Ikuti Blog Ini

Monday, July 23, 2012

Negara Islam Menurut Fukaha Muktabar


                                  Warna hijau menunjukan negara umat Islam di dunia ini


Pentafsiran para fukaha tentang negara Islam boleh ditinjau dari sudut pembahagian negara yang dikemukakan oleh mereka.Umumnya mereka membahagikan negara(dar) kepada dua jenis ¡aitu dar al-islam dan dar al-harb. Sebahagian mereka membahagikannya kepada tiga iaitu dar al-Islam,dar al -harb dan dar al-’ahd.Saya memilih untuk menukilkan dahulu pandangan para fuqaha muktabar mengenai "Dar al-Islam"(Negara Islam)".

Dar al-Islam

Al-Qadi Abu Yusuf rah (W182H)  berkata,sesebuah negara itu dianggap sebagai dar al-Islam dengan menyatanya hukum-hukum Islam dalam meskipun kebanyakan penduduknya terdìri daripada kalangan bukan  Islam( non-Muslim). Sesebuah negara itu dianggap sebagai negara kafir (dar al-harb) dengan nyata hukum-hukum kafir di dalamnya meskipun kebanyakan penduduknya adalah terdiri daripada orang Islam.(aI-Sarakhsiy  1344H, 10:144).

Al-Imam Yusof Kandhalawi rah (1383 H),pernah berkata,bahawa Negara Islam itu adalah negara yang mana dalam negara tersebut,wujudnya amalan agama dalam masyarakatnya,walaupun negara tersebut di perintah oleh pemerintah kafir,tetapi walaupun negara itu diperintah oleh pemerintah Islam,tetapi kehidupan beragama masyarakatnya tidak wujud,maka negara tersebut bukanlah di namakan negara Islam.(Petikan bayan/Ceramah beliau di Raiwind,Pakistan).

Imam Abu Hanifah rah (W150H) pula berpandangan membawa sandaran dar kepada Islam atau kafir bukanlah berdasarkan kepada Islam atau kafir ini sendiri,tetapi sebaliknya berdasarkan kepada keamanan atau ketakutan (ketenteraman).Maknanya jika terdapat  keamanan secara mutlak buat orang Islam, sementara ketakutan secara mutlak terhadap orang kafr,sesebuah negara itu dikira negara Islam.Jika keadaan itu sebaliknya,maka ianya dikira sebagai negara kafir (al-Kasani 1977, 9: 519; lbn Abidin I 386H. 4:174).

Muhammad ibn aI-Hasan al-Shaybari (W189H)  meletakan syarat sesebuah negara Islam mestilah kekuasaan negara tersebut berada di tangan orang Islam (aI-Sarakhsi 1971, 3:8’).
Al-Rafit menyatakan tidak menjadi syarat sesebuah negara Islam itu didiami oleh umat Islam sebaliknya memadai jika ia berada di bawah kuasa Imam serta keIslamannya (al-Rafi’i. t.th 8: 14).

lbn Qayyim (W75IH) berkata, “Jumhur ulama berkata negara Islam adalah negara yang
didiami oleh umat Islam dan dilaksanakan dalamnya hukum-hukum Islam’ (Ibn Qayyim, 1: 266).Melihatkan paparan pandangan para fukaha dan pada pelbagai generasi dan mazhab ini,kita boleh mendapati bahawa syarat yang utama untuk menentukan bahawa sesebuah negara itu Islam atau kafir ialah perlaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya.Jika hukum-hukum dilaksanakan di dalamnya dan ia berada di bawah kekuasaan orang Islam,Negara tersebut
diiktiraf sebagai negara Islam.Kesan daripada kedua-dua perkara tersebut,umat Islam
akan berada dalam keadaan aman.

Tetapi jika tidak dilaksanakan hukum Islam sementara kekuasaannya berada di tangan orang bukan Islam maka ia dikira sebagai negara harbiyy,sekalipun terdapat orang Islam daripada kalangan penduduknya.Sementara pandangan Imam Abu Hanifah (W204H) yang kelihatan menjadikan keamanan dan ketakutan sebagai asas penentuan sesebuah negara itu Islam atau kafir tidak bertentangan dengan pandangan para fukaha lain kerana keamanan akan terhasil melaluí perundangan dan kekuasaan Islam.Keamanan adalah bukti kepada kekuasaan sebagaimana yang dìtegaskan oleh al-Sarakhsi (1971, 4 1253).Atas dasar inilah kita dapati al-Kasani (584H) ,telah mentafsirkan kata-kata Imam Ahu Hanifah(W204H) dengan ungkapannya yang berikut: Maksud kata-katanya (Imam Abu Hanìfah) keamanan secara mutlak ialah tidak perlu akad perdamaian dan permohonan perlindungan daripada keamanan” (al-Kasani 1977,9: 519).

Seolah-olah, Imam Abu Hanifah bermaksud daripada kata-katanya itu, negara Islam adalah negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam dan buktinya umat Islam aman dan bebas melaksanakan hukum-hukum Islam tanpa sebarang perasaan takut.Oleh sebab itulah kita mendapati bahawa Imam Abu Hanifah pernah menyatakan:Perkara yang diambil kira dalam penentuan sesebuah negara adalah kekuasaan dan mun’ah pada sesuatu pemerintahan” (aI-Sarakhsi 1971,4: 1253).

Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian di sini ialah pelaksanaan hukum Islam.Sesebuah negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam tidak memadai untuk dikira sebagai negara Islam jika tidak berlakunya pelaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya ini terbukti melalui kata-kata al-Sarakhsi:Semata-mata pembukaan sesebuah tempat (al-Jath) tidak menjadikan tempat tersebut sebagai negara Islam sebelum dilaksanakan hukum-hukum Islam (al-Sarakhsi 1344K, 10: 23).

Hal ini adalah disebabkan terdapat ramai pemerintah daripada kalangan orang Islam yang tidak mampu melakukan sernua perkara yang wajib dilakukan olehnya sebagai seorang pemerintah Islam. Muhammad Rashid Rida(W1354H) menyatakan negara seperti ini diklasifikasikan  sebagai negara harbiyy oleh sebahagian ulama (Salah al-Din al-Munjid 1970, 1:337).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini