Ikuti Blog Ini

Sunday, December 15, 2013

Shah Waliyyullah Pemegang Sanad Hadith Benua Hind

Asatizah kita ketika menziarahi perkuburan pemegang sanad hadith di benua Hind,iaitu Shah Waliyyullah Dehlawi rah di Delhi baru-baru ini.

Ketika saya membaca Malfuzat Azizihati saya tertarik kepada satu kisah yang begitu menakjubkan saya.Antaranya ialah kisah pemegang sanad ilmu hadith di benua Hind iaitu Qutb al-Din Ahmad ataupun lebih di kenali sebagai Shah Waliyyullah Dehlawi rah (1703-1762 M) yang dilahirkan empat tahun sebelum kematian Maharaja Mughal Aurangzeb (1618-1707 M).Beliau berketurunan daripada daripada Sahabat Nabi Saw iaitu Sayyiduna Umar r.hu.Keturunan Shah waliyyullah Dehlawi rah adalah dikatakan telah berhijrah ke India dan telah mendapati bahawa terdapat ketenteraman di bumi ini iaitu di Kampung Rohtak,India.Apabila tentera Tatar menyerang Iraq dan Iran,datuknya Syeikh Wajihuddin adalah seorang pegawai tentera dalam tentera Shah Jahan dan seorang yang selalu membaca al-quran.Dalam peperangan tersebut datuk beliau telah menyokong Aurangzeb.


Pintu gerbang ke perkuburan Dehlawi di Delhi.Di sini bersemadinya Shah Waliyyullah Dehlawi rah,4 orang anaknya dan keluarganya.

Bapa Shah Waliyyullah Dehlawi rah iaitu Shah Abdul Rahim rah (w 1719 M) adalah seorang ulamak yang sangat disayangi dan dihormati oleh masyarakat dan beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam di dalam pelbagai disiplin ilmu dan fiqh Islam.Oleh kerana itulah beliau diberi amanah oleh  Maharaja Alamgir Aurangzeb dengan tugas yang penting iaitu menyemak semula Fatawa Alamgiri.

Madrasah Rahmania yang di asakan oleh Shah Abdul Rahim rah (w 1719 M)Beliau (Shah Abdul Rahim rah) menubuhkan sebuah madrasah di Delhi yang di kenali sebagai Madrasah Rahimiya.

Shah Waliyyullah Dehlawi rah mempelajari al-Quran pada usia 10 tahun. Pada usia 14 dia membaca sebahagian daripada kitab Bauzayi dan beberapa bahagian besar kitab Mishkawah.Beliau menjadi guru di madrasah bapanya pada usia 17 tahun.Beliau terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran selama 12 tahun di Madrasah Rahimiya.,Pada usia beliau 23 tahun,beliau berhijrah ke Hijaz pada tahun (1730 M) dan menetap di sana iaitu di Madinah selama hampir 2 tahun.

Dargah Shah Waliyyullah Dehlawi rah di Delhi.

Di sana,beliau telah mempelajari kitab Sahih Al Bukhari daripada Syeikh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim Kurdi Madani rah (w1733 M).Kemudiannya Syeikh Abu Tahir rah mengarahkan beliau untuk mempelajari hadith dalam enam kitab himpunan utama hadith iaitu (Bukhari,Muslim,Tirmidhi,Abu Daud,Nasa'i,Ibn Ma'jah),Muwatta Imam Malik rah,Musnad Da'rimi dan lain-lain lagi.Beliau kemudiannya memperolehi ijazah dalam ilmu hadith daripada Syeikh Abu Tahir rah.Setelah itu beliau kembali ke Makkah, menunaikan haji sekali lagi dan belajar kitab Muwatta Imam Malik rah dari Syeikh Wafadullah Maliki Makki rah,kemudianya sempat menghadirkan diri dalam halqah Sahih Al Bukhari dari Syeikh Tajuddin Hanafi Qalaei Makki rah selama beberapa hari dan mempelajari Sahih Sittah dari Syeikh Tajuddin rah sendiri.Beliau kemudiannya telah di ijazahkan kebenaran untuk mengajar semua kitab-kitab hadith oleh Syeikh Tajuddin rah sendiri.


Batu Tanda Shah Abdul Rahim rah (w 1719 M)


Akhirnya Shah Waliyyullah kembali ke India pada awal 1145 H (1732 M) dalam perjalanan pulang yang mengambil masa selama 6 bulan dan beliau sampai di Delhi pada hari Jumaat 14 Rejab 1145 H (30 Disember 1732 M).


Batu Tanda Shah Waliyyullah Dehlawi rah


Setibanya di kediamannya,beliau mula mengajar dan menulis kitab-kitab sehingga kematiannya menjemputnya pada  tanggal 29 Muharram 1176 H ( 20 Ogos 1763 M ).Beliau di maqamkan di perkuburan yang sekarang ini di kenali sebagai perkuburan Dehlawi di Delhi.


Sanad Hadith Toriq Shah Waliyyullah Dehlawi kepada pengasas Darul Uloom Deoband

1.Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi rah (1746-1824 M) (anak sulong Shah Waliyyulah Dehlawi rah) mengambil daripada Shah Waliyyullah Dehlawi rah.
2.Shah Muhammad Ishak Muhadith Dehlawi rah (1783-1846 M) (anak Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi rah) mengambil daripada Shah Abdul Aziz Muhadith Dehlawi rah.
3.Shah Abdul Ghani Muhadith Dehlawi rah (1819-1878 M) ( anak Shah Muhammad Ishak Muhadith Dehlawi rah (1783-1846 M)) mengambil daripada Shah Muhammad Ishak Muhadith Dehlawi rah.
4.Maulana Muhammad Qasim Nanotwi rah (1833-1880 M) dan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah (1826-1905 M)-(Pengasas Darul Uloom Deoband) mengambilnya daripada Shah Abdul Ghani Muhadith Dehlawi rah.
5.Syeikhul Hind Maulana Mahmudul Hasan Ad-Deobandi rah (1851-1920 M)-(Murid pertama Darul Uloom Deoband) mengambil daripada Maulana Muhammad Qasim Nanotwi rah dan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi rah.

Rujukan : 

1.Malfuzat Azizi,halaman 72-82.
2.Biografi Shah Waliyyullah Dehlawi,halaman 8-10.
3.Maulana Zaharuddin Nawi (http://ihyaaturaathina.blogspot.com/)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini