Ikuti Blog Ini

Friday, May 2, 2014

Pengajian Dauratul Hadith (Darul Uloom) di Eropah

Darul Uloom Leicester antara yang menjadi pilihan komuniti Umat Islam di England dan Eropah untuk melanjutkan pengajian hadith secara Dauratul Hadith.Syeikhul Hadith di sini ialah  Maulana Ayoob Surti yang juga kawan rapat kepada Maulana Hazim Mazahiri (guru hadith di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling)

Ilmu agama yang di ambil dari Darul Uloom Deoband sememangnya mempunyai keberkatan daripada Allah swt. Dengan pengorbanan yang di lakukan oleh bekas-bekas pelajarnya,maka ilmu agama Allah swt telah dapat di sebarkan di seluruh pelusuk Eropah melalui negara England/Britian.Di negara Eropah seperti di England/Britian ini,ada beberapa pengajian Dauratul Hadith yang di praktiskan di sana.Dauratul Hadith ialah pembelajaran hadith yang merangkumi enam kitab hadith utama (Sahih Sittah) dan beberapa kitab hadith terpilih.Pengajian secara berulang pada setiap tahun seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa`i dan Muwatta` Imam Malik. Pengajian dengan sistem begini boleh didapati terutamanya di India dan Pakistan di mana terdapat banyak sekali pusat-pusat pengajian hadith yang ditubuhkan yang menjalankan sistem pengajian sebegini.
Permandangan di Darul Uloom Bury,England

Sejarah penyebaran pengajian Hadith bersanad seperti ini telah bermula di sebabkan fikir risau Maulana Muhammad Ilyas rah dan Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.Merekalah yang telah memikirkan nasib umat Islam di Eropah khususnya di England/Britian yang semakin mundur dari ilmu agama dek kerana tinggal di negara orang Kafir.Maulana Ilyas rah sebelum meninggal dunia telah berjumpa dengan Haji Muhammad Patel rah di Mekkah kemudian telah mengajak Haji Muhammad Patel rah untuk memulakan misi usaha dakwah di sana. memulakan usaha dakwahnya pada tahun 1944 M dengan mengajak Haji Muhammad Patel rah [1].Kemudian usaha Maulana Ilyas rah mendapat perhatian khusus daripada puteranya iaitu Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah yang begitu bersemangat menghantar jemaah-jemaah ke negara itu sehingga menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam di sana untuk menghantar anak-anak mereka belajar agama di Benua Hind.Wawasan Maulana Muhammad Yusof Kandhalawi rah supaya Kota London bertukar menjadi Mekkah dan Madinah di zaman Rasulullah Saw.

Mohtamim Darul Uloom Deoband Maulana Qari MohammadTayyib Qasimi rah ketika berada di England.

Kemudian lewat 70-an Maulana Muhammad Zakariyya rah telah mengarahkan muridnya iaitu Maulana Muhammad Yusof Motala untuk membuka pusat pengajian Hadith di sana yang di nama dengan Darul Uloom Bury,Lancashire,Barat England.Masyallah,Allah swt telah menerima pengorbanan mereka ini sehinggakan nasib umat Islam di sana terbela,komuniti Umat Islam di sana telah mendapat pendidikan agama yang mencukupi bahkan sehingga kini madrasah-madrasah mereka berjaya melahirkan ratusan ulamak dalam pelbagai disiplin ilmu.Antara ulamak yang berjaya di lahirkan di bumi England ialah seperti Maulana Saleem Dhorat,Mufti Muhammad ibn Adam al-Kawthari,Maulana Abdul Rahim Limbada,Maulana Riyadh ul Haq, Syeikh Zahir Mahmood dan ramai lagi.


Maulana muhammad Yusof Motala merupakan pengasas kepada Darul Uloom Bury dan beberapa pusat pengajian Islam lagi di England/Britian.Semoga Allah swt memberkati usaha beliau dalam kerja-kerja Islam.

Di bawah ini,saya senaraikan beberapa madrasah yang telah berjaya di buka di bumi England/Britian di mana ianya turut menawarkan pengajian secara Dauratul Hadith.Antaranya ialah :  

1.Darul Uloom Bury,(Syeikhul Hadith Maulana Abdul Rahim Limbada)
2.Darul Uloom London,(Syeikhul Hadith Maulana Umar Faruk Desai)
3.Darul Uloom Bolton, (Syeikhul Hadith Maulana Usman Adda)
4.Darul Uloom Blackburn,(Syeikhul Hadith Maulana Mufti Inayatullah )
5.Darul Uloom Leicester,(Syeikhul Hadith Maulana Ayoob Surti)
6.Darul uloom Dewsbury,(Syeikhul Hadith Maulana Muslih Hudden Bardowi)
7.Darul Uloom Riaz Ul,(Syeikhul Hadith Maulana Saleem Dhorat )
8.Darul Uloom Al-Kawthar (Academy),(Syeikhul Hadith Maulana Riyadh ul Haq) 
9.Darul Uloom, Birmingham,(Syeikhul Hadith Maulana Dr. Abdur Rahim)

dan banyak lagi yang saya tidak senaraikan di sini,walau bagaimanapun mereka telah berjaya melahirkan ulamak-ulamak sendiri,mereka juga sering menerima ziarah para alim ulamak dari Benua Hind khususnya Syeikhul Hadith dari pelbagai madrasah yang terkenal di Indo/Pak seperti Muhammad Taqi Uthmani (Syeikhul Hadith Darul Uloom Karachi),Syeikhul Hadith Maulana Mufti Ahmad Saeed Palanpuri (Syeikhul Hadith Darul Uloom Deoband),Maulana Yunos Jaunpuri (Syeikhul Mazahirul Uloom),Maulana Ehsan Ul Haq (Madrasah Arabia Raiwind),Maulana Yunos Luniarwi (Syeikhul Hadith Darul Uloom Qasmia Arabia,Kharod,Gujarat),Maulana Fazlur Rahman Azmi (Syeikhul Hadith Darul Uloom AzaadVille),Maulana Mufti Ahmed Khanpuri (Syeikhul Hadith Darul Uloom Dhabel) dan ramai lagi.
Maulana Yunos Jaunpuri ketika mengendali majlis Khatam Bukhari pada tahun lepas (2013).

Majlis Khatam Bukhari yang di adakan di tengah-tengah padang di England/Britian

Mungkin kita tidak akan terkejut lagi sekiranya ada di antara kalangan kita yang mengambil bahagian dalam kelas Dauratul Hadith di Eropah,saya pernah berjumpa dengan seorang warga Singapura yang khirij dari pengajian Dauratul Hadith di Darul Uloom Dewsbury,England/Britian.
Majlis Khatam Bukhari di Darul Uloom Bury dan Kidderminster pada tahun ini (2014) di serikan lagi dengan kehadirian Muhaddith Al 'Asr dan Peer Sahib

Rujukan :
[1] Introduction of Tabligh Jamaat,halaman 11-12 ,oleh Zacharias Soccei
[2] Antara catatan ini merupakan catatan saya ketika mendengar syarahan mengenai sejarah kemunculan madrasah-madrasah di sana.

2 comments:

  1. Salam tuan...ade link2 sape yg boleh bantu uruskan untuk sambung alim di eropah x ?

    ReplyDelete
  2. Salam tuan...ade link2 sape yg boleh bantu uruskan untuk sambung alim di eropah x ?

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini