahih bukhari oleh maulana yunuh rah ni..full version,

      Delete
    4. Akhie Anonymous: Tuan memang mahu salinan audionya ke? mohon email saya secara peribadi di fuadpendang@gmail.com

      nanti saya berikan linknya.

      Delete
    5. nape tak dedahkan link tu kat sini je...
      ilmu leh sorok2 ke?

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Jazakallah utk posting ini, cerita2 ttg khidupan alim ulama mmg spatutnya selalu dipamerkn dlm blog utk tatapan umum, agar kita mghargai n mncintai org2 alim ulama yg dekat dgn Allah. Ulama pewaris anbia..

    ust Ade citer lain lagi tak, pasal khidupan org2 alim yg lain? Kalo ade boleh post lagi kat blog ust..

    ReplyDelete
  6. Anonymous :benar,tetapi org yg mempunyai masalah dlm hati,masih enggan iktirafnya..

    penchacaiz:ustaz hazim sambung takashus hadith di saouth africa,sebagai persiapan beliau untuk mengajar kelas mufti di madrasah miftahul ulum,di sri petaling..skrg dia xda...

    scorps :ye,tapi sedikit edit dr sy, sebab bahasa yg agak simple..

    ReplyDelete
  7. Ibnu Hatari : ade banyak lagi..inshallah,sebenarnya cerite mereka ini x layak di paparkan duntuk kita sini,kerana,jasa mereka trlalu besar utk kita semua

    ReplyDelete
  8. walaupun mereka begitu alim dalam bidang hadis..tapi saya tak tau mengapa masih ramai lagi yang membidas mereka..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah,
    sblm ni sy mdengar ada org yg dtg utk meminta sanad dgn maulana tetapi tak dapat kerana bila ditanya utk apa, dia kata, untuk berhujah, maka tak dapat lah.
    Org yg tak dapat itu kemudian menulis '...perlu diperingatkan bahawa pada hakikatnya sanad hadith pada zaman ini tidak diperlukan lagi...'

    Dia juga menulis: "Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separuh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama`ah Tabligh di Nizamudin. Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dalam kalangan mereka sujud kepada kubur seperti dalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama jamaah tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi."

    -bagaimanapun, kita kena muliakan alim ulama walau siapa pun dia.

    ReplyDelete
  10. Hidayatullah :pada pandangan saya,ikhtilaf dlm masalah ini biase,tapi apabila org awam ambil kata2 ikhtilaf ulama2 mcm nie,boleh mendatangkan mudharat pd ummat,dlm kaedah usul fiqh juga,kita diminta utk menjauhi ikhtilaf ini..kita terima saja,ulama ini,kerana sumbangannya dan jasanya dlm disiplin ilmu hadith..apatah lagi,tanda penerimaan sesorg itu dibuktikan lagi dgn tanda dan tempat kematiannya...

    Ziarah76: sy kenai ustaz trsebut,menurut ustaz Fauzi Tahir,ahli akedemik (KUIN) dan salah seorg ahli majlis fatwa negeri Kedah,ulama yg di maksudkan adalah dr segi ilmu hadith nya boleh di syaki kerna,menurutnya,ilmuan tersebut membuat kajian tntg hadith,bukan belajar ilmu hadith,ada perbezaan di situ...ini qalam ustaz fauzi...

    ReplyDelete
  11. ya anta ada bagitau yg anta pernah jumpa ustaz tu. kalau camtu, bila2 nanti kalau anta jumpa lagi ustaz/ilmuan hadis yg tak dpt sanad tu boleh lah bagitau dia yang tabligh org Msia tak keluar 3 hari ke India setiap bulan dan keluar 3 hari tidak meruntuhkan ekonomi negara Islam. Anta pandai ikram ulama, boleh la habaq dgn lemah lembut, hikmah. doakan hidayat, insya-Allah.

    ReplyDelete
  12. Ziarah76 : abg utusan,hat tu yg lawak tu,yg dia dok p baca kas ekonomi tu pasai pa...xde kaitan lgsung...betul kata syeikh Ilyass rah,ilmu perlu disertai dgn zikir,kloxda zikir,ckp p pandai tera mana pun...xde guna...

    p/s:lama dah xp dgr kuliah ustaz ni di peneng...hahahhaa

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini