Ikuti Blog Ini

Friday, March 9, 2012

Syubhat terhadap Ilmuan Wahabi 1

Sambungan daripada artikel ini ( Syubhat terhadap Ilmuan Wahabi).


Kata Ilmuan Wahabi,

Cerita Imam Qurtubi lawan dengan hadis Nabi SAW

Rasulullah menjawab: “Janganlah mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/269, no. 4133)

Siapa yang mesti kita dahulukan?

Ada kaedah disini yang ulama dah ajar.

"Iza Ja'a An-Nassu, Batula al-Faslu."
Apabila telah datang nass, maka batal selainnya. 

Hal ini juga tanda kecelaruan pemikiran ilmuan wahabi sama dengan Ilmuan Wahabi yang lain yang menggunakan hadis ini untuk menafikan kasyaf.Hadis ini khusus untuk kahin/kuhhan,tetapi diterjemahkan dengan lafaz umum ‘orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.’ Barangkali mereka merasakan terjemahan umum begitu dapt menafikan apa saja bentuk mengkhabarkan perkara ghaib. 

Di sini dia menggunakan terjemahan umum untuk semua dakwaan mengetahui perkara ghaib, tetapi apabila saya gunakan ayat ‘orang yang zikir dengan banyak,dia kata tak boleh jadi dalil untuk setiap erti zikir pula. Sedangkan dia sendiri yang kata ayat itu umum.Namun keumuman tersebut tidak benar sama sekali. Kerana kalimah kuhhan ialah mereka yang MENGKHABARKAN PERKARA GHAIB MELAUI PERANTARAAN SYAITAN.Sedangkan wali Allah yang ada kasyaf mengetahui berita ghaib melalui rukya salihah,firasat dan nur ilahi.Maka dalil hadis tersebut tidak boleh sama sekali digunakan untuk membatalkan atau menafikan kasyaf. 

Bandingannya seperti orang yang menujukan ayat khusus untuk orang kafir kepada orang Islam.Ilmuan Wahabi keliru kerana ia membantah saya tidak menggunakan nas sebaliknya mengambil yang lainnya. Habis tu nas yang berderet-deret yang saya datangkan itu apa dia, bukan nas?

Kata  Ilmuan Wahabi  lagi:

"Penulis ini faham bahasa Melayu ke Gagal SRP dia.Cuba sebut kalimah tauhid 200 kali sekali nafas.?
Dia bantai 3 minit plak. 3 minit banyak kali daa boleh tarik nafas...."

Jawapan: 

Mengikut kitab terjemahan Fadhilat zikir terbitan Era Ilmu cetakan keenam dinyatakan dengan satu nafas dan bukannya satu lafaz. Satu nafas adalah yang betul setelah disemak oleh penterjemah yang lebih mahir.

Ilmuan Wahabi ini mungkin dia tidak mengetahui kaedah zikir berkenaan.Cara yang pernah saya lihat ialah dengan menarik nafas pertama dan menahan nafas kemudian berzikir beberapa kali barulah menarik nafas kali kedua. Jadi cara yang dinyatakan oleh Shah Waliyullah ialah bapanya menarik nafas pertama dan menahannya, kemudian ia menyebut la ilaha illallah sebanyak 200 kali. Selepas habis 200 kali barulah dia menarik nafasnya yang kedua.Saya sebut 3 minit sebagai contoh bahawa memang manusia boleh menahan nafas selama tempoh mngucapkan la ila illallah sebanyak 200 kali yang masanya adalah selama 3 minit.Saya datangkan rekod menahan nafas dalam air kerana ia sama saja dengan menahan nafas ketika berzikir. Perkara ini adalah dalam kemampuan manusia. Kenapa perkara ini nak dipertikaikan sangat sedangkan ia tidak berlawanan dengan mana-mana nas. Ada ke nas yang melarangnya?

Kata  Ilmuan Wahabi :

Para Nabi mengetahui sebahagian perkara ghaib sebagaimana yg Allah perlihatkan dan khabarkan. Ini sebagaimana dalil dalam Surah al-Jiin. Maka, perkara ghaib atau khabar ghaib hanya dapat ditetapkan melalui wahyu yg diwahyukan kpd nabi.Bukan kepada para masyaikh Tablighi yg mendakwa mengetahui khabar dari syurga dan neraka!

Jawapan:

Syaikh Abu Yazid bukan masyaikh tabligh.Siapakah masyaikh tabligh yang mendakwa tahu khabar dari syurga atau neraka? Tidak ada satu riwayat pun yang mengatakan masyaikh tabligh mengetahui khabar dari syurga atau neraka. Ini adalah tuduhan palsu sama sekali.

Ilmuan Wahabi berkata kasyaf tidak boleh mengetahui perkara ghaib. 
Tapi Ibnu Atoillah berkata: "pengetahuan sesetengah wali-wali Allah mengenai perkara ghaib adalah harus dan benar-benar berlaku. Kerana ia melihat dengan nur Allah". (Faidhul Qadir, 1/143)

Kata Ibnu Taimiyyah dalam "Mamu’atul Rasail Kubra": (1/51-52): adapun hujjah ahli zauq, wujd, dan mukasyafah, maka ahli hak dari kalangan mereka mempunyai ilham-ilham yang sahih dan tepat. Seperti dalam Sahihain, Nabi (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: sesungguhnya ada di dalam umat sebelum kamu orang-orang yang diberi ilham, sekiranya ada dalam umat ini Umarlah orangnya.Umar berkata: "hampirilah mulut orang-orang taat dan dengarlah apa yang mereka katakan, kerana datang kepada mereka perkara-perkara yang benar."

Di dalam sahih Tarmizi, dari Abu Said Al Khudri, Nabi (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda, ertinya: "takutilah firasat orang beriman, kerana mereka melihat dengan nur Allah. Kemudian baginda membaca ayat al Quran: sesungguhnya di dalamnya terdapat tanda-tanda bagi ‘mutawassimin’. Kata sebahagian sahabat, aku percaya, demi Allah itulah haq yang Allah letakkan pada hati dan pendengaran mereka."

Dalam sahih al Bukhari, dari Abu Hurairah sabda baginda (selawat dan salam ke atasnya) ertinya: "sentiasa hambaku menghampiri diri kepadaku dengan ibadat-ibadat sunat sehingga aku mencintainya. Apabila aku mencintainya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan aku penglihatanya yang ia melihat dengannya, dan aku tangannya yang ia memegang dengannya, dan aku kakinya yang ia berjalan dengannya.

Dan mereka berkata adalah sakinah berbicara di atas lidah Umar radiyallahu anhu.
Dan Nabi (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda, "ertinya: sesiapa yang meminta untuk menjadi qadhi dan ia meminta orang lain menolong untuk mendapatkanya, ia akan diserahkan kepada dirinya (tidak ditolong); dan barangsiapa yang tidak memintanya dan tidak minta bantuan untuk mendapatkannya, Allah akan menurunkan malaikat uutuk menolongnya

Hal ini adalah pendapat sebahagian ulama yang menerima kasyaf. Kalau  Ilmuan Wahabi  tak nak terima biarlah dia terus begitu.

Kata  Ilmuan Wahabi :

Perkara ghaib atau khabar ghaib hanya dapat ditetapkan melalui wahyu yg diwahyukan kpd nabi.

Jawapan:
Apakah yang dimaksudkan dengqn kalimah ‘ghaibihi’ dalam surah jin itu.Dan apakah maksud ‘al ghaib yang tertera dalam seluruh al Quran?

Dalam surah jin dinyatakan:

Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak mengetahui apakah dekat azab yang dijanjikan kepada kamu, atau tuhanku telah menjadikannya lambat lagi. Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib (turunnya azab), maka Dia tidak menjelaskan perkara ghaib (turun azab tersebut) yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (Surah al-Jin 26-27)

Maksud ghaib dalam surah jin itu salah satunya sudah tentu azab yang dijanjikan, kerana dimulai dengan “aku tidak mengetahui apakah dekat azab yang dijanjikan kepada kamu”. Ertinya antara yang dinamakan ghaib ialah berita mengenai masa hadapan. Maka apabila  Ilmuan Wahabi  menggunakan ayat ini untuk menafikan pengetahuan ghaib oleh wali Allah maka ini adalah tidak tepat,kerana selain nabi-nabi juga mengetahui masa depan dengan rukya salihah.Ini dibuktikan oleh banyak dalil:

Pertama: 

Ayat 36, surah Yusuf.

Ayat ini mengisahkan dua pemuda yang dipenjarakan bersama Nabi Yusuf alihis salam, seorang dari mereka bermimpi memerah anggur, dan seorang lagi bermimpi membawa roti di atas kepalanya, dan kemudian datang seekor burung memakan sebahgaian roti itu.

Dalam ayat 41, diterangkan tafsiran mimpi mereka berdua oleh Nabi Yusuf, alaihissalam, ertinya: wahai sahabatku berdua yang sepenjara, salah seorang dari kamu akan memberi minum arak kepada tuannya. Dan yang seorang lagi akan disalib dan burung akan memakan sebahgaian kepalanya.

Ini jelas menyatakan peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jika perkara pada masa hadapan dianggap perkara ghaib, maka ertinya buka nabi juga boleh mengetahuinya melalui mimpi. 

Dalam surah Jin, ayat 26 tersebut dinyakan “fala yuzhiru” ertinya maka ‘Ia tidak menjelaskan’. Ia tidak dinyatakan dengan “fala yukhbiru”’ dengan erti ‘ia tidak memberitahu’. Ini tepat dengan keadaan mimpi bukan para nabi yang tidak jelas dan perlu kepada takbiran orang ahli mengenai mimpi. 

Ayat itu menyatakan tidak menjelaskan perkara ghaib, bukan tidak memberitahu langsung. Banyak bezanya antara menerang dan memberitahu.Hal ini lagi satu kegagalan  Ilmuan Wahabi  memahami bahasa Arab dengan tepat.Kata As Sowi, pengarang Hasyiah Jalalain, “maksud ‘fala dzhiru’ ialah Allah tidak menzahirkan/menjelaskan perkara-perkara ghaib sejelas-jelasnya (izhar tamm) kepada selain daripada nabi. “

Maka oleh kerana itu tidak ada dalil dalam ayat ini yang menunjukkan kepada penafian karamah para wali Allah yang berkaitan dengan kasyaf. Tetapi pengetahuan mengenai perkara ghaib dari para nabi adalah lebih kuat daripada pengetahuan para wali, kerana pengetahuan para nabi dengan wahyu dan ia maksum (terpelihara) dari segala kekurangan. Maksum para nabi adalah wajib, dan maksum para wali adalah harus.” (Sawi Alal jalain, 4/336)

Dari sini boleh dibuat kesimpulan bahawa nabi mengetahui perkara ghaib dengan jelas dan sempurna tetapi oleh para wali tidak jelas dan tidak sempurna seperti itu.

Dalil Ketiga:

Dari surah Yusuf juga, ayat 43, iaitu mimpi 


Dalil Kedua:

Kata Ibnu Umar, “sesungguhnya orang ramai telah diperlihatkan dalam mimpi Lailatul Qadr ialah pada tujuh malam yang terakhir, dan ada sebahagian manusia diperlihatkan bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir. Maka bersabda Nabi (selawat dan salam ke atasnya) carilah Lailatul Qadr pada tujuh malam yang terakhir.” (Riwayat Al Bukhari, dalam bab Takbir, Umdatul Qari, 24/205)

Kata Al Hafiz Ibnu hajar, ertinya diberitahu kepda mereka di dalam mimpi bahawa Lailatul Qadr ialah pada tujuh malam terakhir Ramadhan.

Hal ini menunjukkan mimpi juga boleh dijadikan alasan dan sandaran untuk syariat selagi ia tidak bercanggah dengan kaedah syar’iyyah . (Fathul bari, 4/302)

Tulisan ini adalah tulisan guru saya,iaitu salah seorang tenaga pengajar di Pondok Penanti.Tulisan ini berkaitan kesalahfahaman ilmuan Wahabi terhadap kitab "Fadhilat Amal"karangan Syiekh Zakaria al-Kandhalawi rah.Maka  pencerahan berkaitannya di jawab di dalam artikel ini.

Tulisan ini di sediakan oleh guru saya : Al-Fadhil Ust Ahmad Kamal Taib
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini