Ikuti Blog Ini

Wednesday, August 12, 2009

Mengapa umat Islam diuji (artikel sempena H1N1)

Sifat utama Umat hari ini adalah seperti yang didedahkan oleh al-Quran iaitu mengajak manusia seluruhnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram(mungkar) yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, Allah swt berfirman " : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Ali Imran ayat 104)

Allahswt berfirman "Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)"; (lihat ayat 2 surah al-Mulk ayat 2)

Allah swt telah memberi ujian kepada manusia,kerana Allah swt hendak melihat ketika sedang diuji,adakah manusia tersebut menuju kepada Allah swt ataupun tidak.Ujian demi ujian diberikan oleh Allah swt adalah untuk menyedarkan kembali umat ini ataupun Allah swt ingin menjadikan ujian tersebut sebagai asbab pengampun dosa-dosa umat ini.

Allah swt berfirman"“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt” (Surah al-Hadid [57]

Nabi saw bersabda"Seseorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya.” (Abu Daud)

Nabi saw bersabda"Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan & kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa2.” (al-Bukhari)

Jesturu itu,umat hari perlu sedar kembali akan maksud tujuan kedatangan mereka ke dunia ini,dengan umat ini memohon taubat kembali kepada Allah swt,maka kemurkaan Allah swt akan berkurangan dan akan tukarkan keburukan umat ini kepada kebaikan.

Allah swt berfirman"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).

17 comments:

  1. Salam...selamat kembali.

    Nice article

    ReplyDelete
  2. selamat kembali...

    ape yang terjadi skang ni (( H1N1 )) ni salah satu kesilapan dari diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....

    alhamdulillah...tq sharing good info..lama dah adik x update blog...truskan dgn info2 yang bagus...slmat kmbali juga..:)

    ReplyDelete
  4. selamat kembali tuan.

    artikel yg menarik mengenai isu semasa. diharap agar penularan virus influenza A H1N1 dpt dihentikan. sedih kerana majoriti yg meninggal dunia adalah umat islam. lagi sedih bila bayi & anak2 kecil pn turut menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  5. Razak ..ok tq

    missdiya84 ..ye memang clap mnusia la...abai perintah Allah

    Baitijannati..ok tq.......doa ye..

    "Nadri" tu la fasal....Allah punyaa kuasa noh...

    ReplyDelete
  6. selamat kembali!...kita akan saling kunjung mengunjung dan komen mengomen!...kihkihkih...

    ReplyDelete
  7. Salam .

    selamat kembali.
    artikel yg menarik.
    menyelongkari di sekeliling kita.
    semoga yg baik utuk semua,insyaallah:)

    ReplyDelete
  8. salam..
    selamat kembali..
    i'allah kita sama2 menginsafi..

    ReplyDelete
  9. besin juga adalah ujian, macamana nak guna ikut kehendak Allah.

    ReplyDelete
  10. salam ziarah. artikel yg bagus. Allah tidak menjadikannya satu sia2 kecuali ada hikmah disebaliknya. juga sbg kaffarah dosa kepada kita. Allahu`alam.

    ReplyDelete
  11. inilah cabaran kehidupan....

    klu perjlnan tu lurus di atas satu garisan tentu tak mencabar kan tak ada ujian.... mesti ada ada lekuk, keluk, cerun, curam baru nama kehidupan.

    ReplyDelete
  12. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna....

    ReplyDelete
  13. selamat menyambut bulan ramadhan beb

    ReplyDelete
  14. yg penting kita ini yang sudah berakal dan berilmu serba-sedikit, tidak perlu gentar atau gelabah menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  15. salam aidilfitri maaf zahir bathin dr me dikejauhannns wat abang wira teww

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda...Setiap komen anda amat dihargai...
Sila berikan komen dengan penuh adab,Segala Komen yang tidak memenuhi adab,inshallah,akan di delete oleh admin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Telah Link Blog Ini