Hadapan pintu utama Mazahirul Ulum,Shahharanpur,India.
Kitab Fadhail
Amal merupakan sebuah kitab yang masyur pembacaanya hampir di seluruh dunia.Kitab
ini dikarang oleh” rais al-muhaddithin allamah Muhammad Zakaria al-Kandahlawi
rah.Beliau adalah salah seorang daripada tenaga pengajar hadith di Madrasah
Mazahir Ulum Saharanpur,India.Kitab ini ditulis dalam bahasa Urdu dan telah
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Arab,
Francis, dan lain-lain bahasa.
Kitab ini
mempunyai kontroverisnya yang tersendiri dengan kritikan daripada mereka yang
syadid dalam bidang hadis serta yang jahil dalam bidang hadis walaupun dengan
asbab kitab ini telah banyak hati-hati yang mati dan malas dari mentaati
perintah Allah s.w.t dapat dihidupkan kembali dan menjalankan perintah Allah
s.w.t serta menyeru umat Islam kepada amalan agama dengan ilmu, iman dan amal
yang betul mengikut jalan yang ditunjuk ajar oleh Nabi saw.
Selain daripada itu dalam bahagian fadilat solat terdapat
hadis yang hanya disebutkan terjemahan hadis tidak dinyatakan matan hadis dalam
bahasa arab dan hadis yang dinyatakan matan hadis dalam bahasa arab.Penulis
buku ini telah mengunakan 84 buah kitab rujukan dalam menghasilkan buku ini.Kalau
diteliti jenis-jenis kitab ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
kitab sumber rujukan asli yang bermaksud
kitab-kitab hadis yang mana penulis kitab tersebut menyertakan sekali sanadnya
dalam penulisan kitab yang ditulisnya tak kira dari apa jua tajuk iaitu hadis, caqidah,
tafsir, fiqh dan usulnya atau tarikh
seperti kitab Kutub al-Sittah, Musnad Ahmad dan yang lain. Kitab sumber rujukan syibh (menyerupai) asli
yang bermaksud penulis kitab ini mengambil hadis-hadis daripada kitab rujukan
sumber asli dengan menyertakan sekali sanadnya seperti Kanzul Ummal
oleh cAllamah Ali Burhan Puri.
Kitab sumber rujukan ghair asliyah yang bermaksud penulis kitab ini
menulis hadis-hadis yang diambil dari sumber asli tanpa menulis sanad mereka
seperti kitabTanbih al-Ghafilin yang dikarang oleh Syeikh Abu Laith Samarqandi.
Setiap penulis makalah dan buku mempunyai manhaj dan
metode tersendiri dalam menulis karyanya.Perkara ini sangat penting diketahui
sebelum membaca dan membuat tanggapan terhadap penulisanya.Dalam buku yang
masyhur ini penulis mengunakan kaedah yang longgar dan tidak ketat dalam
memasukan cerita dan kisah yang boleh di ambilkan tauladan dan beliau sendiri
mengakuinya bukan hadis bagi tujuan menarik perhatian hati dan mengerunkannya
dan ini merupakan kaedah yang biasa digunapakai oleh ulama-ulama yang lain
dalam menulis kitab mereka. Perkara ini dapat dibuktikan dalam syarahannya
diakhir kitab fadhilat salat.Beliau berpegang kepada pendapat jumur ulama
terhadap hadis dhaif iaitu dibenarkan mengamalkannya bagi tujuan kelebihan amal
yang membangkitkan semangat dan kekuatan orang islam mengamalkan agama dan
mengerunkan orang islam dari meninggalkan amalan agama.
Sungguhpun hadis yang dimasukan dalam kitab ini dhaif
beliau tidak alpa dari menjelaskan status hadis itu dhaif samada dari segi
matan mahupun sanad yang mana kita boleh lihat di bawah matan hadis berbahasa
Arab cuma penterjemah buku beliau ini tidak menterjemahkan syarahan status
hadis tersebut atas sebab yang tidak dapat diketahui.Beberapa ulama dalam kajian mereka atau komentar mereka terhadap kitab Fadhail a’amal ini
menyatakan Maulana rahimahullah ketika menyusun kitab FA dengan merujuk hadis-hadis
kepada 4 sumber berikut:
[a]
Kitab hadis yang enam (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai &
Ibn
Majah)
[b] Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri[c] Kitab Majma' al-Zawa'id oleh al-
[b] Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri[c] Kitab Majma' al-Zawa'id oleh al-
Haitsami
[d] Kitab Jami' al-Shagheir oleh al-Suyuti.
[d] Kitab Jami' al-Shagheir oleh al-Suyuti.
Di dalam kitab fadhail a’amal memang terdapat hadis-hadis dhaif di mana:
[a] Maulana rahimahullah berpegang kepada pendapat jumhur yang membolehkan penggunaan hadis dhaif untuk Fadhail Amal.
[b] Darjat hadis dirujuk beliau kepada apa yang dinilai oleh tokoh-tokoh sepertimana dalam rujukan di atas.
Sikap yang
benar di dalam masalah ini ialah memahami manhaj Maulana Zakaria dalam menyusun Fadhail a’amal. Jika benar ada "banyak" hadis dhaif, maka itu
memang merupakan manhaj beliau sebagaimana manhaj kebanyakan tokoh lain. Jika benar ada hadis maudhu, maka adakah itu
satu kesengajaan oleh Maulana ? Saya pasti tidak. Kebanyakan pengkaji kitab ini
ada yang berfikiran positif dan ada yang negatif.
saudara penulis blog,apakah manhaj sebenar syiekh zakaria dlm kitab FA.
ReplyDeleteterima kasih kerana mengomentari blog saya...
Deletesebelum kita mengkritik kitab FA,terlebih dahulu,kita harus tahu,apakah jenis manhaj penulisan syiekh zakaria rah dlm menulis kitab FA...
Assalamu alaikum... Senang saya membaca artikel ini
ReplyDeleteterima kasih saudara
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteQutb al-Aqtab Hadrat Aqdas Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya (Nawarallahu Marqadahu) adalah Ketua para ketua wali Allah SWT kurun ke-14.
ReplyDeleteUntuk mengetahui sesuatu manhaj kitab, perlulah seseorang itu mengetahui siapakah gerangan pengarang kitab. Kitab2nya juga seperti manhaj Imam al-Ghazalie rahmatullahi 'alaih dan Ulama'2 Sufi(kerohanian) yg lain.
Sebab itu kebanyakan di dalam kitab2 Hadrat Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya RAH, dimasukan kisah2 para wali-wali Allah, kerana apabila nama2/ kisah2 Kekasih Allah SWT ini dibacakan/ disebut2kan di dalam sesuatu majlis, maka rahmat Allah SWT akan diturunkan kpd peserta majlis tersebut.
Itulah antara Manhaj para kekasih Allah (Wali-wali Allah) di dalam penulisan kitab2 bagi mengusahakan pembersihan rohani (Iman yg sempurna)dan Cintakan Baginda Rasulullah SAW serta sunnah2nya (Islam), agar sentiasa hadir perasaan Takutkan Allah SWT disetiap saat dan ketika (Ihsan). Semuanya ini diusahakan, sehingga mencapai darjat Ihsan dan Istikhlas. Insya'Allah.
Wallahu'alam... :)
Barangkali istilah zaman sekarang mungkin berbunyi 'Manhaj ahli sufi'
ReplyDeleteNota: Qutbul Aqtab adalah gelaran tertinggi di dalam peringkat kewalian yang diberikan Sayyid al-Kawnain Khatamun Nabiyyin, Sayyidina Muhammad Rasulullah SAW. Qutb al-Aqtab adalah gelaran bagi Hadrat Maulana Zakariyya RAH yang bermaksud ‘Ketua para Wali Qutb’ atau Ketua bagi para ketua Wali Allah SWT.
Hadrat Maulana al-Haj Abdul Hafeez Makki RAH iaitu Khalifah kepada Hadrat Maulana Zakariyya RAH, telah mendengar daripada Baginda Rasulullah SAW tentang nisbat (perhubungan dengan Allah SWT) Hadrat Maulana Zakariyya RAH merupakan sangat tinggi yang hanya diberikan kepada beberapa orang Wali Allah SWT yang telah mencapai matlamat. Baginda Rasulullah SAW menambah bahawa, ini adalah disebabkan pegangan yang penuh terhadap sunnah dengan istiqamah yang berterusan, dan juga kerana mengambil berat serta memberi penilaian yang sewajarnya kepada jalan untuk mencapai sifat ihsan. Tempat singgahan kerohanian Qutb ialah pada hati Baginda Rasulullah SAW yang diberkati, dan hatinya menjadi tempat pandangan Allah SWT.”
Kebanyakan kitab-kitab hadith yg ditulis Hadrat Syeikh disemak oleh Baginda Rasulullah SAW.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ النَّبِيِ الْأُمِّىِّ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا
Ya Allah, limpahilah rahmat dan salam sejahtera ke atas Sayyidina Muhammad, Nabi Yang Ummi dan ke atas keturunan-keturunannya dan sahabat-sahabat Baginda sebanyak-banyaknya.
Terima kasih atas pengkongsian maklumat di sini.
DeleteBenarlah kata2 pepatah dulu bahawa "Hanya jauhari yang mengenal manikam".