Ikuti Blog Ini

Saturday, July 16, 2011

Perang Badar dan nusrah ghaib Allah Swt

                                      Medan pentempuran Badar al-Kubro

 PADA 17 Ramadan berlaku peristiwa yang bersejarah dalam sirah Rasulullah s.a.w iaitu Perang Badar pada tahun 2 Hijrah di Kota Badar. Pertembungan itu adalah antara hak dan bathil iaitu Rasulullah Saw dan sahabat-sahabatnya seramai 313 orang dengan bala tentera Abu Jahal (musuh Allah) dari Mekah seramai 1,000 orang.

Kemenangan berpihak kepada Rasulullah s.a.w. kerana pertolongan Allah s.w.t.. Benarlah firman Allah dalam surah Al-Imran, ayat 123, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi kemenangan kepada kamu dalam Peperangan Badar, sedangkan kamu berada dalam kelemahan. Oleh itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur.”.

Yakni Allah memberi kemenangan kepada mereka. Dia memberi kemenangan kepada mereka, kerana satu nikmat yang dijelaskan dalam kumpulan ayat-ayat ini. Tiada siapa yang dapat menolong mereka sama ada daripada kalangan diri mereka atau kalangan yang lain daripada mereka (melainkan kehendak Allah s.w.t).

Inilah sentuhan pertama ketika mereka diperingatkan dengan kemenangan dalam Perang Badar. Ayat yang berikut menayangkan pemandangan peperangan itu dan menghidupkan gambarannya dalam perasaan mereka seolah-olah mereka berada dalam peperangan itu pada saat ini. Firman Allah yang bermaksud: “(Kenangilah) ketika engkau berkata kepada orang-orang Mukmin: Apakah tidak cukup Tuhan kamu membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturun (dari langit?)” (Al-Imran: 124)

Seterusnya firman Allah lagi, “Ya sebenarnya cukup! Jika kamu bersabar dan bertakwa dan tiba-tiba mereka menyerang kamu pada masa mereka ini juga nescaya Tuhan kamu membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda”.(Al-Imran: 125)

Inilah kata-kata Rasulullah Saw pada hari Perang Badar kepada sekumpulan kecil sahabat-sahabat r.hum yang keluar bersama baginda Saw. Mereka melihat angkatan perang kaum Musyrikin yang ramai, sedangkan tujuan mereka keluar adalah untuk menghadapi kumpulan unta yang membawa dagangan-dagangan bukan untuk menghadapi kumpulan angkatan perang yang lengkap dengan alat-alat senjata.Baginda Saw memberitahu mereka syarat pertolongan itu iaitu sabar dan takwa, kerana keduanya adalah wasilah untuk menarik bantuan daripada Allah Swt.

Firman Allah, “Ya sebenarnya cukup! Jika kamu bersabar dan bertakwa dan tiba-tiba mereka menyerang kamu pada masa mereka ini juga nescaya Tuhan kamu membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” (Al-Imran: 125)

Keputusan daripada Allah Swt

Firman Allah Swt: “Dan Allah tidak menjadikan bantuan itu melainkan sebagai berita gembira kepada kamu dan supaya hati kamu menjadi tenteram dengannya dan tidak kemenangan melainkan daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Imran: 126)

Allah berkuasa,Makhluk tiada kuasa.

Demikianlah ayat al-Quran ini memberi perhatian yang berat mengembalikan segala urusan kepada Allah supaya tidak terlekat dalam kefahaman seorang Muslim sesuatu tanggapan yang boleh menodai dasar ini. Ia adalah dasar mengembalikan segala urusan kepada kehendak masyi’ah Allah yang mutlak dan kepada iradat-Nya yang langsung.
                                         Hayatus Sahabah versi arab

Di samping itu, ia mengetepikan sebab-sebab dan wasilah-wasilah itu hanya merupakan alat yang digerakkan oleh kehendak masyi’ah Allah atau sebagai alat untuk mewujudkan sesuatu yang dikehendaki oleh-Nya.

Jumlah kaum Musyrikin kira-kira 1,000 orang. Mereka keluar untuk berjuang menyahut seruan Abu Suffian yang meminta pertolongan untuk melindungi kafilah perniagaan yang ada bersamanya. Mereka (keluar) lengkap dengan alat-alat senjata dan dengan penuh semangat untuk mempertahankan harta kekayaan mereka dan perasan fanatik untuk mempertahankan maruah dan kehormatan mereka.

Jumlah kaum Muslimin pula hanya kira-kira 313 orang. Mereka keluar bukanlah untuk memerangi kumpulan Musyrikin yang kuat ini, malah keluar kerana satu tujuan yang mudah, iaitu menghadapi dan menyekat kafilah perdagangan Quraisy yang tidak bersenjata itu.

19 comments:

  1. Bukti Allah tak pernah letakkan kejayaan dalam jumlah atau bilangan. Sebagaimana adanya nabi - nabi yang akan dibangkitkan tanpa seorang pengikut pun. Tp mereka tetap orang yang berjaya kerana buat usaha atas agama Allah.

    "Sama berusaha untuk bantuan Allah"

    ReplyDelete
  2. RuMaH TuA : sahabat2 r.hum juga manusia biasa,
    jgn mereka juga trkesan dgn makhluk..
    tapi cepat2 di ubah oleh guru yg mulia lagi baik hatinya..baginda saw..

    ReplyDelete
  3. subhanallah
    moga Allah beri nusrah pada kita spt sahabat2 r.hum

    ReplyDelete
  4. pergh,,,abg pendang ni ada je post2 menarik ek,,gajin blogging,,,hihihi,,,

    best2,,,moga Allah bantu kite sepertimana Allah bantu kaum terdahulu,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah adek nie sentiasa mengimbau cerita2 sahabah buat renungan kita semua,menaikkan jaszbah...teruskan penulisan yang bermanfaat ye!

    ReplyDelete
  6. IBNU ARAHMAN : tidak mustahil tuan,syaratnya apa,mesti ada amalan yg sama yg di bikin oleh sahabat r.hum

    abu zarim: abg pendang??? nama saya fuad akmal...tidak cute langsung panggil abg pendang...saya suka menulis..
    Allah boleh bantu,dgn syarat amalan mesti sama dgn amalan sahabat2...r,hum

    Marina Ali : terima kasih kak,lagi skli terima kasih,..manhaj tulisan saya saya sperti ulama idola saya...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, tulis lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum.

    Semoga Allah anugerahkan secebis dari sifat keimanan Ahli Badar kepada kita juga..

    ReplyDelete
  9. asy_syakirin : subnaAllah....

    ismadiyusuf : keluar lagi dan lagi

    Ishak Zaini : amin..doakan saya ustaz.

    ReplyDelete
  10. bantu agama Allah dan Allah bantu kita....InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. misbah sobah : mashallah...

    Norsha : benar,yakin lah...

    ReplyDelete
  12. bantuan ghaib Allah perlu diceritakan lagi berulang2 kerana boleh bagi kesan meningkatkan iman

    ReplyDelete
  13. abg fuad akmal,baru cute ek,,,hihi,,,moga Allah berkati usaha tuan,,insyaAllah

    ReplyDelete
  14. Ziarah76 :benar tuan,cerita tntg sahabah boleh beri tingkatkan imam org Islam.

    abu zarim: aduhai,isu tu jgn la letak dlm nie..huhu malu kawe....

    ReplyDelete
  15. penah sekali ad org bertanya pd hadraji bila umat manusia seluruh dunia masuk Islam...hadraji bgtau apabila cukupnya bilangan 313 org islam di dunia..maka kekuatannya sama mcm sahabat ahli badar sebanyak 313 sahabat nabi...barulah hidayat tersebar seluruh dunia berbondong bondong lah org akan masuk islam!!

    ReplyDelete
  16. hebat Allah, tiada yang sehebat Allah..

    ReplyDelete
  17. org gila:benar tuan..

    nazrey:benar...

    ReplyDelete

Jika mahu memberikan komentar, silakan, berilah komentar dengan menggunakan laras bahasa yang sopan dan penuh beradab. Segala komentar yang menyelisihi laras bahasa sopan dan adab, insyallāh akan dipadam oleh team admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini