Ikuti Blog Ini

Wednesday, November 9, 2011

Mimpi Maulana Zakaria Rah

                   Perkuburan Baqi,disinilah Maulana Zakaria rah di kebumikan

Suatu ketika,Maulana Zakaria rah telah bermimpi yang mana beliau telah melihat satu timbunan kitab-kitab yang membentuk satu kubah masjid.Mimpi itu telah diberitahu kepada ayahnya dan ayahnya kemudian mentafsirkan mimpi tersebut dengan katanya;"Inshallah,Allah swt akan memberikan kepadamu kefahaman yang luar biasa".Maulana Zakaria kemudiannya menulisnya dalam bukunya "Aap Beti" bahawa itulah yang berlaku.Beliau telah membaca beribu-beribu kitab dan dapat memahami setiap satunya dengan baik.Kisah-kisah ini diceritakan di dalam bab "nikmat-nikmat Allah swt"

Dan berikut adalah mimpi yang di alami oleh Maulana Zakaria yang melihat Rasulullah Saw dan penerimaan dan kemahsyuran kitab-kitab karyanya.Penyair terkenal India,Allamah Muhamad Iqbal rah, menceritakan:
" Pada 11 Rejab 1401 Hijrah,apabila aku pergi untuk berkhidmat kepada Maulana Zakaria,dan aku dapati beliau sangat gembira.Beliau memberitahu aku suatu mimpi yang baik yang di alami olehnya dan aku menyalinkannya daripada buku catatan hariannya".

"Aku (Maulana Zakria) telah melihat dalam mimpiku bahawa draf daripada kitab-kitabku seperti "aujaz Musalik"telah disusun dan aku akan serahkan kepada Rasulullah Saw.Di sebelah kanan Rasulullah Saw diduduki oleh Allamah Zarkani dan di sebelah kanan pula adlah Allamah Baaji.Apbila aku menghampiri Rasulullah Saw,aku melihat kitab "Aujuz Masalik Ila " yang lengkap berada di tangan baginda,yang serupa dengan kitab yang aku bawa bersama untuk ditunjukan  kepada Baginda Saw.Baginda Saw sangat gembira dan telah berdoa dengan satu doa yang tidak dapat aku ingati.Aku tersangat gembira dengan mimpi tersebut dan aku berharap usaha aku untuk menyusaun kitab "Aujuz Masalik "ini diterima oleh Allah Swt.

Wafatnya seorang alim besar.

Maulana Zakaria rah  selalu berharap untuk bertemu dengan Allah Swt sementara beliau tinggal di bandar Rasulullah Saw iaitu madinatul-Munawarah,akhirnya Allah Swt mengabulkan keinginan dan impian beliau,beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sana pada hari Isnin,1 Syaban 1402 bersamaan  24 Mei 1982 M dan di kebeumikan di Perkuburan Baqi dalam kalangan para Sahabat Baginda Saw dan ahli keluarga Baginda Saw.Majlis pengebumiannya diikuti oleh sejumlah besar orang dan jenazah beliau telah diimamkan oleh Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi,iaitu Syeikh Ibn Baaz rah,beliau juga dikebumikan disebelah pusara gurunya iaitu Maulana Khalil Ahmad Shaharapuri rah.

29 comments:

  1. Wah,Ulama wahabi yang jadi Imam kepada jenazah beliau...maknaya dia macam iktiraf maulana zakaria,ttp kenapa segelintir set wahabi ini selalu menuduh maulna zakaria berdusta dlm karyanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pencerahan sila lawati dan baca link:
      http://salafiaqeedah.blogspot.com/2011/06/conversation-between-mr-h-and-mr-y-part.html

      Delete
  2. Semoga Allah merahmati beliau. Subhanallah da lama rupanya beliau meninggal dunia..

    ReplyDelete
  3. Anonymous : maulana zakaria punya sumbangan,sudah lama di iktiraf oleh para sarjana Islam...
    mereka x berpuas hati,sebab maulana x join manhaj mereka kot..

    ank_ayah:ye...sudah lama beliau meninggal dunia,dlm usia 100 thun lebih umurnya..
    hanya segelintir org Melayu yg sempat berjumpa dgn nya...

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, yg mencintai akan bersma yg dcintai.. maulana ahmad khalil shaharanpuri rah bukan sahja mrupakan masyaikh maulana zakariyya rah, malahan maulana ilyas rah juga merupakan khalifah beliau(maulana ahmad shaharanpur). Semoga Allah muliakan mereka dunia n akhirat.

    Jazkallah utk posting ini. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maulana Khalil Ahmad sebenarnya, bukan Maulana Ahmad Khalil.

      Delete
  5. besar jasa dan pengorbanan beliau dalam menaikkan kembali usaha dakwah...

    beruntunglah insan2 yg telah bersusah payah utk agama yg kini sedang menunggu saat beroleh kenikmatan syurga yang berpanjangan..

    belum pernah lagi baca buku aap beti tu.. teringin jugak nak baca..

    ReplyDelete
  6. mencari buku "aap beti" tp tak jumpa lagi..

    kat sp ada kan??

    ReplyDelete
  7. Setakat ini yg sye tau kat sp, terjemahan Aap beti ada 4 buah buku yg djual kat era visi n kedai habib.

    ReplyDelete
  8. era visi n kedai habib tu kat mana??

    maaf tanya.. (",)

    ReplyDelete
  9. Rasanya x de lg atau mgkin x akan ad lg insan spt Maulana Zakaria...kematian beliau rah. satu kehilangan besar kpd umat ini.. smg Allah swt mnerangi pusara Allayarham...amin

    ReplyDelete
  10. Cik nam, kedai tu dlm compound masjid sp..

    ReplyDelete
  11. Nk jgk buku tu! Err kak nam,belikan.. Hehe

    ReplyDelete
  12. Tuan ibnu hatari:

    kat sp rupenye.. mmg susahlah nak beli.. x penah g sana walaupun dekat..

    Adik ank_ayh:

    akak pun nak.. nnt akak cari yekk.. InsyaAllah akak belikan.. doa2 jumpa buku tu yek.. (n_n)

    ReplyDelete
  13. Salam.
    Semoga diberkati Allah swt.N3 menarik.Terima kasih dengan perkongsian ilmu ini dari tidak tahu kepada tahu.

    ReplyDelete
  14. aq ade perasan kitab aap beti tu kat kedai masjid sp. english version la. tapi rasanya macam tak banyak jer.

    ReplyDelete
  15. Ibnu Hatari: menurut satu riwayat yg soheh,sebelum Imam Bukhari rah memulakan projek besar beliau untuk tulis kitab Soheh Bukhari,beliau juga bermimpikan Nabi Saw..Hal ini merupakan satu alamat atau tanda penerimaan Allah Swt ketas jasa dan sumbangan seseorang,dan mungkin juga Allah Swt mahu ambil kerja dari seseorang,dan hal ini juga merupakan satu kemulian daripada Allah swt

    fuad ansari : ya,memang banyak sumbangn diorang...

    nam :wah,yeke,dtg la premis Masjid Sri Petaling...

    ReplyDelete
  16. Aidarus :ye,barangkali sejuta dlm satu..ramai ulama kotemporari mengagumi beliau..

    roha :ye,selamat,terima kasih

    penchacaiz :aik,yeke...sudah bercambah di premis Sri Petaling,beli n baca la,menarik cite maulana dlm tu..

    ReplyDelete
  17. Baru2 ni pun Ustaz Azhar Idrus pun memuji Maulana Zakaria dlm ceramahnya di UIA..

    ReplyDelete
  18. Qutbul Aqtab, Maulana Zakariyya rahmatullahi 'alaih...

    ReplyDelete
  19. Huszaimi : alhmdulillah
    syukur berkat khususi alim ulama kita...kesalapahaman telah diperbetulkan..

    hariz chacho:hazrat maulana zakaria rah telah di masukan dlm senarai ulama sepanjang zamn..

    ReplyDelete
  20. tuan.bukan allamah muhammad iqbal tetapi sufi muhammad iqbal.khadam kepada maulana zakariyya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya copy bulat2 dr Aap Bheti

      Delete
    2. betul tu tetapi tiada alamah.jika alamah muhammad iqbal ,maka org akan merujuk kpd pemikir m.iqbal.dan dalam aap beeti tidak dinyatakan sebagai penyair terkenal india.

      Delete
  21. Wahabi bukan semua yang bengong. Sebenarnya yang besar dan hebat-hebat adalah baik dan ok. Satu gologngan wahabi dibawah Rabi' Madkhali itulah yang suka menyesatkan kaum Muslimin.

    Wahabi ini nampaknya meresap di Malaysia umpamanya Fathul Bari, Rasul Dahri dan si pencacai Nawawi Subandi yang tiba-tiba jadi ustaz dalam temubual tv3

    ReplyDelete
  22. Antara petikan-petikan dari kitab Aap Beeti, ada dalam blog ini (English)

    http://aapbeti.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  23. ya ALLAH terima amal ibadahnya (amin)..orang yang sibuk atas perkara IMAN

    ReplyDelete
  24. Kelemahan terbesar dari karkun/masturoh (jt) adalah malas belajar dengan baik (taqlid buta). Andai mau baca buku rujukan jt …fadloil amal,kisah sahabat dll, dg ikhlas (disertai berdo’a untuk dimudahkan Allah melihat kebenaran ) dijamin banyaaaak syubhat (alhamdulillah cara ini yang kami tempuh/juga khuruj yg katanya dg cara ini Allah fahamkan agama ?????? ber ulang kali kami khuruj kok makin ngak jelas !! )
    Dengan berharap dapat mengetahui bagaimana beribadah yang benar sesuai Sunnah Rasulullah, kami ikut JT.
    Suami tiap th khuruj 4 bln IPB (7 kali) ,hidmat di Nizamudin , 4 bln negri jauh (Amerika). Masturoh 2 bln ke IP , dibai’at di Nizamudin (oleh maulana Inamul Hasan). Makin banyak syubhat yg saya dapatkan ,saya tanya mana dalilnya dari Al-Qur’an dan Sunnah tentang perintah khuruj itu yg konon katanya sifat utama para sahabat (sahabat juga khuruj ) ???.Betul sahabat juga khuruj tapi sahabatnya maulana ilyas bukan sahabat rasulullah hehe…selama ini kami tertipu…teganya mereka naudzubillah mindzalik. Bukannya jawaban yg kami dapatkan tapi kemarahan (pasti tidak dapat menyebutkan dalil krn memang ini adl da’wah ala maulana Ilyas).
    Niat baik dan semangat saja tidaklah cukup, tapi harus dimulai dengan mencari ilmunya sebelum kita beramal.
    Seyogianya seorang mu’min itu tidak sekedar berbicara , berpendapat tanpa dasar , apalagi urusan AGAMA .
    Take time untuk membaca , belajar merenungi , ukur capasitas diri .Kalau tidak paham , lebih baik bertanya , lebih banyak lagi mengkaji kitab-kitab para ulama salaf (para sahabat Rasulullah ,tabi’in , tabi’ut tabi’in dan yang mengikuti mereka) menelaah bagaimana pemahaman mereka , bagaimana praktek mereka , sehingga kita tidak tergelicir dalam memberikan pandangan yang menyesatkan dan berlepas diri dari apa yang mereka amalkan.
    Allah berfirman :”…. Diantara hamba-hamba Allah yang paling takut kepada-Nya hanyalah para ulama…. (Al Fathir 28) .
    Semakin berilmu…mereka akan semakin takut pada Allah…..mereka akan semakin tawadhu…..mereka akan semakin berhati-hati dalam menggunakan lisannya….menjaga tangannya, menjaga hatinya…semoga Allah memasukkan kita menjadi seorang diantaranya , amin .
    Hendaklah kita bertaqwa kepada Allah, wahai saudaraku. Jangan mengkhianati Allah, Rasulullah, Al-Qur’an dan kaum muslimin. Jangan kita menipu orang awam. Jangan mengukur urusan apapun semata-mata hanya dengan perasaan kita, sebab dienullah sangat terang benderang, malamnya sebagaimana siangnya, tidak akan ada yang menyimpang darinya sepeninggal beliau shalallalahu ‘alaihi wa sallam melainkan orang yang pasti binasa.
    Allah telah menyempurnakan dien-Nya, termasuk dalam hal ini ialah jalan dakwah. Ini merupakan perkara tauqifi, harus atas petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah berdasarkan pemahaman salafush shalih. Sedangkan apa yang tidak sesuai dengannya, maka ia adalah bid’ah dan kesesatan, sekalipun namanya dipoles dengan apa saja dan biarpun memamerkan berjuta dalih.
    Orang yang melakukan perbuatan bid’ah, pada hakekatnya sedang menodai ajaran agama islam, merendahkan agama islam,.. dan ini bukan membawa kepada kebaikan, justru membawa kepada kehancuran islam, Maka para pembuat ajaran baru itu secara langsung atau tidak langsung telah mensejajarkan dirinya dengan pembuat syariat ini, yaitu Allah,.. sungguh nanti Allah akan mengadzab dengan adzab yang pedih terhadap orang yang melakukan perbuatan tersebut, jika pelakunya tidak taubat dari hal tersebut,
    Dan jika semakin banyak pelaku yang mengamalkan amalan tersebut, maka siksa pembuat amalan tersebut semakin bertumpuk-tumpuk,. sebagai balasan atas tindakannya,, na’udzubillahi min dzalik

    ReplyDelete
  25. Semoga Allah memberikan hidayah dan kelebutan hati kita. sehingga kita tidak mudah menyalahkan orang lain. suka menyalahkan orang biasanya sebab kurangnya ilmu dan iman.

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini